You are on page 1of 18

PERTIKAIAN INDUSTRI DAN TINDAKAN INDUSTRI Pertikaian Industri S2 IRA Apa-apa pertikaian diantara majikan dengan pekerja yang

berhubungan dengan pekerjaan atau bukan pekerjaan atau syarat-syarat pekerjaan atau peraturan kerja. Pertikaian disebabkan oleh : 1. Ketidakpuasan hati pekerja atau keputusan pengendalian grievance yang tidak adil. 2. Perbezaan pendapat antara KS dan majikan terhadap terma dan syarat pekerjaan. 3. Perbezaan pendapat dan interpretasi terhadap CA atau award. 4. Award atau CA yang tidak dilaksanakan.

Tindakan industri merangkumi mana-mana pemberhentian sementara aktiviti kerja yang dilakukan oleh pekerja (samada melalui KS atau tidak) atau majikan. Matlamat tindakan industri ialah untuk mewujudkan tekanan dalam proses CB atau menyelesaikan pertikaian. Fungsi tindakan industri 1. Untuk mengutarakan idea dalam bentuk direct challenge terhadap internal control dan stabiliti sistem sosial. 2. Konflik merupakan permulaan bagi pembangunan sistem sosial yang baru. 3. Konflik merupakan elemen penting dalam menstabilkan sistem sosial.

Bentuk-Bentuk Tindakan Industri. (sila rujuk bahagian IX Akta Perhubungan Perusahaan 1967 S 38 hingga S51)

Akta IR hanya membenarkan piket dan mogok (tindakan industri pekerja) dan lockout (tindakan industri majikan) sebagai kaedah yang sah. Tetapi akta mengawal ketat penggunaan teknik-teknik ini untuk menyelesaikan pertikaian.
Piket

-Piket adalah tindakan industri yang sering diambil oleh pekerja -IRA (S 40) membenarkan pekerja untuk menghadiri piket di atau berdekatan tempat kerja dengan aman bagi tujuan memberi maklumat kepada orang awam dan pekerja lain dan untuk memujuk pekerja lain untuk tidak bekerja jika mogok dijalankan.

-Hanya pekerja yang terlibat secara langsung dengan pertikaian boleh menghadiri piket. -Dalam piket, permit dari polis tidak diperlukan memandangkan piket dibenarkan oleh undang-undang. -Piket adalah langkah pertama diambil oleh pekerja dalam tindakan industri dan biasanya dilakukan pada masa lunch hour atau sebelum atau selepas waktu kerja. -Contoh piket yang pernah dilakukan ialah pada 26 April 1988, kira-kira 2000 pekerja Telekom telah berpiket di hadapan Ibu Pejabat Telekom semasa lunch hour dan selepas waktu kerja bagi menyokong permintaan mereka untuk bonus.

Kes. 1. HM Shah Enterprise Sdn. Bhd. lwn National Unoin of Hotel, Bar & Restaurant Workers (Award 148, 1988). - Mahkamah memutuskan piket, mogok dan lockout dibenarkan di negara ini seperti yang disebut dalam bahagian IX IRA. Tiada KS boleh menjalankan piket atau mogok tanpa berunding. 2. Sykt Perjalanan Terus Butterworth Kuala Lumpur Sdn. Bhd. lwn Transport Workers Union. (Award 279,1988) -Piket adalah dibenarkan untuk pekerja dengan had iaitu piket perlu dalam masa kerja, tidak mengganggu perniagaan majikan, tiada keganasan semasa piket dan tiada komplen dari majikan.

Mogok

S 2 IRA mogok adalah apa-apa aktiviti pemberhentian kerja atau pekerja enggan bekerja sehingga majikan memenuhi kehendak mereka. Mogok dan sekat masuk menyalahi undang-undang bila : 1. Mogok dan sekat masuk dimulakan atau diisyhihar atau diteruskan bertentangan dengan S43 dan S44 IRA. 2. Mempunyai apa-apa tujuan lain selain daripada mencapai suatu pertikaian industri.
Mana-mana mogok akibat sekat masuk yang menyalahi undang-undang dan sebaliknya tidak disifatkan sebagai menyalahi undang-undang.

Pekerja dan KS perlu memastikan : 1. Mogok mengikut IRA dan Akta KS. 2. KS perlu bardaftar. 3. Mogok bertujuan untuk meneruskan pertikaian yang wujud. 4. Hanya pekerja yang berdaftar sebagai ahli sahaja yang layak melakukan mogok. Mogok simpati mogok yang dibuat oleh pekerja yang bukan ahli KS sebagai menunjukkan sokongan terhadap rakan mereka. Mogok kilat (wild cat strike) mogok yang dilakukan pada bila-bila masa tanpa prosedur. Mogok simpati dan mogok kilat tidak dibenarkan oleh perundangan.

Prosedur mogok - Tidak seperti pengiktirafan, pendaftaran dan CB, akta tidak menjelaskan tentang prosedur mogok. 1. KS perlu mengadakan pengundian sulit dikalangan ahli. - Dalam pengundian KS perlu menjelaskan isu-isu yang menyebabkan mogok. - Hasil undi perlulah 2/3 majotiti bersetuju. 2. Dalam masa 14 hari selepas pengundian, hasil undi akan diserahkan kepada S/U KS dan S/U akan membawa kepada KP KS untuk siasatan. 3. KS perlu menunggu 7 hari dari tarikh penerimaan undi oleh KP untuk menjalankan mogok.

