You are on page 1of 60

TAKLIMAT PENYELARASAN

PELAKSANAAN DLP 2017


Tarikh
Tempat

: 1 Disember 2016 (Khamis)


:

PENGENALAN

SENARAI NAMA SEKOLAH DLP


BAGI TAHUN 2017
Negeri Selangor

ANALISA IKUT DAERAH SEKOLAH


DLP 2017
PPD

BIL SR

BIL SM

JUMLAH

PETALING
UTAMA

10

19

PETALING
PERDANA

12

11

23

16

15

23

GOMBAK

13

KUALA LANGAT

KUALA
SELANGOR

SABAK BERNAM

HULU
SELANGOR

KLANG
HULU LANGAT

TATACARA PERMOHONAN DAN RAYUAN


PELAKSANAAN
1.Borang Kesediaan
2.Surat Permohonan Sekolah
3.Surat Permohonan PIBG
4.Surat Akuan Kebenaran Ibubapa/Penjaga
5.Surat Rayuan (bagi sekolah yang tidak layak)

Langkah

seterusnya:

1. Memastikan kesefahaman dan komitmen warga sekolah


melalui taklimat pengoperasian sebelum sesi persekolahan
2017
bermula.
2. Memanjangkan persetujuan/permohonan sekolah untuk
melaksanakan DLP setelah surat pekeliling dikeluarkan.
3. Memaklumkan bilangan buku teks (maklumat telah
diterima)
4. Memanjangkan surat persetujuan ibubapa untuk di
tandatangani oleh ibubapa dan simpan di sekolah?
(Lengkap
sebelum
7
Januari
2017)
5. Mendapatkan surat pesetujuan PIBG melaksanakan DLP.
6. Bagi sekolah yang tidak layak GPMP, di minta utk
membuat
surat
rayuan.

STATUS BUKU TEKS &


BUKU RUJUKAN

SEKOLAH RENDAH
BUKU TEKS TAHUN 1 (SEMAKAN 2017), TAHUN 2,
TAHUN 4 DAN TAHUN 5 AKAN DIBEKALKAN PADA
JANUARI SESI PERSEKOLAHAN 2017.
TAHUN 4 BOLEH GUNA MODUL OPSME

SEKOLAH MENENGAH
BUKU TEKS AKAN DIBEKALKAN KE SEKOLAH JANUARI
2017
TINGKATAN 1 (KSSM), TINGKATAN 2 (KBSM)

Sebagai persediaan bagi sesi


persekolahan 2017 sekolah DLP akan
dibekalkan dengan Buku Teks
Tahun/
Tingkatan

Judul Buku Sains

Judul Buku Matematik

Tahun 1

1. Science Year 1 (text Book) KSSR


Semakan
2. Science Year 1 (Activity Book) KSSR
Semakan

1. Mathematics Year 1
(Part 1 & Part 2 Text
Book) KSSR Semakan
2. Mathematics Year 1
(Activity Book) KSSR
Semakan (2 set)

Tahun 4

Science Year 4 (Text Book)

Mathematics Year 4 (Text


Book)

Tingkatan 1

Science Form 1 (Text Book)

Mathematis Form 1(Text

PERSEDIAAN HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN:


1.DSKP (TAHUN 1 SEMAKAN KSSR 2017, Y4,Y5)
2.DSK DAN DSP(Y2)
3.LINUS (Pemulihan murid LINUS dalam bahasa Inggeris
oleh Fasilinus. PPD diminta untuk membimbing Guru
Pemulihan Khas)
4.SURAT PERSETUJUAN SEKOLAH DAN IBU BAPA
(Taklimat kepada ibubapa semasa hari pendaftaran,
sekolah simpan)
5.DSKP KSSM TINGKATAN 1, HSP Science dan
Mathematics Tingkatan 2

PERSEDIAAN HARI PERTAMA


PERSEKOLAHAN:

6. Surat Siaran Bil 18/2015 DAN Surat Perlaksanaan DLP


2017
7. RPH minggu pertama (guru telah bersedia untuk
laksana DLP). (boleh rujuk laman sesawang KPM
www.moe.gov.my/v/dlp
*RPT dan RPH mesti dalam Bahasa Inggeris kuatkuasa 1
Februari 2016.

