You are on page 1of 41

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

KAMPUS TUN HUSSEIN ONN BATU PAHAT


JOHOR DARUL TAKZIM

PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN


(RBT3193E)
E-Dagang: Pengenalan Perdagangan Elektronik

Definisi E-Dagang

Perdagangan Elektronik atau E-Dagang adalah penyebaran, pembelian,


penjualan, pemasaran barang melalui sistem elektronik seperti Internet &
jaringan komputer.

E-Dagang (E-Commerce) : Sebuah sistem perniagaan & jual beli yang


banyak guna kemudahan teknologi maklumat terutama telekomunikasi
canggih sehingga dapat melindungi & memuaskan pengguna-penggunanya
yang terdiri daripada
Penjual
Pembeli
Pihak-pihak ketiga (bank, syarikat kewangan, syarikat kad kredit,
pengeluar sijil pengesahan digital dsb)

Definisi E-Dagang (smbg)


Kalakota & Washington (1997) menyatakan tentang perdagangan dalam
4 perspektif:
1. Komunikasi
Penghantaran barangan, perkhidmatan, amklumat atau
bayaran melalui rangkaian komputer.
2. Proses Perniagaan
Aplikasi teknologi yang membolehkan transaksi & aliran
perniagaan dilakukan secara automatik.
3. Perkhidmatan
Alatan yang diperlukan oleh organisasi & pelanggan untuk
mengurangkan kos dalam masa yang sama meningkatkan
kualiti perkhidmatan pengguna.
4. Atas Talian (Online)
Kebolehan membeli & menjual produk dan maklumat melalui
Internet.

Definisi E-Dagang (smbg)


Terdapat 2 lagi perspektif yang perlu diketahui:
1. Kerjasama
Bertindak sebagai fasilitator bagi kerjasama
antara inter-organisasi & intra-organisasi.
2. Komuniti
Menyediakan tempat untuk rakan komuniti untuk
belajar dan menjalankan transaksi &
bekerjasama..

DEFINISI PERDAGANGAN ELEKTRONIK

Dari perspektif
ahli ekonomi

Dari perspektif
pegurusan

alat yang
menyampaikan
keinginan pembeli
dan perniaga
untuk
mengurangkan
kos, menambah
kualiti barangan
dan meningkatkan
kepantasan
perkhidmatan
penghantaran.

aplikasi teknologi
ke arah
penggunaan
mesin dan aliran
kerja sesuatu
perniagaan.

Dari perspektif
pemasaran
pengangkutan
yang baru bagi
menyediakan
maklumat kepada
sesuatu sasaran
pasaran melalui
pengiklanan,
promosi dan
publisiti.

Dari perspektif
teknologi
elektronik
bermakna
penghantaran
maklumat, produk,
perkhidmatan dan
bayaran melalui
rangkaian
komputer.

Pengenalan E-Dagang
Mendefinisikan

perdagangan

elektronik

adalah

lebih

sukar

berbanding menerangkan tentang perdagangan.


Ia adalah kerana perdagangan elektronik ini bergantung kepada
teknologi yang menjadikan ia subset kepada dunia perdagangan yang
luas.
Perkembangan perkhidmatan yang meluas menyebabkan kerumitan
mengkategorikan produk dan perkhidmatan dalam perdagangan
elektronik.
Ia

juga

menyokong

kenyataan

bahawa

perniagaan

berkaitan

infrastruktur juga telah berkembang pesat ke dalam aktiviti-aktiviti


lain.
6

Pengenalan E-Dagang
E-dagang sesebuah syarikat atau individu boleh
melakukan transaksi jual & beli dari dan di mana sahaja
di dunia ini.
Pra-syarat terpenting untuk menjalankan perniagaan
dalam suasana yang menggunakan teknologi E-dagang
ini ialah:
pemilikan kelengkapan IT yang sesuai dan
prasarana telekomunikasi yang membolehkan
internet di akses.

