Professional Documents
Culture Documents
Anthony 1963). Ianya merupakan satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran serta mempunyai unsurunsur aksiomatik (kenyataan yang dianggap benar tanpa memerlukan sebarang bukti atau alasan). Model pembelajaran diperlukan sebagai rujukan untuk menentukan pendekatan yang dijalankan sesuai digunakan dan mendatangkan keberkesanan. Pendekatan ini berteraskan kepada prinsip atau teori pembelajaran; - konkrit ke abstrak - mudah ke kompleks - keseluruhan ke sebahagian - umum ke spesisifik (deduktif )
PENDEKATAN
Parera (1986) : Pendekatan merupakan satu latar belakang falsafah atau pandangan mengenai idea utama yang hendak dibahaskan dan merupakan satu aksioma (pernyataan yang diterima umum dan menjadi asas kepada sesuatu huraian). Kamarudin Hj. Husin (1988) : satu kumpulan andaian yang saling berkait tentang hakikat bahasa, hakikat pengajaran bahasa dan hakikat pembelajaran bahasa
Pendekatan Deduktif
Pendekatan Induktif
Pendekatan Eklektik
Pendekatan Komunikatif
Pendekatan Bersepadu
Pendekatan Interaksiona l
Pembelajara n Masteri
Pembelajara n Koperatif
Pe,belajaran Kontekstual
Pendekatan Induktif
kesimpulan umum memberi peluang kepada pelajar membuat kesimpulan sendiri bermatlamatkan kepada pembentukan kebiasaan & menekankan kpd pengulangan utk mendapatkan hukum
Pendekatan Deduktif
Pendekatan ini selaras dengan teori pembelajaran Gestalt
pengajaran dengan mengemukakan generalisasi
dan kemudian diikuti oleh contoh-contoh. bematlamatkan pemerolehan struktur kognitif Pendekatan ini lebih banyak menekankan aspek tulisan
Generalisasi pada permulaan pengajaran mestilah dinyatakan secara eksplisit Cth-cth yang digunakan mestilah sesuai dan mencukupi Cth tidak harus datang dari guru sahaja tetapi juga dari murid Cth mesti betul supaya murid dapat meniru & menghasilkan cth yang lain Pemahaman generalisasi murid mesti dinilai melalui pelbagai cara
Kelebihan:
Cara yang mudah untuk menyampaikan isi pelajaran. Menjimatkan masa dan tenaga, tidak perlu membuat banyak persediaan. Pendekatan ini patut dan sesuai digunakan oleh kerana secara tradisinya, guru patut memberikan penerangan sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran.
Pendekatan eklektik merupakan gabungan daripada dua pendekatan lain iaitu pendekatan deduktif dan induktif. Pendekatan eklektik bermaksud pengajaran disampaikan dengan menggabungkan semua atau sebahagian daripada ciri-ciri sesuatu kaedah ke dalam kaedah yang baru.
meningkatkan kemahiran mengeja dan juga kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak.
Pendekatan eklektik digunakan apabila sesuatu
pengajaran memerlukan guru menggunakan berbagaibagai pendekatan tidak hanya dengan penggunaan satu bidang pendekatan yang mirip kepada satu teori sahaja.
Teori eklektik berpegang kepada satu fahaman bahawa kaedah yang baik diterap dari berbagaibagai sistem dan pendekatan. Pendekatan eklektik merupakan satu usaha bagi menyatukan cara hubungan yang rapat di antara berbagai-bagai pendekatan.
Usaha ini juga berkaitan dengan cara bagi merapatkan ke arah satu pertemuan yang baik dalam penggunaan pendekatan tersebut
menggabungkan kaedah yang pelbagai itu ke arah satu sistem yang munasabah untuk dilaksanakan ke dalam proses pengajaran.
Walau bagaimanapun penggabungan tidak boleh
disamakan dengan teori eklektik, tetapi di antara satu kaedah dalam teori eklektik adalah penggabungan.
Pendekatan Komunikatif
Pendekatan Induktif
o Khusus kepada umum o Pengajaran mendapatkan hukum o Banyak menggunakan contoh Kaedah : 1. Terus atau semulajadi 2. Oral-aural 3. Linguistik 4. Fonetik
Pendekatan Deduktif
o Umum kepada khusus o Pengajaran berdasarkan hukum o Kemukakan genelisasi Kaedah : 1.Linguistik 2.Semulajadi 3.Terus
Pendekatan Eklektik
o Gabungan induktif dan deduktif o Pengajaran mengikut kebolehan dan kemampuan kanak-kanak Kaedah : 1.Linguistik 2.Oral-aural 3.Semulajadi 4.Terus
Pendekatan Komunikatif
o Bahasa sebagai satu komunikasi o Pengajaran lebih kepada dialog o Situasi yang menyerupai keadaan sebenar Kaedah : 1. Linguistik 2. Oral-aural 3. Terus
KAEDAH
Kaedah Kaedah merupakan satu tatacara atau organisasi bagaimana aktiviti pengajaran pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik untuk mencapai objektf pembelajaran khusus dalam jangka pendek. Ianya juga adalah sebagai satu cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dan langkahlangkah penyampaian yang tersusun.
Merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun berdasarkan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih (Edward M. Anthony, 1963).
KAEDAH
mengajar sesuatu bahan bahasa, yang secara keseluruhannya mestilah didasarkan kepada pendekatan yang di gunakan. Parera (1986) : satu rancangan menyeluruh untuk menyampaikan secara teratur bahan-bahan bahasa, tidak ada bahagianbahagiannya yang saling bertentangan dan semuanya berdasarkan kepada pendekatan Ishak Ramly (2006) : satu rancangan tentang apa yang akan dilaksanakan sesuai dengan situasi bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran.
