You are on page 1of 63

BERSETUJUKAH ANDA BAHAWA PEMBENTUKAN SAYAP WANITA

DALAM PARTI-PARTI DI TANAH MELAYU SELEPAS PDII ADALAH


BERTUJUAN UNTUK MEMPERKUKUHKAN LAGI PENGARUH POLITIK
PIMPINAN KAUM LELAKI DAN BUKAN SANGAT UNTUK
MENYELESAIKAN ISU KETIDAKSAMAAN GENDER?
PARTI-PERTI DI TANAH MELAYU SELPAS PD II
• Pengenalan kerajaan dan perlembagaan Malayan Union pada awal
PARTI POLITIK DI tahun 1946 telah memperlihatkan kebangkitan perjuangan orangorang
TM SELEPAS PD 2 Melayu menentang cadangan tersebut.
• Malah cadangan tersebut telah melahirkan kesedaran kebangsaan
secara menyeluruh yang tidak dapat dibendung lagi.
KANAN KIRI
• Reaksi dari cadangan tersebut, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
(UMNO) telah ditubuhkan untuk memperjuangkan kepentingan negara
UMNO PKMM dan bangsa Melayu. Namun begitu, perpaduan di kalangan orang
Melayu pada waktu itu dilihat tidak kental apabila Parti Kebangsaan
MIC PAS Melayu Malaya (PKMM) yang berjuang dengan agenda yang berlainan
iaitu menyatukan Tanah Melayu dengan gugusan kepulauan Melayu
yang dikenali sebagai Melayu Raya
MCA
PENGENALAN
 Berakhirnya pendudukan Jepun pada 1945 adalah satu titik permulaan kepada sebuah era baru
kepada wanita Melayu di TM

 Wanita Melayu mula diberikan peluang yang lebih luas dalam pendidikan. Wanita yang bersekolah
atau berpendidikan tinggi bukanlah sesuatu yang aneh lagi

 Memetik kata-kata Prof Dr Mahani Musa dalam “WANITA MELAYU, KESEDARAN PENDIDIKAN DAN
PEMBENTUKAN MASYARAKAT MALAYSIA MODEN “ ms 3
“Secara umumnya, pendidikan kanak-kanak perempuan Melayu terbahagi kepada dua kelompok. Pertama, mereka
yang mendapat pendidikan Inggeris yang jumlahnya sebelum 1 920-an amatlah kecil. Kelompok yang mendapat
pendidikan Inggeris ini biasanya terdiri daripada anak-anak keluarga Melayu yang kaya yang menghuni kawasan
bandar. Satu lagi kelompok datangnya daripada mereka yang mendapat pendidikan sekolah Melayu sehingga darjah
lima dan enam dan kemudiannya dilantik sebagai pembantu guru selepas tamat sekolah. Kelompok ini biasanya
terdiri daripada anak-anak elit kampung seperti penghulu, tuan tanah dan sebagainya.”
 Oleh itu apabila peluang yang cerah diberikan ramai wanita/perempuan
Melayu yang mengambil peluang untuk mendaftar ke sekolah

Pada 1947, lebih 3000 orang wanita Melayu yang bersekolah di sekolah
Medium Bahasa Inggeris @“English Medium”

 Pada tahun yang sama 12 000 orang memilih melanjutkan pelajaran ke


sekolah agama dan venekular

10 tahun kemudian (1957) 20 617 orang wanita Melayu mendaftar di


Sekolah Inggeris
Kesan kepada evolusi pendidikan wanita
Melayu TM
♥ Pertambahan wanita yang berpendidikan meluaskan lagi ruang-ruang pekerjaan

♥ Wanita yang berpendidikan mula diberi kepercayaan untuk meyandang pekerjaan


seperti guru dan pegawai pejabat

♥ Peningkatan aras pendidikan turut menyebabkan ramai wanita yang berasal dari
kampong berhijrah ke Bandar

(contoh: Kelantan ke Singapura)

♥ Pada 1940an 14% Melayu tinggal dikawasan urban dan 1/3 adalah wanita
Peningkatan pendidikan turut memberi impak yang besar kepada sikap
wanita terhadap politik

Ramai wanita yang mula peka dan terlibat dengan pergerakan parti politik

 Wanita Melayu mula terdedah kepada perkembangan dunia luar serta


idea-idea moden seperti kempen emansipasi wanita

 Semasa penentangan terhadap Malayan Union , seorang guru wanita


berusia 25 tahun yang bernama Zaharah Abdullah telah berucap dengan
lantang di perhimpunan menolak Malayan Union
Halangan-halangan yang dihadapi oleh wanita

• Walaupun wanita Melayu telah mula bangkit dan diberi peluang dalam
pendidikan, masih ada halangan-halangan yang terpaksa mereka hadapi

MASYARAKAT

• Wanita Melayu telah sering direndah rendahkan oleh masyarakat dan


dianggap tidak standing dengan lelaki
ADAT
 Adat turut digunakan dalam membendung kebangkitan wanita, masyarakat
menggunakan adat dan stigma yang mengatakan wanita hanya layak berada di
dapur.
Memetik kata kata Syed Muhd Khairudin Aljunied dalam “Radicals: Resistance
and Protest in Colonial Malaya”
“The few Malay Women who became involve in public activities were often admonished from
the outset that they would not be permitted to hold high offices.”

