You are on page 1of 14

DISEDIAKAN OLEH : NUR FARHANA BINTI OMAR

: NABILA HANNA BINTI HAMZAH


: SITI NURSHAHANIM BINTI HANIZAN
PENGENALAN

Motivasi dibahagikan kepada dua iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik.
Motivasi perlu diberikan kepada murid-murid untuk memenuhi keperluan;
Fizikal
Kognitif
Afektif
sosial
Motivasi intrinsik adalah berasaskan andaian ahli psikologi kognitif dan humanistik
bahawa sesuatu tingkah laku adalah hasil dorongan dalaman.

Motivasi intrinsik diwujudkan secara semula jadi daripada rangsangan dalaman.


PERSPEKTIF BEHAVIORIS

Ahli behaviorisme menitikberatkan persekitaran luaran bagi memotivasikan


seseorang.
Salvin, 200; motivasi dari perspektif behaviorisme amat berkait rapat dengan
prinsip dimana tingkah laku yang telah diberikan peneguhan akan berlaku
berbanding dengan tingkah laku yang tidak diberikan peneguhan, malahan
dendaan.
Menurut Ormord, 2008, aktiviti yang menyeronokkan boleh ditingkatkan melalui
peneguhan ekstrinsik. Perlakuan akan merosot jika peneguhan itu dihentikan.
Peneguhan ekstrinsik akan memberikan kesan jika murid mempunyai tanggapan
bahawa peneguhan sebagai mengawal atau memanipulasi, bukan sahaja
merangsang penambahbaikan dan kemajuan.
Peneguhan ekstrinsik amat berguna jika murid tidak mempunyai keinginan
untuk bertingkah laku sedemikian bagi mewujudkan suasana bilik darjah yang
teratur dan produktif. Peneguhan ekstrinsik yang berterusan akan meningkatkan
kemahiran dan kompetensi murid bertambah baik.
PERSPEKTIF KOGNITIVIS

Seseorang mencari makna, pemahaman, kompetensi


secara aktif serta kebolehan seseorang membuat
interpretasi.

Motivasi memperlihatkan tingkah laku dipelajari melalui


peneguhan kognitif individu tentang pemikiran atau
konseptualisasi ( Joiner dan Swayer, 1992 ).

Menurut Woolfolk, pandangan kognitif menekankan


bahawatingkah laku dipengaruhi oleh cara mereka
berfikir tentang mereka dan persekitaran.
TEORI DISSONANCE KOGNITIF ( CONVINGTON )
Dibentuk oleh Festinger ( 1957 ) menekankan hubungan antara kognisi.

Terdapat kecenderungan individu untuk mencari ketekalan antara kognisi,


iaitu kepercayaan atau pandangan.

Apabila terdapat ketidakketekalan antara sikap atau tingkah laku


(dissonansi), sesuatu harus dilakukan untuk mengurangkan dissonansi.

Dua faktor yang mempengaruhi kekuatan dissonansi;

Bilangan kepercayaan dissionansi.

Kepentingan yang berkait dengan setiap dissonansi.


Tiga cara untuk menghapuskan dissonansi;

Kurangkan kepentingan kepercayaan dissonansi tersebut.

Tambahkan lebih banyak kepercayaan konsonansi untuk melebihi


kadar bilangan kepercayaan dissonansi.

Ubah kepercayaan dissonansi supaya mereka tidak konsisten lagi.

Dissonansi berlaku dalam situasi dimana individu membuat plihan


antara dua tindakan atau kepercayaan yang bertentangan.

Kognitif dissonansi ketidakselesaan yang dirasai antara apa-apa


yang kita sudah tahu atau percaya dengan maklumat atau tafsiran.
TEORI ATRIBUSI ( WEINER, 1979 )
Merupakan teori kontemporari yang berpengaruh
terhadap implikasi untuk motivasi akademik.

Menegaskan bahawa murid akan bermotivasi jika


memperoleh sesuatu hasil yang diingini.

Teori ini mengandungi teori efikasi kendiri, dimana


penekanan ditumpukan kepada persepsi pelajar yang
mempengaruhi cara mereka mentafsir kejayaan atau
kegagalan usaha.
Teori ini menerangkan kejayaan atau kegagalan boleh dianalisis
seperti berikut :

a) Kejayaan atau kegagalan boleh disebabkan oleh faktor luaran atau


dalaman.

b) Sebab kejayaan atau kegagalan mungkin stabil atau tidak stabil.

c) Sebab kejayaan atau kegagalan mungkin boleh dikawal atau tidak


boleh dikawal.

Faktor dalaman boleh dikawal sepertimana jika kita lebih berusaha


atau tidak boleh dikawal jika kita agak sukar mengubah kebolehan
kita.
Peranan guru dalam meningkatkan motivasi murid adalah seperti
berikut;

Guru perlu membantu murid dengan memastikan mereka

percaya bahawa mereka adalah kompeten.

Galakkan mereka untuk berusaha dan jika berjaya, mereka akan melipat
gandakan usaha mereka.

Pastikan murid berusaha dan beranggapan bahawa mereka boleh


berjaya.

Adalah baik jika guru membantu murid memahami bahawa tingkah laku
mereka akan membawa mereka ke tahap kejayaan atau kegagalan.

Merangsangkan konsep kendiri murid dan sentiasa berfokuskan kepada


usaha sebagai faktor ke arah kejayaan.
PERSPEKTIF HUMANISTIK

Pendekatan ini menekankan kebebasan peribadi, pilihan, kegigihan kendiri


dan menuju ke arah pertumbuhan kendiri.
Bagi memotivasi murid, guru harus menyentuh domain afektif, kompetensi,
harga kendiri, autonomi dan penyempurnaan diri mereka.
Manusia didorong untuk melakukan tingkah laku tertentu kerana
penyempurnaan kendiri iaitu semua manusia mempunyai keinginan
dalaman untuk mencapai segala yang diingini oleh mereka.
Antara cara bagi membantu murid supaya menjadi lebih berautonomi ialah;
membantu mereka menentukan matlamat yang realistik.
merancang aktiviti yang boleh mencapai matlamat.
memberikan tanggungjawab kepada mereka atas tindakan yang mereka
lakukan.
memberi mereka peluang berdikari dalam pelaksanaan tugasan dan
membuat keputusan.
memberi mereka peluang untuk membuat pilihan.
menilai prestasi mereka.

You might also like