JAWATANKUASA
PELAKSANA DLP

Jawatankuasa Pelaksana DLP


BPK
ELTC

BBT

BPSH

Peneraju / Pengurus Program


JNJK

BPG

JK Pengoperasian
JPN

Penyelaras Peringkat Negeri


- KPP Sains

PPD

Penyelaras Peringkat Daerah


- Ketua Unit Akademik

SIPartners+
SISC+
SEKOLAH

Panitia Daerah Sains


Matematik
& Sekolah
Bahasa Inggeris

KUNJUNG BANTU
PELAKSANAAN DLP TAHUN 2017
(3 KALI)

MODUS OPERANDI
PEMANTAUAN DLP TAHUN 2017

Modus Operandi Pemantauan DLP Tahun 2017


BIL

PROSES KERJA

SKOP TUGAS/ PERBINCANGAN

PIHAK YANG
BERT/JAWAB

1.

Pilih PPD yang melaksanakan DLP

Fokus kepada PPD yang banyak


melaksanakan DLP.

Urus setia

2.

Pilih Sekolah yang melaksanakan


DLP

Fokus kepada sekolah yang besar,


bandar dan sekolah luar Bandar.

Urus setia

3.

PPD membentangkan hasil


pemantauan DLP di sekolah yang
terpilih

Fokus kepada perancangan dan dapatan


pemantauan di peringkat PPD.

PPD/ Timbalan PPD

4.

PGB membentangkan
perancangan/pelan intervensi yang
dilaksanakan bagi murid yang
mengikuti DLP dan yang tidak
mengikuti DLP

Fokus kepada kriteria pemilihan murid,


respon ibu bapa, guru, dan murid.
Fokus juga kepada perancangan/
intervensi kepada murid DLP dan bukan
DLP.

PGB

5.

Perbincangan meja bulat bersamasama PGB

Fokus untuk mengenal pasti isu,


cabaran dan cadangan penyelesaian
DLP.

Pemantau,PPD dan
PGB

6.

Membuat rumusan

Memberi cadangan penambahbaikan


terhadap pembentangan yang diberikan
oleh PPD/PGB.

Ketua Pemantau
(Penyelaras)

RUMUSAN
3 Januari 2017
Sekolah mesti ada:
GURU
MURID
PdP
BAHAN PdP

TAGGING
SEKOLAH
GURU
KELAS
MURID

KURSUS PROFISIENSI
BAHASA INGGERIS DAN
BAHASA MELAYU SECARA
ATAS TALIAN

eltc.edu.my
# tunjuk cara buka

PROGRAM LINUS2.0

Saringan LINUS dalam Bahasa Inggeris


Peranan FasiLINUS
Membimbing Guru Pemulihan Khas

PENILAIAN PROGRAM
KPI Tahun Semasa
TOV BAHASA INGGERIS/ MATEMATIK/ SAINS :
PENCAPAIAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN
TAHUN
KPI Jangka Panjang
KEMAHIRAN BERBAHASA INGGERIS

KERTAS PEPERIKSAAN
(UPSR DAN SPM) DWI BAHASA

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN DLP


& FAQ
(rujuk lampiran yang diberi)

SOALAN LAZIM
Soalan : Apakah yang dimaksudkan dengan Dual Language Programme (DLP)?
Jawapan : Dual Language Programme (DLP) adalah program yang diperkenalkan di bawah dasar
Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang memberi pilihan
kepada sekolah-sekolah yang memenuhi kriteria untuk mengadakan sesi pengajaran dan
pembelajaran dalam bahasa Inggeris sepenuhnya selain daripada bahasa Malaysia bagi mata
pelajaran Matematik, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, serta Reka Bentuk dan Teknologi.
Soalan : Bagaimana DLP menyokong dasar pendidikan?
Jawapan : Selaras dengan aspirasi PPPM agar murid menguasai kemahiran dwibahasa, DLP
memberi peluang kepada murid untuk mengguna pakai bahasa Inggeris melalui mata pelajaran
Matematik, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, serta Reka Bentuk dan Teknologi. DLP
membolehkan masyarakat Malaysia meningkatkan akses bagi penerokaan pelbagai ilmu untuk
bersaing di peringkat global.

