Professional Documents
Culture Documents
Puan Nelly Ak. Singgaw Guru Cemerlang Bahasa Melayu SMK Kuching High
Slot 1 :
Karangan Cemerlang
1. Penulisan menepati tema bahan rangsangan. 2. Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. 3. Penggunaan kosa kata luas dan tepat. 4. Wacananya lengkap, bervariasi dan penggunaan ungkapan yang menarik. 5. Idea relevan dengan tema bahan rangsangan, jelas dan matang.
Bahagian A Pelajar : a. perlu gunakan isi-isi yang diberikan dalam bahan rangsangan. b. perlu mengembangkan isi-isi dengan contoh- contoh yang relevan. Perlu menggunakan Pendekatan Gabungan i. Isi iv. Penegasan ii. Contoh iii. Huraian
Perenggan isi pula hendaklah sekurangkurangnya terdiri daripada dua ayat, iaitu ayat judul(AJ/AT) dan ayat yang lain sama ada ayat huraian(AH), ayat contoh(AC), atau ayat penegas(AP/AS) Perenggan kesimpulan pula perlulah ditulis dua ayat sahaja seperti ayat cadangan, (A Cdgn), ayat pendapat(A pdpt), dan sebagainya. Ingat (Karangan Bahagian A) Salah format band terus turun ke (B) : Kepujian (19/30 ke bawah.
Bagaimana memilih soalan? Apa kaitannya? Tiga kriteria memilih soalan (3T) 1. Tahu kehendak soalan. 2. Tahu format soalan. 3. Tahu maklumat kehendak soalan jika dapat tahu 100% lagi baik. Peringatan: mulai tahun 2012, jika karang yang ditulis salah formatnya, Bandnya akan terus turun ke B (kepujian)
Slot 4 : MEMILIH SOALAN YANG TEPAT Para pelajar perlu membaca kesemua soalan yang dikemukakan sambil menggaris setiap kata kunci dalam soalan. Pilih soalan yang paling sesuai dengan pengetahuan anda untuk dijawab. Ingat karangan anda mesti ada sekurangkurangnya tujuh perenggan dengan lima isi ; setiap isi mesti ada sekurangkurangnya 80 patah perkataan. Jumlah 400 patah kata, 70 untuk pendahuluan dan 70 untuk penutup, maka keseluruhan
Slot 4 (sambungan) Tafsiran yang betul menyebebkan calon mendapat markah tinggi, penulisan yang berfokus, tidak menyeleweng dan keluar tajuk. Memulakan penulisan karangan 3 aspek penting iaitu perancangan, penulisan dan penyemakan.
Karangan cemerlang : Bahagian B Perubahan skema pemarkahan : Sekarang lebih kepada markah isi. 1. idea yang relevan mengikut soalan. 2. Pelbagai jenis kata yang luas dan tepat. 3. Kosa kata yang luas. 4. Ejaan dan tanda baca yang betul.
Jumlah patah perkataan: 1. 300 350 ditanda seperti biasa. 2. 200 299 impresion turun sedikit/markah turun sedikit. 3. 251 299 peringkat baik (51 65 markah) 4. Kurang 250 peringkat kurang memuaskan (21 35 markah) jika bahasa baik, markah yang diberikan ialah di peringkat kurang memuaskan atas (28 35). Jika bahasa kurang memuaskan, markah yang diberikan ialah kurang memuaskan bawah (21 27) 5. Tidak perlu tulis panjang-panjang cukup setakat 400 patah perkataan (5 isi). Kenapa? membuang masa, semakin banyak kesalahan tatabahasa berlaku.
Bahagian kepala karangan sama maksud dengan perenggan pendahuluan. Perenggan ini melibatkan tema dan isu semasa. Jangan masukkan apa-apa contoh dalam perenggan ini. Ayat akhir dalam perenggan ini sebaiknya menggunakan ayat tanya yang merujuk kepada skop soalan. Perenggan pendahuluan hendaklah mempunyai LIMA PERKARA yang ditulis dalam satu perenggan: i. Ayat Tema : merujuk kepada tema karangan ii. Isu Semasa iii. Huraian Isu iv. Pendapat
PERENGGAN PENDAHULUAN
Wahhal, mereka mengaut keuntungan yang besar daripada penonton dengan mengadakan undian melalui sistem pesanan ringkas. Hal ini diibaratkan seperti pepatah Melayu sambil menyelam minum air. (Skop soalan) Persoalannya apakah kesankesan rancangan televisyen realiti kepada komuniti di negara kita? Ingat [Selangkan sebaris sebelum menulis perenggan berikutnya aiatu perenggan isi]
PERENGGAN ISI
i. Bahagian ini mesti dibina secara sekata bagi setiap perenggan. ii. Penulisan isi yang baik mempunyai 4 unsur atau perkara. a. Ayat Fokus : Isi utama b. Ayat Huraian : Gunakan Formula ATAH[5W 1H 1I] c. Ayat contoh : relevan dan terkini [AC] d; Ayat simpul : kesimpulan perenggan [AS] e. pb*: peribahasa jika sesuai
Penggembangan Isi
Untuk mengembangkan isi, cuba gunakan formula di bawah: Rumus pengembangan isi : ATAH[5W 1H 1I] ACAS PB* AT: Ayat Topik(Isi utama) AH: Ayat Huraian (apa, siapa, bila, di mana, mengapa [5W], bagaimana[1H], dan sekiranya[1I] merujuk kepada KBKK - kaitan atau perhubungan - membanding atau membeza - meramal Pb*: merujuk kepada peribahasa AC: Ayat Contoh (contoh yang berkaitan
