You are on page 1of 18

LAKONAN DALAM

DIDIK HIBUR
Oleh
DR JEYAGOBI DHAMODAREM
Definisi Lakonan

Lakonan adalah satu aktiviti, atau pergerakan tubuh badan atau segala
bentuk perlakuan yang meliputi segala kegiatan hidup manusia.
Ia dilakukan oleh watak-watak tertentu sebagai mencerminkan keadaan
sebenar, atau meniru cara dan bentuk kegiatan-kegiatan yang berlaku
dalam hidup masyarakat.

Kamus Dewan (2000) mentakrifkan lakonan sebagai perihal memainkan
sesuatu drama, sandiwara dan sebagainya.

KEBAIKAN AKTIVITI LAKONAN

Membolehkan murid-murid bertutur dengan gaya, suara, intonasi,
nada dan sebutan yang betul.
Untuk membolehkan mereka menggunakan bahasa dalam situasi dan
konteks tertentu dengan cara yang betul.
Membolehkan murid-murid bertutur menggunakan bahasa yang
kemas dan teratur.
Membolehkan mereka berinteraksi atau berhubung dengan orang lain
untuk menyatakan perasaan, kehendak, pengalaman dan fikiran mereka.
Melatih murid-murid mendengar dengan baik dan dapat memahami
apa yang didengarinya itu secara tepat.
Menyuburkan semangat kekitaan, bertanggungjawab dan boleh
bekerjasama dalam satu kumpulan.
Mendorong pembentukan pemikiran yang lebih aktif dan kreatif
dalam kalangan murid.
Mengikis perasaan rendah diri, sifat malu dan pelbagai sifat negetif lain.
Melatih murid-murid memahami semua aspek kehidupan
apabila mereka menghadapi keadaan sebenar.


PRINSIP-PRINSIP BERLAKON

Aktiviti lakonan hendaklah menepati objektif pengajaran, iaitu untuk
mempertingkat kemahiran dan kebolehan berbahasa dalam kalangan murid.

Berlakon hendaklah mempunyai tema yang sesuai dengan pengalaman
dan kebolehan mental murid serta boleh dijalankan dalam situasi yang sebenar.

Dialog dalam lakonan haruslah menggunakan bahasa yang sesuai,
iaitu bahasa yang mudah, jelas, ringkas, dan senang difahami oleh murid-murid.

Aktiviti ini hendaklah dijalankan dalam bilik darjah. Lakonan yang memerlukan
peralatan yang sukar dibawa ke bilik darjah perlulah dielakkan.

Semua murid hendaklah dibenarkan berlakon secara bebas.
Guru hanya boleh membetulkan kesalahan murid selepas persembahan
lakonan tersebut supaya tidak menganggu perjalanan lakonan tersebut
atau membunuh minat dan semangat berlakon dalam kalangan murid.

Murid-murid digalakkan melibatkan diri sepenuhnya semasa aktiviti lakonan
itu supaya kemahiran intelek, emosi dan fizikal mereka dapat berkembang.

Standard Kandungan


I. Mengujarkan bahasa yang indah dan menggunakan bahasa
badan dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur.

II. Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul
dan jelas tentang sesuatu perkara melalui lakonan secara didik hibur.

III. Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul
dan jelas tentang sesuatu perkara serta menggunakan bahasa badan
dengan kreatif melalui lakonan secara didik hibur.

Jenis Lakonan

Lakonan Berdasarkan Permainan
Lakonan jenis ini biasanya dijalankan tanpa perancangan terlebih dahulu.
Murid-murid diminta untuk melakukan suatu permainan yang pernah
mereka mainkan sebelumnya seperti bermain bola sepak, layang-layang,
guli, badminton dan sebagainya. Murid yang dipilih secara rawak itu diminta
keluar ke hadapan bilik darjah dan guru meminta mereka untuk
melakonkan permainan tersebut.
Manakala murid lain akan memerhatikan pergerakan yang sedang dilakonkan.
Contoh lain ialah permainan pukul berapa datuk harimau,
ayam dan musang, dan sebagainya.

