You are on page 1of 27

HST 427

ISU-ISU DALAM SEJARAH AWAL ASIA TENGGARA

Soalan 2 : Interaksi antara masyarakat di Asia


Tenggara telah terjadi sejak zaman prasejarah lagi.
Buktikan dengan contoh-contoh yang sesuai.
Nama Pembentang :
1. Qamarul Iman Bin Kamal Arrifin (123675)
2. Mohd Safarudin Bin Yahya (123434)
3. Nurfazlin Binti Mohd Fuad (123510)
4. Norashikin Binti Mohd Topik (123470)
5. Siti Hanisah Bt. Mat Hasim (127125)

Pensyarah : Dr. Nazarudin Zainun


Waktu Tutorial : Isnin (8.00p.m 9.00p.m.)
Pengenalan
Interaksi merupakan tindakan atau perhubungan aktif antara satu
sama lain; interaksi antara individu dalam suatu kelompok
masyarakat.
Zaman Prasejarah merujuk kepada sebahagian daripada masa silam
manusia yang tidak dicatatkan dalam bentuk tulisan iaitu sebelum
sejarah. (Frank Hole dan Robert F. Heizer, 1990)

Paleolitik Hoabinh Neolitik Logam

Sejak zaman prasejarah, masyarakat AT telah saling berhubung


secara aktif antara satu dengan yang lain melalui beberapa cara dan
ianya dapat dibuktikan melalui persamaan teknologi, kebudayaan
dan keturunan di beberapa kawasan yang berbeza di AT.
Migrasi membuktikan interaksi berlaku apabila manusia yang
berpindah membawa Bersama teknologi, budaya dan keturunan
dari kawasan asal ke kawasan yang baru.
BUKTI-BUKTI INTERAKSI MASYARAKAT PRASEJARAH
Teknologi Peralatan
- Di Malaysia, kawasan awal di kawasan Kota Tampan (Zuraina,
1990). Beliau menyatakan telah wujud Bengkel Kerja
Paleolitik. Ditemui awal lagi oleh Sieveking (1958). Ada
bengkel kerja untuk membuat alatan batu seperti batu
pelandas, batu teras, batu pemukul, sisa repihan dan alat
batuan dalam kerja-kerja lain.
- Di Jawa, keadaan yang sama berlaku, sarjana menyatakan
telah wujud suatu budaya di Jawa iaitu Patjitanian (industry
peralatan seperti batu repihan, batu pemotong, kapak tangan
dan lain-lain).
Pada zaman neolitik, wujud perkaitan dan persamaan dalam menghasilkan
alatan iaitu tembikar. Tujuan tembikar ini adalah sebagai tempat simpanan
air dan untuk alat pengebumian.
Vietnam: di Khok Phanom mayat disertakan dengan manik-manik, gelang,
beliung batu dan tembikar.
Malaysia: Gua Cha, Kelantan.
Ini menjadi bukti wujud interaksi antara masyarakat prasejarah dan
masyarakat Asia Tenggara.
Pada akhir zaman prasejarah, zaman logam berlaku
perkembangan dalam menghasilkan alatan. Mereka sudah
mempunyai kemahiran dalam melebur alatan, mencetak
alatan batuan: bilvave dicetak dengan cetakan tanah liat dan
lilin disebut I cire Perdue.

Pada ketika ini, peralatan gangsa juga berkembang.

Peralatan gangsa ini banyak ditemui dalam upacara


pengebumian. Seperti di Yunan yang dijumpai bukti
pengebumian diraja dengan keranda kayu seawall 100sm
yang mengandungi artifak dan gangsa yang mempunyai
persamaan peralatan yang berada di China.
Peralatan seperti ini juga dijumpai di Vietnam (tepi pantai)
terutama di Sa Hyunth, ditemui pengebumian dalam
tempayan yang sama dijumpai pelbagai alatan lain seperti
besi, tembikar, kaca dan manik. Hal ini menunjukkan wujud
perkaitan dan interaksi masyarakat prasejarah dan
masyarakat di Asia Tenggara.
Bukti interaksi juga berlaku apabila perkara yang sama
turut dijumpai di Lembah Mun, Thailand- ada 17 relau yang
digunakan untuk melebur besi di atas lapisan, digunakan
untuk pengebumian mayat (untuk dibuat gelang, cincin
besi).
Gendang Dongson

- Gendang Dongson adalah artifak yang bentuknya seperti


gendang dan keseluruhannya adalah diperbuat daripada
gangsa. Ia diperbuat daripada beberapa jenis komponen
logam seperti, tembaga, timah, plumbum, besi dan zink.