Kerana itu timbullah kata-kata seperti “walau setinggi manapun tahap


pendidikan seorang wanita tempatnya hanya di dapur”. Ini adalah satu adat yang
perlu dihapuskan untuk meningkatkan taraf social wanita
KASTA

 Kasta dalam masyarakat sangat memberi impak kepada wanita yang ingin menonjol
dalam masyarakat

Hanya wanita dari golongan elit sahaja yang dibenarkan untuk aktif dan menjadi aktivis.

Memetik kata kata Syed Muhd Khairudin Aljunied dalam “Radicals: Resistance and
Protest in Colonial Malaya”

“Class divisions buttressed such customary practise. Only women hailing from the elite class in the
Malay community were allowed by their families to be involve in activist work”
PERBINCANGAN
 Kajian ini akan membincangkan dua sayap wanita dari dua parti yang berbeza haluan
(kanan dan kiri) iaitu Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dari PKMM dan Kaum ibu dari UMNO

 Kajian akan turut membincangkan peranan penubuhan kedua dua parti dan perubahan
yang berlaku mengikut masa

 Penilaian akan dilakukan samada sayap sayap wanita dalam parti adalah semata mata
untuk memperkukuhkan parti politik yang didominasi lelai dan bukan untuk
menyeselsaikan isu ketidaksamaan gender
ISU KETIDAKSAMAAN GENDER

• Isu ketidaksamaan gender yang dihadapi oleh wanita Melayu berada pada
satu tahap yang membimbangkan.

• Wanita Melayu tidak mendapat hak yang sepatutnya dan tidak mendapat
layanan yang selayaknya

• Wanita sering dianggap sebagai makhluk yang lemah dan tidak boleh
berdikari.
Ketidak adilan dalam perkahwinan
• Perkahwinan adalah sesuatu yang normal tetapi dalam masyarakat Melayu zaman dahulu, ia lebih
berpihak kepada lelaki

• Perempuan seringkali tidak diberikan pilihan dalam soal ini. Mereka dipaksa kahwin pada usia yang
sangat muda iaitu dibawah 17 tahun

• Mereka tidak dilayan dengan baik oleh suami dan hubungan perkahwinan tersebut diklasifikasikan
seperti hubungan tuan dengan hamba

 Memetik kata kata Syed Muhd Khairudin Aljunied dalam “Radicals: Resistance and Protest in Colonial
Malaya”

“The median age at marriage for Malay women in Malaya in the 1940s was below seventeen. Relation
between husbands and wives , were akin to master-servant relationship”
Ketidaksamaan dalam pendidikan
• Kebanyakkan Wanita Melayu tidak mendapat peluang untuk belajar

• Kesannya ramai wanita Melayu yang buta huruf

• Hanya segelintir sahaja yang tahu menulis dan membaca, kebanyakkan mereka adalah datang dari keluarga bangsawan

• Memetik kata-kata Prof Dr Mahani Musa dalam “WANITA MELAYU, KESEDARAN PENDIDIKAN DAN PEMBENTUKAN

MASYARAKAT MALAYSIA MODEN “ ms 4

“Wanita Melayu yang celik huruf sebenamya telah berusaha menulis dengan caradan buah fikiran tersendiri demi

menyampaikan reaksi mereka terhadap peru bah an TanahMelayu ke arah pemodenan. Meskipun jauh daripada berbau

reformasi, tulisan-tulisanyang diminati seperti petua rumahtangga dan buku resepi sebenamya mengandungiaspirasi kaum

wanita sendiri bahawa pemodenan yang dikejar tidaklah harusmenghancurkan nilai-nilai mumi berhubung peranan wanita

dalam alam rumahtangga.”


• Salah satu buku petua rumahtangga yang popular dan dicetak beberapa kaliialah tulisan
Sarifah Allwiah bt. Syed Teh Alhabshi berjudul Syair Nasihat Perempuan,yang diterbit pada
1903 dan dicetak kali kedua pada 1906.

• Antara lain, buku yangmenggunakan kaedah bersyair ini memberi nasihat dan panduan
kepada kaum wanitauntuk menjadi wanita yang berguna kepada agama, keluarga dan
negara.