Lakonan Spontan


Merupakan lakonan yang tidak dirancang dan dijalankan
tanpa skrip.
Murid-murid diberi peluang berlakon menggunakan ayat
sendiri secara semerta iaitu lahir daripada fikiran
mereka sendiri. Biasanya melibatkan
dua orang pelakon atau lebih. Sebelum berlakon, peranan
masing-masing diperjelaskan dan guru perlu memberikan
gambaran suasana dan peristiwa yang hendak dilakonkan itu
sebelum murid-murid melakonkannya secara bebas.
www.youtube.com/watch?v=bxHZARNnlgo
Contohnya adegan berjumpa doktor di klinik,
melaporkan kehilangan barang di balai polis,
hakim menjatuhkan hukuman kepada pesalah dan sebagainya.

Lakonan Bisu


Lakonan jenis ini hanya menggunakan pergerakan anggota badan tanpa dialog.
Berpandukan gerak-geri pelakonnya, murid-murid lain diminta meneka apakah
yang dibuat oleh pelakon berkenaan. Sebaik-baiknya guru menjelaskan
terlebih dahulu situasi yang perlu dilakonkan seperti jenis pekerjaan di rumah,
permainan, situasi atau gelagat haiwan kesayangan. Seterusnya mereka
diminta menceritakan kembali gerak-geri yang dilihat menggunakan
perkataan dan ayat sendiri. http://www.youtube.com/watch?v=g8GHEwAm38Y

Contohnya membelah kayu api, menyapu sampah, menjemur padi,
bermain layang-layang, mandi di sungai, menjual ubat, kuda berlari dsb.

Lakonan Berkait

Sesuai dijalankan kepada murid-murid tahap satu atau rendah.
Guru menyebut beberapa perkataan atau perbuatan, dalam masa
yang sama guru akan melakonkan perkataan tersebut.

Misalnya apabila guru menyebut perkataan duduk, dia akan duduk
di atas kerusi.
Berbagai-bagai aksi lain boleh dilakukan seperti menyebut perkataan
saya tidur, saya bersikat, saya berjalan dan sebagainya.

Situasi ini boleh ditukar ganti dengan meminta murid pula
yang menyebut dan melakonkannya atau guru menyebut perkataan,
dan pelakonnya adalah murid-murid secara beramai-ramai dalam bilik darjah.
Melalui aktiviti ini, murid dapat melihat perkaitan antara
percakapan dengan lakonan yang dijalankan.


Lakonan Bersenikata

Dijalankan dalam dua bentuk, iaitu lakonan tidak bersengaja dan
lakonan bersengaja.
Lakonan tidak bersengaja merupakan lakonan tidak formal,
dilakukan selepas murid-murid mendengar sesuatu cerita atau kejadian.
Tidak memerlukan persediaan yang lama dan guru berperanan
memberikan nasihat dan cadangan sahaja manakala murid-murid bebas
berlakon menggunakan perkataan sendiri.
Manakala lakonan jenis bersengaja pula memerlukan perancangan teliti
di mana murid-murid diberi senikata berdasarkan cerita-cerita
yang dipilih oleh guru.
Terdapat beberapa perkara yang perlu dilaksanakan guru sebelum
menjalankan aktivitii lakonan jenis bersengaja ini.


Jelaskan kepada murid peranan sebagai pelakon dengan menceritakan peristiwa
yang hendak dilakonkan atau memberikan senikata untuk diteliti murid.

Seterusnya, proses pemilihan pelakon dijalankan oleh guru.
Semasa pemilihan dijalankan, pastikan peluang berlakon diberikan
kepada semua murid dan tidak hanya tertumpu kepada murid
pandai dan cergas sahaja.

