You are on page 1of 26

KEPENTINGAN

FOTOSINTESIS
PERANAN DAN KEPENTINGAN
FOTOSINTESIS:
Membekalkan makanan kepada haiwan
Menyingkirkan karbon dioksida daripada atmosfera.
Membolehkan tumbuhan hijau membuat makanan sendiri.
Mengawal dan mengekalkan kandungan karbon dioksida
dalam udara.
Menambah kandungan oksigen dalam udara.
Keadaan ini dapat mewujudkan ekosistem yang seimbang
melalui dua kitar gas.
Kitar gas berlaku untuk mengekalkan kandungan gas di dalam
udara.
kitar oksigen
kitar karbon.
A)Kitar oksigen
Kitar oksigen ialah pengitaran oksigen yang berterusan
dalam ekosistem.
Fotosintesis merupakan proses yang mengembalikan oksigen
ke atmosfera.
Kitar oksigen mengekalkan kandungan gas oksigen dalam
udara.
Proses-proses yang menggunakan oksigen termasuk:
Respirasi/ pernafasan
Pembakaran
Pereputan
pengaratan
B) Kitar karbon
Kitar karbon ialah pengitaran karbon yang berterusan
dalam ekosistem.
Fotosintesis amat penting dalam kitar ini.
Tumbuhan melakukan fotosintesis dengan menggunakan gas
karbon dioksida dalam atmosfera untuk menghasilkan
makanan.
Tanpa fotosintesis, kitar karbon akan terhenti.
Proses-proses yang membebaskan
karbon dioksida ke udara ialah:
Respirasi/pernafasan
Pembakaran
pereputan
KITAR KARBON
4.5
KEPENTINGAN
PEMULIHARAAN DAN
PEMELIHARAAN
HIDUPAN
a. apakah itu pemuliharaan dan
pemeliharaan
1. Pemuliharaan ialah memulih serta
memelihara, dan melindungi organisma
hidup supaya tidak mengalami kepupusan.

2. Pemeliharaan ialah mengekalkan


organisma hidup dalam keadaan asal
atau semula jadi.
Contoh flora dan fauna yang diancam
kepupusan:-

Gajah Asia
Tapir
Badak sumatera
Raflesia
Periuk kera
b. langkah langkah untuk memulihara
dan memelihara organisma hidup
1. Memulihkan spesies yang diancam kepupusan

Contoh :
1) mewujudkan pusat penetasan telur
2) mewujudkan pusat perlindungan haiwan seperti
Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok.
2. Mewartakan kawasan perlindungan

Contoh :
1)aktiviti pembalakan, pemburuan diharamkan di kawasan itu.
2)taman negara, hutan simpan dan hutan rekreasi
Program pembangunan insan
Contoh : 1)mengadakan pelbagai kempen kesedaran seperti
kempen kitar semula.
2)mengutarakan isu-isu alam sekitar melalui media
massa.
Mengurus sumber alam
Contoh : 1)penanaman semula anak pokok untuk
menggantikan pokok balak yang ditebang.
2)memastikan hasil hutan yang dibawa keluar tidak
melebihi had tertentu.
Mengawal pencemaran
Contoh : 1)menawal pencemaran sungai
2)melupus bahan buangan dengan cara yang betul.
Menjalani pembangunan lestari
Contoh : 1) mengkaji sesuatu projek pembangunan secara
mendalam dari pelbagai segi sebelum
dijalankan
Menguatkuasakan undang-undang
Contoh : 1)Akta Hidupan Liar 1972 melindungi spesies
terancam seperti harimau
2)Akta Perhutanan Negara 1984
3)Akta Perikanan 1985
c. kepentingan memulihara dan
memelihara organisma hidup
Tumbuhan dan haiwan penting dalam kitar karbon dan kitar
oksigen untuk mewujudkan ekosistem yang seimbang.
Hutan penting sebagai kawasan tadahan hujan dan penuras
semula jadi yang membekalkan air yang bersih.
Tumbuhan di kawasan paya bakau mencegah hakisan pantai
dan melindungi kawasan pantai daripada rebut dan tsunami.
Hutan membantu mengawal suhu udara kerana tumbuhan
memberikan teduhan daripada cahay matahari yang terik.
Hutan, laut dan pantai penting kepada ekonomi negara.
Pelbagai tumbuhan dan haiwan merupakan sumber makanan,
bahan binaan dan ubat-ubatan.
KESAN AKTIVITI
MANUSIA terhadap
keseimbangan alam
semula jadi
Kesan penebangan hutan
=kepupusan spesies, kesan rumah hijau, banjir kilat akibat
hakisan tanah,
pengurangan kawasan tadahan hujan.
Kesan perindustrian
=pencemaran udara, air dan tanah, hujan asid, penipisan
lapisan ozon
bumi, kesan rumah hijau.
Kesan pengurusan sisa pepejal yang tidak sistematik
=pencemaran air dan tanah, banjir kilat, bau busuk daripada
pereputan
sisa pepejal organik
Kesan penggunaan tanah yang tidak terkawal
dalam perladangan
=pencemaran air akibat penggunaan baja dan racun perosak
berlebihan, perladangan tidak lestari mengakibatkan
kehilangan mineral dalam tanah.
EKOSISTEM YANG
STABIL, PRODUKTIF
DAN SEIMBANG
Cara untuk mengatasi masalah di atas

1. Memelihara dan memulihara habitat hidupan liar

2. Mendidik dan meningkatkan kesedaran masyarakat


tentang alam sekitar
3. Menjalankan guna tanah secara lestari

4. Menguatkuasakan undang-undang untuk mengawal


pencemaran dan kepupusan spesies

5. Mengurangkan, mengguna semula dan mengitar


semula bahan buangan

You might also like