• Antara perkara yang dibangkitkan dalam tulisan ini ialah tentang perlunya wanita Melayu
menambah pengetahuan dengan membaca buku ilmu pengetahuan dan mendengar,
tentang tatatertib wanita yang telah berkahwin dan yang belum berkahwin, tidak
meninggalkan sembahyang, tahu memasak dan menguruskan rumahtangga dan
sebagainya.
• Zaaba dalam “Perempuan Melayu dengan
pelajaran dan Pekerjaan” menegaskan
pelajaran harus diberikan kepada
kanakkanak perempuan agar mereka
berani dan berdikari. Malah pelajaran
bukan sematamata untuk mendapat
pekerjaan tetapi untuk ilmu pengetahuan
yang berfaedah untuk meluaskan hati
dan pemikiran.
ANGKATAN WANITA SEDAR
(AWAS)
LATAR BELAKANG PENUBUHAN PARTI POLITIK
WANITA AWAS (ANGKATAN WANITA SEDAR)
 AWAS ditubuhkan pada Februari 1946

Idea untuk menubuhkan AWAS adalah datang dari Burhanuddin Al-Helmy yang kagum dan
terpengaruh dengan gerakan anti kolonial di Indonesia dan India

 Nama AWAS (ANGKATAN WANITA SEDAR) sendiri hamper sama dengan sebuah pertubuhan
radikal wanita di Indonesia iaitu Isteri Sedar yang ditubuhakan untuk menentang Belanda
pada 1930an

Perkataan “AWAS” sendiri menurut ahli AWAS adalah symbol amaran kepada penjajah
tentang kebangkitan Wanita Melayu.
Burhanuddin Al-Helmy mengatakan penubuhan sayap wanita akan membantu mengembangkan
dan memperoleh sokongan untu parti hal ini berlaku demikian kerana wanita mempunyai jumlah
yang besar dalam masyarakat

Tujuan diatas jelas menunjukkan wanita pada awalnya hanyalah dijadikan alat untuk
memperkukuhkan parti politik yang didominasi lelaki dan bukan untuk menyeselsaikan isu
ketidaksamaan gender.

Memetik kata kata Syed Muhd Khairudin Aljunied dalam “Radicals: Resistance and Protest in
Colonial Malaya”

“Male Malay radical leaders resolve to recruit female member was thus motivated largely by the
desire of these men to rapidly expand their influence within Malayan society, rather by a real
commitment to openly tackle women’s issues.”
• Wanita AWAS percaya dengan mendapatkan kemerdekaan dari
penjajah wanita akan turut memberi wanita kebebasan dalam
masyarakat dan emansipasi wanita dapat dijalankan
• Ideologi AWAS sama seperti API, Gerakan Angkatan Muda (GERAM) dan
Pemuda Radikal Melayu (PERAM) yang mencampurkan modernisasi, socialism
dan anti-penjajahan.

• Wanita Melayu yang berpendidikan seperti Aishah Ghani telah mengambil


kesempatan dengan penubuhan AWAS untuk mengembangkan ideology
emansipasi wanita. Selain itu mereka menggunakan AWAS untuk kempen
pembebasan wanita Melayu

• Tujuan mereka adalah untuk menyelesaikan isu ketidaksamaan gender yang


berlaku dalam masyarakat Melayu sejak berkurun lamanya
• Dengan kebijaksanaan ketua AWAS iaitu Aishah Ghani, tujuan asal ahli
politik lelaki untuk menggunakan wanita sebagai tarikan telah
menjadi boomerang yang berbalik kepada mereka, sebaiknya AWAS
telah menggunakan peluang ini untuk menarik ramai wanita
menyertai kempen pembebasan wanita yang dianjurkan oleh mereka.

• Antara kempen pembebasan wanita mereka adalah melibatkan


Pendidikan wanita dan hak-hak wanita dalam perkahwinan serta
pilihan.
• Mereka menganggap wanita berhak untuk menentukan jalan hidup
sendiri serta berhak dalam urusan perkahwinan.
• Memetik kata kata seorang ahli AWAS dalam suratkhabar Suara
Rakyat

“by changing the texture of society and by giving the same right to men
and women a new society will be born, that is a society that will shape
the lives of the Malays in the future towards becoming a nation that is
progressive”
• Pemilihan Aishah Ghani sebagai ketua AWAS adalah disebabkan taraf
pendidikan dan pengalaman yang dimiliki oleh beliau.

• Aishah Ghani yang dilahirkan pada tahun 1923 di Ulu Langat Selangor adalah
salah satu wanita yang bertuah apabila diberikan peluang untuk belajar di
sekolah Arab Diniyah Puteri di Padang Panjang, Sumatera Barat.

