You are on page 1of 87

PENGGUNAAN UBAT

SECARA BERKUALITI

Penceramah: Rashidah Abdul Rashid


Pegawai Farmasi U41
Hospital Raub
Kandungan Ceramah:
 Pengenalan
 Hak anda sebagai pengguna
 Penggunaan Ubat Secara Berkualiti
 Apakah itu ubat dan jenis-
jenisnya?
 Bagaimana mengenali ubat anda?
 Bagaimana mengendalikan ubat
anda?
 1994 - WHO menekankan kepentingan :
 Polisi Ubat Kebangsaan
 Senarai ubat keperluan
 RationalUse of Drug (RUD)-Penggunaan ubat
secara rasional.

 Sasaran strategi ubat WHO bagi 2004-2007:


Orang ramai mempunyai akses kepada ubat
yang diperlukan.
Ubat adalah selamat, efektif dan berkualiti
baik
Ubat dipreskrip dan diguna secara rasional.
(WHO/EDM/2004.5)
BAGAIMANA PROMOSI
PENGGUNAAN UBAT SECARA
RASIONAL
DI KALANGAN RAKYAT
MALAYSIA?
Dengan sediakan 1 projek kebangsaan yang
komprehensif tentang penggunaan ubat
secara berkualiti oleh pengguna iaitu:

Kempen Kenali Ubat Anda


 Fokus :
• Maklumat dan pendidikan terhadap ubatan

pengguna
• Kajian terhadap pengetahuan dan

penggunaan ubatan dari pengguna


 Tempoh masa 3 tahun (2006-2008)
 Anggaran budget RM1.2 million
 Anjuran bersama Kementerian Kesihatan

Malaysia (KKM) dengan Persatuan


Pengguna Malaysia (FOMCA).
 Mendidik dan melengkapkan para pengguna
dengan:

1. kemahiran-kemahiran tentang pengetahuan


dan pemahaman berkaitan ubat-ubatan yang
digunakan,
2. menggunakan ubat-ubatan tersebut secara
rasional serta
3. hak-hak mereka dalam mendapatkan
maklumat-maklumat berkaitan ubat-ubatan
tersebut
Hak Untuk Hak Untuk
Mendapat Mendapat
Keperluan Asas Keselamatan

Hak Untuk
Hak Untuk Membuat
Mendapat Pilihan
Maklumat
Hak Untuk Hak Untuk
Bersuara Mendapat
Gantirugi

Hak Untuk
Hak Untuk Mendapat Alam
Mendapat Sekitar Yang
Pendidikan Sihat
Kepenggunaan
Apakah
Penggunaan
Ubat Secara
Berkualiti?
1 Ubat
yang betul
5 Cara
penggunaan
2 Pengguna

5B
yang betul
ubat
yang betul

4 Masa 3 Dos
penggunaa yang
n yang betul
betul
Apakah
Ubat?
Bahan Kimia Untuk
Mencegah dan Merawat
Penyakit

Ubat
o r i
a teg Berpreskripsi
K

Ubat Tanpa Preskripsi


Ubat Tradisional
dan Komplimentari
(TCM)
Ubat Am
‘Over-the-Counter’
Paracetamol Acetylsalicylic Acid
Contoh: Panadol Contoh:
Aspirin

Antiseptik/Disinfektan Plaster Berubat


Contoh: Dettol Contoh:
Handiplast

14
 Nama dan jenama ubat adalah dua perkara
BERBEZA.

 Nama ubat/ nama kimia ubat adalah sama di


seluruh dunia, tetapi terdapat pelbagai jenama.

Contoh
Panadol ®
Paracetamol
Uphamol ®
Nama kimia
Jenama
 Ubat generik adalah ubat yang
mengandungi bahan aktif yang sama
seperti produk jenama (juga dikenali
sebagai ubat pencipta asal atau
innovator). Terdapat persamaan dalam
bentuk dosej, kekuatan, keselamatan,
kualiti, cara pengambilan, kegunaan dan
keberkesanaan.
 Ya, perundangan farmaseutikal bagi ubat
generik dan ubat pencipta asal adalah
sama bagi memastikan semua ubat
adalah selamat dan berkesan.
Memandangkan bahan aktif  bagi ubat
generik dan ubat original adalah sama,
maka kebaikan dan risikonya juga adalah
sama.
 Ubat generik tidak lagi memerlukan
perlindungan paten (perlindungan paten
diberikan kepada ubat pencipta asal bagi
melindungi pelaburan yang telah
dibelanjakan untuk penyelidikan,
pembangunan dan promosi ubat tersebut.
 Pengeluar ubat generik juga  kurang