Internet dan perkhidmatan


dipanggil World-Wide-Web (WWW atau Web) telah menjadi alat
komunikasi kepada pertumbuhan pesat rangkaian komputer.
Internet adalah seni bina baru, sebuah struktur kemudahan
maklumat yang besar, perkhidmatan komunikasi dan media.
Ianya dapat menawarkan akses yang mudah bagi pembeli dan
juga peniaga dalam skala global.
Penggunaan internet dalam platform komersial merupakan suatu
kemajuan.

Internet dan perkhidmatan


Penggunaan internet, melalui Web, merupakan sebuah
perluasan kepada keperluan asas manusia untuk
berkomunikasi dan menyatakan idea.
Pengunaannya adalah sangat meluas seperti:
1. Dari segi kepentingan perkhidmatan perubatan, doktor terpaksa
berjumpa dan merawat pesakit dalam masa yang singkat atau
terhad. Perkongsian penggunaan laman web akan membantu
meningkatkan perkhidmatan kepada pesakit dalam penjagaan
kesihatan mereka.

2. Pengeluar berskala besar mewujudkan spesifikasi mereka


secara online dan meningkatkan skop pengedaran.
3. Dengan terdapatnya maklumat pada spesifikasi dan rekaan
baru, firma tersebut dapat mengkaji peluang yang wujud
mengikut kemampuan mereka, mengurangkan risiko dan kos.
4. Bilangan kedai yang boleh dilawati secara online jauh melebihi
perniagaan yang boleh dilawati secara fizikal.
5. Pelanggan tidak lagi hanya bergantung kepada kedai-kedai
yang dilawati atau bergantung kepada katalog yang diterima
melalui pos.
6. Secara online, pelanggan boleh membeli barangan dari kedaikedai yang terdapat di dalam atau luar negara.

PENGENALAN
PERDAGANGAN
ELEKTRONIK

Integrasi
Perniagaan

Peruncitan

Teknologi dan
Masyarakat

Jenis-jenis
Perniagaan
Internet

Produk
Perkhidmatan

Integrasi Perniagaan

Proses perniagaan secara on-line dianggotai secara tidak tetap dan juga dalam
kumpulan yang berselerak. Untuk menguruskannya secara lebih berkesan, suatu
perisian baru iaitu perisian bersepadu telah dibina. Kebiasaannya, sistem ini
digubah dalam tiga bahagian :

1)

Pengkalan data teknologi: Satu pengkalan data (repository) perkongsian yang


mengandungi maklumat terperinci dan spesifikasi semua bahan (materials),
produk dan peralatan.

2)

Sistem perancangan: Pengaturan pengeluaran untuk tempoh tertentu yang


mengandungi jadual kerja kakitangan (personnel) dan keperluan bahan mentah

3)

Pengukuran pencapaian: membandingkan pencapaian sebenar dengan


perancangan.

sambung.

Penggunaan e-dagang oleh sesebuah syarikat itu juga dapat membantu


mengintegrasikan semua bahagian dalaman syarikat tersebut dengan
sesebuah

transaksi

perniagaan

itu

untuk

meningkatkan

kualiti

perkhidmatan kepada pelanggan.

Sebagai contohnya apabila pelanggan membuat tempahan pembelian


menerusi e-dagang, tempahan tersebut boleh dengan serta merta
dihantar kepada beberapa bahagian dalaman yang berkenaan seperti
bahagian penjualan, bahagian logistik dan bahagian pembuatan.

Dengan ini pengkoordinasian dalaman untuk memenuhi pesanan


tersebut akan menjadi lebih efisyen.

Peruncitan
Gambaran keseluruhan E-Peruncitan (E-Tailing):
Dijalankan

secara

online menerusi

internet:

boleh dijalankan terus lelong, merupakan cara yang


mudah dimana pengeluar dapat menjual barangan
secara langsung kepada pengguna tanpa menggunakan
orang tengah.
E-Tailers: merupakan orang yang menjual barangan

runcitmenerusi Internet.