• Taraf pendidikan beliau membantu Aishah Ghani untuk mendapat pekerjaan


sebagai seorang jurnalis akhbar Pelita Malaya yang dimiliki oleh PKMM

• Kerana itu beliau telah diambil oleh PKMM untuk mengetuai AWAS pada 1946
AISHAH GHANI
• Aishah Ghani adalah seorang ketua yang berwibawa dan sentiasa berusaha.
Beliau menggunakan kelebihan berucap untuk mendapat sokongan daripada
ramai .

• Aishah sering memberikan syarahan dengan menekankan pembaharuan ke atas


wanita Melayu. Beliau juga menuntut penghapusan diskriminasi terhadap wanita
Melayu yang menjadi punca kelemahan masyarakat Melayu.
• Beliau menyokong tuntutan kemerdekaan daripada British tetapi tuntutan ini
hanya akan berjaya sekiranya hak sama rata antara wanita dan lelaki dicapai.
Ketika Aishah Ghani memimpin sayap wanita PKMM, parti ini telah mempunyai
anggota seramai 200 orang ahli
• Beliau bersama rakan-rakan seperjuangan pergi melawat dan berkempen ke 3 tempat
pada mulanya iaitu Kuala Lumpur, Seremban dan Ipoh untuk merekrut wanita-wanita ke
dalam AWAS

• Aishah Ghani memilih ketiga tiga tempat tersebut dengan bersebab, hal ini berlaku
demikian kerana tempat tempat tersebut sangat terkesan dengan perubahan dan
kemasukan buruh buruh asing semasa zaman perang.

• Gerakan ini turut menggunakan akhbar dan majalah untuk menyedarkan kaum wanita
agar keluar dan berganding bahu dengan pejuang nasionalisme PKMM untuk
membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan.
• Aishah Ghani berusaha keras dalam memastikan perjuangan wanita
mndapat tempat yang selayaknya dan bukan hanya menjadi tunggangan
pihak lelaki dalam perjuangan mereka
• Hal ini berlaku demikian kerana Aishah Ghani berpendapat PKMM hanya
berminat dengan pimpinan wanita atas sebab politik, untuk
memperkuatkan parti dan menuntut kemerdekaan. Isu-isu wanita tidak
pernah dibangkitkan pada tahun 1946, malah ketika itu kedudukan sayap
wanita PKMM lemah dan tidak ramai wanita Melayu yang menyertai
PKMM.
• Namun penyertaan Aishah Ghani hanya sempat memegang jawatan
tersebut beberapa bulan sahaja apabila beliau berhenti pada akhir
tahun 1946 dengan alasan ingin memberi tumpuan kepada keluarga.

• Namun pada hakikatnya bahawa beliau tidak selesa dengan pemikiran


radikal serta kerjasama di antara PKMM dengan PKM ketika itu
SHAMSIAH FAKEH
• Memetik kata-kata Shamsiah Fakeh dalam memoir beliau

“Sekitar tahun 1945 dan awal tahun 1946 itulah aku mulai aktif menceburkan diri dalam gerakan
nasionalis. Aku masuk PKMM kerana menurut tanggapanku, PKMM adalah sebuah parti yang
progresif dan berpendirian melawan penjajah. Kerana itu sebagaimana anggota pertubuhan kiri
yang lain, aku sering diejek, dicerca dan difitnah oleh orang UMNO. Pada pertengahan tahun 1946
aku menerima sepucuk surat daripada Musa Ahmad yang meminta aku datang ke ibu pejabat
PKMM di Kuala Lumpur untuk memegang jawatan ketua bahagian wanita PKMM. Musa Ahmad
telah meminta pertimbangan dan persetujuan aku supaya pergi ke ibu pejabat PKMM untuk
mengetuai jabatan wanita. Jawatan itu telah dikosongkan oleh Aishah Ghani”
• Sebelum bersara dari AWAS Aishah Ghani telah merekrut Shamsiah Fakeh
untuk menggantikan posisi beliau. Beliau yakin Shamsiah Fakeh mampu
untuk membawa AWAS ke satu tahap yang lebih baik kerana latar belakang
Shamsiah sendiri yang mewakili wanita-wanita Melayu pada zamannya.

• Seperti yang dijangkakan kehadiran Shamsiah Fakeh sebagai ketua Berjaya


mengembangkan lagi popularity AWAS dan lebih ramai wanita yang
berminat untuk menyertai perjuangan AWAS
• Ketika Shamsiah mengambil alih daripada Aishah keahlian AWAS
masih sedikit, namun begitu jumlah ini telah meningkat kepada 610
orang apabila Shamsiah telah melancarkan kempen untuk menarik
wanita melayu menyertai AWAS.

