You are on page 1of 11

Gagasan atau idea pembakuan sebutan bahasa

Melayu telah melalui beberapa tahap, iaitu:

1. Gagasan mula diketengahkan dalam Kongres Bahasa


dan Persuratan Melayu Ketiga di Singapura dan di
Johor Bahru pada tahun 1956.
2. Penekanan terhadap ejaan dan bunyi sebutan juga
jelas tercatat dalam Ordinan Dewan Bahasa dan
Pustaka (pindaan 1972).
3. Beberapa penyelidikan telah dijalankan tentang
sebutan baku melalui bengkel dan seminar sejak awal
RMK4 (1981).
4. Siri bengkel sebutan baku diadakan dalam tahun 1987
antara DBP dengan PLM, dan Kementerian Pendidikan
Malaysia.

5. Perumusan tentang pedoman sebutan baku dilakukan


oleh sebuah jawatankuasa teknikal antara DBP
dengan Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK),
Kementerian Pendidikan Malaysia, dan pakar bahasa.

6. Penggunaan sebutan baku di sektor pendidikan di


Malaysia dilaksanakan bermula pada penggal kedua
persekolahan dalam tahun 1988.
Penetapan dasar umum sebutan baku bagi kata
bahasa Melayu perlulah berdasarkan ejaan,
iaitu penyukuan kata dan sebutan menurut
pelambangan huruf, serta fungsinya dalam
ayat. Sebagai garis panduan umum tentang
sebutan baku bahasa Melayu , perhatian perlu
diberikan kepada ciri-ciri sebutan yang berikut
:
i. Sebutan Huruf : Pada asasnya, setiap huruf
dalam ejaan Rumi hendaklah dilafazkan
dengan jelas menurut nilai bunyi bahasa
Melayu yang dilambangkannya.
ii. Sebutan Kata : Sebutan kata hendaklah
berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan
juga berdasarkan bentuk kata, sama ada kata
dasar atau kata terbitan.
iii. Intonansi : Ialah nada suara yang turun
naik atau tinggi rendahnya sewaktu berbicara,
dan hendaklah berdasarkan bentuk ayat atau
kalimat dan jenis dalam bahasa Melayu serta
keprihatinan keadaan yang berkenaan.
i. Untuk mewujudkan satu variasi sebutan
baku dalam bahasa Melayu yang dapat
digunakan dalam situasi formal atau situasi
rasmi.
ii. Untuk meningkatkan kecekapan berbahasa
Melayu dalam kalangan pengguna bahasa.
iii. Untuk memantapkan sistem dan
struktur dalaman bahasa Melayu, supaya
sistem sebutannya menjadi mantap dan baku
sejajar dengan pemantapan dan pembakuan
tatabahasa, kosa kata (perbendaharaan kata
umum dan istilah), sistem ejaan, dan laras
bahasa.
iv. Secara khusus, untuk menyeragamkan
cara berbahasa dan bertutur serta
mengurangkan penggunaan pelbagai variasi
dan gaya sebutan serta menghindarkan
penggunaan dialek setempat di dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
di peringkat sekolah
Faridah Nazir, Maridah Alias. (2013). Fonetik &
Fonologi Bahasa Melayu. Selangor: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Ismail Dahaman. (1994). Pedoman Sebutan Baku
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

You might also like