You are on page 1of 21

Teori Pengurusan & Pentadbiran

Mohd Affiq Syazrul Izwani Hafies Mohd Hilmi

Pengetahuan tentang teori sangat penting bukan sahaja untuk pentadbiran pendidikan, tetapi untuk golongan pekerja lain seperti ahli sosiologi, psikologi, sejarah, bahasa, dan sebagainya. Teori boleh diertikan sebagai kerangka, pengetahuan asas untuk membentuk pengetahuan dalam sesuatu bidang

Dalam bidang pentadbiran pendidikan, menurut Hoy dan Miskel (1996), teori ialah satu konsep, yang kait-mengait andaianandaian dan generalisasi yang menerangkan secara sistematik kebiasaan tingkah laku dalam organisasi pendidikan. Jadi melalui teori tertentu, pentadbir boleh menggunakannya sebagai asas untuk mendapatkan jawapan atau mencari jalan untuk bertindak semasa menghadapi tugastugas di dalam situasi tertentu.

Jenis Teori

Terdapat beberapa teori dalam bidang pentadbiran pendidikan. Secara umumnya boleh dikatakan bahawa setakat ini masih belum mempunyai suatu teori yang lengkap dan menyeluruh bagi pentadbiran pendidikan, walaupun beberapa teori telah mengemukakan corak pemikiran tertentu. Kebanyakan teori dalam pentadbiran pendidikan menerangkan tentang struktur, tugas, prestasi atau perjalanan pentadbiran dalam organisasi, tingkah laku dalam kalangan anggota-anggota organisasi sama ada pekerja mahupun sebagai pentadbir dan pemimpin.

Menurut Kimbrough dan Nunnery (1983), teori teori dalam pentadbiran pendidikan dibahagikan kepada tiga bahagian berasaskan perkembangan teori-teori tersebut. Pembahagian teori-teori adalah seperti berikut:1. Teori teori Tradisional (Traditional Theory) / Analisis Kerja 2. Teori teori Peralihan 3. Teori teori Sistem (Systems Theory)

1. Teori teori Tradisional (Traditional Theory) / Analisis Kerja

(a) Teori Pengurusan Saintifik (b) Teori yang perihalkan Fungsi Pentadbiran
2. Teori teori Peralihan Teori-teori ini lebih kepada tingkah laku pekerja, berhubung dengan perhubungan interpersonal dan dinamik kumpulan. Antaranya adalah seperti berikut:-

(a) Pendekatan hubungan manusia (b) Teori sistem sosial (c) Pendekatan Kontinjensi antaranya (Filder) dan Path Goal Theory

3. Teori teori Sistem (Systems Theory)


Teori ini dikenali teori moden. Ia berbentuk penganalisisan yang saintifik. Antaranya adalah seperti berikut:-

(a) Analisa Sistem. (b)Analisa Input Output. (b) Analisa PPBS (Planning Programming and Budgeting System). (c) Analisa Network.

Teori Pengurusan Saintifik Taylor


Frederick Taylor (1856 1915) merupakan pelopor Prinsip-prinsip Taylor ditulis di dalam buku berjudul The Principles of Scientific Management yang diterbitkan pada tahun 1911. Prinsip-prinsip Taylor dalam pendekatan pengurusan saintifik ini ialah:-

1. Produktiviti boleh ditingkatkan melalui kerja yang berkesan. 2. Memilih pekerja yang paling sesuai sebab ada yang layak dan tidak. 3. Gaji seimbang dengan kerja. 4. Perlu memotivasikan pekerja. 5. Masa yang standard bagi semua pekerja. 6. Tugas perancangan harus dipisahkan daripada tugas pengeluaran. 7. Pengurus menentukan cara-cara bekerja bagi pekerja. Cara saintifik adalah cara yang paling baik bagi pekerja. 8. Pengurus dilatih mengenai prinsip-prinsip pengurusan dan kawalan yang saintifik. 9. Organisasi perusahan harus disusun supaya dapat memperbaiki penyelarasan di antara aktiviti yang terdapat di kalangan anggota-anggota pakar. dalam bidang pengurusan saintifik.

Terdapat kelebihan dan kelemahan dalam prinsip Frederick Taylor. Kelebihannya adalah Taylor mengutarakan satu cara yang efisyen untuk mnegatur perjalanan kerja sesebuah organisasi dan menerusi prinsip ini telah menunjukkan bahawa pentadbiran boleh dikaji secara saintifik. Manakala kelemahan teori ini secara keseluruhan ialah mengabaikan kepentingan aspek psikologi atau aspek kepentingan pekerja sebagai seorang individu dalam sesuatu organisasi.

Teori yang perihalkan Fungsi Pentadbiran


Teori ini diasaskan oleh Henry Fayol (1841-1925) yang merupakan seorang jurutera eksekutif Perancis. Beliau digelar sebagai Bapa Teori Pengurusan Moden

Beliau telah mencadangkan 12 prinsip teori ini: Pihak atasan perlu berpengalaman pengurusan. Pembahagian tugas. Peringkat bawahan mempunyai kemahiran. Mengutamakan kepentingan organisasi. Kuasa mengarah dan keselarasan arahan serta tujuan. Berdisiplin dan bersemangat. Sentralisasi. Struktur organisasi yang berhierarki. Tempat yang teratur bagi pekerja. Pengurus yang adil dengan kakitangan. Ganjaran yang adil. Proses organisasi lebih penting daripada individu.

