You are on page 1of 22

KOLEJ PENDIDIKAN PERDANA

PENILAIAN PENDIDIKAN MORAL DAN PERANAN GURU


DEM 2043

DISEDIAKAN OLEH:
SITI ZUBAIDAH BT JEMENIN
850604146336
20140709018

ABD. HADI EDDY ABDULLAH


810328135959
20140709001

DPA KOHORT 9

DISEDIAKAN UNTUK:
ENCIK AB RAHIM B. YASIN
DEFINISI PENTAKSIRAN
Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat
penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Menurut
Noraini Idris (2008), pentaksiran dirancang dan dikendalikan oleh
guru dan menjadi sebahagian daripada proses pengajaran yang
diharapkan dapat memperbaiki proses pembelajaran pelajar.
Pentaksiran dilaksanakan secara berterusan yang bersifat formatif
melibatkan guru sepenuhnya dan memberi peluang kepada pelajar
untuk menunjukkan penguasaan mereka dalam kemahiran yang
dipelajari, yang tidak boleh ditaksir melalui ujian bertulis.
TUJUAN PENTAKSIRAN

Pentaksiran dibuat adalah bertujuan untuk mendapatkan


gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran
Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan
pembelajaran sama ada berkesan atau tidak.
Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang
pengajaran dan pembelajaran serta memperbaiki
pengajaran dan pembelajaran untuk memberi impak yang
lebih baik.
PRINSIP PENTAKSIRAN

(i) Instrumen
(ii) kumpulan yang ditaksir
(iii) respons kumpulan yang menaksir
(iv) skor.
CIRI PENTAKSIRAN YANG BAIK
1) Kesahan Skor:-merujuk kepada relevan dan
kecukupan cakupan
2) Kebolehpercayaan Skor:-merujuk kepada ketekalan dan
ketepatan
3) Keobjektifan:-ketepatan seseorang pentaksir memberikan skor
4) Kebolehtadbiran:-kelicinan kerja-kerja mentadbir ujian yang
dilaksanakan secara berpusat atau
berasaskan sekolah
5) Kemudahtafsiran:-maklumat tentang calon berdasarkan skor,
diskrimininasi antara calon, ketepatan
tujuan mengadakan ujian
6) Kekomprehensifan:-Kertas soalan mewakili semua objektif
penting Sukatan Pelajaran / PP
RUMUSAN PENTAKSIRAN

Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat


dan seterusnya membuat penilaian tentang hasil sesuatu
proses pendidikan. Maklumat meliputi hal berkaitan
topik, bukti dan prestasi. Penilaian melibatkan hal-hal
seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan,
manakala produk pula melibatkan pengetahuan,
kemahiran dan nilai. Proses pendidikan pula
melibatkan operasi, dapatan dan hasil.
KONSEP PENGUJIAN
Instrumen atau prosedur untuk mengukur kuantiti atau kualiti
sesuatu pembolehubah (variable) yang terdapat pada subjek
(pelajar).

DEFINISI PENGUJIAN
Menurut Cronbach (1970), ujian ialah satu prosedur yang
sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku
seseorang individu dan menghuraikan dengan bantuan skala
bernombor, atau satu sistem yang berkategori.
Milagros (1981) seperti yang dipetik dalam Raminah Haji Sabran
(1991) yang menegaskan bahawa: Ujian adalah suatu cara untuk
mendapatkan contoh perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di
dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan.
TUJUAN PENGUJIAN
Pengujian adalah bertujuan untuk mengukur kecergasan,
kemahiran, pengetahuan atau atribut psikologi.
Ia juga adalah bertujuan untuk mengukur pembelajaran,
mengukur pencapaian serta menyemak kandungan kursus.
Selain itu, pengujian juga bertujuan untuk
mendiskriminasi antara pelajar iaitu dengan memberi gred,
memotivasikan pelajar, menyediakan maklum balas
kepada pelajar, menyediakan maklum balas kepada guru
dan mengukur keberkesanan pengajaran.
CIRI-CIRI PENGUJIAN

1. Mempunyai kata tugas perbuatan seperti: Tuliskan,


Tunjukan, Senarai, Terangkan, Jelaskan,
Bincang, Kenal pasti, Jumlahkan dan kata tugas
yang bersesuaian.