berbelanja untuk promosi ubat generik


berbanding produk jenama asalnya kerana
kegunaan dan kesan ubat berkenaan telah
diketahui.
 Ramai orang tidak sedar tentang harga
ubat, maka mereka tidak sedar bahawa
mereka boleh memilih produk sama ada
jenama asal atau generik yang lebih murah
berbanding apa yang sedang dipreskrib.
 Pengguna dan pesakit mesti selalu bertanya

kepada doktor mereka  jika terdapat


alternatif yang lebih murah dan sesuai
untuk keadaan mereka.
Bagaimana
Mengenali
Ubat Anda?
Kenali Dan Fahami
Ubat Anda
Label Sampul
Ubat
BACALAH

Sisip
Bungkusan
Baca Label Ubat
Baca Sampul Ubat
Pastikan Semua Produk Mempunyai
Nombor Pendaftaran
Hologram Meditag
Hologram versi awal

Hologram terbaru
PANDANGAN SEBELUM DITOLAK
SLIDE DECORDER – NAMPAK
“KKM”
PANDANGAN SELEPAS
DITOLAK KEATAS:
TIADA PERKATAAN KKM

Back
PRODUK TIRUAN
PRODUK ASLI
HOLOGRAM PALSU PADA PRODUK
PANADOL PALSU.
Contoh Ubat Daftar/Palsu…

Botox Palsu
Contoh Ubat Daftar/Palsu…

Genuine Counterf
eit
Peralatan Bagi Hasilkan Ubat Tidak Berdaftar…
Rehat
sebentar…….

 Cat vs. Dog.wmv


Bagaimana
Mengendalikan
Ubat Anda?
Kesan
Sampingan Ubat?

Tanda-Tanda/Kesan
Sampingan Yang Biasa

Apa Perlu Dilakukan


Sekiranya Ada Masalah?
Berapa Cepat Perlu
Bertindak ??

Tanya Ahli Farmasi Atau Doktor


Kemungkinan Mendapat Kesan
Sampingan atau Interaksi Ubat Jika
Mengambil Lebih Dari Satu Jenis
Ubat Serentak !!!

40
Kemungkinan Interaksi Ubat
Berlaku….

Ubat Moden Ubat Tradisional dan


Komplementari

41
Contoh Interaksi Ubat ….
Jenis Interaksi Contoh
Ubat <> Ubat •Phenytoin & OCP-may enhance the
metabolism of estrogen and/ocp, clinical
effect ocp

Ubat <> Warfarin dan makanan tinggi vit K sprt:


Makanan

anticoagulant effects

Sawi Brocoli
Contoh Interaksi Ubat ….
Jenis Interaksi Contoh

Ubat <> Ubat Cranberry,ginkgo biloba, glucosamine may


tradisioanal dan enhance bleeding or increase warfarin effect.
komplementari

Ubat <> Penyakit Contoh Ubat perlu dielakkan oleh pesakit G6PD:
•Antibiotik- Sulphonamides, Dapsone,CMC,
Quinolone,Co-trimoxazole
•Antimalaria – Chloroguine,
Hydroxychloroquine,primaquine,quinine
•Analgesik & A/piretik-
aspirin,sulphasalazine.prebenacid
•Ubat lain-Methyldopa,hydralazine,doxorubicine
AWAS !!
Sekiranya Mengambil Lebih Dari
Satu Jenis Ubat Serentak

Berbincang Dengan Ahli Farmasi atau Doktor

44
Gunakan Peluang Sepenuhnya
Apabila Berjumpa Dengan Ahli
Farmasi Atau Doktor Anda

Senaraikan Soalan Mengenai


Ubat Terlebih Dahulu

Pastikan Anda Menyimpan


Nombor Telefon Untuk
Sebarang Pertanyaan
Ambil Ubat Dengan Bijak:
Jangan Malu BERTANYA dan BERBINCANG
Ubat ini Untuk Apa ??
Bagaimana Menggunakan Ubat ??
Bila Masa yang Sesuai Makan Ubat?

Berapa Lama Perlu Gunakan Ubat ini?

Apa Kesan Sampingan Ubat?

Apa yang Perlu Dielak dan Diberi Perhatian ??

Apa Perlu Saya buat jika Alami Masalah Ubat ??