• Kebanyakan anggota AWAS ini berasal daripada Ulu Langat, Melaka


dan Pelabuhan Klang (CO 537/3752: Malayan Security Political
Intelligence Journal, 1947).
Pada Januari 1947 ahli AWAS telah meningkat menjadi 1490 orang dan ini
menjadikan AWAS sebagai sayap wanita yang paling ramai ahli dan Berjaya
mengalahkan Kaum Ibu dan pertubuhan pertubuhan yang lain, yang tidak sampai
1000 orang ahli.

AWAS Berjaya menyerang “dominasi lelaki” dalam politik Tanah Melayu kerana
AWAS adalah satu satunya pertubuhan yang membernarkan wanita untuk
berucap dalam perarakan

AWAS menyeru kepada ahlinya supaya bangkit berjuang

“women must not die in their bed but must die in the battle of Malaya’s freedom”
• AWAS telah memotivasi ahli mereka dalam mengetuai perarakan pada 12 oktober
1947 di Queens theatre.

• Perarakan tersebut dihadiri oleh 24 wakil cabang dari seluruh Malaya

• Walaupun ketu/pemimpin lelaki dari PKMM, API dan GERAM berucap tetapi
ucapan ketua-ketua AWAS telah menjai subjek utama.

• Tujuan utama adalah untuk meningkatkan status social dan politik wanita Melayu.

• Selain perarakan, AWAS turut membina Sekolah Rakyat dan ia digerakkan oleh
aktivis anti-penjajah untuk mendidik wanita Melayu berjuang menentang
penjajahan dan secara langsung memberi pendidikan kepada mereka.
• Dalam menjadikan AWAS sebuah pertubuhan yang bersifat
internasional AWAS telah menjalinkan hubungan dengan Persatuan
Wanita Sedunia dan Persatuan Palang Merah Indonesia.

• AWAS telah membantu kedua-dua pertubuhan tersebt dalam


mendapatkan dana.
AWAS VS API
• Perkembangan AWAS dalam dunia politik Tanah Melayu sempat menimbulkan ketegangan dalam hubungan AWAS

dan API

• API yang pada awalnya mahu menggunakan AWAS sebagai satu tarikan kepada masyarakat untuk menyokong

PKMM mula merasa terancam dengan kelancangan wanita AWAS yang mula membidas moral mereka

• Ini membuktikan AWAS adalah pertubuhan yang serius dalam tujuannya untuk membela nasib wanita dan cuba

membebaskan wanita dari kongkongan adat dan lelaki

• Persengketaan ini dapat distabilkan secara tidak langsung apabila Shamsiah Fakeh berkahwin dengan Ahmad

Boestamam atas nasihat Pak Sako

• Namun perkahwinan tersebut tidak bertahan lama kerana ia bukan atas dasar cinta dan Ahmad Boestamam sudah

memiliki isteri sebelum berkahwin dengan Shamsiah.


KEJATUHAN AWAS
• AWAS mengalami kejatuhan apabila pihak British mula memberi perhatian kepada mereka

• British telah mengharamkan API dan PKMM serta ramai pemimin yang ditangka. Hal ini
menyebabkan pergerakan AWAS menjadi semakin terbatas

• Kemuncaknya adalah apabila AWAS diharamkan pada 1948 setelah darurat 1948 diumumkan

• Selepas itu, ramai ahli AWAS termasuk Shamsiah Fakeh yang menyertai Parti Komunis Malaya
kerana beranggapan perjuangan PKM dapat membantu mereka memperjuangkan kemerdekaan
Tanah Melayu.
KESIMPULAN KECIL
• Pertubuhan AWAS sebagai sebuah sayap wanita PKMM pada awalnya
sememangnya digunakan untuk menarik masyarakat menyertai PKMM
namun dengan kebijaksanaan pemimpinnya AWAS dapat bergerak dan
menjalankan tujuan mereka iaitu membebaskan wanita dan
memperjuangkan nasib wanita Melayu.

• AWAS Berjaya mengubah anak panah daripada hanya berjuang untuk


kemerdekaan kepada berjuang untuk wanita.
KAUM IBU- UMNO
LATAR BELAKANG PENUBUHAN KAUM IBU
(UMNO)
• Pergerakan kaum ibu UMNO lahir hasil daripada perbincangan yang berlaku tiga tahun sebelum
penubuhannya pada 1949.

• Dalam Mesyuarat Agung UMNO pada tahun 1946, tiga tokoh wanita UMNO iaitu Datin Putih Mariah
Ibrahim Rashid yang mewakili Persatuan Melayu Perak, Zainab Abdul Rahman mewakili Persatuan Melayu
Seberang Prai, dan Saleha Ali mewakili Persatuan Melayu Selangor telah bertemu dan melahirkan cita-cita
untuk menubuhkan pergerakan kaum ibu.Berikutan dengan perbincangan mereka sebuah Jabatan Kaum
Ibu ditubuhkan di Ibu Pejabat UMNO.