Soalan : Adakah ini satu cara berbalik kepada dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik
dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)?
Jawapan : Tidak. DLP adalah satu program pengukuhan bahasa Inggeris berasaskan pilihan sekolah,
manakala PPSMI adalah suatu dasar yang dilaksanakan di semua sekolah.
Dasar MBMMBI diperkenalkan untuk memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa
Inggeris dengan fasih dan betul. Di bawah dasar MBMMBI, Kementerian mengambil langkah untuk
mengukuhkan lagi penguasaan bahasa dengan memperkenalkan 23 program. Kini, Kementerian
memperkenalkan 2 program baharu iaitu Program Imersif Tinggi (Highly Immersive Programme, HIP) dan
Program Dwibahasa (Dual Language Programme, DLP).
Langkah ini akan meningkatkan pendedahan terhadap bahasa Inggeris bagi memperkukuh kemahiran
berbahasa Inggeris. Dengan pelaksanaan DLP, Kementerian akan menilai sekolah yang mempunyai
keupayaan dan sumber yang sedia ada dengan sewajarnya untuk memastikan keberkesanan program ini
bagi sekolah-sekolah yang terlibat.

Soalan : Sekiranya murid telah mempelajari mata pelajaran DLP dalam bahasa Melayu pada tahap
persekolahan terdahulu, adakah ianya sukar bagi mereka untuk mempelajari mata pelajaran tersebut dalam
bahasa Inggeris pada tahap persekolahan seterusnya?
Jawapan : Sekolah digalakkan untuk membantu murid dengan menjalankan program transisi khususnya murid
Tahun 4 dan Tingkatan 1 yang baru menyertai DLP.
Contohnya, pihak sekolah boleh mengadakan program OPSME untuk membiasakan murid dengan istilahistilah pengajaran dan pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.
Soalan : Tidakkah kelas bahasa Inggeris mencukupi untuk meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris?
Jawapan : Kajian antarabangsa menunjukkan bahawa tempoh pendedahan yang lebih lama berbanding kadar
semasa (15-20%) diperlukan untuk murid menguasai bahasa Inggeris (PPPM).
DLP mendedahkan murid kepada masa pengajaran dan pembelajaran yang lebih lama dari kadar semasa yang
diperuntukkan untuk dalam mata pelajaran bahasa Inggeris.
Soalan : Adakah semua sekolah diwajibkan untuk melaksanakan DLP?
Jawapan : Sekolah diupayakan untuk membuat pilihan berdasarkan kriteria yang telah digariskan. Sekolah
boleh mengemukakan permohonan kepada PPD dan JPN. Pelaksanaan DLP adalah tertakluk kepada
kelulusan Kementerian berlandaskan kesediaan sekolah.

Soalan : Apakah kriteria pelaksanaan DLP yang perlu dipenuhi?


Jawapan : Sekolah perlu memenuhi kriteria berikut untuk memohon melaksanakan DLP:
I. Sumber yang mencukupi;
II. Kesediaan Pengetua/ Guru Besar dan guru untuk melaksanakan DLP;
III. Permintaan dan sokongan daripada ibu bapa; dan
IV. Pencapaian sekolah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu yang menyamai atau lebih baik
daripada pencapaian purata kebangsaan
Soalan : Bagaimanakah sekolah boleh memohon untuk melaksanakan program DLP?
Jawapan : Pihak sekolah boleh memanjangkan permohonan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
masing-masing. PPD akan menjalankan tinjauan/ pemeriksaan sewajarnya ke atas sekolah berkenaan.
Sekiranya sekolah disahkan bersedia untuk melaksanakan program ini, permohonan tersebut akan dimajukan
kepada Jabatan Pendidikan Negeri. JPN akan memanjangkan permohonan ini kepada Bahagian Pengurusan
Sekolah Harian (BPSH) untuk penilaian terakhir dan kelulusan KPM.
Soalan : Sekiranya sekolah tidak dipilih untuk menyertai DLP, bolehkah pihak sekolah membuat rayuan?
Jawapan : PGB boleh membuat rayuan kepada PPD dan rayuan akan dipertimbangkan oleh KPM.

