You are on page 1of 25

Pembentukan

sistem kerajaan Asia Tenggara pada zaman tradisional telah dibentukkan hasil penyerapan pengaruhpengaruh luaran ke dalam suatu teras yang bersifat asli.
utara ini termasuk agama Hindu, Buddha Theravada, Islam dan faham NeoKonfusianis. ini banyak terdapat dalam sistem pentadbiran dan budaya kraton.

Pengaruh

Pengaruh

Terdapat

juga unsur-unsur kedua-dua agama ini telah digabungkan. itu ramai sarjana merujuk kepada tradisi Hindu-Buddha dalam sistem kerajaan Asia Tenggara. negara-negara kepulauan memeluk Islam upacara kraton dan amalan-amalan dari zaman Hindu-Buddha tidak hilang sama sekali.

Oleh

Setelah

Pengaruh India yang meresapi Asia Tenggara sejak abad ke-5 SM, telah membentuk landasan sistem politik keseluruhan wilayah ini kecuali Vietnam dan Filipina. Pengaruh agama-agama utama yang datang kemudian telah membawa pengubahsuaian, adaptasi dan asimilasi terhadap sistem sebelumnya berdasarkan keperluan masing-masing. Ahli-ahli sejarah telah merujuk negara-negara Asia Tenggara mengikut tradisi agama yang paling menonjol, seperti negara-negara Buddha Theravada (Burma, Siam, Kampuchea, Laos), negara-negara Islam (Indonesia dan Malaysia), negara Konfusianis (Vietnam) dan negara Kristian (Filipina).

Konsep

asas yang menjadi teras sistem politik berbentuk Hindu-Buddha ialah politi galaktik, satu istilah yang telah dicipta oleh S.J. Tambiah.
politi galatik ialah kepercayaan bahawa keselarian wujud antara makrokosmos dan mikrokosmos, iaitu antara alam semesta dan alam manusia. kepercayaan ini, nasib manusia tetap dipengaruhi oleh kuasa-kuasa kosmik.

Asas

Menurut

Kuasa-kuasa

ini boleh membawa kemakmuran atau bencana bergantung kepada setakat mana sesuatu masyarakat, terutamanya raja, berjaya menjalankan kegiatannya secara berharmoni dengan dunia semesta. sesuatu negara boleh dicapai dengan menyusunkannya dalam bentuk yang sesuai dengan dunia semesta. doktrin Hindu (Brahmin) mahupun Buddha, dunia ini digambarkan dalam bentuk bulatan-bulatan sepusat dengan Gunung Meru di tengah-tengahnya.

Kesejahteraan

Dalam

Dalam

alam duniawi pula, kerajaan (kingdom) dan ibu kota, sebagai mikrokosmos, juga dibentukkan sedemikian dengan istana atau quil sebagai Gunung Merunya.
sebagai Gunung Meru mikrokosmos, dianggap tempat yang suci dan sesiapa yang mendekatinya mesti menunjukkan penghormatan.

Istana

Malah

pengesahan kuasa raja datang juga daripada taraf baginda sebagai penghuni istana. ini membawa bahaya pula kerana jika pemberontak berjaya menduduki istana, mereka boleh mengisytiharkan bahawa seluruh empayar itu telah ditakluki. ramai raja Burma dan Thai enggan meninggalkan istana mereka.

Hakikat

Lantarannya,

Kongkongan ini pula membawa kerugian kerana raja-raja tidak menerima gambaran yang tepat tentang kedudukan dalam negeri. Akibatnya semua matlumat disampaikan kepada mereka melalui saluran yang tidak langsung, dan kadang-kadang maklumat itu dipalsukan pula. Oleh sebab itu, keupayaan mereka mempengaruhi perkembangan di luar istana kadang-kadang amat terhad.

Satu lagi prinsip kosmologi Hindu-Buddha yang sering memandu susun atur negara dan amalan pihak pemerintahan ialah pegangan kepada angka 33 yang mewakili 33 dewa yang mendiami syurga di puncak Gunung Meru.

Justeru itu, kerajaan-kerajaan di Tanah Besar Asia Tenggara terutamanya, sering dibahagikan kepada 32 wilayah dan raja sebagai Indra (menepati jumlah 33 dewa tersebut). Begitu juga, kerajaan Mon (Burma) dibahagikan kepada tiga wilayah dan setiap wilayah ini mengandungi 32 pekan di samping ibukota wilayah, dan dengan itu akur kepada angka 33. Skema ini juga dibayangkan dalam amalan diraja seperti raja utama yang diiringi oleh 32 orang putera raja, pengambilan 33 permaisuri daripada 33 keturunan yang berlainan, pemilikan 33 gajah puteh dan sebagainya.

Kosmologi

India pula berasaskan gandaan empat yang mewakili empat arah utama.

Pematuhan

kepada prinsip ini dicerminkan dalam susun atur ibu kota dan juga dalam hirarki pemerintahan. raja sering mempunyai empat permaisuri utama dan empat permaisuri rendah.
orang menteri utama dilantik untuk tugas-tugas khas disamping menguasai empayar berkenaan.