• Dalam persidangan parti pada awal tahun 1947, Putih Mariah Ibrahim Rashid telah dipilih untuk
mengetuai Jabatan Kaum Ibu itu. Dengan penubuhan Jabatan ini UMNO secara langsung mengikhtiraf
peranan wanita dalam politik.
• Setahun kemudian Jabatan Kaum Ibu diperbesarkan kepada sebuah
Pejabat Setiausaha. Sehari sebelum penubuhan Pergerakan Kaum Ibu
dengan rasminya pada 25 Ogos 1949, UMNO telah mengadakan satu
Perhimpunan Agung Perwakilan Kaum Ibu Bahagian-bahagian UMNO
di Butterworth dengan tujuan menubuhkan sebuah badan berkanun
Kaum Ibu UMNO.

• Persidangan ini memutuskan Puteh Mariah dilantik sebagai


ketua.Namun pimpinan Putih Mariah tidak lama.kerana pada 1950
Ibu Zain telah mengambil alih jawatan beliau sebagai ketua
• Penubuhan kaum ibu UMNO pada adalah 100% bertujuan untuk menarik
sokongan masyarakt untuk menyokong UMNO

• Hal ini dapat dilihat apabila pada awal penubuhannya kaum Ibu telah kalah
bersaing dengan AWAS kerana keengganan pemimpin lelaki UMNO untuk
membenakan wanita berucap di perarakan.

• Pada tahun 1947 Kaum ibu telah memperlihatkan penurunan ahli yang
sangat banyak dan mereka telah beralih menyokong AWAS yang lebih
terbuka dalam membenarkan wanita AKTIF dan terlibat dalam perarakan.
PUTEH MARIAH
• Puteh Mariah, ketua Kaum Ibu yang pertama pada 1946 pernah menyuarakan hak-hak wanita
dalam perwakilan UMNO namun idea idea itu tidak diendahkan sama sekali oleh politikus lelaki
dalam UMNO

• Hal ini jelas menunjukkan bahawa UMNO tidak berminat untuk menyelesaikan masalah
ketidaksamaan gender dah hanya ingin menggunakan Kaum Ibu sebagai alat untuk meraih
sokongan wanita Melayu untuk mengundi mereka.

• Usaha Puteh Mariah tidak dapat diperpanjangkan dan terhenti di separuh jalan kerana tiada
yang berminat dalam UMNO untuk memperjuangkan emansipasi wanita.

• Setelah idea-idea beliau itolak mentah mentah oleh pemimpin lelaki UMNO, Puteh Mariah
berputus asa dan serik untuk mencadangkan dan menyuarakan hak-hak wanita.

• Hal ini berbeza sekali dengan apa yang berlaku dalam AWAS.
• Puteh Mariah juga tidak banyak membuat lawatan ke Kampung
kampong dalam mendapatkan sokongan untuk pertubuhan tersebut.

• Beliau hanya menghabiskan masanya di sekreteriat UMNO. Penolakan


idea-idea beliau banyak mempengaruhi tindak tanduk yang agak
lemah selepas itu.

• Beliau tidak mempedulikan kepada halangan – halangan yang dihaapi


oleh wanita-wanita Melayu dalam menyertai politik

• Hal ini menyebabkan wanita Melayu pada masa itu lebih memilih
untuk menyertai AWAS sehinggalah AWAS diharamkan pada 1948
selepas pengisyhtiharan darurat
IBU ZAIN
• Pendekatan Ibu Zain atau nama sebenar Zainun Sulaiman, yang merupakan ketua Kaum Ibu
selepas Puteh Mariah pada tahun 1950 sehingga 1953 tidak jauh beza dengan Puteh Mariah

• Bahkan beliau agak lembut dalam setiap tindakannya

• Hal ini berlaku demikian kerana beliau percaya kekuatan Wanita adalah berbentuk dalaman.

• Ibu Zain tidak pernah menyuarakan apa-apa rasa tidak puas hati tentang hak-hak wanita dalam
parti.

• Walaubagaimanapun beliau telah Berjaya membuat perubahan dalam memperjuangkan nasib


wanita apabila beliau telah berusaha membasmi buta hurud dikalangan ahli-ahli Kaum Ibu yang
baru

• Walaupun tidak berusaha untuk membela kedudukan Wanita dalam politik tindakan Ibu Zain
dalam usaha menghapuskan buta huruf sangat dihargai
KHATIJAH SIDEK
• Khatijah Sidek mula menjawat jawatan sebagai ketua Kaum Ibu selepas persaraan Ibu
Zain.