Soalan : Selain Sekolah Kebangsaan (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK), bolehkah Sekolah
Jenis Kebangsaan (SJK) melaksanakannya DLP?
Jawapan : Sekolah Jenis Kebangsaan boleh membuat rayuan di Pejabat Pendidikan Daerah masing-masing
untuk dipertimbangkan oleh KPM.
Soalan : Adakah murid dibenarkan untuk terus mempelajari mata pelajaran Sains, Matematik dan mata
pelajaran STEM yang lain dalam bahasa Melayu di sekolah yang melaksanakan DLP?
Jawapan : Ya. Pihak sekolah perlu memastikan murid tersebut terus mempelajari mata pelajaran Sains,
Matematik dan mata pelajaran STEM yang lain dalam bahasa Melayu berdasarkan kemahuan ibu bapa,
kerana bahasa Malaysia adalah bahasa penghantar utama di sekolah.
Soalan : Bagi sekolah berenrolmen rendah, saiz kelas mungkin kurang daripada 15 orang dan tidak
memenuhi syarat minima untuk membuka kelas DLP. Adakah sekolah dibenarkan untuk membuka kelas
DLP?
Jawapan : Ya, sekiranya semua ibu bapa bersetuju untuk membenarkan anak mereka menyertai DLP.
Sekiranya terdapat mana-mana ibu bapa yang tidak bersetuju, maka sekolah perlu meneruskan pengajaran
dan pembelajaran dalam bahasa Melayu.

Soalan : Adakah ibu bapa perlu menandatangani apa-apa surat persetujuan untuk anak mereka menyertai
program ini?
Jawapan : Ya, ibu bapa perlu menandatangani surat persetujuan pada minggu pertama persekolahan 2016.
Soalan : Adakah sekolah boleh menawarkan DLP di Tahun 1 dan tidak di Tahun 4?
Jawapan : Tidak. Sekolah perlu menawarkan DLP di Tahun 1 dan Tahun 4.
Soalan : Bolehkah sesi pengajaran dan pembelajaran DLP dijalankan dalam kedua-dua bahasa (Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris)?
Jawapan : Tidak. PdP perlu dijalankan dalam satu bahasa sahaja, sama ada dalam bahasa Melayu
sepenuhnya ataupun bahasa Inggeris sepenuhnya.
Soalan : Sekiranya pihak sekolah memenuhi semua kriteria DLP dan ingin menawarkan pdp bagi SEMUA
kelas Tahun 1, Tahun 4 dan Tingkatan 1 dalam bahasa Inggeris, adakah ia dibenarkan?
Jawapan : Ya, sekiranya pihak sekolah menerima persetujuan bertulis daripada semua ibu bapa di kelas
Tahun 1, Tahun 4 dan Tingkatan 1.

Soalan : Jika ibu bapa mahukan DLP tetapi sekolah tidak berminat, apakah yang boleh dilakukan oleh ibu
bapa?
Jawapan : Sekiranya terdapat sekurang-kurangnya 15 pelajar dengan kebenaran daripada ibu bapa yang
berminat untuk mengikuti DLP, sekolah tersebut perlu cuba untuk menampung permintaan itu. Pentadbir
sekolah perlu mempertimbangkan permohonan tersebut dan berbincang dengan pihak PPD dan JPN.
Perbincangan atau dialog berterusan perlu diadakan di antara pihak sekolah, ibu bapa dan PPD untuk
membuat perancangan yang dapat memuaskan hati semua pihak.
Soalan : Bagaimana sekiranya ibu bapa ingin anak mereka menarik diri dari DLP selepas mula mengikuti
program ini?
Jawapan : Murid tidak dibenarkan menarik diri daripada program DLP. Keputusan murid individu untuk
mengikuti kelas DLP adalah berdasarkan kemahuan ibu bapa. Ibu bapa digalakkan untuk membuat
pertimbangan serius berdasarkan kesediaan murid dan berpandukan khidmat nasihat pihak sekolah
sekiranya perlu.
Setelah persekolahan bermula, murid tidak dibenarkan masuk atau keluar daripada program DLP dalam
pertengahan pelaksanaan program.
Sekiranya murid ketinggalan dalam mata pelajaran akibat penguasaan yang lemah dalam bahasa pengantar
yang digunakan, pihak ibu bapa perlu memberi kerjasama dan membantu sekolah dalam memberikan
sokongan intervensi.