Peruncitan
Apakah jualan yang paling baik di Internet?
Perkakasan & perisian komputer
Pengguna elektronik
Barang-barang keperluan
Bekalan pejabat
Buku
Alat-alat mainan
Produk kecantikan & kesihatan
Hiburan
Pakaian
Kereta
Perkhidmatan dan lain-lain (cth: bunga & makanan)

Peruncitan
Ciri-ciri E-Peruncitan yang berjaya:
Pengiktirafan jenama yang baik
Jaminan diberi sekiranya organisasi dikenali ramai (DELL)
Format secara digital (perisian)
Barang-barang yang berpatutan (office supplies)
Merupakan barangan yang menjadi keperluan pengguna
(groceries)
Komoditi dengan penentuan piawai tertentu (buku)
Pembungkusan yang kemas & tidak mudah dibuka (vitamin)

Kelebihan e- Peruncitan
1. Tiada Batasan Masa

Anda tentukan sendiri tempoh masa bekerja

Masa yang bebas(24 jam x 7 hari)

2. Bekerja di Rumah

Lakukan semua perniagaan sambil menonton TV dan menjaga anak di rumah

Rumah yang dilengkapi dengan komputer/laptop dan akses ke Internet

3. Tiada Gangguan

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)

Tidak perlu memohon lesen perniagaanTidak perlu mendaftar perniagaan anda

Tiada risiko perniagaan daripada disita oleh PBT

Menjimatkan kos

Kelebihan e- Peruncitan
4. Tidak Perlu Berjumpa Klien

Klien yang jauh di seluruh dunia

Urusniaga secara online

5. Tiada Pejabat

Tidak perlu mencari lokasi pejabat

6. Tidak perlu membayar sewa yang tinggi

Mungkin rugi jika lokasi salah

Boleh berniaga di rumah atau di mana sahaja

7. Risiko Rendah

Perkara tidak diingini seperti kebakaran, tidak akan merosakkan laman


web perniagaan

Kelebihan e- Peruncitan
8. Kos Murah

Akses Internet RM77/sebulan

Hosting RM15/sebulan

Pemprosesan kad kredit RM200/sekali

Nama domain RM35/setahun

9. Pendapatan Dalam Mata Wang Asing

Bekerja di rumah dengan gaji USD

Pendapatan 3.5 kali ganda berbanding gaji berkeja di pejabat

Kesan e- Peruncitan
1. Meningkatkan produktiviti dalam syarikat
2. Dapat mengurangkan kos
3. Memudhkan pengguna membeli-belah walaupun
ketika berada di rumah
4. Boleh dipanggil ke peringkat global
5. Meningkatkan keuntungan dalam syarikat

Teknologi dan Masyarakat

Dari sudut pandangan sosial, laman web menambahkan lagi tekanan akibat
maklumat yang berlebihan.

Banyak interaksi bersemuka boleh dilakukan secara elektronik dan dalam


jarak yang jauh pada masa sekarang.

Komunikasi sebegini bukan sahaja mungkin tetapi sangat terkenal


terutamanya di antara mereka yang tidak pernah atau sukar untuk bertemu.

Disebabkan oleh perbezaan yang terlalu jauh, penciptaan teknologi adalah


bergantung kepada undang-undang dan standard moral.

Sebarang persekitaran komersial dibina berasaskan interaksi personal.

Perkembangan perdagangan elektronik yang sangat pantas bergantung


kepada aplikasi berkesan teknologi dan juga amalan komersial yang baik.

Teknologi dan Masyarakat

Masyarakat memerlukan keyakinan bahawa dunia maya ciptaan


teknologi dapat menguatkuasakan perundangan dan standard moral
yang tinggi demi keselamatan pengguna. Ini mesti dilaksanakan
mengguna juga teknologi.