Contohnya,

Empat

Terdapat empat ketua menteri (wun-gyi) dalam kerajaan Burma (Ava). Di negara Thai terdapat empat (senabodi) daripada enam menteri telah dipertugaskan untuk menjaga wilayah-wilayah tertentu. Menteri-menteri ini ialah kalahom, mahattai, phraklang, dan krom muang. Satu lagi aspek utama politi galatik ialah konsep "devaraja" atau "divine kingship". Menurut agama Hindu, raja dianggap sebagai penjelmaan dewa, kebanyakan masa dewa Siva, seperti yang dipercayai di Jawa dan Kampuchea purba.

Bagi negara yang menerima pengaruh Buddha Theravada yang tidak menerima konsep penjelmaan itu menganggap raja-raja telah dianugerahi wahyu berdasarkan "karma" dan jasa-jasa kepada agama mereka dalam kehidupan-kehidupan sebelumnya.

Sebagai pengantara antara makrokosmos dan mikrosmos, dan sebagai dhammaraja tugas utama raja dianggap sebagai pemelihara dan pemulih ketenteraman serta pencegahan bencana sosial seperti wabak, kemarau dan banjir.
Tugas ini dilakukan dengan memenuhi pelbagai upacara serta pengumpulan pahala (merit) yang dipanggil hpon di Burma dan bun di negara Thai.

Antara

kewajipan-kewajipan raja ialah berfungsi sebagai penaung dan pengembang agama, menjamin pengekalan adat resam.

Di

samping itu, raja yang mempunyai banyak pahala akan mendatangkan keamanan dan kesuburan kepada negaranya, manfaat seperti ini yang dinikmati oleh rakyat jelata akan memberi pengesahan kepada pemerintahannya.
konsep devaraja telah mengurniakan kuasa mutlak kepada rajaraja ,baginda masih boleh dicabar.

Walaupun

Hura-hara, bencana alam dan penyakit dianggap sebagai tanda-tanda bahawa raja tidak mempunyai moral yang tinggi atau keupayaan memerintah. Dalam kedudukan ini, pemberontakan oleh rakyat adalah dibenarkankan. Oleh sebab itu gerakan "millenarian" sering muncul. Tambahan pula seseorang pemberontak juga boleh mempergunakan konsep devaraja ini untuk membolehkan mereka merampas kuasa. Selain daripada itu, ialah peranan raja sebagai cakkavatti atau raja sejagat yang didakwa sebagai pemerintah yang terulung di dunia dan justeru itu semua manusia harus patuh kepada baginda.

Cakkavatti juga perlu membuktikan kehandalannya sebagai penakluk dunia melalui kemenangan ketenteraan yang berterusan.
Satu lagi unsur Buddha Theravada yang telah menyederhanakan kemutlakan raja ialah kewujudan segolongan rahib (sangha) yang dianggap berupaya mengawal kuasa raja berdasarkan teladan dan ajaran mereka.

Pengetahuan sangha ini dalam bidang kosmologi juga merupakan suatu faktor yang memperkuatkan pengaruh mereka dalam bidang politik.
Pengaruh mereka telah menjadi begitu kuat di negara Thai menjelang separuh kedua abad ke-18 sehingga didapati bahawa raja Thai tidak dapat memerintah tanpa restu sangha.

Tambahan pula, di negara Thai dan Burma setiap lelaki diwajibkan tinggal di biara untuk mendalami pengetahuan agama dan anak-anak raja atau golongan bangsawan tidak terkecuali. Dalam tempoh ini mereka mungkin terpengaruh oleh rahib-rahib tertentu. Di samping itu, terdapat juga anak-anak raja yang memegang jawatan tinggi dalam hierarki sangha. Namun demikian, pertalian yang rapat ini juga sering melahirkan ketegangan dan persaingan antara sangha, terutamanya dari segi penguasaan tenaga manusia dan pengutipan hasil. Selain daripada itu, sangha ini tidak lagi menghadkan perhatian mereka kepada kegiatan dan upacara kraton tetapi telah meresapi semua aspek kehidupan kaum petani.

Kuil-kuil telah menjudi pusat pendidikan dan kegiatan sosial di kawasan desa dan rahib-rahib ini semakin terlibat dalam kegelisahan desa dan memimpinnya. Ciri ketiga politi galaktik ialah konsepsi bahawa wilayah di bawah penguasaan seseorang raja merupakan sebuah mandala, namun hujah ini tidak dibincangkan oleh Heine-Geldern. Mandala ini biasanya mengandungi tiga bulatan sepusat yang mewakili wilayah-wilayah yang menerima darjah penguasaan yang berlainan. Di tengah-tengah mandala ialah ibu kota dan kawasan di bawah penguasaan langsung raja.