Soalan : Adakah murid akan diberi sokongan seperti diberi program transisi sekiranya berpindah dari sekolah
yang melaksanakan DLP ke sekolah yang tidak melaksanakan DLP atau sebaliknya?
Jawapan : Sekolah asal harus memberi khidmat nasihat kepada ibu bapa tentang risiko yang mungkin akan
dihadapi oleh murid sekiranya berpindah dari sekolah yang melaksanakan DLP ke sekolah yang tidak
melaksanakan DLP atau sebaliknya.
Sekolah yang menerima murid tersebut digalakkan untuk membantu murid menghadapi transisi ini.
Soalan : Siapakah yang perlu saya hubungi sekiranya saya ingin memperoleh maklumat lanjut?
Jawapan : Pihak ibu bapa boleh menghubungi pihak sekolah dan sekolah akan menyalurkan soalan tersebut
kepada pegawai Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pendidikan Negeri bagi mendapatkan maklumat
lanjutan.
Selain daripada itu, pihak terlibat boleh menghubungi DLP@padu.edu.my untuk sebarang pertanyaan
berkenaan DLP.

SOALAN BERKENAAN DENGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KELAS


Soalan : Jika hanya ada guru Matematik yang bersedia menjalankan DLP, sedangkan guru Sains enggan
menjalankan DLP, bolehkan sekolah menawarkan hanya Matematik dam Bahasa Inggeris sedangkan Sains
dalam Bahasa Melayu?
Jawapan : Tidak. Setiap kelas yang menjalankan DLP mestilah menawarkan kedua-dua Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris.
Soalan : Adakah bahan dan peralatan tambahan bagi Sains/ Matematik akan dibekalkan bagi sekolah yang
menjalankan DLP?
Jawapan : Tidak. Sekolah perlu menggunakan sumber sedia ada. Pihak KPM hanya akan membekalkan
buku teks, buku rujukan tambahan, DSKP, OPSME untuk kegunaan guru dan murid.
Soalan : Adakah sekolah DLP akan dibekalkan dengan bahan Bantu Mengajar seperti teaching
courseware?
Jawapan : Tidak. Sekolah perlu menggunakan sumber sedia ada

Soalan : Adakah bahan sokongan tambahan disediakan bagi sekolah yang menjalankan DLP bagi Tahun 1,
Tahun 4 dan Tingkatan 1?
Jawapan : Ya. Buku rujukan dalam pasaran yang dipilih oleh Kementerian akan dipilih dan dibekalkan untuk
kegunaan guru sebagai bahan rujukan tambahan. Ia akan dibekalkan di pusat sumber sekolah.
Soalan : Adakah semua murid yang menjalani DLP dibekalkan dengan buku teks?
Jawapan : Ya, buku teks KBSR (versi bahasa Inggeris) akan dibekalkan oleh pihak Kementerian kerana
kandungan kurikulum yang hampir sama.
Soalan : Adakah DSKP akan diterjemahkan ke dalam BI?
Jawapan : Ya, DSK, DSP dan DSKP untuk sekolah rendah akan diterjemahkan. HSP untuk tingkatan 1 telah
sedia ada dalam Bahasa Inggeris untuk kegunaan 2016
Soalan : Adakah pihak sekolah perlu menyediakan soalan dalam dwi bahasa?
Jawapan : Ya. Sekolah mesti menyediakan soalan yang setara untuk murid DLP dalam bahasa inggeris dan
untuk murid bukan dalam kelas DLP dalam bahasa Malaysia .
Soalan : Adakah UPSR 2018 di sediakan dalam dwi bahasa?
Jawapan : Ya. Kertas UPSR 2018 bagi mata pelajaran Sains dan Matematik akan disediakan dalam dwi
bahasa

Soalan : Adakah PT3 2018 di sediakan dalam dwi bahasa?