Contoh aplikasa formula ATAH(5W 1H 1I) ACAS pb* dalam perenggan isi karangan
Jika soalan itu mahukan anda menulis usaha-usaha menangani kemelut ekomomi, maka ayat topiknya hendaklah jelas iaitu antaranya (Ayat Topik)Salah satu usaha menangani kemelut ekonomi adalah dengan cara menabung, iaitu aktiviti tradisi yang kita warisi sejak zaman nenek moyang lagi tetapi caranya sahaja yang berbeza. (Ayat Huraian 1) Aktiviti ini perlu dihidupsuburkan bagi menghadapi kemelut ekonomi yang melanda negara. (Apa yang harus dilakukan?) (Ayat Huraian 2) Kita pasti berasa terjamin terutama sekali pada masa kecemasan sekiranya tabungan
(Ayat Huraian 3) Sementara itu, menabung tiga puluh peratus daripada pendapatan sangatlah digalakkan kerana jumlah ini dianggap berpatutan. (Bagaimana?) (Ayat Huraian 4) Kita semua tentu sependapat bahawa kepentingan menabung perlu ditekankan kepada setiap anggota keluarga sezak zaman kanak-kanak lagi. (Bila?) (Ayat Huraian 5) Pelbagai bentuk tabung telah direka dan ditawarkan oleh bank-bank atau institusi kewangan untuk menarik perhatian kanak-kanak menabung. (Siapa?) (Ayat Huraian 6) Sekiranya setiap anggota keluarga memberikan komitmen yang tinggi terhadap aktiviti menabung, tentulah kemelut
(Ayat Contoh) Sebagai contoh, kita boleh menyimpan di bank dalam bentuk simpanan tetap, simpanan semasa atau melabur dalam dana tertentu. (Di mana?) (Ayat Simpul) Jadi, pepatah nenek moyang kita yang berbunyi beringat sebelum kena, jimat sebelum habis patutlah dijadikan amalan hidup dan pegangan yang berterusan. (Sisipan peribahasa)
Oleh itu, gunakan formula ini [ATAH(5W 1H 1I) ACAS pb*] untuk mengembangkan isi-
Perkara penting yang perlu diberi perhatian dalam pengembangan isi karangan cemerlang ialah;
Isi cukup dan berkembang a. sekurang-kurangnya 5 isi, sebaik-baiknya 7 isi b. Gunakan formula yang dicadangkan [ATAH (5W 1H 1I) ACAS pb*] c. Susun isi ikut keutamaan d. Berikan contoh atau bukti e. Perenggan seimbang f. Ada unsur kematangan [KBKK] g. Satu isi, satu perenggan
KESIMPULAN
Pengembangan perenggan isi perlu dipelajari secara sistematik. - Proses yang tersembunyi perlu dizahirkan. - Konsep kohesi dan koheren perlu ditekankan. - Formula atau rumus hanyalah kreativiti untuk memudahkan pelajar mengingat langkah-langkah pengembangan isi agar huraian menjadi jelas.
PENUTUP KARANGAN
a. Penutup karangan merupakan rumusan keseluruhan atau kesimpulan terhadap isi-isi yang telah dikemukakan terdahulu. Jadi, pelajarpelajar diingatkan supaya tidak mengulang isi-isi yang telah dibincangkan. b. Bahagian ini juga menjadi ruang bicara dan pengunci pendirian pelajar terhadap isu yang telah dibincangkan. c. Penanda wacana yang sesuai hendaklah digunakan untuk memberi gambaran bahawa karangan sudah tiba ke penghujung. d. Peribahasa, sedutan kata pujangga atau puisi yang sesuai juga boleh digunakan untuk
Soalan 3(b)
SPM 2013 , diramalkan menukar cakap ajuk kepada cakap pindah yang akan keluar. Jadi berikan tumpuan khusus kepada aspek menukar cakap ajuk kepada cakap pindah atau cakap pindah kepada cakap aju.
Soalan 3(c) dan 3(d): Membetulkan 2 kesalahan dalam setiap ayat atau 6 kesalahan dalam petikan.
1. Calon-calon dikehendaki menjawab mengikut cara-cara di bawah: contoh.: Membetulkan 2 kesalahan dalam setiap ayat. (Kesalahan ejaan dan penggunaan imbuhan) Kesalahan Pembetulan (i) Musik muzik meminati diminati
sambungan
Ingat jangan hanya menulis pembetulannya sahaja. Jika anda berbuat demikian maka anda hanya akan diberi markah. Anda tidak perlu menjawab seperti di bawah: Contoh Kesalahan ejaan kesalahan Imbuhan (i) musik muzik meminati diminati Sebabnya ada calon yang kurang pasti sama ada kesalah tersebut kesalahan ejaan atau penggunaan imbuhan.
Soalan 4: Novel
Sila pastikan anda menulis nama novel dan nama penulisnya dalam soalan (a) wajib. Kegagalan and berbuat demikian akan menyebabkan markah ditolak. Bagi Soalan (b), sekirannya soalan tersebut bukan berbentuk soalan perbandingan antara novel Melunas Rindu dan Kabus di Perbukitan, anda hanya diperlukan menyatakan nama novel.