- Artifak ini dipercayai berasal daripada sebuah


perkampungan yang bernama Dongson yang terletak di
dalam daerah Thanh Hoa, utara Vietnam. Selain itu, di
Malaysia, artifak ini turut dijumpai Kepulauan Indonesia.

- Di Semenanjung Malaysia, sebanyak 8 buah artifak


gendang Dongson ini telah dijumpai.
- Berdasarkan penyelidikan ke atas gendang Dongson yang
dijumpai di kawasan negara ini mempunyai beberapa motif
dan hampir sama dengan dengan corak yang terdapat di
Vietnam.
Pada Zaman Logam, gendang Dongson sering digunakan
dalam aktiviti-aktiviti sosial yang berfungsi sebagai alat
muzik, objek pengkebumian dan barang dagangan.

Ia digunakan juga dalam berbagai amalan sosial dan ritual


keagamaan, artifak ini juga berfungsi sebagai simbol
kebesaran yang hanya dimiliki oleh segelintir individu
sahaja, khususnya mereka yang mempunyai status sosial
yang tinggi dan mampu membelinya.

Artifak yang ditemui di beberapa lokasi di Malaysia turut


menunjukkan ia dibawa ke sini melalui aktiviti
perdagangan.
Pandangan ini dikemukakan lantaran jumpaan artifak
berkenaan adalah dalam lingkungan zon yang strategik,
iaitu zon laluan maritim. Ini kerana, di kawasan sekitar ini
terdapat bahan mentah yang amat diperlukan pada zaman
tersebut. Seperti logam, bijih timah dan emas.

Berdasarkan kajian, artifak tersebut muncul di


Semenanjung Malaysia dalam Zaman Gangsa-Besi kira-kira
500 sebelum Masihi hingga 500 Masihi.

Kemunculan artifak di negara ini seringkali dikaitkan


dengan penyebaran kebudayaan Dongson. Hal ini juga
membuktikan interaksi antara masyarakt wujud dengan
penyebaran dan perdagangan Gendang Dongson ini.
Kepercayaan

Masyarakat pada zaman Prasejarah mengamalkan


kepercayaan animisme dan penyembahan nenek moyang.
Pada awalnya, kepercayaan masyarakat agak kabur kerana
tidak mempyntai bukti yang mencukupi
Walaubagaimanapun, setiap kepercayaan yang wujud
selepas zaman awal (Paleolitik) sering dikaitkan dengan
kepercayaan sebelumnya.
Dalam zaman Mesolitik, mereka mempercayai kehidupan
selepas mati
Oleh sebab itu, mereka melakukan pengebumian mayat
bersama alatan harian bagi keguanaan kehidupan selepas
mati.
Kepercayaan tersebut telah berkembang pada zaman
Neolitik.
Wujud kepercayaan melaui tradisi megalitik.
Menghasilkan Dolmen untuk tujuan pemujaan Hyang
atau nenek moyang.
Melalui upacara pemujaan Hyang, telah wujud istilah-
istilah seperti sembahyang khayangan dan
kemenyan.
Melalui kepercayaan ini, roh orang mati akan datang
sebagai pelindung yang baik dan akan memberi
pertolongan dalam setiap perkara kepada
keluarganya.
Ia dianggap masih berada di sekeliling dan
ditunjukkan melalui nyanyian, pujian, serta sajian.
Menerusi upacara pemujaan Hyang, mewujudkan
pertunjukkan bayang-bayang atau wayang.
Pertunjukkan wayang tersebut bersumberkan dari
pemujaan Hyang yang wujud sejak zaman Neolitik
lagi antara tahun 1500-2000 S.M.
Kpercayaan tradisi megalitik ini telah mencapai
kematangan pada zaman Logam.
Pada awal zaman Logam, masyarakatnya telah
mempunyai sistem kepercayaan tersendiri, iaitu
sistem pemujaan Hyang
Bukti-bukti :