Jawapan : Ya. Kertas PT3 2018 bagi mata pelajaran Sains dan Matematik akan disediakan dalam dwi
bahasa
Soalan : Sekiranya murid berpindah di pertengahan tahun daripada sekolah yang tidak menjalankan DLP, ke
sekolah yang menjalankan DLP dan memohon untuk menyertai kelas DLP, adakah ini dibenarkan?
Jawapan : Boleh, sekiranya murid dan ibu bapa bersetuju untuk mengikuti program tersebut.
Soalan : Bagaimana sekiranya murid berpindah di pertengahan tahun daripada sekolah yang menjalankan
DLP, ke sekolah yang tidak menjalankan DLP?
Jawapan : Murid tersebut perlu mengikuti PdP seperti yang ditawarkan di sekolah tersebut.
Soalan :
Simulasi:
Sekiranya terdapat 4 kelas bagi tahun 1, dan terdapat 15 orang murid yang hendak menyertai DLP, dan
terdapat guru yang bersedia untuk mengajar Sains dan Matematik dalam BI adakah pihak sekolah perlu
membuka kelas baru (tambahan) menjadikan 5 kelas tahun 1. Adakah pihak sekolah boleh memohon guru
tambahan?
Jawapan : Tidak, kerana bilangan kelas perlu dikekalkan kerana tiada tambahan guru dibenarkan. Sekolah
perlu menggunakan sumber tenaga pengajar sedia ada.

Soalan :
Simulasi:
Sekiranya terdapat 15 orang murid dalam permulaan kelas DLP dan bilangan murid menurun hingga 10
orang pada pertengahan tahun, adakah kelas tersebut perlu ditutup?
Jawapan : Sekolah boleh terus melaksanakan program tersebut. Perbincangan atau dialog perlu diadakan
di antara pihak sekolah, ibu bapa dan PPD untuk menangani isu tersebut.
Soalan : Adakah pihak sekolah boleh memulakan DLP di pertengahan tahun?
Jawapan : Tidak, kerana ia akan mengganggu pembelajaran murid.
Soalan : Adakah pihak sekolah boleh memulakan DLP bagi murid tahun 2, sedangkan di tahun1 murid
tersebut belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu?
Jawapan : Tidak, murid mesti memulakan DLP di Tahun 1 atau Tahun 4 mulai tahun 2016.
Soalan :
Simulasi:
Bagi sekolah kurang murid (SKM) yang hanya mempunyai 14 orang murid bagi satu kelas dan kesemuanya
bersetuju untuk mengikuti DLP dan kempat-empat syarat telah dipenuhi, adakah sekolah tersebut
dibenarkan untuk terlibat dalam DLP?
Jawapan : Ya. Pihak KPM membenarkan sekolah tersebut menjalankan DLP kerana ia merupakan sekolah
kurang murid (SKM) dan telah memenuhi kempat-empat syarat.

Soalan :
Simulasi:
Bagi sekolah kurang murid (SKM) yang mempunyai 20 orang murid, 15 daripadanya bersetuju untuk
mengikuti DLP dan 5 orang lagi tidak bersetuju. Adakah pihak sekolah perlu membuka 2 kelas bagi mata
pelajaran Matematik dan Sains?
Jawapan : Sekiranya pihak sekolah boleh menyediakan 2 kelas tanpa meminta tambahan guru, pihak
sekolah boleh menjalankan DLP. Sekiranya , pihak sekolah mempunyai kekangan dari segi penyediaan guru,
sekolah tersebut tidak boleh menjalankan DLP kerana tidak memenuhi salah satu daripada syarat yang
ditetapkan.
Soalan : Adakah murid yang belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Malaysia di Tahun 1 2015 boleh
mengikuti DLP di Tahun 2 pada 2016?
Jawapan : Tidak. Murid perlu memulakan DLP di Tahun 1 atau Tahun 4 pada tahun 2016.
Soalan : Apakah bahasa pengantar yang akan digunakan bagi pentaksiran pusat bagi UPSR, PT3, SPM &
STPM
Jawapan : Murid-murid yang mengikuti DLP akan dinilai dalam bahasa Inggeris. Bagi murid-murid yang lain,
mereka akan menjawab soalan tersebut dalam bahasa pengantar masing-masing.