Kaedah Inkuiri (Penemuan) Kaedah Inkuiri (Penemuan) yang menekankan kepada 5 prosedur iaitu : P1- Kenal pasti masalah P2- Rancang penyelesaian P3- Kumpul maklumat P4- Buat tafsiran P5- Buat kesimpulan
Kaedah kumpulan - perbincangan kumpulan - kuliah perbincangan - kerja jawatankuasa - main peranan - Sesi Buzz - Sumbangsaran - Wawancara - Konferens
Projek Tinjauan Penyelidikan atau penjelajahan Tunjukcara atau demonstrasi Kelab kesihatan Lawatan
yang panjang, memahami masalah dan memikir dengan logik dan sistematik. Dalam kelas Pendidikan Jasmani pelajar menyelesaikan masalah mengikut langkah berikut. Menganalisis dan memahami masalah Menyenaraikan syarat yang perlu untuk menyelesaikan masalah. Guna pelbagai strategi untuk mendapatkan maklumat. Membentuk jawapan yang mungkin. Pilih dan uji penyelesaian alternatif. Pilih penyelesaian yang sesuai. Menilai kejayaan dalam penyelesaian masalah itu.
Kelebihan 1.Menggalakkan interaksi antara pelajar 2.memupuk tahap pemikiran kognitif yang tinggi 3.menggalakkan ingatan tentang apa yang diuji
Kelemahan Lebih memakan masa berbanding dengan kaedah yang berpusatkan guru Kadangkala sukar untuk melibatkan setiap pelajar dengan berkesan. Pelajar yang lembab atau pelajar yang kurang kemahiran menyelesaikan masalah tidak akan dapat menikmati pelajaran dengan sepenuhnya.
Kaedah Kolaboratif Kolaboratif bermakna satu situasi di mana terdapat unsur bermuafakat serta tolak ansur di antara beberapa individu atau pihak untuk menghasilkan sesuatu yang berkesan. Maka pembelajaran kolaboratif adalah satu kaedah di mana sekumpulan murid bermuafakat serta berganding bahu untuk melakukan aktiviti pembelajaran dengan bimbingan sebaya demi untuk menuju ke arah satu matlamat.
Ahli kumpulan berbincang, merancang dan membuat persediaan untuk menyelesaikan masalah tugasan yang diberikan oleh guru.
Pembelajaran kolaboratif memerlukan semangat setiakawan, saling percaya, mempercayai dan mampu menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi. Prinsip pembelajaran ini ialah kesebayaan, eksperimen, berinteraksi dan kepimpinan.
Kaedah Koperatif Unsur- unsur pembelajaran koperatif ialah murid terlibat dalam memberi penerangan kepada rakan. Ahli berinteraksi diantara satu sama lain untuk mewujudkan persefahaman dan kemajuan murid bekerja sebagai satu kumpulan untuk menyelesaikan satu masalah. Ahli kumpulan bergantung secara positif. Murid belajar secara aktif dan bukan hanya bergantung kepada guru. Ahli kumpulan bertanggungjawab untuk pencapaian pembelajaran kumpulan. Murid tidak terlalu bergantung kepada guru untuk menyelesaikan masalah. Ahli berusaha untuk menyumbangkan idea dan pendapat untuk menyelesaikan masalah atau tugasan yang diberikan. Ahli harus menguasai dan mengamalkan kemahiran sosial seperti ikut giliran,memberi galakan,mendengar,memberi pertolongan,memberi penjelasan untuk membolehkan kumpulan berfungsi dengan efektif. Ahli kumpulan menilai kembali usaha mereka serta kemajuan dari segi pencapaian matlamat.
Kaedah Terus : Menurut Salleh Mohd Akib (1975), kaedah terus ini ialah kaedah pengajaran secara perbualan untuk memperkenalkan bahasa kedua kepada kanak-kanak. menurut Kamarudin Hj. Husin (1988), kaedah ini mengutamakan prinsip mengajar berdasarkan psikologi kanakkanak. Kaedah ini disampaikan berdasarkan empat perkara asas iaitu: 1. Perhubungan secara langsung antara perkataan dengan benda atau ayat dengan fikiran atau sebaliknya. 2. Pengajaran harus dikaitkan dengan pengalamanpengalaman sedia ada. 3. timbulkan perasaan ingin tahu kanak-kanak melalui soalansoalan yang telah dirancangkan. 4. mengutamakan bahasa lisan, tidak mempelajari undangundang tentang bahasa yang hendak dipelajari, mengutamakan sebutan yang betul, ulangan dan pengukuhan harus dibanyakkan, dan mempelajari sesuatu yang mudah sebelum sesuatu yang kompleks.
Kaedah Semulajadi : hampir sama dengan kaedah Terus. Pengajaran dimulakan dengan soalan-soalan yang berhubung dengan objek dan gambar. Perkataan-perkataan yang baru diterangkan dengan menggunakan perkataan-perkataan yang telah diketahui oleh murid. Terjemahan tidak langsung digunakan.
Kaedah Oral-Aural : kaedah mendengar dan kemudiannya bertutur. menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Latih tubi dan dialog dijalankan dalam cara yang realistik memberi perhatian kepada intonasi yang betul. Kaedah Linguistik : Kaedah ini membolehkan kanak-kanak menggunakan bahasa yang telah diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari segi bunyi. memulakan aktiviti dengan latihan pendengaran kemudian diikuti oleh aktiviti menyebut. Pengajaran tatabahasa dilakukan mengikut pendekatan Induktif (Kamarudin Hj. Husin,1988).
