You are on page 1of 34

PENGARUH SEPANYOL

Sebelum penjajahan Sepanyol pada pertengahan abad ke-16, Filipina hanya mempunyai sistem politik yang sangat asas kecuali di pulau-pulau Selatan yang telah menyerap corak Islam. Sistem ini berlandaskan masyarakat barangay yang meliputi sekumpulan sanak saudara yang berasal daripada nenek moyang yang telah berhijrah ke Filipina.

Ketua barangay ialah "datu" yang menjadi pemimpin mengikut adat dan memerintah berdasarkan perintah keluarga dan adat resam, bukannya undang-undang atau peraturan-peraturan pentadbiran. Walaupun pengaruh India dalam sistem kerajaan tidak diterapkan di Filipina seperti di negara-negara lain di Asia Tenggara, pengaruh India tetap dikesan dalam bidang bahasa dan kesusasteraan serta agama yang mana didapati dewa-dewa jahiliah yang dipuja oleh masyarakat Filipina adalah berdasarkan dewa-dewa Hindu.

Pengaruh-pengaruh ini dipercayai telah sampai ke Filipina melalui Tanah Melayu dan Indonesia, iaitu melalui penghijrahan penduduk.

Penyatuan kawasan-kawasan Filipina yang bukan Islam menjadi satu entiti pentadbiran hanya berlaku dengan penjajahan Sepanyol.
Pemerintahan ini diketuai oleh seorang gabenor yang dibantu oleh pegawai-pegawai di peringkat wilayah (alcade-mayor), bandar (gobernadorcillo) dan barangay (cabeza).

Justeru itu, didapati bahawa susunan barangay dipelihara sebagai asas unit pentadbiran tempatan sepanjang masa pemerintahan Sepanyol, cuma jawatan "datu" telah digantikan oleh cabeza.

Pemerintahan Sepanyol ini tidak berlandaskan ideologi kosmologikal tetapi diwajarkan atas misi menyebaran agama Katolik serta tamadun barat yang lebih maju dan usaha ini didukung oleh kekuatan ketenteraan.

Kerajaan iSepanyol ni hanya berminat kepada perdagangan deliung dan tidak banyak memberi perhatian kepada perkembangan masyarakat asli.

Tugas penyebaran katolik ini lebih dipikul oleh paderi-paderi yang telah menjelajah ke kawasan pedalaman.
Kerajaan pusat sangat bergantung kepada paderi-paderi ini untuk urusan pentadbirannya.Kerajaan ini turut mengekalkan amalan-amalan yang lumrah di Asia Tenggara. Umpamanya pengutipan cukai atau ufti dalam bentuk hasil tanaman (vandtila) dan kerahan tenaga manusia untuk kerjaraya (polo). Dalam sistem polo ini, setiap penduduk lelaki antara umur 16 hingga 60 tahun ditugaskan sebagai buruh paksa selama 40 hari setiap tahun.

PERKEMBANGAN POLITIK ASIA TENGGARA PADA ABAD KE-19

Abad ke-19 boleh sifatkan sebagai tempoh peralihan apabila institusiinstitusi asli Asia Tenggara semakin dicabar oleh kuasa-kuasa Barat. Negara-negara Tanah Besar yang tidak terlibat (tidak terlalu bergantung) dalam perdagangan dengan Barat masih dapat mempertahankan keutuhan pemerintahannya.

Manakala pulau-pulau dalam gugusan Indonesia yang belum lagi ditakluki oleh pihak Barat telah memasuki tahap pemerintahan secara tidak langsung oleh Belanda.

Sementara itu, akhir abad ke 18 dan awal abad ke 19 telah wujud wangsa terakhir bagi tiga negara utama di Tanah Besar, iaitu Wangsa Konbaung di Burma (1782), Wangsa Chakri di Thailand (1792) dan Wangsa Nguyen di Vietnam (1802). Ketiga-tiga wangsa ini berusaha memperkukuhkan diri melalui rombakan sistem kerajaan yang bertujuan memusatkan kuasa.

VIETNAM

Wangsa Nguyen yang telah diasaskan selepas Pemberontakan Tay Son asyik mencegah kemunculan semula ancaman dari golongan petani. Jalan yang dipilih untuk mencapai matlamat ini ialah dengan menekankan lagi kemutlakan kuasa raja dan penubuhan sebuah negara Konfusianisme yang sempurna.

Ia dilakukan melalui penyerapan secara menyeluruh institusi politik dan pentadbiran China, terutama sistem birokratiknya. Justeru itu, didapati bahawa kuasa birokrasi itu semakin kuat dan amalanamalan dari China ditiru tanpa menghiraukan sama ada ia sesuai dengan kedudukan di Vietnam. Antara amalanamalan ini ialah pembinaan ibu kota baru, Hue.