Berdasarkan penemuan-penemuan arkeologi, jelas


menunjukkan wujud interajsu dari aspek kepercayaan.
Hal ini kerana, penemuan tapak-tapak pengebumian di
sesuatu tempat adalah sama dengan tempat yang lain.
Penemuan fosil mayat dan peralatan seperti tembikar,
manik, cincin dan sebagainya di 4 kawasan galian di
Utara Thailand.
Penemuan yang sama turut dijumpai di Utara dan
Selatan Vietnam.
Keadaan ini berlaku disebabkan bwrlaku penyebaran
kepercayaan yang diamalkan di seluruh Asia Tenggara.
Sungai/Laut

Kehidupan manusia prasejarah berkait rapat dengan


kepercayaan terhadap alam sekitar kemungkinan menjadi
asbab pergerakan ke pesisir dengan menyelusuri aliran air.
Interaksi masyarakat zaman prasejrah dapat dilihat dari
segi pemilihan kawasan penempatan berhampiran sungai.
Sungai merupakan laluan perhubungan untuk masyarakat
prasejarah berinteraksi dan bermigrasi dari satu tempat ke
tempat yang lain.
Masyarakat prasejarah juga bergantung kepada sungai
sebagai sumber utama untuk mendapatkan makanan dan
dan membuat peralatan seperti alat batu, tembikar, dan
alat logam.
Hal ini dibuktikan dengan penemuan tapak-tapak
prasejarah dan peralatan yang hampir sama di kawasan
Asia Tenggara lain yang menunjukkan wujudnya interaksi
mesyarakat prasejarah melalui sungai.
1. Interaksi masyarakat prasejarah
Bukti-bukti : pada zaman Paleolitik dapat
dilihat dari segi pemilihan
1. Myanmar. kawasan penempatan.
- Lembah Sungai Irrawady 2. Kewujudan Pentas Sunda dan
- Gua Padah Lin. Pentas Sahul menyebabkan
manusia bebas bergerak dari satu
kawasan dan kawasan yang lain.
2. Thailand. 3. Kebanyakkan tapak-tapak
- Pulau Andaman, Lembah Kanchanaburi dll. prasejarah terawal ditemui di
- Lembah Kanchanaburi dll. tapak-tapak terbuka berhampiran
sungai, tasik dan laut.
4. Penggunaal alatan dan cara hidup
3. Malaysia. sama;
- Adaptasi sungai dan
- Kota Tampan, Bukit Jawa dll. persekitaranya.
- Jumpaan artifak alat batu yg sama
seperti negara AT lain.
- Menghasilkan alat batu penetak,
pebel dan repehan.
Bukti-bukti :
1. Sungai juga merupakan laluan interaksi
bagi masyarakat prasejarah Neolitik di
1. Malaysia. AT.
2. Zaman Neolitik merupakan zaman
Bukit Tengkorak, Sabah kemajuan berbanding zaman
2. Indonesia. sebelumnya.
3. Alatan tembikar merujuk kepada
Pulau Talaud, Ulu Leang, perkembangan masyarakat Neolitik yang
Kalumpang. membawa kepada perkembangan
perdagangan maritim.
3. Filipina. 4. Hal ini dapat dilihat melalui penemuan
Bukit Tengkorak sebagai bengkel
Kepulauan Sulu.
pembuatan tembikar terbesar di AT.
5. Bukti juga dilihat melalui penemuan
alatan tembikar yang sama di negara
Borneo Utara seperti di Filipina Selatan
dan Indonesia Timur.
Bukti-bukti :

