You are on page 1of 24

BAB 1

NEGARA BANGSA

1
Objektif
Memahami istilah-istilah yang
penting dalam subjek Kenegaraan
Malaysia
Dapat membezakan antara
kenegaraan dan sejarah.
Mengenali konsep negara bangsa
Membezakan maksud Malaysian
Malaysia.
2
Maksud Kenegaraan Kursus yang sama
Malaysia dengan Sejarah?

Ilmu
Kenegaraan

3
Maksud Kenegaraan Malaysia
Bidang ilmu yang dibentuk khusus untuk
mewujudkan rasa jati diri malaysia
sekaligus melahirkan warganegara yang
baik dan bertanggungjawab.

Ilmu yang terbentuk hasil gabungan


ilmu sejarah, sosiologi, antropologi,
sains politik, agama, undang-undang
dan ekonomi. Ilmu ini merentasi di
antara bidang ilmu. 4
PERBEZAAN KENEGARAAN
MALAYSIA DAN ILMU SEJARAH
Sejarah sebahagian komponen ilmu
kenegaraan
Intipati ilmu kenegaraan
Sejarah penghubung masa lalu dan
masa kini.
Sejarah identiti bangsa

5
Negara
sesuatu kawasan atau wilayah
mempunyai penduduk yang
menetap
kerajaan yang mempunyai
kedaulatan

6
Negara

Elemen
Definisi negara :

Unit Politik yang Penduduk


mempunyai
kedaulatan dan Sempadan
tanggungjawab dan Kerajaan
kuasa menjalankan
pentadbiran sendiri Kedaulatan

7
Negara (Rumusan)
Istilah 'negara' merujuk kepada
sebuah unit politik yang mempunyai
kedaulatan dan tanggungjawab serta
kuasa untuk menjalankan
pemerintahannya sendiri. Negara
berfungsi sebagai perantaraan antara
pemerintah dengan masyarakat.

8
Segala tindakan dan kegiatan yang
dilakukan oleh sesebuah negara
tertakluk kepada undang-undang
dan peraturan yang sah. Negara
boleh diumpamakan sebagai sebuah
keluarga kerana negara mempunyai
unsur-unsur yang saling berkait
antara satu sama lain.

9
Ras, Etnik dan Bangsa
Dari sudut biologi, 'ras' merujuk
kepada satu kelompok manusia yang
mempunyai persamaan daripada segi
fizikal seperti warna kulit, bentuk
kepala, mata, hidung, bibir, telinga
dan lain-lain

10
Ras, Etnik dan Bangsa
'etnik', anggota masyarakatnya
mempunyai rasa 'kekitaan' atas ciri-
ciri persamaan bagi membezakan
antara 'mereka' dan 'orang lain.
bangsa, unsur politik memainkan
peranan yang sangat penting.

11
Ras, Etnik dan Bangsa

Kesimpulannya, dapat dirumuskan


bahawa konsep 'ras' atau 'etnik'
diasaskan kepada ciri-ciri, nilai,
budaya, sejarah dan warisan
daripada satu kumpulan sahaja.

12
Manakala 'bangsa' pula boleh
merangkumi beberapa kumpulan
'ras' atau 'etnik' yang disatukan di
bawah satu sistem pemerintahan dan
perundangan serta mempunyai
tanggungjawab yang sama untuk
mematuhi perlembagaan 'bangsa'
itu.

13
Kepelbagaian Kaum di Malaysia
Kepelbagaian kaum ini menjadikan
masyarakat yang wujud di Malaysia
lebih unik dan menarik kerana di
dalamnya terdapat pelbagai budaya,
bahasa, agama, muzik, tarian,
kesenian, pakaian dan makanan
yang ada antaranya boleh dikongsi
bersama.

14
NEGARA BANGSA

sebuah Negara yang berdaulat


dengan rakyatnya hidup bersatu
padu
tanpa dipisahkan oleh ikatan
primordial yang sempit
mempunyai keyakinan serta
kepercayaan yang tinggi kepada
sistem pemerintahan dan undang-
undang yang dilaksanakan di negara
tersebut
15
NEGARA BANGSA

...membentuk sebuah negara yang


bersatu padu serta menyanjung masa
hadapan yang dikongsi bersama. Bangsa
itu mestilah sejahtera, berintegrasi
wilayah-wilayah dan kelompok-
kelompoknya, menikmati kehidupan
bersama yang sepenuhnya berasaskan
persamaan hak dan keadilan, membentuk
sebuah Bangsa Malaysia dengan rasa taat
setia dan pengabdian yang tidak berbelah
bagi terhadap bangsa tersebut.
16
Faktor Pembentukan Negara
Bangsa
Lingua Franca
Integrasi
Kewarganegaraan
Patriotisme
Demokrasi

17
Fokus dan strategi pelaksanaan
Negara Bangsa
Memperkasakan Bahasa Kebangsaan
Memantapkan perpaduan negara dan
integrasi nasional
Memupuk kecintaan terhadap seni,
warisan dan budaya bangsa
Membina jati diri dan semangat
patriotik dalam diri individu

18
MALAYSIAN MALAYSIA

dibawa oleh Lee Kuan Yew


Malaysia for Malayan
berusaha untuk mempengaruhi
orang bukan Melayu di Malaysia
ingin mengenepikan institusi beraja
dan mencabar kedudukan istimewa
orang Melayu
persamaan hak bagi semua melalui
satu ideologi politik, sosial dan
ekonomi
19
MALAYSIAN MALAYSIA
seakan sama dengan rancangan
Malayan Union
rancangan ini mendapat bantahan
yang keras dari orang Melayu.

20
SEBAB-SEBAB PENOLAKAN
MALAYSIAN MALAYSIA
Mengenepikan agama Islam sebagai
agama rasmi.
Menafikan kewujudan institusi beraja.
Menolak bahawa Bahasa Malaysia
sebagai bahasa rasmi
Menentang hak-hak istimewa orang-
orang Melayu dan bumiputera

21
KEPENTINGAN
MATAPELAJARAN KENEGARAAN
Memberi kefahaman tentang latar
belakang, proses dan perkembangan
sejarah pembinaan negara supaya nilai-
nilai murni yang terkandung di dalamnya
dapat difahami dan dihayati sepenuhnya.

Membantu melahirkan sebuah


masyarakat Malaysia yang mempunyai
nilai-nilai moral dan keperibadian yang
tinggi serta berpegang teguh kepada
nilai-nilai dan amalan agama yang
dianuti
22
KEPENTINGAN
MATAPELAJARAN KENEGARAAN
Membentuk masyarakat supaya
mempunyai keyakinan yang teguh
terhadap kemampuan dan kebolehan diri
sendiri bagi menghadapi pelbagai
masalah dan cabaran yang bakal
ditempuhi.
Meninggalkan sebuah negara Malaysia
yang cemerlang dan gemilang sebagai
satu warisan untuk diperturunkan
kepada generasi yang akan datang.
23
KESIMPULAN
Bagi membina negara bangsa ini, nilai-nilai
kenegaraan yang tinggi perlu disemai dalam
setiap sanubari rakyat Malaysia tanpa mengira
kaum bagi memperjuangkan keamanan dan
mencapai matlamat wawasan 2020 sekaligus
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
maju. Walau bagaimanapun bukan mudah untuk
membentuk Malaysia sebagai negara bangsa.
Oleh itu, semua pihak harus memainkan peranan
masing-masing dan harus konsisten bagi
memastikan pembentukan negara bangsa
Malaysia tercapai dan menuju ke arah negara
maju.
24

You might also like