2. Kenyataan kandungan:-berdasarkan kepada objektif kursus


atau pengajaran-pembelajaran

3. Kerangka masa: Satu minggu, satu jangka masa, atau akhir


semester
INSTRUMEN PENGUJIAN
(i) Alat
(ii) Kaedah
(iii) Pendekatan atau mekanisme untuk mendapatkan respons
(data)dalam pentaksiran bagi mengukur penguasaan
terhadap sesuatu bidang pembelajaran atau pengajaran.
RUMUSAN PENGUJIAN
Merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan
cara yang sistematik.
Pengujian merupakan satu cara mengukur tingkah laku seseorang
individu. Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum,
semasa dan selepas sesuatu pengajaran.
Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan
tujuan untuk mengumpul maklumat.
Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yang dicapai oleh pelajar-
pelajar dan pemahaman mereka terhadap pengajaran dan
pembelajaran guru.
KONSEP PENILAIAN

Penilaian merupakan sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti


yang tepat tentang sesuatu perkara. Maklumat dan bukti ini amat
penting dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

DEFINISI PENILAIAN

Penilaian adalah suatu istilah yang boleh didefinisikan dengan


banyak cara, Stufflebeam et al. (1971:xxv) menyatakan penilaian
sebagai the process of delineating, obtaining, and providing useful
information for judging decision alternatives.
Terry D. Ten Brink (1974:8) pula menyatakan bahawa penilaian
adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan
untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam
TUJUAN PENILAIAN

Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas


yang sedia ada pada pelajar-dalam perkara yang hendak
diajar.
Penilaian juga dibuat bagi menolong guru mengetahui sejauh
manakah pelajar mereka telah dapat menguasai atau
mempelajari perkara yang telah disampaikan
Membandingkan pencapaian pelajar dengan teman-teman
sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.
Penilaian yang dibuat juga dapat menentukan pelajar yang
tinggi keupayaan dan yang amat lemah dalam pencapaian
mereka.
RUMUSAN PENILAIAN
Secara ringkasnya, penilaian merupakan satu
proses membuat pertimbangan dalam mentafsir
hasil pengukuran.
Ia bertujuan memberikan maklumat tentang
pencapaian murid, objektif pelajaran, kaedah
mengajar dan kurikulum.
PERBANDINGAN PENTAKSIRAN PENGUJIAN PENILAIAN

Definisi Sebuah proses yang menentukan Satu alat yang sistematik untuk Sebuah proses menentukan perubahan
peringkat pencapaian dan prestasi menilai dan mengukur perubahan tingkah laku dan membuat
seseorang individu atau murid dalam sesuatu aspek tingkah laku. pertimbangan nilai.
Tujuan Bagi membuat pengelasan terhadap Untuk menentukan pencapaian Memberi maklumat tentang pencapaian
pencapaian dan kedudukan dalam terhadap sesuatu pembelajaran objektif pembelajaran. Kaedah
pembelajaran mengajar dan kurikulum.

Bentuk 1. Set ujian bertulis dengan markah 1. Pemerhatian 1. Jadual


dan gred 2. Ujian lisan 2.Gred berdasarkan teknik perangkaan
3. Ujian bertulis

Proses perlaksanaan Menjalankan proses pengujian Menyediakan set ujian berdasarkan Menentukan kaedah pengukuran yang
menggunakan set ujian dan kemudian cara ujian yang ingin dijalankan. ingin dijalankan dan melakukan proses
mencatat atau merekod markah serta Melakukan pentadbiran semasa pengukuran dan penganalisaan semasa
memberi gred menjalankan ujian dan seterusnya pengukuran dilakukan.
menjalankan pemeriksaan terhadap Kemudian proses interpretasi
set ujian yang telah dijalankan. dijalankan sebelim melapor dapatan
kajian dan tindakan.
Masa Selepas sesi pembelajaran Selepas sesi pembelajaran Boleh dijalankan sebelum, semasa atau
selepas sesi pembelajaran
liputan Terhad kepada sesuatu peringkat Terhad kepada sesuatu kemahiran atau Menyeluruh terhadap sesuatu
pembelajaran pembelajaran yang telah disampaikan pembelajaran sehingga kepada
keseluruhan sesebuah kurikulum
keputusan Menunjukkan pencapaian secara relatif Menunjukkan prestasi sesuatu Menunjukkan pencapaian keseluruhan
kemahiran atau penguasaan seseorang individu namun tidak hanya
pembelajaran yang spesifik menggambarkan kebaikan individu
tersebut.
RUMUSAN