Bagaimana Cara Pengambilan Ubat Yang Betul?

 Pastikan anda dapat penerangan yang jelas dari


pihak Farmasi sebelum mengambil ubat anda .

 Baca label ubat dan ambil seperti yang diarahkan

 Ikut arahan yang diberi .


 Sebelum makan -Kebiasaanya-antibiotik,
antihypertensive,Inj Insulin
 Bersama makanan (Acarbose)
 Selepas makan -NSAID ,analgesics,ubat

kencing manis
 Sebelum / selepas makan -Ubat asma, antihistamin
Tahukah anda?
 SEBELUM MAKAN
Ambil ubat satu jam sebelum makan dan BUKAN
dua minit sebelum makan, atau ambil ubat dua jam
selepas makan. 

SELEPAS MAKAN
Ambil ubat lima hingga sepuluh minit selepas
makan untuk mengelakkan kesan gastrik.

AMBIL BERSAMA AIR


Ambil ubat bersama segelas air kosong supaya 
memudahkan ubat sampai ke perut. Jangan
mengambil
bersama air manis seperti kopi, teh, dan lain-lain
minuman kecuali dengan arahan doktor / ahli
farmasi. 

Tahukah anda?
 JANGAN KUNYAH, TELAN UBAT SEPENUHNYA
Sesetengah ubat makan terdapat satu lapisan diatas
yg bertindak sebagai pelindung elak kesan gastrik
dan juga sebagai kawalan terhadap kadar serapan
ubat di perut. Oleh itu jika dikunyah lapisan ini akan
hancur dan penyerapan ubat yang berkesan tidak
dapat dicapai.
 AMBIL UBAT SELANG MASA DITETAPKAN DAN
HABISKAN
Cth: Antibiotik & ubat hiv , jika tidak ikut peraturan:
o Bakteria tidak mati sepenuhnya dan jangkitan boleh
berulang /makin serius
o menyebabkan kesan rintangan. Ini bermaksud
bakteria tersebut tidak dapat mati dengan antibiotik
yang sama menyebabkan antibiotik yang lain perlu
Bagaimana Cara Pengambilan Ubat Yang
Betul?
 Ambil waktu pagi (Diuretics, Fosamax )

 Ambil waktu malam (Anticholestrol,sedative


antihistamine)

 Ambil Pagi/malam (Atorvastatin)

 Ambil bila perlu sahaja


(Analgesic –Tab PCM ,(Max 4Gm/day =8 tab)
Salbutamol /Terbutaline Inhaler (Max 8 puff)
Bagaimana Cara Pengambilan Ubat Yang Betul?

 Dos sekali sehari – 8 pagi

 Dos dua kali sehari – 8 pagi, 8 malam

 Dos tiga kali sehari – 7 pg, 3 ptg, 11malam

 Dos empat kali sehari – 6 pg, 12 tgh, 6 ptg,


12 mlm

 Dos lima kali sehari – 6 pg,11 pg, 4 ptg, 9


mlm, 2 pg
Soalan ?

 Bilakah waktu pengambilan tablet


isosorbide dinitrate bagi arahan 1 biji 3
kali sehari?
 A : 8am / 4 pm / 12 pm (8 hourly)
 B : 8 am/ 1pm / 6 pm ( 14 hr drug free

interval)
Jawapan…

B : 8 am/ 1pm / 6 pm ( 14 hr drug free


interval)

Kenapa?
Untuk elakkan/kurangkan nitrate
tolerance
Bagaimana Menyimpan dan Menjaga
Ubat Anda
Kaedah Penyimpanan Ubat:

Simpan ubat ditempat yang kering dan dingin

Simpan ubat dalam bekas dengan label yang asal

Simpan ubat dalam keadaan yang disyorkan

Terlindung daripada cahaya matahari


dan jauhi dari kanak-kanak

Serahkan ubat yang tidak digunakan


ke farmasi untuk dilupuskan
 Jauhkan daripada cahaya matahari
Cth: GTN
 Simpan pada suhu bilik
 Simpan pada kelembapan rendah
 Simpan semua ubat biji dalam bekas kedap udara

(Contoh -Tab GTN, Tab Aspirin –sangat sensitif


kepada kelembapan )
 Pastikan tangan kering sewaktu ambil ubat dari

bekasnya.
 Ubat injeksi
Cth: insulin

 Ubat titis
Cth:CMC, lantanoprost

 Antibiotic Syrup selepas dibancuh (2-8oC)

