You are on page 1of 5

Dominasi

Ekonomi

Muhammad Afiq b. Ahmad Wizran [178744]

Konsep hagemoni barat

Maksud hagemoni Hegemoniialahsatukonsepyangdatangny


a daripadapemikiranbarat.
Konsepitumerujukkepadasatupenguasaa
nmenyeluruhataupun kepimpinan satu
negara ataupun kumpulan dan sebagainya
ke atas negara ataupun
kumpulanyanglain.

Semasa zaman kolonial, penjajah Barat telah mengaut


segala sumber, khazanah dan kekayaan tanah jajahannya.
Hakikatnya, keadaan ini masih lagi berlarutan walaupun
dengan cara dominasi yang berlainan. Syarikat-syarikat
multinasional dari Barat seperti Amerika Syarikat, Britain,
dan negara-negara Eropah telah mendominasi kegiatan
perdagangan antarabangsa. Syarikat-syarikat berkenaan
telah mendominasi penggunaan sains dan teknologi
sesebuah negara.
sistem kewangan antarabangsa pula dikawal oleh
sejumlah kecil syarikat-syarikat kewangan gergasi,
sekumpulan bank, pedagang-pedagang mata wang dan
juga pengurus-pengurus dana pelaburan spekulatif
antarabangsa, yang secara tidak lansung meneruskan
dominasi dunia Barat ke atas bangsa-bangsa manusia
yang lain.

Disamping itu, pola dominasi ekonomi yang sedemikian disokong


oleh sejumlah pertubuhan-pertubuhan kewangan global yang
sekali gus memudahkan dominasi ekonomi oleh Barat.
Antara contoh institusi-institusi dunia yang terlibat ialah
International Monetary Fund (IMF), Bank Dunia, World Trade
Organization (WTO) dan kumpulan G8. Kesemua institusi ini akan
bertindak untuk mencorakkan bentuk ekonomi yang akan
memastikan kepentingan mereka dalam aspek ini akan
terpelihara.
Contoh paling ketara yang menunjukkan dominasi barat ialah
apabila negara miskin yang meminjam daripada Bank Dunia atau
IMF akan berada di bawah telunjuk atau pengaruh negara kapitalis
tersebut . Masyarakat manusia di negara-negara membangun dan
mundur tidak lebih sekadar memenuhi keperluan sumber tenaga
manusia untuk mencapai kepentingan mereka. Pada masa yang
sama, sumber-sumber semula jadi di negara-negara tersebut akan
dimonopoli tanpa disedari. Keadaan seperti ini merupakan suatu
bentuk penjajahan baru yang terselindung di sebalik gagasan
perdagangan bebas.

Kesan dominasi barat

sumber semula tidak dapat dieksploitasi


sepenuhnya oleh negara sendiri disebabkan
oleh kekangan teknologi dan kepakaran.
Lantaran itu, bantuan daripada negara maju
terutamanya negara Barat yang mempunyai
kewangan, pakar dan alatan pastinya
diperlukan. Akibatnya, negara-negara Barat
dapat menguasai kekayaan semula jadi
sesebuah negara seperti petroleum, bijih
timah, dan macam-macam lagi.

You might also like