Soalan : Adakah pentaksiran sekolah dan peperiksaan pusat akan menggunakan dwi bahasa?
Jawapan : Ya. Peperiksaan pusat akan kekal menggunakan dwi bahasa. Pentaksiran di peringkat sekolah
juga perlu disediakan dalam dwi bahasa.
Murid-murid yang mengikuti DLP akan dinilai dalam bahasa Inggeris. Bagi murid-murid yang lain,
mereka akan menjawab soalan tersebut dalam bahasa pengantar masing-masing.
Soalan : Adakah murid dibenarkan untuk menjawab soalan peperiksaan dalam kedua-dua bahasa?
Jawapan : Tidak. Murid hanya dibenarkan menjawab sama ada dalam bahasa Melayu sepenuhnya atau
bahasa Inggeris sepenuhnya.
Murid-murid yang mengikuti DLP akan dinilai dalam bahasa Inggeris. Bagi murid-murid yang lain,
mereka akan menjawab soalan tersebut dalam bahasa pengantar masing-masing.

SOALAN BERKENAAN DENGAN GURU


Soalan : Bagaimanakah KPM menangani isu penguasaan bahasa Inggeris guru-guru Matematik, Sains dan
mata pelajaran STEM
Jawapan :
Jangka pendek
ELTC akan membantu dengan menjalankan program latihan peningkatan profiensi Bahasa Inggeris dalam
kalangan guru yang mengikuti DLP.
Jangka panjang
KPM akan memastikan Institusi Pendidikan Guru melengkapkan guru-guru pelatih dengan kemahiran untuk
mengajar mata pelajaran tersebut dalam bahasa Inggeris. Di samping itu, guru-guru ini adalah guru opsyen
Bahasa Inggeris (major atau minor).
Soalan : Adakah guru yang telah bersetuju untuk mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris,
boleh menarik diri setelah beberapa bulan menjalankan DLP?
Jawapan : Pihak sekolah, PIBG dan PPD perlu memastikan guru bersetuju dan bersedia sepenuhnya untuk
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Matematik, Sains dalam bahasa Inggeris
sebelum membuat keputusan untuk melaksanakan DLP pada tahun 2016.
Sekiranya terdapat guru yang ingin menarik diri, pihak sekolah, PIBG dan PPD perlu mengenalpasti
masalah yang dihadapi dan cuba mengatasinya.

Soalan : Adakah guru-guru Sains dan Matematik akan dibayar BISP?


Jawapan : Tidak.
Soalan : Adakah guru-guru akan diberikan latihan untuk mengajar Sains dan Matematik dalam DLP bagi tahun
2016?
Jawapan : Tidak kerana sekolah yang terpilih adalah sekolah yang telah bersedia untuk uji rintis. ELTC akan
membantu dengan menjalankan program latihan peningkatan profiensi Bahasa Inggeris dalam kalangan guru
yang mengikuti DLP pada tahun 2017 dan tahun berikutnya.
Soalan : Bagaimanakah kelas DLP dapat diterusnya sekiranya terdapat pertukaran guru?
Jawapan : JPN, PPD dan PGB perlu memastikan tenaga guru yang berkemampuan untuk mengajar kelas
DLP cukup sepanjang program ini dilaksanakan sekiranya berlakunya pertukaran guru.

RUMUSAN

Sekolah

PPD
Ketua Unit Akademik
Pegawai Sains
SIPartners+
SISC+

JPN

Membuat permohonan secara rasmi kepada PPD


Menyediakan Borang Kesediaan Sekolah, Surat Persetujuan
PIBG dan Surat Persetujuan Ibu Bapa
Melaksanakan sesi townhall bersama ibu bapa, guru dan pihak
yang berkepentingan
Membuat perancangan untuk jangka panjang dan jangka
pendek bagi memastikan kejayaan DLP
Menerima permohonan dan rayuan sekolah
Menjalankan tinjauan/pemeriksaan ke atas sekolah yang
memohon untuk mengesahkan kesediaan sekolah dan
memanjangkan permohonan ke JPN
Memastikan guru DLP yang bertukar, diganti dengan dengan
guru DLP yang baru
Melaksanakan pemantauan pelaksanaan DLP di peringkat
daerah dari masa ke semasa
Melaksanakan sesi townhall bersama sekolah yang
dicadangkan

KPP Sains

Menerima permohonan dan rayuan sekolah dan


memanjangkan kepada BPSH

BPSH

BPK

PADU

Menerima permohonan/rayuan daripada JPN


Memanjangkan permohonan kepada PADU untuk
penilaian terakhir dan kelulusan KPM
Melaksanakan pemantauan pelaksanaan DLP di
peringkat negeri dari masa ke semasa

TERIMA KASIH

You might also like