You are on page 1of 14

SENI PEMENTASAN TEATER

DAN KRITIKAN SASTERA

DISEDIAKAN OLEH:
DG RAFIDAH BINTI PIUT
SITI FIRUSAH BINTI SAIBUDAN

GAYA PEMENTASAN DALAM TEATER


Gaya dapat didefinisikan sebagai corak ragam
penampilan sebuah pertunjukan yangmerupakan wujud
ekspresi dari:
Cara peribadi pengarang dalam menterjemahkan cerita
kehidupan di atas pentas.
Peraturan pementasan yang berlaku pada masa lakon
ditulis.
Konsep dalam mementaskan lakonan yang dipilih untuk
menegaskan makna tertentu.

REALISME

ABSURDISME

NATURALISME

GAYA
PEMENTASA
N TEATER

EKSPRESIONI
SME

ROMANTISISME

GambarGaya Pementasan
Teater Realisme

Realisme
Membawa konsep bahawa sesuatu persembahan yang dibawa
seharusnya berlaku di atas pentas.
Perlakuan, kejadian dan aksi adalah perbuatan yang biasa
dilihat, sesuatu yang didengar, dirasa serta dihidu.
Para realis percaya bahawa manusia dipengaruhi oleh alam
sekitar, maka alam sekitar dibawa secara langsung ke atas pentas
untuk menggambarkan keadaan sebenar seperti yang terdapat di
luar pentas.
Tema dan persoalan drama realisme merupakan tema yang
bersangkut paut dengan kejadian seharian dan juga tentang
masalah yang dihadapi oleh masyarakat seperti masalah ekonomi,
rumah tangga, kesulitan dan perselisihan faham.

Naturalisme
Merupakan kesinambungan stail yang telah dibawakan oleh
realisme.
Aliran ini berbeza dengan stail realisme apabila dipandang
dari sudut falsafahnya mengenai kehidupan manusia.
Kebanyakan drama ini cuba mempertahankan kaum
masyarakat bawahan dengan mendedahkan keadaan
kemelaratan dan kelemahan kehidupan mereka.
Gambaran ini bertujuan menggalakkan simpati daripada para
penonton terhadap golongan yang digambarkan itu.

Mereka lebih menekankan tema yang dijadikan alat untuk


menyusun dan memberikan makna kepada plot drama.
Para naturalis percaya bahawa alam sekeliling adalah faktor
yang mempengaruhi watak-wataknya.
Perhiasan dan pemandangan pada stail naturalisme
merupakan perkara terpenting dalam drama kerana perhiasan
dan pemandangan akan menambahkan lagi penekanan dan
penegasan kepada ciri-ciri watak dan perwatakan selain
menerangkan aksi-aksi pemegang wataknya.

Romantisisme

Lahir dari penentangan golongan ini


terhadap cara pelaksanaan dan konsep
aliran naturalisme.
Menggambarkan keadaan hidup yang penuh
dengan fantasi
Imaginasi tiada batasan membentuk
sebuah dunia sendiri dengan watak-watak
ideal
Sukar didapati di alam nyata
Menekankan emosi dan perasaan
Para penonton akan sentiasa dibuai oleh
emosi dan perasaan.

Watak-watak kontra dicipta (watak


baik/watak jahat)
Meneroka ke dalamkehidupan kaum atasan
dan orang kenamaan yang dihormati dalam
masyarakat.
Watak manusia biasa tanpa status untuk
mewujudkan perbandingan daripada
golongan ternama itu.
Dialog: Bahasa berirama

Ekspresionisme

Sezaman dengan aliran romantisme


Menentang realisme dan naturalisme
Kebenaran pada manusia dan benda
sebenarnya merupakan kebenaran
dalaman
Banyak menggunakan simbol atau
perlambangan
Tujuan utama: melahirkan ekspresi
daripada segala yang dilambangkan

Persembahan akan disampakai secara berlebihlebihan dan dibesar-besarkan


Tidak melahirkan sesuatu peristiwa / keadaan
secara logikal
Plot cerita tidak dipengaruhi oleh alam dan
masa.
Mementingkan gambaran perasaan dan emosi
dalaman
Watak- tidak khusus tetapi mewakili sesuatu
kumpulan besar (panggilan nama lain daripada
yang biasa)
Tema: keadaan sosial manusia bertujuan untuk
memprotes sesuatu keadaan atau institusi

Absurdisme

satu bentuk teater avant-garde yang


dilihat sebagai terkeluar daripada norma
teater sedia ada namun beberapa
penggiat mula muncul untuk meneguhkan
konsep teater absurd tersebut khususnya
di Perancis.
Kemunculan teater absurd ini lahir ekoran
penentangan oleh penggiat absurdisme
terhadap teater beraliran realisme dan
naturalisme yang dianggap menyajikan
khayalan kepada masyarakat.

mendemonstrasikan bentuk-bentuk non-verbal di


dalam persembahan mereka sebagai tanda protes
kepada kerasionalan tersebut dan konsep ini telah
diselitkan dan menjadi salah satu ciri di dalam drama
absurd.
Kehadiran konsep abdsurdisme bertitik tolak daripada
faktor persekitaran yang melanda masyarakat Barat
ekoran daripada kemelut Perang Dunia Pertama dan
Kedua yang menjebakkan manusia ke dalam lembah
kesengsaraan sekaligus merobek kepercayaan
manusia terhadap konsep kewujudan Tuhan, yang
mana akhirnya konsep ini menjadi pegangan kepada
penciptaan dramaturgi drama-drama absurd di barat.

Ciri-ciri ini menjadi satu bentuk yang meneguhkan


fahaman absurdisme barat yang memperjuangkan
"nasib seseorang manusia itu adalah ditentukan oleh
manusia itu sendiri".
Bahasa yang digunakan tidak bertenaga dan tidak
bermakna
Skrip tidak mengandungi sebarang makna tersirat dan
tidak memerlukan pemikiran kerana dituturkan secara
bersahaja
Tiada ayat yang panjang dan bahasa dalam drama
absurd ada kalanya dikatakan sebagai nonsense.
Kalau penonton merungut bahawa pementasan drama
absurd adalah karut atau bosa,maka kekarutan dan
kebosanan itulah gambaran realiti sebenar yang
hendak disampaikan.

You might also like