TEKNIK
Teknik Ialah merupakan kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar bagi sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contohnya teknikbercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi, latih tubi, main peranan, simulasi, sumbang saran dan lain-lain. Untuk menentukan keberkesanan pengajaran di tahap optimum ianya berteraskan kepada kriteria pencapaian objektif berikut ; Umur Kebolehan Kecerdasan Minat
Kamus Dewan (edisi ketiga) : kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karangmengarang dan sebagainya. Edward M. Anthony : satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz : pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
Jenis-jenis Teknik pengajaran: a. Bercerita b. Bersyarah c. Perbincangan d. Demonstrasi e. Latih tubi dan hafazan f. Penyoalan g. Drama/lakonan j. Penyelesaian masalah k. Sumbangsaran l. Permainan m. Kajian kes n. Lawatan o. Permainan bahasa p. Inkuiri
h. Main peranan
i.
q. Perbahasan
r. Kuiz
Simulasi
Teknik simulasi Simulasi merupakan satu situasi yang diwujudkan untuk menyerupai keadaan sebenar dengan cara menggunakan masalah atau kejadian atau peristiwa yang benar wujud dalam kehidupan seharian untuk diselesaikan di dalam keadaan terkawal dan selamat. Simulasi membolehkan seorang guru menyampaikan secara olok-olok mengenai sesuatu pengalaman yang benar jika sebenarnya dilakukan akan menelan belanja yang besar, memakan masa, merbahaya atau rumit. Salah satu kaedah yang baik untuk menjalankan simulasi ialah dengan menggunakan komputer.
Teknik main peranan Satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan lakonan spontan mengenai sesuatu situasi atau masalah oleh sekumpulan murid yang dipilih.
Melalui aktiviti ini murid boleh mendapat gambaran dan pengalaman yang baru. Lakonan ini dilakukan tanpa menggunakan sebarang skrip.
Ia boleh dilakukan secara berstruktur atau tidak berstruktur.
Teknik latih tubi Merupakan sejenis aktiviti yang memerlukan murid melakukan sesuatu aktiviti secara berulang-ulang sehingga mereka menguasai sesuatu kemahiran atau konsep baru dengan lancar. Aktiviti ini boleh dilakukan secara lisan, amali dan bertulis.
Latihan seperti ini boleh memperkukuhkan fakta,konsep dan kemahiran pendidikan jasmani yang dipelajari.
Teknik demonstrasi Teknik pengajaran yang memusatkan guru atau aktiviti di mana seseorang menunjukkan cara melakukan atau menghasilkan sesuatu di hadapan murid dalam sesi pengajaran. Murid lain memerhati dan mengenalpasti prosedur dan cara untuk melakukan sesuatu aktiviti tersebut. Dengan cara ini diharapkan murid dapat melakukan aktiviti ini dengan sendiri secara sistematik, teratur, kemas dan berkesan. Guru mesti mengetahui dengan jelas demonstrasi yang hendak ditunjukkan serta segala alat kelengkapan yang diperlukan. Demonstrasi boleh dilakukan dengan menggunakan model hidup, model simbolik dan model persepsi. Contoh guru boleh mendemonstrasikan cara menendang bola mengikut teknik yang betul di padang.
Teknik sumbangsaran Sumbangsaran adalah satu kaedah untuk mendapatkan alternatif penyelesaian masalah. Ia juga dikenali sebagai percambahan fikiran di mana semua orang dalam kumpulan dapat menyumbangkan fikiran dan pendapat terhadap sesuatu topik yang dibincangkan. Untuk membolehkan aktiviti sumbangsaran dijalankan dengan berkesan prinsip asas sumbangsaran harus dipatuhi iaitu topik perbincangan hendaklah sesuai dengan kebolehan murid. kumpulan terdiri dari murid yang terdiri daripada pelbagai kebolehan pengerusi dan pelapor kumpulan memainkan peranan untuk memastikan perjalanan aktiviti berjalan lancar. setiap ahli diberi giliran untuk memberi pendapat atau cadangan. semua cadangan hendaklah dicatat untuk dibincangkan secara umum. cadangan yang kurang baik atau salah tidak boleh dikritik.
Contoh teknik mengajar kemahiran asas Teknik adalah merupakan cara bagaimana melakukan sesuatu kemahiran dengan betul. Lazimnya apabila teknik kelakuannya betul maka hasilnya pastilah betul.
Contohnya dalam permainan hoki; kemahiran yang dipilih adalah memukul. Bagaimanakah kelakuan memukul dilakukan? Ia melibatkan butiran mengajar bagaimana perlakuan memukul itu dilaksanakan berasaskan kepada cara-cara memegang kayu; iaitu pegangan rapat, kedudukan kaki, kedudukan bola, hayunan, ikut lajak, sentuh bola , dan sebagainya.
Teknik berbincang teknik pengajaran yang berbentuk perbualan dan ia dilakukan di kalangan kanak-kanak di bawah penyeliaan dan kawalan guru. Teknik brainstorming teknik yang berbentuk perbincangan Kanak-kanak digalakkan berfikir secara kreatif dan aktif untuk menghuraikan pendapatnya.
