You are on page 1of 24

TATABAHASA

Susunan Ayat

Nama ahli kumpulan :


SINDHU MATHI SELVAN KANNIAMMAL GAPALOO GUNAVATHY KUNASEGARAN

Nama Pensyarah:
PN. ZAHARILAH BINTI ABDUL KADIR

Susunan ayat.
1)susunan biasa 2)susunan songsang Ayat biasa
ayat yang mempunyai susunan biasa dipanggil Ayat Biasa. Dalam ayat biasa, susunan subjeknya mendahului predikat.

Ayat yang mempunyai susunan songsang pula dipanggil Ayat Songsang. Dalam Ayat Songsang, susunan predikatnya mendahului subjek.

Ayat Biasa

Ayat Songsang

Subjek + Predikat

Predikat + Subjek

Ayat Penyata
Ayat Biasa
Subjek Kakak Fatin Rumah mereka Predikat seorang guru berhampiran sekolah Seorang gurulah Berhampiran sekolahlah Sangat peramahlah

Ayat Songsang
Predikat Subjek kakak Fatin rumah mereka kawan-kawan saya

Kawan-kawan sangat saya peramah

Info Tatabahasa
Partikel lah digunakan dalam ayat songsang(*). Tugas partikel -lah adalah untuk memberi penekanan kepada predikat dalam ayat penyata.

Ayat Tanya
Ayat Biasa Subjek Predikat Ayat Songsang Predikat Subjek

Pemuda itu siapa? Buahdari mana? buahan itu Negara kita bila? merdeka

Siapakah pemuda itu? Dari manakah buah-buahan itu?* Bilakah negara kita merdeka?*

Info Tatabahasa
Partikel -kah digunakan dalam Ayat Tanya Songsang(*). Tugas partikel -kah adalah untuk memberi penekanan kepada predikat dalam ayat tanya.

Ayat Pasif
Ayat Biasa Subjek Daun-daun kering itu Baju baru itu Luka pada lututnya Predikat sudah saya sapu. belum bergosok. sudah dibalut oleh Kamil Ayat Songsang Predikat Sudah saya sapu Belum bergosok Subjek daun-daun kering itu. baju baru itu.

Sudah dibalut luka pada oleh Kamil lututnya.

Daripada contoh-contoh yang dikemukakan, kita dapati bahawa Ayat Songsang boleh dibentuk dengan dua cara, iaitu: (a) dengan membawa seluruh predikat dalam ayat biasa ke hadapan, mendahului subjek. (b) dengan membawa sebahagian daripada predikat dalam ayat biasa ke hadapan, mendahului subjek.

(a)Seluruh bahagian predikat dalam ayat dibawa ke hadapan.


Ayat Biasa Ayat Songsang

Solekan mak andam itu sungguh cantik.


Persatuan Belia kampung ini ditubuhkan oleh Puan Ramlah.

Sungguh cantik solekan mak andam itu.


Ditubuhkan oleh Puan Ramlah Persatuan Belia kampung ini.

Kawan-kawan kamu sudah pulang?

Sudah pulang kawan-kawan kamu?

(b) Sebahagian daripada predikat dalam ayat yang dibawa ke hadapan.

Ayat Biasa Mereka pergi ke sekolah untuk bermain bola jaring. Budak-budak itu berkejaran di taman permainan.

Ayat Songsang Ke sekolah mereka pergi untuk bermain bola jaring. Berkejaran budak-budak itu di taman permainan.

Hatiku terpaut dengan keindahan pulau itu.

Terpaut hatiku dengan keindahan pulau itu.

Pendepanan frasa kerja daripada predikat Dalam proses ini, bahagian-bahagian dalam frasa kerja, iaitu: Kata kerja sahaja Kanak-kanak itu berkejaran-kejaran di padang. (Berkejar-kejaran kanak-kanak itu di padang.) Hati saya terkilan tadi. (Terkilan hati saya tadi.) Mereka bekerja setiap hari. (Bekerja mereka setiap hari.) Dia terduduk di situ. (Terduduk dia di situ.) Bayi itu menangis setiap malam. (Menangis bayi itu setiap malam.)

