You are on page 1of 13

AUTOMASI INDUSTRI DAN ROBOTIK

PERANTI AUTOMASI
(AUTOMATION DEVICES)

FIRDAUS & FARIS

PENGENALAN
TAKRIFAN AUTOMASI . Sistem automasi ialah kemampuan sistem atau peranti untuk melaksanakan kerja dengan bijak , tanpa atau dengan penyeliaan manusia pada tahap minimum . Automasi meliputi 3 unsur iaitu: Masukan ( input ) Pemprosesan ( processing ) Keluaran ( output )

Masukan (Input) - penderia ( sensor ) , papan kekunci

( keyboard ) , pita dan pemacu cakera (CD drive).


Pemprosesan -

( processing )

PLC , CPU , perisian (software ) dan perkakasan seperti geganti , injap dan lain-lain lagi .

Keluaran ( output ) - penggerak ( actuator ) , monitor ,

motor AU / AT , servo ,dan injap .

SEJARAH SISTEM AUTOMASI


Dahulu manusia menggunakan kerahan tenaga untuk membuat sesuatu pekerjaan. Banyak kelemahan yang dapat dikesan apabila sistem ini dilaksanakan . Dahulu sistem ini dikenali sebagai sistem manual ulang alik ( manual repetitive ) . Kemudian sistem ini diubah kepada penjenteraan ( mechanization ) . Dengan adanya penguasaian ilmu teknologi . Maka terhasillah sistem automasi iaitu yang menggunakan mesin sepenuhnya dan dikawal oleh pengawal ( contoller ).

1. Kaedah Manual Berulang Ulang ( Manual Repitative)


Kerja yang sama diulangi dengan menggunakan kekuatan

fizikal dengan sedikit alat atau tanpa alat. Menggunakan tenaga buruh untuk melakukan kerja. memerlukan masa yang lama untuk menghasilkan sesuatu kerja. manusia cepat letih dan perlukan rehat hasil tidak banyak. Sebagai contoh, Memuatkan dan memunggah bungkusan padi dari ladang ke trak .

Manual Repitative.

2. Penjenteraan ( Mechanization )
Kaedah ini manusia menggunakan mesin untuk

membantu mereka melakukan kerja. Masih menggunakan tenaga manusia untuk mengendalikan mesin dan memastikan perjalanan sistem itu lancar. Tenaga manusia diperlukan untuk menghasilkan produk sehingga ia siap . Sebagai contoh, Mesin pengisi memeuatkan beras kedalam guni . Tali sawat penghantar memindahkan guni ke seorang lagi pekerja yang memasukkan kedalam trak .

Mechanization.

3. Automasi
Kaedah ini manusia digantikan dengan mesin-mesin

yang dikawal oleh pengawal untuk menghasilkan sesuatu produk. Kerja-kerja dapat dilakukan dengan lebih baik cepat dan tepat. Manusia hanya mengawal pada sistem kawalan. Mengurangkan pekerja buruh dalam sektor perindustrian.

Automasi ( INTELLIGENT CONVEYOR SYSTEM )

CONTOH : 1 . Pengisian bungkusan beras secara automatik bagi memastikan kuantiti adalah sama bagi setiap guni . 2 . Sistem Penghantar Cerdik yang melakukan penyisihan automatik bagi menerima dan menolak bungkusan . 3 . Lengan robot bagi kerja mengangkat dan memindah . MENGAPA KITA MEMERLUKAN AUTOMASI ? Terdapat 3 sebab kita memerlukan automasi . Antaranya ialah : a) Meningkatkan piawai produk dengan kualiti yang konsisten b) Meningkatkan daya pemprosesan . c) Mengurangkan pergantungan pada tenaga buruh .

SIAPAKAH YANG MEMERLUKAN AUTOMASI? a) Industri Kecil dan Sederhana ( IKS ) b) Syarikat multinasional ( SMN ) DIMANAKAH AUTOMASI DIGUNAKAN ? a) Talian pemasangan ( Assembly Line ) b) Pengujian dan Pengemasan Bungkusan ( Packing ) c) Persekitaran bahaya. d) Bidang-bidang lain seperti high speed and precision process , computer intergrated manufacturing ( CIM ).

KEBAIKAN AUTOMASI a) Mengurangkan kos dari segi keperluan tenaga buruh . b) Meningkatkan kecekapan dari aspek kualiti dan kuantiti c) Fleksibel kepada permintaan pasaran ( lebih cepat dan fleksibel ) dari aspek perubahan produk dan perubahan proses d) Boleh dipercayai Proses automasi boleh berlangsung berjam-jam tetapi masih mengekalkan prestasi yang diharapkan ( kualiti konsisten dan tahan lama ) e) Daya pengulangan tinggi output daripada mesin automatik boleh dijadualkan dan dikawal sewajarnya . f) Selamat Mesin automatik mengurangkan dan meminimumkan hubungan / interaksi dengan manusia dan persekitaran berbahaya . g) Penyelesaian kepada masalah kekurangan tenaga buruh.

You might also like