1. Bukit Tengkorak;
- Bukit Tengkorak bertarikh sekitar 3,000 td merupakan sebuah
tapak prasejarah yang penting di kawasan Asia Tenggara yang
mendedahkan bukti dan artifak arkeologi seperti tembikar, alat
batu, dan sisa makanan.
- Kajian saintifik yang dijalankan di Bukit Tengkorak pula
mendapati bahawa tapak tersebut merupakan salah sebuah
tapak pembuatan tembikar prasejarah yang terbesar di
kepulauan Asia Tenggara.
- Penemuan yang penting dari Bukit Tengkorak adalah bukti
arkeologi tentang migrasi manusia prasejarah dan laluan
pertukaran atau perdagangan maritim yang terpanjang di dunia
pada Zaman Neolitik.
- Contohnya, jumpaan tembikar jenis tanpa lakaran dan bersalut
merah dari Bukit Tengkorak mempunyai persamaan dengan
tembikar di Madai dan Baturong di Sabah, Pulau Talaud, Ulu
Leang dan Kalumpang di Sulawesi, dan Kepulauan Sulu.
Bukti-bukti : 1. Penemuan zaman Logam turut dikaitkan
dengan interaksi masyarakat prasejarah
1. Malaysia. berdasarkan sungai sebagai laluan
interaksi.
Sungai Lang, Batu Buruk dll. 2. Pembuatan logam hasil dari pengalaman
panjang dalam menghasilkan tembikar.
2. Indonesia. 3. Bukti tapak prasejarah zaman Logam
kebanyakkanya berada di kawasan terbuka
Ujung Padang, Jawa Barat dll. seperti di kuala sungai, tapak gua dan
3. Vietnam. pelindung batuan.
4. Kebudayaan logam juga dikaitkan dengan
Phung Nguyen, Go Mun dll. perdagangan maritim yang membawa
kemasukkan alatan logam seperti gendang
Dong Son dari Vietnam dll ke negara AT
lain.
5. Bengkel pertukangan gendang gangsa
dikatakan bertempat di Vietnam.
6. Penemuan artifak gendang Dong Son di
Malaysia, Indonesia, Thailand dll
merupakan bukti jelas interaksi hubungan
antara masyarakat prasejarah di AT.
Kompleks Selat Melaka

Teori kompleks Selat Melaka ini telah dikeluarkan oleh F.I Dunn
dan D.F Dunn
Teori ini menguatkan lagi jawapan kepada persoalan adakah
telah wujud perhubungan antara kawasan-kawasan di Tanah
Besar Asia Tenggara sewaktu zaman prasejarah.
Sebelum aras laut meningkat dan menenggelamkan kawasan
tanah rendah, telah berlakunya perhubungan masyarakat.
Hal ini dibuktikan dengan penemuan timbunan barangan di
Pantai Barat Selat Melaka dengan di Pantai Timur Sumatera.
Penemuan barangan atau artifak ini membuktikan bahawa 2
kawasan ini mempunyai tradisi, baka dan budaya yang sama.
Apabila aras laut mula meningkat kembali, ianya telah
memisahkan 2 kawasan ini dan meninggalkan artifak-artifak
yang melambangkan kebudayaan mereka.
Pada zaman Pleistosen, perubahan iklim sejuk dan panas
berlaku silih berganti. Penyelidik di Eropah mendapati
bahawa berlaku empat kali glasier yang sejuk dikenali
sebagai: Gunz, Mindel, Riss, Wurm.

Pembekuan air batu ini menyebabkan beberapa kawasan di


zon Khatulistiwa mengalami penurunan suhu. Akibatnya,
terbentuklah jambatan semulajadi yang menyambungkan
kebanyakan daripada Kepulauan Indonesia dengan Tanah
Besar Asia. Dengan wujudnya pendedahan dasar laut, ini
bermakna keluasan daratan telah bertambah.

Jambatan semulajadi ini dikenali Pentas Sunda yang


kedalamannya sehingga 200m. Ia bersempadan dengan
Palawan, Borneo Timur, pentas sempit di sepanjang pantai
barat Sumatera dan Jawa Selatan. Kepulauan Asia Tenggara
secara fizikalnya adalah bersambung dengan Tanah Besar
Asia.
Zaman Pleistosen juga dikenali sebagai Zaman Air Batu
bermula pada sekitar 1.5 dan 2 juta tahun lalu. Ia berakhir
dengan kedatangan zaman Holosen pada lebih kurang
10,000 tahun dahulu.
Pada zaman Pleistosen ini, berlaku banyak perubahan pada
alam sekitar fizikal yang membawa kepada: migrasi haiwan,
modifikasi dan pemupusan. Perubahan ini disebabkan oleh
aktiviti gunung berapi, hakisan dan turun naik paras laut
yang memberi kesan kepada kedudukan permukaan bumi
dan dasar laut.
Apabila paras air laut meningkat, ia telah memisahkan dua
kawasan, budaya dan tradisi ini seperti yang ada sekarang.
Di Tanah Besar Asia Tenggara, tradisi tersebut berkembang
menjadi tradisi Hoabinh dan di Kepulauan Sumatera
menjadi tradisi batu blade dan batu repih.
Kebudayaan Hoabinh