• Ibu Zain sendirilah yang meminta Khatijah untuk menyertai Kaum Ibu pada awalnya
Dato’Onn telah menolak Khatijah dari menyertai Kaum Ibu namun setelah pengunduran
diri Dato’Onn dari UMNO sekali lagi Ibu Zain telah melamar Khatijah untuk menyertai
UMNO.

• Khatijah adalah seorang pejuang penentang penjajah yang sangat aktif dan
berpengalaman . Beliau turut terlibat dalam penentangan terhadap Belanda di Indonesia
pada 1930 an

• Dengan pengalaman beliau tersebut Khatijah Siek diberi kepercayaan untuk mengetuai
Pertubuhan Kaum Ibu.
• Kehadiran Khatijah Sidek dalam kepimpinan Kaum Ibu pada 1954-1956 telah mencipta
sebuah sejarah baru apabila beliau dengan lantang memperjuangkan hak-hak wanita dalam
UMNO.

• Namun nasib tidak menyebelahi beliau apabila pemikiran dan idea yang dibawa oleh beliau
tidak diterima baik oleh ahli terutama ahli-ahli UMNO (lelaki).

• Idea-idea beliau hanya diterima pakai setelah zamannya berlalu.

• Khatijah Sidek merupakan pemimpin yang menumpukan perjuangan kearah cita-cita dan
matlamat luhur.

• Beliau bukanlah berjuang untuk memburu pangkat atau harta , perjuangan beliau ikhlas
dalam memperjuangkan nasib rakyat terutama Wanita dan cuba menjalankan emansipasi
wanita dalam kepimpinan UMNO
• Walaupun sering berpindah parti dan pernah menyertai PAS tujuan
perjuangan Khatijah Sidek adalah ikhlas.

• Buktinya beliau telah menolah hadiah daripada pemimpin UMNO


yang berupa sebidang tanah di Kampong Dato’ Keramat.

• Khatijah Sidek adalah satu satunya pemimpin kaum Ibu yang banyak
mendesak agar wanita lebih banyak diberi peluang dalam perwakilan
UMNO. Lebih-lebih lagi beliau adalah seorang pemidato yang hebat.
• Semasa dalam Mesyuarat Pemilihan Agung UMNO beliau dengan lantang membincangkan isu ini
kepada pewakilan.

“...Selesai pemilihan dan dibacakan nama pewakilan yang terpilih, namun semuanya nama lelaki sahaja. Jadi
ibu daripada pihak kaum ibu meminta berucap. Dalam ucapan tersebut Ibu mempersoalkan isu
tersebut...kenapa kaum bapa langsung tidak memberikan perhatian sedikit pun kepada Kaum Ibu? Sedangkan
tenaga Kaum Ibu dalam UMNO sangat diperlukan. Jadi rupanya Kaum Ibu ini hanya dipandang oleh kaum bapa
hanya sebagai orang suruh-suruhan sahaja? Iaitu tukang kutip yuran, tukang cari ahli, membanyakkan ahli..
kalau Pilihanraya tukang cari undi, mendatangi rumah-rumah untuk suruh undi kepada calon-calon. Kenapa
kaum bapa memandang kaum ibu rendah sekali? Misalnya dalam jawatankuasa tertinggi tadi, tak satu pun
kaum ibu terpilih sedangkan kaum bapa berpuluh-puluh jawatankuasa? Tak satu pun kaum ibu terpilih, apalah
salahnya kalau disuarakan terpilih, artinya satu orang daripada kalau tidak banyak satu orang cukuplah kaum
ibu boleh menyuarakan hal-hal kaum ibu dalam majlis tertinggi UMNO...”
(Fail Khatijah Sidek, temubual 23 Oktober 1976, Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur).
• Kerana kelancangan beliau, Khatijah Sidek telah dilabel sebagai radikal
dan panas baran oleh pemimpin UMNO

• Oleh itu pada 1956 beliau telah dipecat daripada UMNO dan
digantikan oleh Fatimah Hashim.
FATIMAH HASHIM
• Dalam Mesyuarat Agung 1957, Fatimah Hashim telah dipilih menjadi ketua oleh Perwakilan
Kaum Ibu UMNO dan jawatan itu dipegangnya hinggalah kepada tahun 1972, iaitu selama
15 tahun.

• Kegiatan Kaum Ibu dalam tempoh jawatan Fatimah yang panjang itu menjadi sebahagian
daripada kemajuan wanita UMNO.

