You are on page 1of 27

SAINS

TINGKATAN 1

BAB 7 :
HABA

KONSEP PENTING

7.1 HABA SEBAGAI SUATU BENTUK


TENAGA
Habaadalah suatu bentuk tenaga yangmengalir dari
kawasansuhu tinggi kekawasan lain yang manasuhunya
adalah lebih rendah
Hababoleh bergerak melaluipepejal (solid), cecair (liquid),
gas, dan juga vakum (vacuum).
Unit SI bagi haba adalahJoule (J).
Matahari (sun) adalah sumber utama (main source) tenaga haba.
Pembakaran bahan api dan makanan membebaskan sejumlah
besar haba.
Elektrik (electricity) juga menjadi tenaga haba dengan
penggunaan peralatan (appliances) seperti seterika elektrik,
pemanas pembakar dan ketuhar.

7.2 PEMINDAHAN HABA DAN


KESANNYA
1. Jirim akan berubah bentuk semasa dipanaskan atau disejukkan.
2. Jirim akan mengembang semasa dipanaskan dan mengecut semasa disejukkan.

Pengembangan jirim:
Apabila jirim dipanaskan
zarah-zarahnya menerima tenaga haba dan bergerak dengan lebih
pantas.
Zarah-zarahyang bergetar dengan pantas akan menjauhi satu
sama lain.
Isi padu akan bertambah apabila pengembanganberlaku.
Gas mengembang paling banyak, diikuti cecair manakala pepejal
Pengecutan jirim:
mengembang paling sedikit apabila dipanaskan.
Apabila jirim disejukkan
tenaga haba dikeluarkan daripada jirim dan zarah-zarah yang
bergerak dengan perlahanmendekati antara satu dengan yang lain.
Oleh itu, isi padu berkurangan apabila jirim disejukkan iaitu
pengecutan berlaku.
Gas mengecut lebih banyak, diikuti cecair manakala pepejal
mengecut paling sedikit apabila dipanaskan.

(I) KESAN HABA KE ATAS PEPEJAL

Pepejal mengembang apabila dipanaskan dan mengecut apabila


disejukkan.
Contohnya bola dan gelang. Sebelumdipanaskan bola logam dapat
melalui gelang tetapi selepas dipanaskan bola tidak dapat melaluinya
kerana bolalogammengembang.
Apabila bola logam disejukkan, bola itu boleh melalui gelang kerana
bola telah mengecut apabiladisejukkan.

(I) KESAN HABA KE ATAS PEPEJAL


Pepejal yang berlainan mengembang dan mengecut pada kadar
berlainan.
Contohnya loyang mengembanglebih banyak daripada besi.

(I) KESAN HABA KE ATAS PEPEJAL


APLIKASI PENGEMBANGAN PEPEJAL

(I) KESAN HABA KE ATAS PEPEJAL


APLIKASI PENGECUTAN PEPEJAL

(I) KESAN HABA KE ATAS PEPEJAL


APLIKASI PENGEMBANGAN DAN PENGECUTAN PEPEJAL

(II) KESAN HABA KE ATAS CECAIR


Pengembangan dan pengecutan cecair
Cecair mengembang apabila dipanaskan dan mengecut apabila
disejukkan.

(II) KESAN HABA KE ATAS CECAIR

(II) KESAN HABA KE ATAS CECAIR


APLIKASI PENGEMBANGAN DAN PENGECUTAN DALAM
CECAIR

KBAT : PANEL SURIA / PANEL SOLAR

KBAT: DAPUR SURIA /DAPUR SOLAR

S U MB E R : H T T P : / / W W W .B H P E N D I D I K A N . C O M. MY / N E W S PAG E / D A P U R - G U N A - T E N A G A - S U R I A

Kota Kinabalu: Penyelidik Universiti Malaysia Sabah (UMS) mencipta


kaedah alternatif menggunakan tenaga suria untuk memasak bagi
membantu masyarakat pedalaman Negeri di Bawah Bayu itu yang
kurang atau tidak mempunyai akses mudah kepada bekalan gas dan
elektrik.
Ketua penyelidiknya, Dr Harry Chong, berkata peringkat awal
penyelidikannya, beliau mendapati dua jenis dapur suria iaitu jenis
kotak dan parabola yang mempunyai kekurangan dan kelebihan
masingmasing.
"Jenis kotak direka berdasarkan konsep pemerangkapan haba,
kekurangan dapur jenis ini ialah kadar peningkatan suhu yang lambat,
namun suhunya kurang dipengaruhi faktor penyejukan pasif oleh angin
dan faktor `bayang-bayang' oleh awan yang sentiasa beredar.
"Jenis parabola pula berkonsepkan penumpuan alur cahaya matahari
atau dengan lebih tepat penumpuan fluks tenaga suria. Kelebihannya
ialah kadar peningkatan haba lebih cepat, namun suhunya tidak stabil
kerana terdedah secara langsung kepada pengaruh angin dan awan,"
katanya ketika ditemui di UMS, barubaru ini.
Kekurangan kedua-dua jenis dapur suria ini memberikan beliau idea

