You are on page 1of 8

PERINGKAT PERTUTURAN

Secara normal,kanak-kanak mula bercakap kira-kira 15 bulan. Terdapat juga kanak-kanak yang mula bercakap ketika berumur 8 bulan dan 20 bulan Peringkat ini dikatakan petanda perkembangan mental pada masa akan datang.

Menurut kajian LM Terman; -terdapat kanak-kanak yang tidak boleh bercakap sehingga berumur 2 tahun, 21/2tahun atau 3 tahun. -pada mulanya perkembangan mereka agak lambat tetapi akan cepat pada tahuntahun terakhir prasekolah.

Perkembangan bahasa memberi gambaran tentang pertumbuhan mental dan menjadi penentu kepada pertumbuhan mental. Ibu menjadi sumber utama yang penting dalam perkembangan bahasa bagi peringkat peringkat pra sekolah.

Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan bahasa


Jantina: -Kanak-kanak perempuan lebih tinggi dalam penguasaan perbendaharaan kata,pengucapan yang jelas dan terang serta banyak bercakap sehingga berumur sepuluh tahun. Saiz dan Struktur Keluarga: -Anak tunggal,pada peringkat kanak-kanak adalah lebih tinggi dalam perkembangan bahasa kerana mereka banyak bergaul dengan orang dewasa jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang mempunyai adikberadik.Dalam perkembangan bahasa lisan anak kembar mungkin terencat sedikit,kerana mereka mungkin membentuk bahasa persendirianmereka sendiri.

Kelas Sosial: -Kanak-kanak daripada kelas bawahan mempunyai perbendaharaan kata yang sedikit,susah untuk belajar membaca,dan mempunyai pengucapan yang tidak jelas dan terang jika dibandingkan dengan kanak-kanak daripada kelas pertengahan.Dialek yang tidak standard mungkin terbentuk apabila kanakkanak daripada kelas bawahan ini kurang peluang bergaul dengan kanak-kanak daripada kelas sosial yang lebih tinggi.

Tidak ada Peluang untuk Bercakap dengan Orang Dewasa: -Secara purata kanak-kanak yang besar di rumah anak-anak yatim dan hospital,lambat membentuk kemahiran bahsa,jika dibandingkan dengan kanakkanak yang tidak dibesarkan di institusiinstitusi tertentu.

Sekian terima kasih & Selamat belajar

You might also like