Setelah guru menjelaskan peranan setiap pelakon, murid yang terpilih
bolehlah melakonkannya secara bebas sebagaimana dikehendaki
oleh jalan cerita berkenaan.




sambungan
Guru boleh memberikan ulasan dan komen selepas selesai
aktiviti lakonan supaya sesi lakonan murid tidak terjejas.
Sama ada untuk memberi peluang lakonan
sekali lagi atau membuka peluang kepada murid lain.

Sebaik-baiknya guru berikan motivasi dan rangsangan,
elakkan mengkritik atau menyalahkan murid
- membunuh minat dan keinginannya untuk terus berlakon.

Guru boleh menyediakan peralatan sokongan seperti
topeng dan pakaian yang sesuai
supaya lakonan murid lebih menjadi lebih
realistik dan berkesan.


Lakonan Boneka

Guru memperlihatkan beberapa contoh boneka (puppet) dan melakonkannya.
Pelbagai bentuk dialog boleh dibina berdasarkan boneka berkenaan dan lakonan
jenis ini amat sesuai untuk menyampaikan pelajaran kepada murid yang pemalu.
Semasa boneka berkenaan dilakonkan, murid-murid diminta mendengar
dengan teliti dan mengenalpasti beberapa bentuk kesalahan bahasa.
Bagi murid-murid sekolah menengah, mereka digalakkan membina skrip mudah
dan kemudiannya melakonkan sendiri menggunakan boneka berkenaan.
http://maziahrashid.blogspot.com/p/blog-page_3716.html









Lakonan Nyanyian

Lakonan jenis ini memerlukan lagu sebagai bahan rangsangan
dan sesuai dilaksanakan di semua peringkat sama ada SR atau SM.
Sebelum aktiviti jenis ini dijalankan, guru terlebih dahulu menjelaskan apakah
peranan dan suasana yang perlu dilakukan oleh pelakon. Justeru, pelakon
hanya perlu menggunakan pergerakan anggota badan dan mimik muka
tanpa berkata-kata kerana sepanjang tempoh lakonan tersebut diiringi lagu
yang diperdengarkan kepada mereka. Contohnya lagu Ayah dan Ibu
nyanyian Sudirman Arshad
Lakonan Puisi


Lakonan puisi dijalankan oleh guru berdasarkan pembacaan puisi.
Sebelum aktiviti ini dijalankan, guru akan memilih puisi-puisi yang sesuai
dengan tahap murid. Penggunaan sajak dan pantun sesuai untuk
murid-murid sekolah rendah, manakala gurindam, seloka, syair dan
nazam sesuai untuk murid-murid sekolah menengah.

Contohnya, guru memasang pita rakaman yang mengandungi
Sajak Ke Makam Bonda, Syair Burung Pungguk, Seloka Pak Kaduk
dan Gurindam Dua Belas. Berdasarkan senikata puisi tersebut,
murid-muird dikehendaki melakonkan satu pergerakan mengikut
baris-baris seperti yang terdapat dalam puisi berkenaan semasa
puisi berkenaan sedang diperdengarkan.

Lakonan Cerita

Guru boleh mendapatkan bahan berkenaan menerusi buku cerita yang terdapat
di perpustakaan atau bilik darjah di sekolah. Caranya mudah kerana beberapa
orang murid yang dipilih akan membaca buku berkenaan sehingga tamat,
kemudiannya melakonkan semula peristiwa yang telah dibaca di hadapan
rakan-rakan.

Guru boleh memperluas pengetahuan murid-murid
dengan menggunakan buku-buku cerita yang mempunyai tema yang pelbagai
seperti fiksyen Sains, Kesihatan, Agama, Sivik dan sebagainya.

Lakonan Kaku

Lakonan jenis ini menyerupai pantomime iaitu melibatkan
seorang pembaca skrip dan pelakon.
Pembaca skrip boleh terdiri daripada murid-murid yang
telah dikenalpasti oleh guru. Bezanya hanyalah pada
pergerakan pelakonnya sahaja yang bersifat statik
atau setempat.

You might also like