Ia dilakukan dengan mengikut corak Beijing serta meniru jentera birokratik China yang amat rumit bersama dengan segala tatacara dan peraturannya menggunakan tulisan Cina untuk persuratan rasmi dan sistem penguftian yang diamalkan oleh China. Simbol kerajaan Nguyen ialah pengawainya menulis dalam bahasa Cina, berpakaian Cina dan mendiami rumah yang bercorak Cina.

BURMA

Di Burma, sejak zaman Alaungpaya (pengasas Wangsa Koubaung) pembaruan telah dilaksanakan demi memeliharakan kerajaan traditional dan memperkuatkan kuasa kerajaan pusat.

Perpindahan tenaga manusia daripada kawalan diraja kepada perkhidmatan persendirian dihentikan.

Sistem naungan dicipta supaya hubungan peribadi antara pegawai utama dengan raja dirapatkan dan kemunculan pusat-pusat kuasa pembesar dihalang. Pembaruan-pembaruan ini dikekalkan oleh pengganti-pengganti Alaungpaya supaya kekuatan kerajaan 5 pusat terjamin. Mindon Min telah melanjutkan lagi pembaruan ini dengan menghapuskan ntyo-za yang memberi kuasa kepada patera-putera dan pembesar mengutip cukai daripada kawasan masing-masing.

Sebaliknya mereka dibayar gaji dan akibatnya menjadi semakin bergantung kepada kerajaan pusat dan lebih senang dikawal. Di samping itu, Mindon Min juga memperkenalkan sistem pemeriksaan untuk pentadbiran wilayah. Walaupun perubahan-perubahan seperti ini telah dilakukan terhadap sistem pentadbiran, namun ideologi politik yang mengesahkannya tetap tidak berubah.

Umpamanya, daripada memenuhi peranan mereka sebagai cakkavatti, raja-raja Konbaung, terutamanya Bodawpaya, telah melancarkan banyak peperangan demi menakluki wilayah sekelilinginya. Peperangan ini telah membawa bebanan yang berat kepada masyarakat dalam negeri. Ia juga menyebabkan berlaku hubungan yang tegang dengan pihak luar seperti pihak British.

SIAM

Di Siam perkara-perkara yang menjadi tumpuan /perhatian raja-raja Chakri tidak begitu jauh berbeza daripada apa yang dihadapi oleh raja-raja Konbaung.

Raja-raja Siam juga telah berusaha mencegah perpindahan tenaga manusia daripada penguasaan mereka kepada pengawalan individu dengan langkah-langkah seperti penandaan rakyat, pendaftaran dan memberi imbalan yang lebih baik kepada mereka yang berkhidmat untuk raja.

Sangha, yang dianggap telah hilang arah dan, akhlaknya pada tempoh pemerintahan Taksin disusun semula.

Pimpinan dan naungan yang diberi oleh raja telah berjaya merapatkan hubungan antara golongan agama dan kerajaan demi menjaga kepentingan wangsa yang baru ini.
Undang-undang Siam juga telah disunting dan dikemas semasa pemerintahan Rama I.

Rama II telah memulakan amalan melantik puteraputera raja untuk mengawal hal ehwal kamenterian dan jabatan-jabatan pentadbiran pusat supaya mengimbangi kuasa pihak bangsawan. Amalan ini diteruskan oleh Rama III. Namun, sehingga pemerintahan Rama IV, atau Raja Mongkut, sistem pentadbiran tradisional yang berdasarkan kuasa peribadi itu masih tidak banyak berubah. Mongkut juga tidak rela atau berupaya membawa pembaruan yang pesat kerana jawatan utama seperti 'Kalahom dan Phraklang telah dibolot oleh keluarga yang sama untuk suatu tempoh yang lama

Selain daripada itu, Siam juga masih terlibat dalam satu kegiatan tradisional, iaitu memperagakan kekuatannya melalui peluasan kuasa. Pertembungan yang tidak putus-putus dengan Burma, persaingan yang berlarutan dengan Vietnam terhadap Kampuchea dan penguatkuasaan pertuanan terhadap Laos semuanya jatuh di bawah lingkungan ini.

Sejak zaman pemerintahan Rama I banyak buku klasik di dalam bahasa Asia yang lain telah diterjemahkan, Raja Mongkut dan kerabatnya tertarik kepada pembelajaran bahasa-bahasa Barat dan pengajian sains sementara sarjana-sarjana Buddhist terlibat dalam peninjauan semula kitab-kitab Theravada secara kritis.

Usaha-usaha ini membolehkan penyerapan pengetahuan saintifik dan rasionalisme Barat tanpa mengabaikan kebudayaan dan tradisi asli.

KAMPUCHEA

Dalam 60 tahun petama abad ke-19, Kampuchea dilanggar dan diduduki berkali-kali oleh Siam dan Vietnam.

