You are on page 1of 5

Elemen-Elemen

Yang
Mencabar
Penghayatan Dan
Amalan
Nilai-nilai Murni
PENGENALAN
Pendidikan Moral adalah proses di mana sesuatu masyarakat
mengajarahli-ahlinyastandard-standardtingkahlakuyangbetul.

Ia memberi peluang kepada pelajar mengahayati nilai-nilai


moral supaya dapat mengenal, menerima, mengamal dan
membuatkeputusanyangbertanggungjawabmengenaiberbagai
situasi dalam kehidupan serta tidak melanggar elemen-elemen
yang boleh mencabar nilai-nilai moral seperti mementingkan
kebendaan, berketerlaluan, tamakkan kuasa, tidak
bertanggungjawab, jurang generasi dan perbezaan kelas dan
status.
MEMENTINGKANKEBENDAAN
Dengan berkembangnya sains dan teknologi, aspek kebendaan lebih
dititikberatkan berbanding dengan perkembangan rohani.

Sikap kebendaan atau materialistik anggota-anggota masyarakat juga


semakin bertambah.

Contohnya, seorang ayah yang bertugas sebagai seorang guru


mungkin banyak mengendalikan kelas-kelas bimbingan untuk
menambahkan pendapatannya. Setelah selesai mengajar kelas-kelas
bimbingan, dia akan merasa letih serta kurang berupaya untuk melayani
anak-anaknya dari segi sosio emosi dan intelek.

Seorang ibu yang bersikap materialistik pula sentiasa merancang cara-


cara menambahkan pendapatan dengan menjual insurans nyawa, alat-
alat solek, jualan langsung (direct selling) seperti Amway, CNI, Shaklee,
Coasway dan lain-lain, pelbagai jenis barangan kegunaan rumah dan
sebagainya. Dalam keadaan ini, tentulah ibu tersebut tidak dapat
memberikan asuhan dan didikan sebaik-baiknya kepada anak-anaknya.
SIKAPKETERLALUAN

Keseimbangan setiap aspek tersebut mewujudkan individu yang


hamonis serta bersopan

Keterlaluan yang berlaku dalam mana-mana satu aspek yang menanggu


keseimbangan tersebut lalu menyebabkan tingkah laku seseorang
individu melanggar norma-norma masyarakat

Kalau dikaji kes-kes jenayah di akhbar-akhbar memanglah nyata


bahawa setengah-setengah kes itu berlaku kerana sifat keterlaluan.
Cuba kita ambil conoh seorang wanita yang telah dilaporkan kehilangan
sebelah tangannya kerana bergaduh dengan jirannya berpunca daripada
seekor ikan temenung. Jelas bahawa jiran yang mencederakan wanita
itu memang kehilangan akal lalu bertindak secara keterlaluan. Segala
unsur kemoralan tidak dipentingkan lagi apabila emosi jiran itu tidak
dapat dikawal.

Nilai moral seperti belas kasihan dan bertimbang rasa mungkin telah
dulupakan apabila siibu atau siayah berada dalam keadaan marah.
TAMAKKUASA

Kuasa digunakan apabila A mengambil sesuatu keputusan yang


membawa kesan kepada B, dan dihalang daripada mengambil apa-apa
tindakan yang boleh menggugat keputusan A.

Dalam bidang politik kuasa diberi oleh rakyat kepada pemimpinnya


melalui pilihanraya untuk mentadbir. Biasanya kuasa yang ada pada
pemimpin digunakan dengan baik untuk kepentingan rakyat jelata.
Kebanyakan pemimpin menggunakan kuasa yang diberikan kepada
mereka secara adil untuk membangunkan negara.

Salah guna kuasa berlaku apabila orang yang berkuasa bercita-cita


tinggi, pendendam, tamak atau merasakan pengaruhnya berkurangan.

Untuk menjamin ia dapat terusa kekal sebagai pemimpin ia akan


mengeksploitasi orang lain dengan menggunakan segala kuasa yang
masih ada padanya dengan berbagai cara.

Ia akan menggunakan kuasanya untuk memaksa, mengancam orang-


orang bawahan supaya terus patuh kepadanya.