Kesimpulannya pengujian, pengukuran dan penilaian yang


tepat dan berkesan yang dijalankan oleh guru di bilik darjah
membantu guru dalam mempertingkatkan pencapaian
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta membantu
guru dalam memperkembangkan lagi teknik, kaedah dan
mengesan kelemahan pelajar.
Jadual Spesifikasi Ujian
SET PEMBINAAN SOALAN
MATAPELAJARAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6
SET SOALAN OBJEKTIF ARAS TAKSONOMI BLOOM
Unit 1 : Agama Dan Kepercayaan Dihayati, Negara Harmoni
Nilai : Kepercayaan Kepada Tuhan
SET SOALAN OBJEKTIF JAWAPAN ARAS TAKSONOMI BLOOM

Nikmat ............... yang dipinjamkan Tuhan kepada kita


perlulah sentiasa dijaga.
A. Makanan B Pengetahuan
B. Kesihatan
C. Kekayaan
D. kepintaran

Semua nilai kemasyarakatan di bawah sepatutnya


diamalkan dalam masyarakat di negara kita, kecuali
A. bertolak ansur sesama sendiri
B. membuat hal masing-masing B Kefahaman
C. bekerjasama dalam segala hal
D. menghormati anutan agama lain
Pilihan padanan yang salah mengikut kepercayaan
agama.
A. Buddha meminta penganutnya hidup dalam aman
dan menyelesaikan sengketa dengan baik
B. Penganut Sikh disuruh untuk sentiasa bersangka D Analisis
buruk kepada orang sekeliling
C. Islam menyuruh umatnya menghormati penganut
agama lain
D. Hindu mementingkan ikatan persaudaraan
Pilih cara-cara yang menunjukkan seseorang individu
menyayangi keluarga mereka.
I. Bersedia membantu ahli keluarga
II. Patuh nasihat ibu bapa
III. tidak menghiraukan masalah yang dihadapi oleh
ahli keluarga
IV. Menghormati ahli keluarga C Aplikasi

A. I,II dan III


B. II, III dan IV
C. I,II dan IV
D. I,III dan IV
Rumah rakan sekelas Hamzah terbakar semalam.
Apakah yang boelh Hamzah lakukan untuk
membantu rakannya itu?
A. Menangis kerana sedih B Penilaian
B. Membuat kutipan derma kilat
C. Mengajak rakannya keluar makan
D. Membina rumah baharu untuk rakannya

Syamila mematuhi prinsip Rukun Negara dengan


melakukan perkara yang tidak bertentangan dengan
peraturan dan undang-undang negara.

Mengapakah Syamila perlu mematuhi prinsip Rukun


Negara? B Sintesis
A. Menunjukkan sikap adil pada negara
B. Bertoleransi terhadap semua kaum
C. Mengamalkan sikap baik hati
D. Menunjukkan cara menghormati undang-undang
negara
SEKIAN, TERIMA KASIH..
TERIMA KASIH DAUN KELADI DIUCAPKAN KEPADA PENSYARAH
SUBJEK PENILAIAN PENDIDIKAN MORAL DAN PERANAN GURU
ENCIK AB RAHIM YANG TELAH BANYAK MEMBERI TUNJUK AJAR
DAN ILMU YANG SANGAT BERGUNA BUAT KAMI..

PISANG EMAS DIBAWA BELAYAR


MASAK SEBIJI DI ATAS PETI
HUTANG EMAS BOLEH DIBAYAR
HUTANG BUDI DIBAWA MATI
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH

You might also like