• Fatimah Hashim meggunakan pendekatan yang berbeza daripada pemimpin-pemimpin


Kaum Ibu sebelum beliau

• Beliau mencuba untuk memasukkan emansipasi wanita dalam kepimpinan beliau namun
tidak menggunakan cara radikal seperti Khatijah Sidek sebaliknya menggunakan cara yang
lebih lembut dan berhati hati seperti menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus
tepung tidak berselerak.
• Kerana tidak mahu berakhir nasib seperti Khatijah, Fatimah menggunakan cara yang lebih lembut
dan tidak mendesak parti secara terbuka.

• Beliau menggunakan kelembutan sebagai seorang wanita dalam memperjuangkan hak-hak


wanita

• Contohnya untuk menambah perwakilan wanita dalam parti Fatimah mempereratkan


hubungannya dengan Tunku Abdul Rahman.

• Selain menuntut penambahan perwakilan wanita dalam parti Fatimah Hashim turut menuntut
persamaan gaji antara lelaki dan wanita .

• Tuntutan beliau mendatangkan hasil yang positif apabila Tunku Abdul Rahman yang pada ketika
itu memerlukan sokongan wanita dalam pilihan raya 1959 telah memperkenankan permohonan
beliau.
KELESTRAIAN KAUM IBU

• Kerana Kaum Ibu adalah dibawah UMNO dan tidak dianggap


menentang British, pertubuhan tersebut kekal sehingga kehari ini dan
menukar nama menjadi Pergerakan Wanita UMNO.
• Akibat peristiwa bulan Mei 1969 yang telah menggoncangkan asas perjalan
negara menyebabkan lahirnya satu perimbangan baru dalam politik. Ahli-ahli
UMNO sendiri merasakan satu perubahan perlu dalam parti.

• Pada bulan Ogos, 1971 telah berlaku satu persidangan Agung Khas bagi mengatur
semula cara perjuangan UMNO.

• Perlembagaan UMNO dipinda yang antara lainnya menukarkan nama Pergerakan


Kaum Ibu kepada Pergerakan Wanita UMNO supaya lebih dinamis dan menarik
kepada semua lapisan wanita dengan tidak terhad kepada ibu-ibu sahaja
KESIMPULAN KECIL
• Walaupun ada usaha yang cuba diambil dalam memperjuangkan hak hak
wanita Melayu dan menyelesaikan masalah gender oleh pemimpin-
pemimpin Kaum Ibu namun ia tidak dapat menembus dinding dan batas
yang ditetapkan oleh pemimpin lelaki UMNO yang jelas jelas hanya ingin
menggunakan kepmpinan sayap Wanita untuk kepentingan mereka
• Dan mereka tidak berusaha pun untuk menyelesaikan masalah
ketidaksamaan gender bahakan menolak mentah mentah sehingga
memecat Khatijah Sidek yang lancang mengarah kearah emansipasi wanita.
KESIMPULAN
KESIMPULAN

• SEMEMANGNYA PEMBENTUKAN SAYAP WANITA DALAM PARTI-PARTI


DI TANAH MELAYU SELEPAS PDII ADALAH BERTUJUAN UNTUK
MEMPERKUKUHKAN LAGI PENGARUH POLITIK PIMPINAN KAUM
LELAKI DAN BUKAN SANGAT UNTUK MENYELESAIKAN ISU
KETIDAKSAMAAN GENDER. NAMUN, TUJUAN ITU BERUBAH
MENGIKUT PEREDARAN MASA DAN PERKEMBANGAN SOSIAL AHLI
WANITA MEREKA.
• Penubuhan sayap sayap Wanita oleh parti politik Tanah Melayu yang dipelopori
oleh golongan lelaki sememangnya bertujuan untuk mendapatkan sokongan
masyarakat sekaligus memperkukuhkan lagi pengaruh politik mereka

• Mereka sedar wanita adalah golongan majoriti dan undian setiap satunya amat
berharga untuk memastikan parti mereka sentiasa berada diatas dan mendapat
sokongan

• Kerana itu untuk mendapatkan kepercayaan dan sokongan , mereka


menggunakan “wanita” untuk meyakinkan wanita

• Kedua dua kepimpinan lelaki baik PKMM mahupun UMNO mereka sememangnya
tidak berminat untuk menyelesaikan isu ketidaksamaan gender
• Isu isu tersebut berusaha diselesaikan oleh pimpinan sayap wanita sendiri

• AWAS dilihat lebih beruntung dalam perjuangan emansipasi wanita mereka


kerana mereka dapat memutar tujuan asal PKMM 180 darjah mengikut
kemahuan mereka dan menggunakan peluang yang diberikan oleh PKMM
sepenuhnya berjuang dalam pembebasan Wanita

• Agak malang bagi Kaum Ibu walaupun ada individu seperti Khatijah Sidek
untuk berjuang namun kerana sikap pemimpin lelaki yang ortodok
perjuangan dalam isu ketidaksamaan gender tidak dapat diusahakan.

You might also like