Ada lima cara mencipta nilai daripada maklumat :-

1. mengumpulkannya (gather it)


2. mengorganisasikannya (organise it)
3. memilihnya (select it)
4. mensintesiskannya (synthesize it)
5. mengagihkannya (distribute it)

Teknologi dan Masyarakat

Maklumat peribadi boleh diperolehi secara sukarela atau automatik


dalam web.

Peniaga

membuat

profil-profil

pengguna

untuk

membantu

menjayakan matlamat perniagaan.

Pelawat diminta memberikan maklumat peribadi secara sukarela


melalui tawaran insentif seperti perkhidmatan percuma apabila
menjadi ahli.

Pelayan web (web servers) menjejak corak lawatan dan pendedahan


kepada pengiklanan secara terperinci tentang profil pengguna.

Teknologi dan Masyarakat

Kesan web dirasai di semua sektor dalam masyarakat.

Teknologi dan automasi dapat meningkatkan produktiviti.

Ia juga membuka peluang-peluang baru manakala yang lama akan


pupus/hilang.

Jenis-jenis Perniagaan Internet

E-dagang dapat dibahagikan kepada dua jenis utama iaitu:

Di antara
perniagaan
dan
perniagaan

Di antara
perniagaan
dan
pengguna

Jenis-jenis Perniagaan Internet


Jenis e-dagang yang pertama iaitu di antara perniagaan dan
perniagaan:
melibatkan transaksi di antara dua atau lebih perniagaan atau
syarikat di mana seringkali satu pihak merupakan syarikat pembekal
kepada satu pihak yang lain.
Sebagai contohnya pengeluar kicap akan berinteraksi dengan
sebuah pasaraya dalam proses memesan, menghantar dan
membayar pesanan botol-botol kicap.

Jenis-jenis Perniagaan Internet


Jenis e-dagang yang kedua pula iaitu di antara perniagaan dengan
pengguna:

melibatkan transaksi di antara penjual akhir sesuatu produk itu


misalnya sebuah pasaraya yang menjual produk-produk kepada
pengguna terakhir ialah orang ramai yang memesan satu atau dua
botol kicap melalui e-dagang.

Jenis-jenis Perniagaan Internet

Dari segi jumlah transaksi yang dilakukan melalui e-dagang, jenis


pertama iaitu transaksi di antara perniagaan dengan perniagaan
sebenarnya paling banyak memberi kemanfaatan kepada sesebuah
syarikat itu kerana jumlah pesanan di antara perniagaan seringkali
besar dan kerap berbanding dengan di antara perniagaan dengan
pengguna akhir.

Walau bagaimanapun perkara ini mungkin berubah apabila lebih ramai


pengguna akhir menggunakan e-dagang untuk membeli barangan
seharian seperti kicap, bunga, beras, baju, kereta dan lain-lain
keperluan konsumer sesebuah masyarakat itu.

Contoh Jenis-jenis
Perniagaan Internet
1. Menjual produk fizikal di internet
Produk fizikal ialah produk yang di jual di kedai biasa atau di
kilang tetapi di pasarkan secara online. Contoh bahan
perubatan, vitamin, pakaian, alat telekomunikasi, makanan,
barangan wanita, buku, majalah, VCD, DVD, dan sebagainya.
2. Produk Perkhidmatan
Pengiklanan
Rekabentuk web atau blog
Jual insuran
Perundingan akitek, seni taman, jurutera profesional, alam
sekitar dan lain-lain

Kelebihan E-Dagang
1. Meluaskan pasaran ke peringkat global
. Perniagaan dapat beroperasi 24 jam tanpa henti.
. E-dagang bersifat global, di mana transaksi maya berlaku
tanpa sempadan waktu dan tempat.
. Pengeluar dapat memasarkan produk ke seluruh dunia.
. Segmen pasaran, geografi tidak wujud.
. Pengedar akan mendapat satu kelebihan persaingan kerana
tidak perlu menawarkan produk yang berbeza bagi segmentasi
pasaran yang berlainan.
. Secara tidak langsung kepuasan pengguna berada pada tahap
optimum apabila berpeluang mendapat produk yang
ditawarkan di seluruh dunia secara terus daripada pengedar.