Kampuchea telah menjadi mangsa dalam pertandingan antara dua kerajaan besar ini yang masing-masing enggan mengitirafkan bahawa pihak sebelah lagi mempunyai taraf yang sama atau lebih unggul daripadanya.
Penaklukan Kampuchea dan penerimaan ufti daripada negara itu merupakan suatu upacara amal untuk menegaskan status tinggi dan keagongan kerajaan penawan.

Tambahan pula, Vietnam mahukan tanah Kampuchea untuk menempatkan penduduk lebihannya sementara Siam hendakkan tenaga manusia Kampuchea untuk tentera kerahannya. Dari kaca mata Kampuchea, pertuanan ini tidak kira oleh Siam atau Vietnammerupakan suatu bebanan yang berat dan juga suatu penghinaan.

Perasaan tersinggung ini kuat sekali apabila ;

Maharaja Minh Mang cuba "menvietnamkan" Kampuchea dengan menggantikan pegawaipegawai asli di seluruh negara dengan orang Vietnam.
Mengkehendaki orang Kampuchea membelajari Bahasa Vietnam dan menggalakkan lebih penghijrah Vietnam dan Cina menduduki wilayah Kampuchea.

Tindakan Raja Duang meminta pertolongan Peranchis berkait rapat dengan dengan hasrat baginda melindungi diri daripada pencerobohan Vietnam.

LAOS

Kedudukan di Laos tidak jauh berbeza daripada keadaan di Kampuchea - cuma pertuanan Siam lebih menonjol.

Pada masa yang sama Laos juga berusaha meminta pertolongan dari Vietnam supaya membantu mereka melepaskan diri daripada cengkaman Siam.

INDONESIA

Di Indonesia, penyusupan kuasa Barat telah bermula lebih awal dan diperluaskan secara beransur-ansur. Pemerintah-pemerintah asli Mataram yang terlibat dalam perang saudara telah menyerahkan wilayah demi wilayah kepada pihak Belanda sebagai imbalan untuk sokongannya. Menjelang penghujung abad ke-18, hampir keseluruhan pulau Jawa telah jatuh dibawah penguasaan Belanda.

Namun, pada ketika itu pihak Belanda masih tidak minat menubuhkan jentera pentadbiran yang menyeluruh, kedudukan mereka lebih mendekati kuasa agong dan bukannya pemerintah. Pengenalan Sistem Rodi Tanaman pada tahun 1830, Sistem ini meliputi pembahagian Jawa kepada wilayah-wilayah yang dipanggil residenst dan pentadbirannya diketuai oleh seorang Residen Belanda.

Setiap residensi terdiri daripada beberapa kabupaten, iaitu kawasan dibawah penguasaan seorang bupati. Controler Belanda dilantik untuk menasihati dan menyelia bupati dan beliaulah yang menjadi pengantara antara pihak Eropah dan birokrasi asli. Di bawah bupati dan bertanggungjawab kepadanya ialah pegawai daerah dan penolong pegawai daerah yang menguruskan pentadbiran di peringkat masing-masing.

Bupati kini bertanggungjawab kepada sebuah kuasa asing dan asas ketaatannya ialah ganjaran yang diterima untuk perkhidmatannya, bukan lagi ideologi keabsahan tradisional.

Pada pandangan Rickleff 1830, tamatnya Perang Jawa dan pengenalan kepada Sistem Rodi Tanaman, adalah dua faktor yang menunjukkan bermulanya zaman kolonial di Jawa. Sistem yang sama diperkenalkan di Sumatra dengan peluasan kuasa Belanda ke pulau itu, sementara corak pemerintahan tidak langsung, yang mewajibkan pemerintah tempatan menerima kewibawaan Belanda, lebih kerap diamalkan di pulau-pulau lain.

Walau bagaimanapun, dalam tempoh masa abad ke-19 ini, Hindia Belanda sebagai satu entiti belum dibentuk lagi dan kerajaan pusat yang menguasai keseluruhan gugusan Indonesia belum wujud.

FILIPINA

Di pulau-pulau Filipina, kuasa Sepanyol telah menghadapi cabaran yang lebih tersusun dan selaras daripada penduduk tempatan. Perkembangan ini berkait rapat dengan kemunculan golongan elit berpendidikan yang dinamakan ilustrado yang menyuarakan ketidakpuasan hati yang dirasai oleh pelbagai lapisan masyarakat. Di samping itu memupuk suatu identiti Filipina yang baru.

Seruan Ilustrado untuk menuntut pembaharuan dalam sistem pemerintahan Sepanyol mendapat sambutan golongan Mestizo yang memegang jawatan rendah dalam perkhidmatan awam, paderi-paderi tempatan, serta anggota tentera yang masing-masing telah menghadapi diskriminasi dan penindasan dari pemerintahan Sepanyol.

You might also like