 Insulin (penfil dlm Novopen pada suhu bilik),


cartridge (peti sejuk 2-8oC)
 Jangan letak di ruangan sejuk beku

 Jangan letak di ruangan atas (udara panas)

 Jangan letak di ruangan bawah (udara sejuk)

 Jangan simpan krim atau salap dalam peti sejuk


 Suhu kereta boleh mencecah 65oC

 Ubat boleh digradasi dengan cepat

 Ubat dalam canister inhaler boleh keluar


 Sesetengah ubat yang terdedah pada cahaya
boleh menghilangkan kesan terapeutik
 Jangan simpan ubat dalam bekas berisi

peralatan lain.
 Penggunaan kotak ubat kecil disyorkan untuk

mengelakkan terlupa mengambil ubat


 Jangan simpan di dapur yang panas.
 Jangan campur ubat untuk kegunaan luar dan

ubat yang dimakan.


 Jauhi dari kanak-kanak.
 Jangan dicampur pelbagai jenis ubat dalam
satu bekas
 Jangan campur jenis ubat yang sama tetapi
diberi pada tarikh yang berlainan di dalam satu
sampul atau bekas-Sekiranya berlaku product
recall senang dikesan
 Jangan simpan di dalam tandas
 Jangan letakkan kapas di dalam bekas ubat
yang telah dibuka kerana ia boleh menyerap
udara lembap ke dalam bekas ubat.
Contoh tempat
simpanan ubat
pesakit
dirumah
Tempat Simpanan Ubat Pesakit
Kesan Dari Simpanan Ubat Yang Tidak Betul
Kesan Dari Simpanan Ubat Yang Tidak Betul
Sekiranya anda mempunyai ubat
yang tidak digunakan atau tidak
diperlukan lagi dan perlu dibuang,
semak pada label atau sisip
bungkusan untuk arahan
pembuangan.
 Jangan buangkan ke dalam tandas.
Sekiranya tiada arahan mengenai
pembuangan, anda boleh lakukan
perkara berikut:
Sekiranya tiada arahan mengenai pembuangan,
anda boleh lakukan perkara berikut:

 Keluarkan ubat dari bekas asal dan


campurkan dengan bahan buangan seperti
serbuk teh atau kopi yang telah
digunakan,
 Masukkan ke dalam beg atau bekas lain

yang boleh ditutup rapat. Pastikan ianya


tidak boleh tumpah,
 Masukkan ke dalam tong sampah.
Senaraikan Semua Ubat Yang Anda Ambil

Sentiasa Bawa Senarai Ubat Ini


Ke mana Sahaja Anda Pergi
Nama Kekuatan Apakah Cara Tarikh Tarikh
ubat kegunaan mengambil bermula berhenti
ubat itu ubat atau
dinilai
Contoh. 500 mg Menahan 2 biji 4 kali 11. 1. semula
11.3.2005
Paracetam tablet sakit sehari 2005
ol

Minta Bantuan Ahli Farmasi untuk


Menyediakan Senarai Ubat Anda
Amalkan Cara Hidup Sihat
Makan Secara
Aktiviti Fizikal
Sihat

Cara
Menjaga
Kesihatan
Minda yang
Sihat

Tidak
Merokok
X
Sumber-Sumber Lain

Buku Teks
Farmasi/Perubatan
Jurnal
Majalah Kesihatan
Suratkhabar
Internet
Talian Penting Untuk Mendapat
Maklumat Ubat :
03-26155136 (Waktu Pejabat Sahaja)

Bertanyalah
Mengenai
Ubat Anda

hli Farmasi Sedia Membantu


Di Mana Sahaja Anda Berada…
www.knowyourmedicine.gov.my
PESANAN
UNTUK
DIINGATI
SEMUA
Awasi ubat-ubat tradisional yang
tidak berdaftar dan yang dicemari
racun berjadual seperti steroid,
sildenafil, phenylbutazone.
Jangan beli dan jangan gunakan
ubat ubat ini..
JANGAN BELI UBAT DIJALANAN /KEDAI
SEMBARANGAN
AWASILAH PEMBELIAN UBAT-UBAT MELALUI
INTERNET,POS DAN KHIDMAT KURIER

Jangan mudah
terpengaruh
dengan iklan
ubat di
Internet
Ubat yang dibeli mestilah berdaftar
dengan KKM mempunyai NO
Pendaftaran MAL dan Label Hologram
Meditag®

You might also like