Kelebihan E-Dagang
2. Mengurangkan kos operasi
Melalui E-dagang, pengguna dapat mengurangkan masa
mengisi borang-borang yang dicetak dan ini akan
menjimatkan penggunaan kertas.
Selain itu, pengguna E-dagang dapat membuat pembelian
dari terminal komputer di rumah mahupun di pejabat dan
akan menerima pesanan yang dihantar terus ke rumah
ataupun ke pejabat.
Pengguna
dapat
mengurangkan
kos
pembelian,
menjimatkan masa terutamanya kepada yang terlalu sibuk
bekerja dan mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Penggunaan kad kredit memudahkan urusan pembayaran
kerana pengguna akan dilindungi semasa berurusan di
Internet.

Kelebihan E-Dagang
2. Mengurangkan kos operasi
Bagi pihak peniaga, E-dagang dapat mengurangkan kos
operasi untuk memasarkan produk ke luar negara.
Di samping itu, pengeluar tidak memerlukan tempat
menjalankan urus niaga dan stor penyimpanan barangan.
Pusat membeli-belah hanya wujud secara maya. Oleh itu
sumber pengeluaran utama yang semakin terhad seperti
tanah dan pekerja tidak digunakan.
Kos penyewaan tempat dan pembayaran upah sama sekali
tidak digunakan.
Selain itu, kos pengiklanan dapat dikurangkan kerana
ketiadaan kos pengiklanan secara langsung.

Kelebihan E-Dagang
2. Mengurangkan kos operasi
Bagi pihak peniaga, E-dagang dapat mengurangkan kos
operasi untuk memasarkan produk ke luar negara.
Di samping itu, pengeluar tidak memerlukan tempat
menjalankan urus niaga dan stor penyimpanan barangan.
Pusat membeli-belah hanya wujud secara maya. Oleh itu
sumber pengeluaran utama yang semakin terhad seperti
tanah dan pekerja tidak digunakan.
Kos penyewaan tempat dan pembayaran upah sama sekali
tidak digunakan.
Selain itu, kos pengiklanan dapat dikurangkan kerana
ketiadaan kos pengiklanan secara langsung.

Kelebihan E-Dagang
3. Sistem Maklumat Pelanggan
Penyampaian maklumat yang cepat dan tepat.
Pertukaran maklumat dan transaksi dapat dijalankan dalam sekelip
mata.
Selain transaksi, E-dagang menyediakan pengeluar dan pembeli
dengan maklumat yang berkesan.
Pengeluar dapat mengenal pasti pelanggan-pelanggan yang
berpotensi dan dapat berhubung rapat.
Ketiadaan jurang ini akan membantu mengembangkan perniagaan.
Pembeli dapat mengetahui keberkesanan produk dan urusan
pembelian melalui ruangan testimonial pengguna.
Melalui ruangan ini, pembeli dapat maklum balas segera dan
berkesan.

Kelebihan E-Dagang
3. Sistem Maklumat Pelanggan
Penyampaian maklumat yang cepat dan tepat.
Pertukaran maklumat dan transaksi dapat dijalankan dalam sekelip
mata.
Selain transaksi, E-dagang menyediakan pengeluar dan pembeli
dengan maklumat yang berkesan.
Pengeluar dapat mengenal pasti pelanggan-pelanggan yang
berpotensi dan dapat berhubung rapat.
Ketiadaan jurang ini akan membantu mengembangkan perniagaan.
Pembeli dapat mengetahui keberkesanan produk dan urusan
pembelian melalui ruangan testimonial pengguna.
Melalui ruangan ini, pembeli dapat maklum balas segera dan
berkesan.