Di sekelilingnya ialah wilayah-wilayah yang diperintah oleh putera-putera dan gabenor-gabenor yang dilantik oleh raja.
Di sekeliling wilayah-wilayah ini pula ialah jajahanjajahan takluk yang terikat kepada kuasa pusat melalui hubungan penguftian. Jelas bahawa penguasaan raja terhadap wilayahwilayah ini semakin lemah dengan jarak yang semakin jauh antara wilayah itu dengan ibu kota. Konsep mandala ini adalah secocok dengan konsep bahawa kuasa diraja berpancar dari sesuatu pusat, iaitu istana atau ibu kota. Oleh sebab itulah kerajaan-kerajaan zaman tradisional dinamakan mengikut ibu kotanya.

Susunan mandat ini kelihatan dalam kerajaan Ayuthya seperti digambarkan oleh Abu Talib seperti di bawah:

"Di pusat bulatan-bulatan ini terdapat ibu kota dan di tengahnya istana raja. Kawasan ibu kota ini dikelilingi oleh wilayah diraja yang dikuasai secara terus oleh raja dari istananya. Di bulatan yang kedua pula yakni di empat sudut utama (timur, barat, selatan dan utara) terdapat muang atau provinsi yang diperintah oleli anak-anak raja ataupun keturunan mereka. Wilayah yang diperintah oleh anak-anak raja boleh disifatkan sebagai negeri-negeri yang hampir bebas tetapi dianggap juga sebagai mempunyai taraf anak-anak kepada provinsi ibu kota. Wilayah ini merupakan pemberian daripada raja yang memerintah dan berikutnya ditadbirkan dengan cara yang sama seperti yang dilakukan di wilayah diraja (ibu kota). Di samping itu anak-anak raja juga perlu memberikan kejasama kepada ayah mereka dari segi pertahanan bersama dan penaklukan.

Di luar daripada kedua-dua bulatan ini terdapat pula bulatan ketiga yang mengandungi negeri-negeri yang bebas tetapi apabila negeri-negeri ini ditakluk, negerinegeri itu dikehendaki membayar ufti. Ringkasnya, di bulatan ketiga ini tidak terdapat penguasaan politik dari pusat secara terus tetapi sebaliknya huhungan di mana wilayah mengakui ketuanan pusat.

Contohnya di Thai, kerajaan Patani dan Isan adalah termasuk dalam hubungan seperti ini."

Susunan ini telah dirombak pada awal zaman Bangkok, dengan jumlah muang ditingkatkan dan muang-muang ini pula dikelaskan mengikut kepentingan mereka kepada istana. Sehubungan dengan konsep mandala ini didapati bahawa kerajaan-kerajaan ini tidak menpunyai birokrasi yang kukuh, terutamanya untuk menguruskan hal-hal wilayah.

Walaupun wujud susunan kementerian mengikut tugas, pembahagian tugas itu tidak begitu jelas atau ketat.
Aspek yang lebih menonjol ialah penguasaan wilayah-wilayah tertentu oleh putera-putera raja atau pembesar-pembesar.

Umpamanya, di negara Thai walaupun mengikut pembahagian tugas, Kalahom bertanggungjawab untuk hal-hal tentera sementara Mahatthai bertanggungjawab untuk hal-hal awam, mereka lebih dikenali sebagai ketua wilayah untuk bahagian selatan dan bahagian utara masing-masing.

Penguasaan wilayah oleh putera-putera raja dan pembesar-pembesar sering bertelagah dalam hubungan antara pusat dan wilayah.
Contohnya apabila putera-putera raja atau pembesarpembesar ini menggunakan asas kekuatan mereka di wilayah untuk mencabar kuasa pusat. Kesimpulannya, pemerintahan dalam politi-politi ini adalah lebih berlandaskan perhubungan pengufitan daripada kawalan kewangan dan kehakiman.

Dari

segi teorinya raja memiliki semua tanah, mempunyai hak memungut cukai dan memegang kuasa pengadilan terulung.
dari segi amalan, corak penentuan kuasa, pengerahan tenaga manusia, pungutan cukai dan ganjaran tersebar di kalangan pembesar-pembesar. bermakna bahawa sistem sebenar yang wujud itu tidak bersifat terpusat atau birokratik.

Tetapi

Ini

Tambahannya,

dinamika-dinamika organisasi politik ditentukan oleh:


perikatan yang pasang-surut penguasaan wilayah yang berubah perebutan takhta pemberontakan yang kerap.

Ibu

kota dan istana yang berubah itu bukanlah merupakan pusat-pusat yang mempunyai sempadan yang tetap (atau jelas) tetapi sebaliknya merupakan kawasan yang berkembang atau mengecil penguasaannya.

Walaupun

retorik dan ideologi menegaskan raja berkuasa mutlak, tetapi hakikatnya ialah kewujudan pusat-pusat kekuasaan menyebabkan mereka saling bertandingan. raja-raja mengawal sumbersumber ekonomi dan mengumpul kekayaan serta pengagihan semula kepada para pembesar dan pengikut merupakan elemen utama untuk mengekalkan ketaatan mereka dan selanjutnya menjamin perpaduan negara.

Keupayaan

You might also like