You are on page 1of 7

Permulaan

SALAM
Assalamualaikum W.B.T, Salam Jumaat yg berkat,
penghulu segala hari
DOA
SALUTASI
Yg berbahagia UstaZ etc, seterusnya anak-anak murid
tahun 6 yg dikasihi sekalian.

Adapun disini Cikgu ingin titipkan pesanan dan tips


pecutan hari-hari terakhir buat murid-murid tahun 6
sebelum menghadapi UPSR pada esok hari?
Kamu masih mempunyai baki selama 10 hari, dan
dalam tempoh ini macam2 perkara boleh dilakukan
untuk mencapai kejayaan menjelang UPSR kelak.

Pertama sekali, cikgu nasihatkan pohonlah doa dan


restu daripada ibu dan ayah moga2 hari terakhir ini
kamu dimudahkan belajar dan sterusnya dimudahkan
menjawab soalan nanti. Sebab kenapa, doa ibu bapa
sangat power tidak dihijab, sampai terus kepada Allah.
...Berdasarkan beberapa hadis Nabi SAW terdapat
tujuh golongan manusia doa mereka mustajab disisi
Allah SWT. Salah satu daripadanya adalah Doa orang
tua kepada anaknya.

Kedua, Minta maaf seikhlas hati kepada guru2.jumpa,


semua guru2 dan Minta dihalalkan semua ilmu yg
dipelajari. Sesungguhnya, Kami guru-guru sentiasa
mendoakan agar kamu semua berjaya dengan
cemerlang dalam UPSR ini lebih2 di akhirat kelak.

Ketiga, Lipat gandakan Usaha kamu. Perbanyakkan


ulangkaji dan membuat latih tubi. Kalau masih ada yang
belum kamu faham dalam apa juga subjek, terus
bertanya kepada guru2.Gunakan sebaik mungkin harihari yang berbaki ini bertanya kepada guru. Mana tahu,
apa yg ditanya itu yang keluar dalam peperiksaan.

Keempat, jaga solat dan berdoa bersungguh-sungguh


kepada Allah agar diberikan kejayaan yang baik. Kerana
apa, aduaau silaaahul mukmin. Doa senjata orang
mukmin. Doalah sebanyak mungkin kerana kata
Allah"Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku
perkenankan doa permohonan kamu. Surah Al-Ghafir
ayat 60.

Terakhir, bertawakal kepada Allah. Usaha sudah, Doa


pun sudah maka kita sebagai manusia haruslah
menyerahkan segala ketentuan kepada Allah. Yakin dan
percayalah, Allah sebaik-baik pemberi rezeki.
Buat yang terbaik untuk diri kamu sendiri dan keluarga
kamu. Kami guru-guru dan ibu bapa sentiasa
mendoakan agar murid-murid semua mendapat
kejayaan yang cemerlang dalam Ujian Penilaian Sekolah
Rendah.
Sekadar itu sahaja perkongsian daripada Cg, apa yang
baik itu daripada Allah dan apa yang kurang datangnya
daripada kelemahan saya sendiri. Wabillahi taufik wal

You might also like