You are on page 1of 10

TAHUN 3

TEMA 7 : MALAYSIA TANAH AIRKU


UNIT 19 : WARISAN NEGARA
UNIT 20 : MALAYSIA BERJAYA
UNIT 21 : ANAK MALAYSIA

UNIT 19 : WARISAN NEGARA


ISTANA NEGARA DI JALAN ISTANA
Istana Negara di Jalan Istana ialah bangunan warisan negara
kita. Istana ini tempat bersemayam Seri Paduka Baginda Yang
di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri
Agong.
Bangunan Istana Negara ini dibina pada tahun 1928
dengan keluasan 11.34 hektar. Yang di-Pertuan Agong yang
pertama merupakan pemerintah yang pertama bersemayam di
Istana Negara ini beberapa minggu sebelum kemerdekaan
diisytiharkan. Yang di-Pertuan Agong yang ke-13 pula ialah
pemerintah terakhir bersemayam di istana tersebut.

Soalan: Unit 19
Istana Negara

Lokasi
-

Tahun
dibina
-

Keluasan
-

Kegunaan
-

Jawapan: Unit 19
Istana Negara

Lokasi
- Jalan istana

Tahun dibina
- Tahun 1928

Keluasan
- 11.34 hektar

Kegunaan
- Istana ini tempat
bersemayam Seri
Paduka Baginda
Yang di-Pertuan
Agong dan Seri
Paduka Baginda
Raja Permaisuri
Agong.

UNIT 20 : MALAYSIA BERJAYA


TEKNOLOGI ANGKASA LEPAS
Malaysia telah melangkah maju ke era teknologi angkasa
lepas. Malaysia berjaya melancarkan dua buah satelit , iaitu
MEASAT pada bulan Januari 1996 dan MEASAT II pada
bulan November tahun yang sama.
Malaysia juga melancarkan mikrostaelit yang pertama , iaitu
TiungSAT ke angkasa lepas pada bulan September
2000.pelancaran satelit-satelit ini menjadikan Malaysia antara
negara ASEAN yang mempunyai satelit angkasa sendiri.

Soalan: Unit 20
Sahabatku ,Vinod.
Saya telah membaca maklumat tentang kemajuan teknologi angkasa lepas di negara
kita. Negara kita berjaya melancarkan dua _____________________________
Mikrosatelit pertama negara dilancarkan________________________________
Oleh itu kita patut _______________ kerana ____________
Terima kasih, Vinod. Semoga kita bertemu lagi
Kim HO

Jawapan: Unit 20
Sahabatku ,Vinod.
Saya telah membaca maklumat tentang kemajuan teknologi angkasa lepas di negara
kita. Negara kita berjaya melancarkan dua buah satelit , iaitu MEASAT dan
MEASAT II .
Mikrosatelit pertama negara dilancarkan pada bulan Januari 1996 dan MEASAT II
pada bulan November tahun yang sama.
Oleh itu kita patut berbangga kerana Malaysia juga melancarkan mikrostaelit yang
pertama , iaitu TiungSAT ke angkasa lepas pada bulan September 2000.
Terima kasih, Vinod. Semoga kita bertemu lagi
Kim HO

UNIT 21 : ANAK MALAYSIA


DATO JIMMY CHOO
KUALA LUMPUR, Rabu Dato Jimmy Choo telah dianugerahi
bintang dari negeri Pahang dan Pulau Pinang yang membawa gelaran
Dato. Beliau juga menerima anugerah daripada Ratu Elizabeth II.
Anugerah ini diberikan kerana sumbangan beliau terhadap bidang
fesyen dan seterusnya memperkenalkan Malaysia ke peringkat dunia.
kejayaan beliau bermula pada tahun 1988 apabila majalah fesyen
terkemuka memaparkan rekaannya. Kasut rekaanya juga berjaya
mendapat perhatian masyarakat seluruh dunia. Mendiang Puteri
Diana antara pelangganya yang paling terkenal.

Soalan: Unit 21
Soalan pemahaman :
1. Bintang yang dianugerahkan kepada Jimmy Choo telah berjaya membawa
gelaran?
2. Kejayaan Dato Jimmy Choo bermula ..
3. Antara pelanggannya termasuklah

Jawapan : Unit 21
Jawapan soalan pemahaman :
1. Bintang yang dianugerahkan kepada Jimmy Choo ialah gelaran Dato.
2. Kejayaan Dato Jimmy Choo bermula bermula pada tahun 1988 apabila majalah
fesyen terkemuka memaparkan rekaannya.
3. Antara pelanggannya termasuklah Mendiang Puteri Diana.

You might also like