You are on page 1of 8

Tutorial 2

• Bincangkan produk atau teknologi yang digunakan dalam kehidupan


seharian kita yang merupakan faedah daripada program penerokaan
angkasa ?

• Bincangkan masalah dan bahaya yang dihadapi oleh angkasawan.

• Apakah perlindungan dan penyesuaian hidup angkasawan ?


GPS : Global Positioning System
• Teknologi navigasi kapal angkasa (Global Positioning System-
GPS) yang pada peringkat awalnya dicipta untuk tujuan satelit intipan
kini memberi kemudahan yang tak tercapai sebelum ini kepada
pengguna jalan raya, pelancong dan pengembara.
• Selain untuk tujuan pandu arah, teknologi ini juga membantu kepada
pemanduan hijau (Green Drive) yang mana pemandu akan dibantu
untuk memilih jalan yang kurang sesak, diberi panduan tentang
keadaan jalan dan kawasan kerja penyelenggaraan.
• Maklumat ini digunakan untuk memberi cadangan kepada pemandu
untuk memecut, menekan brek atau berada pada kelajuan tetap dan
pada masa yang sama dapat menjimatkan petrol dan masa.
Makanan
• Beberapa contoh hasil daripada kajian sampingan ini adalah seperti
terhasilnya makanan bayi yang diperkaya dengan nutrisi daripada
mikro-alga yang sangat baik untuk perkembangan mental dan visual
bayi yang dikenali sebagai Formulaid.

• Ia dihasilkan daripada kajian National Aeronautics and Space


Administration(NASA) mengenai pembekalan nutrisi yang senang
dihasilkan, berkualiti tinggi dan mencukupi untuk kru angkasa.

• Di samping keupayaan alga tersebut berfungsi sebagai agen kitar


semula.
Satelit – Kaji cuaca
• Satelit kaji cuaca membantu kita meramalkan keadaan cuaca dengan
tepat.
• Satelit jenis ini dapat mengesan perubahan suhu, angin dan tekanan
di atmosfera.
• Maklumat yang diterima, dapat meramal tempat dan masa
berlakunya ribut, taufan, banjir dan pasang surut air laut.
• Satelit ini dapat mengambil gambar foto sperti awan, litupan ais serta
salji dan menghantar melalui isyarat ke stesen kaji cuaca.
• Satelit dapat membantu ahli geologi untuk mencari gali minyak dan
mineral tertentu.
• Dengan mengkaji gambar foto yang diambil daripada satelit, ahli
geologi dapat mengesan kewujudan sumber semulajadi seperti
petroleum, arang batu dan bijih logam yang terdapat di bawah
permukaan bumi.
Satelit – Pertanian
• Satelit boleh digunakan untuk mengesan tanah pertanian yang sesuai
bagi tanaman tertentu.
• Dengan foto, satelit dapat mengenalpasti jenis tanaman yang
terdapat di kawasan penanaman yang tertentu.
• Dapat memberi maklumat tentang kawasan penanaman yang telah
dijangkiti penyakit tertentu.
• Satelit juga dapat membantu petani mengawal pengairan dan
meramalkan musim kemarau.
Satelit - Perhutanan
• Satelit dapat memberi maklumat tentang produktiviti hutan dan
padang rumput, keadaan habitat hidupan liar, penggunaan tanah
hutan, pengurusan pembalakan, dan tempat yang sesuai untuk
reakreasi.
• Dengan itu, perlindungan hutan untuk masa hadapan dapat dirancang
Satelit juga dapat memberi maklumat tentang kemusnahan hutan
akibat kebakaran, pembakaran terbuka, serangga perosak atau
penyakit.
Satelit – Pengurusan keselamatan Nasional
• Satelit dapat mengesan pencemaran seperti tumpahan minyak di laut
• Satelit berupaya mengesan kejadian seperti penipisan lapisan ozon di
suatu tempat dan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan
rumah hijau.
• Satelit dapat membantu pihak tertentu untuk memerhatikan
pangkalan tentera musuh dan gerak geri pihak musuh.

You might also like