Kelebihan E-Dagang
4. Tunai elektronik
Bentuk pembayaran yang dominan kerana tidak perlu
menggunakan bentuk pembayaran tunai secara fizikal.
Kaedah ini ialah pembayaran melalui kad kredit,
mendebitkan akaun di bank dan bentuk pengurangan
deposit dalam akaun syarikat yang menjalankan perniagaan
sebegini.
Kaedah ini memberi kemudahan dan keselesaan kepada
pengguna.
Keselamatan dalam penghantaran pembayaran melalui tunai
elektronik terjamin apabila pembayaran telah dibuat pada
masa sebenar dan bukti pembayaran akan disahkan oleh
kedua-dua pihak.

Kelemahan E-Dagang
1. Isu privasi dan keselamatan
. Ini merupakan masalah utama yang menjadi kekangan kepada
amalan e-dagang dan ia memberi kesan terhadap
perkembangan dan urus niaga sistem maklumat secara
menyeluruh.
. Ini
kerana
penggodam
(hackers)
boleh
melakukan
pengubahsuaian tanpa disedari oleh pengguna e-dagang lantas
mengakibatkan
pemilik
perniagaan
menanggung
risiko
pembetulan rangkaian komputer setiap masa.
. Isu privasi tentang data peribadi menjadi persoalan utama.
. Ini kerana berlaku kebocoran maklumat atau pendedahan tanpa
izin setelah berurusan dalam pasaran siber.
. Ini kerana ketiadaan undang-undang yang mengawalnya.

Kelemahan E-Dagang
2. Perkhidmatan jualan
Dalam e-dagang, perkhidmatan sebelum dan selepas jualan terhadap
pelanggan.
Pelanggan tidak dapat melihat secara fizikal dari segi kecacatan produk
dan saiz sebenar produk.
Selepas jualan pula, pelanggan terpaksa menggunakan perkhidmatan
oleh syarikat pengeluar untuk penghantaran/ pertukaran produk yang
rosak ataupun ketidakpuasan hati pelanggan.
Isu pembelian dan pemulangan produk akan berlaku.
Ini adalah berpunca daripada barangan yang dipesan melalui Internet
tidak memenuhi cita rasa pembeli apabila berlaku kesilapan.
Masa menunggu penghantaran akan menjadi lebih lama jika wujud
masalah pemberian maklumat yang tidak lengkap menyebabkan
pengeluar sukar menyediakan produk sebagaimana diminta oleh
pembeli.

Kelemahan E-Dagang
3. Hubungan antara Pelanggan dan Pengeluar
Dalam operasi e-dagang, tidak wujud hubungan langsung
antara pengguna dan pemasar.
Hubungan hanya berlaku di antara muka komputer yang
mengehadkan hubungan sebagaimana perdagangan
biasa.
Ini akan menyukarkan pelanggan mendapat khidmat
nasihat tentang produk dan gagal menjadikan pelanggan
tersebut sebagai pelanggan setia.

Kelemahan E-Dagang
5. Serangan virus dan capaian Internet yang lambat
E-dagang terdedah dengan serangan virus dengan mudah
semasa beroperasi.
Ini kerana anti-virus yang sedia ada belum dapat menangani
sepenuhnya serangan virus yang semakin berleluasa kini.
Oleh demikian, komputer pengguna akan mudah dijangkiti
virus dan akan melemahkan sistem komputer kerana
mengakibatkan kehilangan fail-fail penting.
Selain itu, kelemahan capaian Internet akan melambatkan urus
niaga secara maya.
Kelemahan capaian ini akan mengurangkan tahap konsentrasi
pengguna berurusan.

Kelemahan E-Dagang
6. Urus niaga produk yang dilarang
E-dagang akan menggalakkan urus niaga produk
yang dilarang.
Penawaran barang di pasaran adalah pelbagai.
Kemungkinan syarikat yang menyediakan produk
tidak mendapatkan kebenaran Kementerian Dalam
Negeri mahupun Kementerian Kesihatan Malaysia.
Ini menyebabkan penawaran produk dalam e-dagang
yang tanpa kebenaran pihak kerajaan berleluasa
kerana ketiadaan prosedur undang-undang yang
melindungi pengguna.

You might also like