Teknik soal jawab teknik yang kerap digunakan oleh guru. Ia mewujudkan interaksi antara guru dengan kanak-kanak. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru bertanyakan soalan dan kanak-kanak akan menjawab soalan tersebut. Mempunyai aras kesukaran soalan
Teknik main peranan teknik yang melibatkan gambaran-gambaran murid terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan melakonkannya tanpa sebarang bantuan skrip. pengalaman secara spontan.
Teknik bercerita Guru memilih cerita yang sesuai dengan kanak-kanak dan isi pengajaran yang hendak disampaikan. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa dan berikan penekanan kepada aspek-aspek bahasa yang hendap diajarkan. Teknik tunjuk cara sesuai digunakan terutama dalam proses pengajaran yang memerlukan kanak-kanak bertutur dengan menggunakan ayat-ayat yang betul dan sempurna. Di samping menunjuk cara, kanak-kanak diminta untuk menerangkannya melalui bahasa yang baik. Sebelum kanak-kanak menunjuk cara, guru perlulah menerangkan maksud tunjuk cara tersebut dan perkara-perkara yang harus dicakapkan.
Teknik penyelesaian masalah teknik pembelajaran yang dilaksanakan di bawah penyeliyaan guru. Kanak-kanak diberi masalah dan cuba menyelesaikan masalah tersebut. Teknik latih tubi pengulangan fakta-fakta yang telah dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran tersebut dan di samping itu, untuk menjamin kekekalannya. Teknik permainan bahasa guru membentuk satu situasi yang memerlukan kanak-kanak menggunakan bahasa yang ada pada mereka untuk menyelesaikan tugas-tugas permainan yang diberi.
STRATEGI
Strategi Ialah merupakan satu penentuan dan perancangan kaedah dan teknik untuk mencapai objektif jangka panjang. Konsepnya adalah berteraskan kepada ; - Kebijaksanaan memilih pendekatan - Kecekapan merancang kaedah dan teknik - Berdasarkan objektifnya
Prinsip dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam menangani sesuatu penyampaian maklumat kepada pelajar dapat dicapai melalui pelbagai cara. Kepelbagaian cara dapat mengatasi masalah yang dijangkakan atau tidak terutamanya dalam pengajaran Pendidikan Jasmani yang dijalankan bukan sahaja di bilik darjah tetapi di luar bilik dengan pelbagai situasi rangsangan. Oleh itu strategi pengajaran yang menekankan prinsip-prinsip pengajaran berikut perlu di guna pakai sebagai panduan : Adakan tujuan khas yang biasanya ditulis dalam bentuk objektif pengajaran yang berteraskan kepada domain psikomotor, domain kognitif dan domain afektif.
kemahiran manipulatif atau motor. Domain kognitif merujuk kepada pengiktirafan pengetahuan dalam perkembangan kebolehan dan kemahiran intelek. Domain afektif merujuk kepada pernyataan nilai, sikap dan penghargaan individu Objektif psikomotor ditulis dalam bentuk eksplisit dan sebaiknya ditulis dalam bentuk SMART iaitu menekankan perkara berikut; Kemahiran yang khusus Boleh diukur Boleh dicapai Munasabah Masa mencukupi
sesuatu kemahiran yang diajar bagi satu sesi pengajaran. Masa yang mencukupi untuk sesuatu gerak kerja yang dijalankan. Masa dihadkan bagi setiap gerak kerja perlu untuk mengawal perjalanan kelas. Beri peluang kepada murid untuk berlatih atau melakukan latih tubi atau mengambil bahagian sepenuhnya dalam satu sesi pengajaran. Latih tubi secara ansur maju dengan mempelbagaikan gerak kerja dan bentuk latihannya perlu ada kesinambungan atau berhubung kait. Adakan pertandingan bersyarat atau permainan kecil yang boleh menimbulkan motivasi murid atau perangsang.
Langkah mengajar perlu mengandungi aspek 5P ; P1- Penerangan (semasa, maklum balas) P2- Praktik (pengelolaan) P3- Pelakuan (tunjuk cara, tepat dan berulang) P4- Permainan atau pertandingan P5- Penyeliaan atau pembetulan Pengajaran latihan perlu dirancang terlebih dahulu. Guru perlu berada di tempat yang strategik semasa memberikan arahan agar mudah dilihat oleh muridmurid. Elakkan bercakap atau memberi arahan selagi pelajar tidak menumpukan atau memberikan perhatian. Penilaian atau refleksi perlu dijalankan untuk mengesan keberkesanan pengajaran pembelajaran.
Secara keseluruhannya, pendekatan adalah bersifat aksiomatik dan menggambarkan hakikat bahasa dan proses belajar bahasa yang dijadikan landasan untuk menyusun kaedah mengajar. Kaedah pula adalah bersifat prosedur dan teknik merupakan perlaksanaan kaedah dalam kelas.
KeSiMPuLaN
Terdapat banyak pendekatan, strategi, kaedah dan
teknik yang hendak digunakan kerana tiada 1 pendekatan, kaedah dan teknik yang spesifik semasa proses P & P.
Pemilihan ini mestilah secara kreatif agar kanak-
STRATEGI
PENDEKATAN
KAEDAH
TEKNIK
Lebih menjurus dan Cara atau langkah/tindakan menumpukan kepada pencapaian atau hasil pembelajaran.
yang mesti
STRATEGI dilaksanakan untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran
PENDEKATA N
STRATEGI PENGAJARAN
KAEDAHKAEDAH
TEKNIKTEKNIK MENGAJAR
AKTIVITI
Pemusatan
Pemusatan
Pemusatan
guru
murid
bahan
PEMUSATAN GURU
Kaedah dan teknik yang digunakan seperti penerangan, deminstrasi,syarahan,bercerita dan pengajaran mikro.