Kata kerja dengan objek :


Dia membaca buku di perpustakaan. (Membaca buku dia di perpustakaan.) Pak Abu menanam jagung tahun ini. (Menanam jagung Pak Abu tahun ini.) Hatiku terpaut oleh kemesraannya. (Terpaut hatiku oleh kemesraannya.) Sampah itu dibakarnya. (Dibakarnya sampah itu.) Budak-budak itu kena pukul kelmarin. (Kena pukul budak-budak itu kelmarin.)

Kata bantu dengan kata kerja:


Budak-budak itu masih bermain. (Masih bermain budak-budak itu.) Anaknya belum sampai ke sekolah. (Belum sampai anaknya ke sekolah.) Mereka akan pergi ke Melaka pagi esok. (Akan pergi mereka ke Melaka pagi esok.) Guru itu sedang mengajar. (Sedang mengajar guru itu.) Keluarga itu pernah berkunjung ke ibu kota. (Pernah berkunjung keluarga itu ke ibu negara.)

Pendepanan frasa adjektif daripada predikat. Dalam proses ini, bahagian-bahagian dalam frasa kerja, iaitu: Pendepanan kata adjektif sahaja: Dia sakit pada masa itu. [Sakit dia pada masa itu.] Badannya lesu sepanjang masa. [Lesu badannya sepanjang masa.] Calon itu baik dalam semua pelajarannya. [Baik calon itu dalam semua pelajarannya.] Pesakit itu lumpuh dengan tiba-tiba. [Lumpuh pesakit itu dengan tiba-tiba.] Orang itu bijak. [Bijak orang itu.]

Pendepanan Kata Bantu dengan Adjektif:


Barang itu belum tentu baik. (Belum tentu baik barang itu.) Bangunan itu masih teguh lagi. (Masih teguh lagi bangunan itu.) Pesakit itu sedang sakit tenat. (Sedang sakit tenat pesakit itu.) Anak pendeta itu sudah tentu pandai. (Sudah tentu pandai anak pendeta itu.)

Pendepanan frasa sendi nama daripada predikat Dalam proses ini, bahagian-bahagian dalam frasa kerja, iaitu: frasa sendi nama sebagai predikat Barang-barang itu untuk ibu. [Untuk ibu barang-barang itu.] Surat itu tentu daripada Ali. [Tentu daripada Ali surat itu.] Arahan itu tetap kepada pekerjanya. [Tetap kepada pekerjanya arahan itu.] Tiket basnya masih pada saya. [Masih pada saya tiket basnya.] Dia di Kuala Lumpu sekarang. [Di Kuala Lumpur dia sekarang.]

Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat.


Saya berpegang pada janji. [Pada janji saya berpegang.] Kaum muslimin wajib bertawakal kepada Allah. [Kepada Allah kaum muslimin wajib bertawakal kepada Allah.] Perarakan itu menghala ke bandar. [Ke bandar perarakan itu menghala.] Pejuang-pejuang itu merempuh ke dalam kota. [Ke dalam kota pejuang-pejuang itu merempuh.] Kami mengait buah itu dengan galah. [Dengan galah kami mengait buah itu.]

AKTIVITI AMALI
Fasilitator telah menyediakan 4 warna sampul yang berbeza. Dalam setiap sampul itu terdapat sekeping gambar kartun yang berbeza. Murid telah dibahagikan kepada 4 kumpulan. Daripada setiap kumpulan seorang murid akan tampil ke hadapan untuk memilih dan mengambil sepucuk sampul. Mereka juga dibekalkan dengan sehelai kertas majong dan sebatang pen marker.

Murid harus membina 5 ayat biasa berdasarkan gambar yang diterima. Kemudian, mereka harus menukar ayat biasa itu kepada ayat songsang dan menulisnya pada kertas kertas majong yang diberi. Mereka diberi 15 minit untuk menyiapkan kerja kumpulan itu. Kemudian murid-murid diminta untuk membentangkan hasil kerja mereka di depan kelas. Fasilitator menayangkan gambar yang dibentangnya menggunakan skrin projektor.

Kemudian Fasilitator menyemak jawapan murid dan membetulkan kesalahan mereka.

Rujukan
Nik Safiah Karim et.al.(1993). Tatabahasa Dewan; Jilid 1:Ayat.Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.

You might also like