Hoabinh merupakan suatu budaya Mesolitik. Istilah Hoabinh telah


didefinasikan dengan pelbagai cara. Bagaimanapun, konsep Hoabinh ini
telah digunakan secara meluas oleh ahli-ahli arkeologi bagi
menggantikan istilah Mesolitik yang digunakan di Eropah.
Komponen utama dalam timbunan ini ialah industri batu berepih. Alat
batu unifas atau bifas yang dibuat daripada batu sungai masih
mempunyai kortek semula jadinya dan pada umumnya mempunyai
mata-tepi pemotong.
Selain itu, ditemui sebilangan kecil alat batu berasah, serpihan tembikar
yang ringkas, beberapa artifak tulang, tinggalan rangka manusia dan
tinggalan fauna yang diwakili pelbagai jenis cangkerang serta tulang
vertebrata.
Gorman mendapati terdapat beberapa ciri utama yang menghubungkan
tapak-tapak arkeologi di bawah suatu terminologi am Hoabinh. Ciri
tersebut ialah suatu tradisi alat berepih unifas yang diperbuat
terutamanya dari pebel bulat dan batu repih besar.
Antara lokasi Hoabinh ini ialah Guar Kepah (Kedah), Gua
Kelawar (Kedah), Gua Debu (Kedah), Gua Pulai (Kedah),
Bukit Chuping (Perlis), Gunong Cheroh (Perak), Gua Kajang
(Perak), Gua Kerbau (Perak), Gua Tok Long (Pahang).
Di Sumatera, alat-alat Hoabinh dijumpai di Seruwai, Medan,
Binjai-Tamiang, Asahan, Sukajadi .
Di Vietnam, tapak Hoabinh dijumpai di daerah Hoa Binh,
daerah Ninh Binh, daerah Thanh Hoa, daerah Binh Tri Thien
daerah Nghe Tinh dan lain-lain.
Kesimpulan

Secara kesimpulannya, telah berlakunya interaksi manusia


sejak dari zaman pra-sejarah lagi.
Interaksi yang berlaku bukan sahaja telah meninggalkan
sesuatu kebudayaan, cara hidup, teknologi malah telah
berjaya mewujudkan kebudayaan baru di kawasan lain.
Bukti-bukti arkeologi telah membenarkan akan pernyataan
ini dan jelas menunjukkan bahawa kelompok manusia dia
Tanah Besar Asia Tenggara berkongsi baka, teknologi serta
kebudayaan yang sama.
Andaya, L. 1992. Interactions with the Outside World and Adaptions in Southeast Asian
Society, 1500-1800 dalam N. Tarling (peny.) Cambridge History of Southeast Asia.
Jilid 1. New York: Cambridge University Press.
Bayard, D.T. The Chronology of Prehistoric Metallurgy in North-east Thailand:
Silabhumi or Samrddhabhumi dalam R.B. Smith and W.Watson. Early South East
Asia.
Bellwood, P. 1992. Southeast Asia Before History dalam N. Tarling (peny.) Cambridge
History of Southeast Asia. Jilid 1. New York: Cambridge University Press.
Coedes, G. 1966. The Making of South East Asia. California: University of California
Milton, W. Meyer. 1971. Southeast Asia: A Brief History. New Jersey: Littlefield Adam &
Co.
Nik Hassan Suhaimi, Adnan Jusoh, Khairi Arifin, etc.al. 2014. Arkeologi, Sejarah &
Budaya. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Siti Khairani Jalil & Jeffrey Abdullah. 2016. Alat Repeh Zaman Paleolitik: Isu dan
Masalah di Asia Tenggara, Jurnal Arkeologi Malaysia. Bil.29. No.1. Kuala Lumpur:
Ikatan ahli Arkeologi Malaysia.
Stephen, Chia. 2016. Arkeologi Bukit Tengkorak. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

You might also like