Dalam pendekatan yang kaedah yang boleh digunakan adalah seperti yang berikut: penerangan penjelasan bercerita huraian memberi nota syarahan demonstrasi
berpusatkan guru,
Guru merupakan seorang pemimpin yang membimbing murid menjalankan aktiviti pembelajaran. Kaedah dan teknik yang digunakan seperti inkuiri penemuan,perbinca ngan,main peranan dan sumbangsaran.
Ujian formatif adalah ditekankan dan keputusan ujian kerap kali digunakan untuk menguji kelemahan murid.
Dalam pendekatan yang yang boleh digunakan adalah seperti yang berikut: bercerita bacaan latih tubi pembelajaran akses kendiri inkuiri penemuan soal jawab main peranan demonstrasi penyelesaian masalah sumbang saran projek pembelajaran koperatif amali
Guru menyampaikan pengajaran dengannya dengan lebih mudah, leih menarik serta lebih berkesan.
STRATEGI
PEMUSATAN BAHAN
Kaedah yang berkaitan ialah audio-visual dengan penggunaan projektor, televisyen, komputer dan sebagainya. Murid boleh memahami pembelajaran dengan lebih bermakna secara sendiri atau berkumpulan tanpa kehadiran guru.
Komunikasi dan interaksi berlaku antara guru dengan bahan pengajaran atau murid dengan bahan pengajaran.
Juga mementingkan aktiviti pnp yang bermakna melalui pengalaman yang sebenar.
Dengan adanya bahan-bahan pelajaran, ilmu pengetahuan yang abstrak dapat dikaitkan dengan situasi yang konkrit.
Aktiviti 1 Bahagikan kepada 3 kumpulan. Aplikasi 3 strategi pembelajaran kepada: Berpusatkan guru Berpusatkan murid Berpusatkan bahan
PENDEKATAN
Pendekatan merupakan satu set andaian yang membentuk sifat bahasa, pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan.
JENIS-JENIS PENDEKATAN
Pendekatan induktif
Pendekatan deduktif
Pendekatan eklektik
Pendekatan komunikatif
Pendekatan oral
pendekatan tematik
pendekatan masteri
Sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran guru perlu menyediakan contoh-contoh yang sesuai untuk murid membuat rumusan
Murid dibimbing melalui aktiviti penyoalan supaya dapat membuat kesimpulan sendiri
KONSEP INDUKTIF
Pelbagai contoh yang mengandungi ciri-ciri yang sama untuk memudahkan murid membuat kesimpulan samada daripada guru atau murid
Merancang Aktiviti
Pelaksanaan
Penilaian
Kenalpasti Maklumat
Sediakan Contoh
Membuat Kesimpulan
Memberikan contohcontoh
Memberikan contohcontoh
Membuat Konsep
Membentuk satu generalisasi daripada contoh-contoh tertentu. Misalnya mencari ciri segitiga yang sama daripada pelbagai jenis segitiga.
Membentuk satu prinsip daripada ujikaji tertentu. Mislanya mendapat prinsip graviti daripada ujikaji benda-benda dijatuhkan dari atas ke bawah.
Membentuk satu hukum daripada pernyataan-pernyataan tertentu. Misalnya mendapat hukum tatabahasa daripada membuat analisis terhadap struktur ayatayat bahasa
Membentuk satu teorem melalui aktiviti-aktiviti induktif. Misalnya mengukur dan mencari hasil tambah sudut-sudut dalam pelbagai jenis segitiga untuk mendapat teorem sudut segitiga.
Mendapat satu teori daripada satu urutan pemikiran. Misalnya, memmerhati tingkah laku manusia untuk mendapatkan satu teori pembelajaran
Guru tidak menghuraikan isi pelajaran, murid dibimbing untuk mencari kesimpulan
Penggunaan deria-deria murid dalam aktiviti lihat, dengar, hidu & sentuh.
Pengajaran mengikut urutan yang tepat contoh-contoh spesifik membawa kepada kesimpulan umum.
PERINGKAT 1 (PERANCANGAN)
Menentukan objektif pelajaran Menyediakan contoh-contoh Menyediakan soalan Menyediakan alat bantu mengajar
PERINGKAT 2 (PENDEDAHAN)
Set induksi
Merumuskan ciri-ciri Membuat generalisasi Menerangkan fungsi kesimpulan,hu kum,prinsip,te ori atau teorem
PERINGKAT 5 (PENUTUP)
Sesuai dengan kehendak ilmu pengajaran dan pendidikan, iaitu beberapa amatan akan menjadi satu tanggapan.
kanak-kanak mempelajarinya melalui lisan, bacaan dan karangan. ia tidaklah disampaikan disampaikan sebagai tajuk pelajaran yang berasingan.
Tidak perlu menghafaz kerana kanak-kanak akan faham setelah diberikan contohcontoh itu beberapa kali.
Guru mudah menyusun pelajran mengikut prinsipprinsip bagaimana kanak-kanak belajar yakni daripada yang sennag kepada yang lebih susah dan seterusnya.
Kanak-kanak mempelajari bendabenda yang berguna dan biasa ditemui dalam bacaan dan karangan.
Boleh digunakan untuk membuat generalisasi baru. Contohnya, setelah murid mempelajari rumus luas segiempat tepat, mereka dibimbing menggunakan rumus itu untuk mendapat rumus luas segitiga bersudut tegak.
