You are on page 1of 5

Conurbation Pertumbuhan Wilayah

Matlamat untuk mengukuhkan Conurbation


Pertumbuhan Wilayah adalah untuk keberkesanan
pengagihan peluang ke arah merealisasikan
keseimbangan dalam pembangunan sosial, ekonomi
dan fizikal di seluruh Semenanjung Malaysia.
Pada masa yang sama, ia bertujuan untuk
mengimbangi semula aktiviti ekonomi dan penduduk
yang terlalu tertumpu di Conurbation Kuala Lumpur.
Tambahan pula, Conurbation Pertumbuhan Wilayah
seperti Kuantan, akan dihubungi dengan kawasan
pedalaman yang lebih luas dalam Wilayah Ekonomi
Pantai Timur (ECER), untuk memangkin dan
menyokong pembangunan bandar-bandar kecil,
perkampungan dan kawasan desa.

Sistem Perhubungan Bdr-Luar Bdr-Bdr

Melalui petempatan baru yang diwujudkan oleh


Perbadanan-perbadanan Pembangunan Wilayah
di Selatan Kelantan (KESEDAR), Terengganu
Tengah (KETENGAH), Jengka, Pahang Tenggara
(DARA) dan Johor Tenggara (KEJORA).
Aktiviti industri telah bertapak di Kuantan dan
selatan Terengganu serta kawasan tengah
Pahang. Pelancongan pula telah menjadi penting
di zon pantai dan kepulauan
Sistem infrastruktur seperti jalan, rel, pelabuhan
dan lapangan terbang menyokong sistem
petempatan negara.
Walau bagaimanapun, pada amnya jaringan
perhubungan dan pengangkutan adalah lebih
maju di Pantai Barat berbanding Pantai Timur.
Satu lebuh raya (Lebuh Raya Utara-Selatan) telah
tersedia digunakan di sepanjang zon Pantai Barat
manakala satu lagi lebuh raya (Lebuh Raya Pantai
Timur) ke Pantai Timur kini telah pun disediakan.
Terdapat landasan kereta api yang mengunjur
sepanjang Pantai Barat, sementara landasan
kereta api di Pantai Timur hanya meliputi
sebahagian kawasan pantai timur yang melalui
bahagian tengah Semenanjung dan tidak meliputi
kawasan di sepanjang pantai timur.
Selain dari itu, terdapat tiga pelabuhan utama
(Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan
Pelabuhan Pulau Pinang) dan Lapangan Terbang

Mewujudkan peluang bagi pelbagai sumber


pendapatan bukan pertanian

membangunkan perusahaan enterpris luar bandar yang


berdaya saing, mempunyai kepelbagaian dan berdaya maju,
termasuk inisiatif eko dan agropelancongan, industri luar
bandar, Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan
(PPP) produkproduk pertanian dan program Satu Daerah Satu
Industri (SDSI).
Di kebanyakan petempatan luar bandar, termasuk FELDA,
peneroka dan ahli keluarga turut terlibat dalam aktiviti hiliran
pertanian seperti pembuatan kuih-muih tradisional, sos,
kerepek, kraftangan dan jahitan.
Contoh yang paling berjaya adalah program Satu Kampung Satu
Industri atau SAWARI. Ia merupakan model yang diperkenalkan
oleh FELDA, di mana satu wilayah mengeluarkan satu jenis
produk.
Menerusi program ini, ramai peneroka FELDA telah berjaya
meningkatkan pendapatan mereka, manakala produk-produk
tertentu telah berjaya dieksport. Daerah-daerah yang telah
berjaya melalui hasil aktiviti ini adalah seperti Tumpat bagi

Pelancongan Luar Bandar


Pelancongan kebudayaan desa dengan
penekanan terhadap pembangunan dan
pemeliharaan aset pelancongan nyata dan
tidak nyata yang terdapat di
kampungkampung tradisional, pantai dan
kepulauan seperti Alor Gajah, Kuala Pilah dan
Kuala Lipis;
Dapat meningkatkan ekonomi penduduk luar
bandar dari segi rumah penginapan
(homestay), pengangkutan, gerai-gerai makan
dan minuman dll

You might also like