Masa 7 hari dikatakan cooling period di mana dalam tempoh ini KP akan menyiasat. Dalam masa 7 hari Menteri SM dibenarkan untuk campur tangan dan merujuk kepada Mahkamah Industri untuk proses arbitrasi. S44 (b) IRA pekerja tidak dibenarkan menjalankan mogok apabila pertikaian dirujuk kepada mahkamah oleh Menteri.

Undian hanya sah selama 90 hari dari tarikh undian.

Seksyen 25A (1) Akta Kesatuan Sekerja 1959 Tiada KS pekerja boleh menjalankan mogok atau tiada majikan Boleh menjalankan sekat masuk. 1. Tanpa terlebih dahulu mendapatkan kelulusan secara undian sulit 2/3 ahli yang layak mengundi. 2. Sebelum tamat 7 hari setelah menghantar kepada KP keputusan undi sulit tersebut menurut Seksyen 40(5) AKS. 3. Jika undi sulit menjadi tak sah menurut S40 (2), (3),(6),(9) AKS 4. Melanggar kaedah-kaedah kesatuan. 5. Berkenaan dengan suatu perkara yang diliputi oleh suatu arahan atau keputusan Menteri yang diberi atau dibuat di dalam sesuatu rayuan kepadanya di bawah Akta ini 6. Bercanggah dengan Akta ini atau mana-mana perundangan bertulis yang lain.

Seksyen 40(2) AKS

Undi sulit bagi tujuan mogok atau tutup pintu perlu mengandungi suatu resolusi yang menyatakan dengan terang isu yang membawa kepada mogok atau tutup pintu, memerihalkan jenis perbuatan yang akan dilakukan atau ditinggalkan semasa mogok.
Tiada mogok atau tutup pintu boleh dijalankan tanpa mengikut Dasar di atas. Seksyen 40 (3) AKS Tempoh sah bagi undi sulit adalah 90 hari dari tempoh undian dicabut.

Seksyen 40(5) AKS Keputusan undian sulit perlu diberikan kepada KP dalam 3 salinan oleh setiausaha KS dalam masa 14 hari setelah undian dicabut. Seksyen 40(6) AKS KP berhak untuk menyiasat sesuatu mogok atau tutup pintu setelah menerima undian sulit di bawah S40(5) dan berhak mengarahkan KS atau majikan agar jangan menjalankan mogok atau tutup pintu jika difikirkan bahawa mogok dan tutup pintu ini akan melanggar Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

Seksyen 40(9) AKS

KP boleh dalam sesuatu kes tertentu mengishtiharkan suatu undian sulit adalah tidak sah jika dia berpuas hati bahawa kesatuan sekerja itu telah melanggar sesuatu peruntukan akta ini atau mana-mana perundangan atau kaedah dalam menjalankan undian sulit.

Mogok bagi perkhidmatan perlu. Perkhidmatan perlu telah digezetkan oleh kerajaan. Ini termasuk : 1.Perkhid. Bank 2.Perkhid. Elektrik 3.Perkhid. Bomba 4.Perkhid. Pos dan telekomunikasi 5.Perkhid. Air 6.Perkhid. Awam 7.Perkhid. Kastam, Imigresen dan Eksais. Seksyen 43(2) IRA Tiada majikan yang menjalankan apa-apa perkhidmatan perlu boleh menyekat masuk mana-mana pekerjanya : 1.Tanpa memberi notis sekat masuk dalam tempoh 42 hari sebelum sekat masuk. 2.Dalam tempoh 21 dari tarikh memberi notis tersebut atau 3.Sebelum habis tempoh tarikh sekat masuk yang dinyatakan dalam mana-mana notis yang tersebut terdahulu.

Bila pekerja perkhidmatan perlu ingin melakukan mogok, KS perlu memberi notis kepada majikan dalam masa 21 hari selepas undian sulit. Apabila majikan menerima notis, majikan perlu memaklumkan kepada KP IR. Cooling period penting untuk kerajaan bagi mengambil langkah untuk menghalang mogok bagi tujuan ekonomi.

Mogok tidak dibenarkan bila : 1. CA diserahkan kepada mahkamah industri. 2. Menyentuh prerogatif pengurusan. 3. Selepas pertikaian dirujuk kepada Mahkamah oleh Menteri. 4. Tertubuhnya Lembaga Penyiasatan. 5. Yang Dipertuan Agong tidak membenarkan pertikaian dalam sektor awam dirujuk ke Mahkamah untuk arbitrasi. (Sila Baca S 44 IRA Larangan terhadap mogok & sekat masuk)

Lock Out (sekat masuk).


S2 IRA sekat masuk ialah penutupan tempat kerja atau penggantungan kerja atau keengganan majikan untuk terus mengambil bekerja apa-apa bilangan pekerja yang bekerja dengannya.Prosedur sekat masuk sama dengan prosedur mogok. S46, S47 dan S48 menerangkan tentang panelti jika melakukan Mogok, piket dan sekat masuk yang menyalahi perundangan.

Organised Collective Action Management 1. Unilateral imposition 2. Suspension or other disiplinary action 3. Lock out 4. Hire replacement 5. Closure of work

Union Strike a. Work To Rule b. Overtime ban c. Go Slow d. Sit in e. Partial work ban f. Fully work stoppage 2. Picket

Unorganised Collective Action

1. 2. 3. 4.

Absenteeism Lateness Labour Turnover Accidents

You might also like