Untuk membukti hipotesis Boleh digunakan untuk membuat hipotesis melalui prinsip atau hukum yang telah dipelajari. Contohnya, setelah murid mempelajari teorem sudut-sudut bersebelahan atas garis lurus mereka dibimbing menggunakan teorem ini untuk membuktikan hasil tambah tiga sudut dalam sebuah segitiga
Contoh tidak harus datang dari guru sahaja tetapi juga dari murid
Contoh mesti betul supaya murid dapat meniru dan menghasilkan contoh yang lain
Guru menerangkan peraturan, rumus tatabahasa, menerangkan pengertian dan hukum yang tertentu.
Pengajaran guru tertumpu kepada usaha menjelaskan generalisasi kepada pelajar. Guru mewujudkan pelbagai aktiviti.
Dijalankan dalam bentuk berkumpulan. Melihat kembali kebolehan pelajar menguasai kemahiran tertentu.
Guru membuat kesimpulan berdasarkan perkara-perkara yang telah dipelajari. Guru memberikan aktiviti tambahan untuk meningkatkan kefahaman.
Sedikit mengguna kan bahasa yang dipelajari. Murid hanya dapat menulis sahaja. Cara penerangan tidak dinyatakan (konkrit).
Boleh gunakan strategi Pusatan guru, Pusatan murid, dan Pusatan bahan
Aktiviti pemulihan
Aktiviti pengayaan
Hal ini kerana manusia perlu berkomunikasi untuk sama ada secara interpersonal atau intrapersonal bagi tujuan memenuhi keperluan dan kehendaknya. Antara lain manusia berkomunikasi untuk menyatakan perasaan dan emosi, mencipta imaginasi, memperoleh barangan dan perkhidmatan, bertukar pandangan, memperoleh dan menyampaikan maklumat. Prinsip asas pendekatan komunikatif ini ialah murid mengetahui dan memahami tujuan melaksanakan aktiviti tertentu dalam proses pembelajarannya.
Proses pengajaran bahasa dilaksanakan dalam konteks wacana mengikuti proses komunikasi sebenar.
Terjemahan boleh digunakan, asal saja murid-murid memperoleh manfaat daripadanya; Murid-murid digalakkan menyampaika n idea secara lisan (bertutur);
Dialog jika digunakan terarah kepada proses komunikatif bukan untuk tujuanhafalan; Konteks dan situasi komunitif sangat diberi keutamaan;
Bahan bantu mengajar berfungsi sebagai dorongan kepada murid-murid untuk belajar; Bahan bantu mengajar perlu sesuai mengikut tahap umur dan kemahiran murid-murid.
Pembelajaran bahasa berfokus kepada keperluan belajar untuk berkomunikas i; Latih tubi perlu tetapi bukan keutamaan;
Bahasa membolehkan manusia berfikir dan berkongsi pendapat dan pengalaman dengan orang lain.
Bahasa digunakan untuk tujuan berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain.
PRINSIP PENDEKATAN KOMUNIKATIF (BRUMFIT DAN JOHNSON (1989) DAN LITTLEWOOD (1981)
PRINSIP TUGASAN
PRINSIP KOMUNIKASI
Tugasan yang diberikan akan disulami dengan aktiviti komunikasi akan memberikan makna kepada pelajar.
Pembelajaran bahasa yang bermakna akan menggalakkan keinginan mempelajari bahasa yang seterusnya. PRINSIP YANG LEBIH BERMAKNA.
GRAMATIKAL
KECEKAPAN STRATEGI
SOSIO-LINGUISTIK
WACANA
Tahap perhubungan interpersonel (bahasa sebagai pengluahan penilaian nilai.) Tahap keperluan pembelajaran (yang berlandaskan analisis kesalahan)
Matlamat untuk mencapai pendidikan linguistik (pembelajaran bahasa merentasi kurikulum sekolah)
Pelajar seharusnya diberi peluang untuk meluahkan idea dan pendapat mereka.
Satu daripada tangungjawab guru aalah meyediakan situasi pembelajaran yang menggalakkan komunikasi.
satu kaedah yang memberi penekanan kepada penguasaan aspek lisan dalam aktivitinpembelajaran bahasa.
ini dilakukan sebelum seseorang itu menguasai kemahiran-kemahiran yang lain seperti membaca dan menulis.
perbendaharaan kata merupakan aspek utama dalam rekabentuk pendekatan ini. selain itu kwalan tatabahasa adalah juga diberi perhatian.
Pengajaran bahasa dimulakan dengan bahasa pertuturan. bahan hendaklah diajar secara lisan terlebih dahulu sebelum ia di perkenalkan dan dipersembahkan dalam bentuk tulisan.
Ciri-ciri dan aspek bahasa yang dipelajari akan diperkenalkan dan dipraktikkan berdasarkan situasi.
Pemilihan perbendaharaan kata dibuat mengikut proosedur yang sesuai agar ia benar-benar dapat berfingsi dengan betul dan mengandungi makna yang tepat.
Item-item tatabahasa dipertingkatkan mengikut prinsip-prinsip pengredan, yang bermula daripada bentuk yang mudah kepada yang lebih rumit dan kompleks.
Aktiviti bacaan dan penulisan akan diperkenalkan sebaik sahaja asas leksikal dan tatabahasa dapat dikuasai.
Diertikan sebagai pokok pembicaraan atau topik uama yang dijadikan sesuatu pembicaraan atau kajian.
PENDEKATAN TEMATIK
CARA PERLAKSANAAN
Tema dipecahkan kepada sub-topik dan dibincangkan dalam kumpulan mengikut tahap kebolehan murid.
