You are on page 1of 11

SISTEM BAHASA

MELAYU

SINTAKSIS
JENIS-JENIS AYAT:
AYAT TANYA

NURFASIHA BINTI YA @ ISMAIL


AYAT TANYA

Ayat tanya ialah ayat yang


digunakan untuk menanyakan
sesuatu hal.
Intonasi ayat tanya berbeza daripada
ayat penyata iaitu daripada segi
nada akhirnya, iaitu nada menaik.
Jenis ayat tanya :
(a)Ayat tanya tanpa kata tanya
(b)Ayat tanya dengan unsur tanya
Ayat tanya tanpa kata tanya

Ayat ini lazimnya diucapkan dengan


suara meninggi sebelum kesenyapan
pada akhir ayat.
Dalam tulisan, nada tanya
dilambangkan dengan tanda soal (?).
Contoh:
1. Adik masih menangis?
2. Emak menyiram bunga?
3. Mereka berada di Amerika?
Ayat tanya tanpa kata tanya

Ayat tanya ini juga boleh disertai


oleh partikel tanya kah dan
diletakkan pada hujung ayat.
Contoh :
1. Dia ke sekolahkah?
2. Mereka berangkat pagi tadikah?
3. Gadis berbaju merah itu
comelkah?
Contoh ayat-ayat yang mengalami
proses pendepanan konstituen
predikat.
Contoh : Ke sekolahkah dia?
Pagi tadikah kamu berangkat?
Comelkah gadis berbaju merah
itu?
Terdapat juga ayat yang
mengandungi kata hubung yang
yang mengalami pendepanan
partikel kah.
Contoh : Diakah yang ke sekolah?
Ayat tanya dengan unsur
tanya
Ayat tanya yang mengandungi unsur
seperti apa, siapa, mengapa,
bagaimana, di mana dan sejak bila.
Terdiri daripada 3 golongan iaitu :
(a)Ayat tanya dengan kata tanya.
(b)Ayat tanya dengan kata ganti nama
diri tanya.
(c)Ayat tanya dengan frasa sendi nama
tanya.
(a) Ayat tanya dengan kata tanya.
Dalam susunan ayat biasa, kata tanya terletak pada
unsur predikat.
Contoh : Harga barang ini berapa?
Awak datang lambat mengapa?

Ayat yang mengalami proses pendepanan.


Contoh: Berapa harga barang ini?
Kenapa awak datang lambat?

Bagi bahasa tulisan, ayat tanya perlu menerima


partikel kah pada unsur yang dikedepankan.
Contoh : Berapakah harga barang ini?
Kenapakah awak datang lambat?
(b) Ayat tanya dengan kata ganti
nama diri tanya
Ayat ini terdiri daripada kata ganti nama tanya seperti
apa, siapa, dan mana.
Contoh : Benda itu apa?
Adiknya siapa?

Proses pendepanan predikat.


Contoh : Apa benda itu?
Siapa adik awak?

Penerimaan partikel kah pada unsur yang dikedepankan.


Contoh : Apakah benda itu?
Siapakah adik awak?
(c) Ayat tanya dengan frasa sendi nama tanya

Ayat yang didahului oleh frasa sendi nama


tanya seperti di mana, ke mana, dengan siapa,
daripada siapa, sejak bila dan sebagainya.
Contoh: Mereka datang dari mana?
Anak Puan Maria berkahwin dengan
siapa?

Ayat yang mengalami proses pendepanan


predikat dengan partikel kah.
Contoh : Dari manakah mereka datang?
Dengan siapakah anak Puan Maria berkahwin?
AYAT TANYA
TERBUKA
Ayat tanya terbuka ialah ayat tanya yang
jawapannya tidak terhad kepada jawapan ya
atau tidak.
Jawapannya bergantung pada maksud yang
terkandung dalam ayat tanya tersebut.

Contoh: (i) Gurunya siapa?


Gurunya ialah Encik Ahmad.
(ii) Dari manakah mereka berasal?
Mereka berasal dari Thailand.
AYAT TANYA
TERTUTUP

Ayat tanya tertutup ialah ayat yang


memerlukan jawapan ya atau
tidak/bukan.

Contoh : (i) Menangiskah adik?


Tidak, adik tidak menangis.
(ii) Encik Hazim ketua mereka?
Ya, Encik Hazim ketua
mereka.

You might also like