Beliau menyatakan bahawa seseorang pengurus perlu mengetahui hal yang berkaitan dengan teknikal, komersial, kewangan, keselamatan, perakaunan dan pentadbiran. Prinsip yang dikemukakan oleh Fayol ini telah membawa kepada keberkesanannya tingkah laku dalam pengurusan. Prinsip ini masih lagi diamalkan hingga sekarang. Di Malaysia, kebanyakan organisasi yang ditubuhkan boleh dikatakan mengikut prinsip pengurusan Fayol. Selain itu, prinsip ini juga telah membangkitkan isu penting kepada pengurus iaitu membenarkan pengurus mengenal hakikat asas yang mereka akan hadapi di dalam organisasi. Seperti Taylor juga teori ini mengabaikan aspek psikologi dan sosial. Stail pemimpin adalah bersifat autoritarian dan mementingkan proses organisasi daripada individu.

Hubungan Manusia dalam Pentadbiran (Mary Parker Follett)


Pelopor yang penting dalam teori peralihan ini ialah Mary Parker Follett (1868-1933) yang berasal dari Amerika Syarikat. Dalam penulisan beliau yang berjudul Creative Experience, menunjukkan bagaimana pentingnya perhubungan sosial atau kemanusiaan dalam sesebuah pentadbiran.

Prinsip-prinsip pentadbiran yang penting adalah seperti berikut:1. Penyelarasan sebagai hubungan secara langsung di antara semua pekerja yang bertanggungjawab dalam organisasi. 2. Penyelarasan diadakan di peringkat awal pentadbiran. 3. Penyelarasan sebagai timbul balik semua faktor dalam situasi kerja. 4. Penyelarasan sebagai satu proses berterusan.

Teori Sistem Sosial


Teori sistem sosial dipelopori oleh Jacob Getzels dan Edgar Guba. Ia dikemukakan kerana pentadbiran pendidikan termasuk sekolah sebagai proses dalam sistem sosial Oleh itu peranan kakitangan penting untuk mencapai matlamat sistem sosial.

Antara pendapat-pendapat Jacob Getzels dalam teori sistem sosial adalah seperti berkut:1. Untuk memahami tingkah laku organisasi seperti sekolah, adalah penting untuk memahami keadaan dan hubungan di antara elemen-elemen di dalam organisasi (pentadbir atau pekerja). 2. Konflik akan timbul jika individu tidak dapat menyesuaikan antara matlamat individu dan institusi. 3. Setiap individu mempunyai cara tersendiri. 4. Pentadbir perlu memahami dan menjalankan kerjasama antara pelbagai unit dalam sistem sosial untuk mencapai matlamat. Jadi keseimbangan antara unit-unit adalah penting.

Teori kontinjensi
Teori kontinjensi dicadangkan oleh Fred Fiedler pada tahun 1967 Mengikut Fiedler kesesuaian dalam organisasi dan kawalan daripada pemimpin sama ada tinggi atau rendah adalah bergantung kepada: 1. Hubungan pemimpin dengan pekerja dan sama ada percaya atau menghormat atau mesra. 2. Tugas yang jelas atau tidak. 3. Pemimpin berkuasa atau sokongan atau tidak.

Path Goal Theory (Jalan Arah Matlamat)


Path Goal Theory atau Jalan Arah Matlamat diperkenalkan oleh House dalam tahun 1970an. Ia diasaskan untuk menyokong Teori Fiedler. Mengikut teori tersebut pemimpin mendapat prestasi pekerja yang baik jika diberikan matlamat ganjaran serta apa yang perlu dilakukan.

Empat stail tingkah laku kepimpinan mengikut pendekatan ini, antaranya adalah: 1. Kepimpinan mengarah - Mengarah kepada pekerja dan bersikap autoritarian. 2. Kepimpinan menyokong - Pemimpin mudah ditemui dan selalu mesra.

3. Kepimpinan participatif - Meminta cadangan dan pekerja, mengguna pandangan tetapi ketua membuat keputusan.
4. Kepimpinan orientasi kejayaan - Ketua yang membentuk sesi perancangan.

Kesimpulannya, tingkah laku ketua yang mendorong kakitangan bekerja dengan baik akan menunjukkan ciri-ciri seperti berikut:

1. Kepuasan pada kakitangan. 2. Ada ganjaran, bimbingan, penyeliaan untuk mencapai prestasi motivasi subordinat. 3. Mengenalpasti keperluan pekerja. 4. Mengadakan jalan mudah untuk mendapat ganjaran. 5. Membantu kakitangan menjelaskan hasrat mereka. 6. Mengurangkan batasan yang mengecewakan

Teori Sistem
Pendekatan sistem melihat sebuah sekolah sebagai satu network atau sistem yang mengandungi beberapa sistem kecil yang berkaitan. Sistem boleh didefinisikan sebagai satu keseluruhan yang kompleks yang dibentuk dari pelbagai bahagian yang kadang kala berbezabeza, tetapi tertakluk kepada keperluan yang lebih besar dan sama. Sistem sistem kecil di sekolah mempunyai tugas atau tujuan-tujuan yang tertentu untuk menghasilkan keluaran tertentu iaitu pelajar yang berkembang dalam aspek minda, emosi, moral, dan fizikalnya.

Proses Pendidikan Sebagai Satu Sistem

You might also like