Kumpulan Cerdas
Sub - Topik
Kumpulan Sederhana
Sub - Topik
Tema
Sub - Topik
Kumpulan Lambat
Tema yang sama diberi dan dibincangkan oleh muridmurid dalam kumpulan pelbagai kebolehan.
Pembelajaran Masteri
merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan
penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang diajar. [Bloom, 1968]
berasaskan kepada falsafah bahawa semua atau hampir semua murid boleh menguasai sesuatu pengetahuan atau
kemahiran dengan baik dan penuh keyakinan sekiranya keadaan yang sesuai sistematik, membantu murid apabila menghadapi masalah pembelajaran, dan masa yang mencukupi disediakan untuk murid itu menguasai memperuntukkan masa yang mencukupi pembelajarannya. untuk murid mencapai masteri dengan [Bloom, 1968] berpandukan kriteria masteri yang jelas.
[Anderson & Block
ialah satu set idea dan amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu murid untuk belajar secara konsisten idea dan amalan ini menghasilkan pengajaran yang
Berdasarkan pendapat tersebut, Pembelajaran Masteri boleh dirumuskan sebagai: suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.
vii. Aktiviti pemulihan dilaksanakan untuk murid yang belum menguasai aras masteri.
viii. Aktiviti pengayaan dilaksanakan untuk murid yang telah mencapai aras masteri.
Penilaian
Tindakan Susulan Aktiviti Pengayaan Ya
Sudahkah murid menguasai?
Tidak
Ya Unit Pembelajaran 2
Teruskan
Pembelajaran Masteri bukanlah perkara yang baru dan unsurunsurnya terkandung dalam KBSR dan KBSM.
Penggunaan pendekatan dan strategi pengajaran dan pembelajaran masteri memastikan semua murid dapat mengguasai apa yang diajar.
Sekolah yang menggunakan pembelajaran masteri mendapati pencapaian murid mereka lebih tinggi disamping prestasi meningkat.
Merancang unit pelajaran dan peringkat maklum balas dengan aktiviti pemulihan.
Kesimpulan Pengajaran Masteri adalah pendekatan pengajaran yang berasaskan andaian bahawa pelajar boleh menguasai objektif pembelajaran yang ditetapkan, sekiranya mereka diajar jelas dalam masa yang mencukupi. (Bloom et al. dalam Woolfolk, 1998: 334)
Pendekatan pengajaran yang mempunyai ciri-ciri masteri telah lama dilaksanakan sejak zaman Comenius, Pestalozzi dan Herbert (Bloom, 1974).
Bagaimanapun, penggunaannya pada zaman moden ini banyak terhasil dari kajian dan penulisan Bloom.
Aplikasi pengajaran masteri adalah berasaskan model pembelajaran oleh Benjamin Bloom (1968) dan diubahsuai oleh Block.
Terdapat juga strategi pengajaran masteri yang berbentuk individu atau pelajar belajar sendiri. Untuk menggunakan pengajaran masteri, guru mesti memecahkan sesuatu unit pembelajaran kepada tajuk-tajuk kecil. Setiap tajuk kecil ini pula mengandungi beberapa objektif khusus.
Masteri bermaksud mencapai kemahiran seperti dalam objektif pembelajaran dengan memperoleh skor 80% ke atas dalam ujian.
Guru perlu memberitahu pelajar mengenai objektif-objektif dan kriteria untuk mencapai objektif-objektif tersebut.
Pelajar yang tidak mencapai tahap minimum dalam ujian atau pelajar yang dapat mencapai skor minimum, tetapi masih tidak berpuas hati dengan pencapaian, boleh mengulang semula tajuk kecil tersebut sebelum beralih kepada tajuk kecil lain.
Dalam pengajaran masteri, peranan guru adalah menyediakan bimbingan atau pelajaran tambahan kepada pelajar yang belum menguasai sesuatu tajuk kecil.
Terdapat beberapa cara melaksanakannya Guru boleh mengaturkan supaya pelajar mendapat bantuan daripada rakan sebaya sesama atau berlainan kelas atau ahli-ahli lain dalam kumpulan pembelajaran koperatif.
Sekiranya ketiadaan masa atau tenaga (guru atau pelajar), guru boleh mengadaptasi pengajaran masteri ini dalam bilik darjah biasa, iaitu guru menegaskan objektif yang perlu dicapai. Selepas pembelajaran, guru memberi ujian untuk menguji kefahaman pelajar mengenai tajuk kecil tertentu.
masteri yang ditetapkan, boleh diberi aktiviti penggayaan, seperti memberi tugasan simulasi komputer, projek kajian atau menyelesaikan masalah kreatif.
(Woolfolk, 1998; 334)
Berdasarkan ini, pembelajaran kontekstual memberikan fokus ke atas pelbagai aspek persekitaran pembelajaran, sama ada bilik darjah, makmal, makmal komputer, tempat kerja, atau ladang. Pembelajaran kontekstual menggalakkan guru untuk memilih dan/atau mereka persekitaran pembelajaran yang menerapkan sebanyak mungkin pengalaman yang berbeza (sosial, budaya, dan psikologikal). Dalam persekitaran sebegini, murid-murid akan menemukan hubungan yang bermakna antara idea abstrak dan penggunaan yang praktikal dalam konteks dunia sebenar; konsep-konsep akan disebatikan melalui proses penemuan, pengukuhan, dan membuat kaitan.