Murah
Dr Chong berkata, kos pembuatan SURIA Cooker murah kerana ia
menggunakan bahan terpakai seperti kotak kayu, kadbod, foil
aluminium dan surat khabar.
Katanya, kos membangunkan prototaip SURIA Cooker ialah RM69 dan
boleh dikurangkan kepada RM29 jika ia dicipta secara komersial
menggunakan bahan kitar semula sepenuhnya.
"Bagaimanapun, penciptaan SURIA Cooker lebih kepada membantu
masyarakat luar bandar dan juga pelajar aliran sains dalam
memahami tenaga suria sebab itu pemilihan bahan pembuatannya
bertemakan bahan kitar semula dan kos rendah.
"Kotak diperbuat dari pada kayu dan papan lapis nipis boleh diambil
dari tapak perumahan yang baru siap dibina kerana di situ biasanya
banyak, kayu terpakai jenis ini. Panel pemantul bersudut diperbuat
daripada kadbod yang dipotong mengikut reka bentuknya dan
diselaputi satu lapisan foil aluminium yang lazimnya digunakan untuk
membalut makanan," katanya.

Perubahan dilakukan
Mengulas mengenai penambahbaikan dilakukannya Dr Chong
berkata, panel parabola telah diubah kepada panel pemantul
bersudut bagi memudahkan proses pembuatan, tetapi tanpa
menjejaskan kualiti penumpuan fluks tenaga suria.
Katanya, panel itu kemudiannya dimasukkan ke dalam kotak yang
penutupnya diperbuat daripada kaca.
"Kaca berfungsi membenarkan fluks tenaga suria memasuki dapur
suria dan juga berfungsi sebagai penutup yang tidak membenarkan
haba terbebas.
"Panel pemantul bersudut berfungsi memokuskan fluks tenaga suria
ke ruangan memasak yang terletak di tengah dapur suria ini dan
kotak berfungsi seumpama selimut yang memerangkap dan
mengekalkan haba dalam dapur suria," katanya.
Beliau berkata, reka bentuk SURIA Cooker mengatasi kelemahan
dapur suria kotak dan parabola kerana panel pemantul bersudut
membantu memperlajukan kadar peningkatan haba dan disebabkan
ruangan memasak terletak dalam kotak, kestabilan suhunya bebas

"Waktu terbaik untuk menggunakan dapur suria ini ialah pada jam 10 pagi
hingga 2 petang dan berdasarkan uji kaji yang dijalankan, reka bentuk
SURIA Cooker boleh mencapai suhu tambahan sekitar 15 hingga 20 darjah
Celsius lebih tinggi berbanding reka bentuk dapur suria jenis kotak yang
ada di pasaran.
"Peningkatan ini sudah pastikan akan mempercepatkan tempoh memasak
dan juga variasi bahan yang boleh dimasak. Sekiranya mahu
dikomersialkan, reka bentuk boleh dikekalkan tetapi lapisan luar dapur
suria ini boleh dijadikan kalis air supaya lebih tahan lama," katanya.
INFO
- Boleh memasak telur, udang, ikan, sotong, ayam, daging burger dan nasi.
(nasi mengambil masa antara satu hingga dua jam bergantung pada
keadaan cuaca semasa).
- Reka bentuknya dimudahkan supaya boleh dibina semula masyarakat
luar bandar dan pelajar sekolah.
- Digunakan sebagai alat bantu mengajar untuk subjek sains yang
berkaitan tenaga dan alam sekitar.
- Pernah memenangi pingat gangsa dalam Pertandingan REKA cipta 2010
(PEREKA 2010) dan Malaysia Technology Expo 2011 (MTE 2011).

DAPUR SOLAR JENIS KOTAK

DAPUR SOLAR JENIS PARABOLA

KBAT: KELALANG VAKUM

You might also like