Bagaimana pembelajaran kontekstual boleh dilaksanakan di sekolah? Terdapat beberapa strategi yang berasaskan pembelajaran kontekstual yang boleh dilaksanakan di sekolah untuk menjayakan pembelajaran iaitu: Menghubungkait, Mengalami, Menggunakan, Bekerjasama, dan Pemindahan
Murid-murid dalam kumpulan bekerja secara bersemuka dan belajar bagaimana untuk bekerja dalam kumpulan sebagai satu pasukan.
Sewaktu bekerja dalam kumpulan kecil, murid-murid boleh berkongsi kekuatan mereka dan juga dapat mengembangkan kemahiran mereka yang lemah.
Kemahiran interpersonal murid-murid dapat dikembangkan. Murid akan belajar bagaimana menangani konflik. Bila kumpulan-kumpulan koperatif dibimbing oleh objektif yang jelas, murid-murid yang terlibat dengan pelbagai aktiviti dapat memahami pelajaran yang diterokai.
Sebagai jaminan pembelajaran koperatif boleh berlaku, tiga perkara adalah perlu:
1 - murid perlu merasa selamat, tetapi dicabar. 2 - kumpulan hendaklah cukup kecil agar semua ahli
dapat menyumbang.
Kes 1 Anda ditugaskan mengajar di kelas tingkatan 2 yang pelajarnya mempunyai tahap pencapaian sederhana. Semasa pengajaran, anda mendapati bahawa Aini dan Aminah sering berbisik dan kadangkala disusuli dengan ketawa kecil setiap kali anda menulis sesuatu di papan tulis. Johari dan Ah Chong juga kerap berbisik sesama mereka berdua tetapi ketawa kecil tidak kedengaran. Mary yang duduk bersebelahan tingkap lebih kerap memandang ke luar daripada menumpukan perhatian kepada pengajaran guru. Muthu dan Omar berpura-pura menulis setiap kali pengajaran berlaku. Apakah persepsi anda dan bagaimanakah anda menangani situasi tersebut?
TEKNIK
Pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.
JENIS-JENIS TEKNIK
Main peranan
Simulasi
Teater bercerita
Pentomin
Permainan bahasa
Latih tubi
Sosiodrama
JENIS SIMULASI
Main peranan
TUJUAN SIMULASI
Prestasi pelakon yang kurang menarik akan mewujudkan suasana yang membosankan.
KONSEP SOSIODRAMA
Berdasarkan sesuatu cerita yang menggambarkan sesuatu situasi yang konflik, mempunyai perwatakan yang menentang dan sebagainya.
Sosiodrama akan bermula setelah membaca skrip drama yang disediakan terlebih dahulu.
Murid boleh menyatakan perasaan dan sikap melalui lakonan, penyusunan idea dan melatih untuk bertindak balas secara spontan.
Teknik yang melibatkan gambarangambaran murid terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan melakonkannya tanpa sebarang bantuan skrip.
Murid dapat mengukuhkan kemahiran pertuturan dan melatih diri untuk menyelesaikan masalah.
Membolehkan murid-murid memahami lebih mendalam kan tujuan, sikap dan tingkah laku orang lain dalam situsasi yang sebenar.
Guru menyampaikan isi pelajaran dengan penggunaan teknik bercerita. penyampaian KONSEP cerita boleh melalui lisan, atau BERCERITA murid-murid mendengar atau menonton sambil mendengar cerita dengan menggunakan patung-patung (boneka)
TUJUAN BERCERITA
Tujuan- untuk mencapai tahaf penguasaan kemahiran tersebut dan disamping itu menjamin kekekalannya.
Kesimpulannya
Teknik
merupakan kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar bagi sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Kaedah
Kaedah merupakan satu tatacara atau organisasi bagaimana aktiviti pengajaran pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesan. Merupakan satu siri tindakan guru yang sistematik untuk mencapai objektf pembelajaran khusus dalam jangka pendek. Ianya juga adalah sebagai satu cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dan langkah-langkah penyampaian yang tersusun
Pendekatan
Pendekatan merupakan satu set andaian yang membentuk sifat bahasa, pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan. Adalah merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan berdasarkan kepada objektifnya
Strategi
merupakan satu penentuan dan perancangan kaedah dan teknik untuk mencapai objektif jangka panjang
2. Kaedah pengajaran: a. Kaedah Socrates b. Kaedah inkuiri-penemuan c. Kaedah penyiasatan d. Kaedah kerja praktis e. Kaedah dapatan
3. Teknik pengajaran: a. Bercerita b. Bersyarah c. Perbincangan d. Demonstrasi e. Latih tubi dan hafazan f. Penyoalan g. Drama/lakonan h. Main peranan i. Simulasi j. Penyelesaian masalah k. Sumbangsaran l. Permainan m. Kajian kes n. Lawatan
4 Pendekatan pengajaran: 5. Ketrampilan pengajaran: a. Daripada konkrit kepada abstrak Set induksi b. Daripada mudah kepada kompleks Kemahiran menerang c. Daripada keseluruhan kepada bahagian Kemahiran menunjuk cara d. Daripada umum kepada spesifik Kemahiran penyoalan (deduktif) Kemahiran Variasi rangsangan e. Daripada spesifik kepada umum Kemahiran Penggunaan papan tulis (induktif) Kemahiran Penggunaan BBM f. Daripada dekat kepada jauh Kemahiran Pengukuhan g. Daripada diketahui kepada belum Kemahiran Penutup diketahui h. Pendekatan Masteri i. Pendekatan Kontekstual j. Pendekatan Koperatif