You are on page 1of 7

Konsep keapungan timbul dan

tenggelam
Rujukan
https://hatimulia.wordpress.com/2008/01/01/
mengapa-kapal-yang-berat-terapung-tetapi-
batu-yang-kecil-tenggelam/

https://www.slideshare.net/kozai/timbul-dan-
tenggelam-10517382
Konsep keapungan dan timbul.
• Keapungan dan timbul.

- Sesuatu objek yang berada di atas permukaan air.

- Sesuatu objek mempunyai ciri-ciri yang ringan dan kedap udara.

- Konsep keapungan ditemui oleh ahli matematik Greek iaitu


Archimedes yang menemui teori ini semasa dalam kolah mandi.
- Archimedes dikatakan menemukan teori ini secara tak sengaja semasa mandi.
Kemudian beliau membuat eksperimen. Dia memasukkan beberapa biji batu kerikil
dalam pasu dan mendapati bila batu-batu kerikil itu dimasukkan, paras air dalam
pasu telah naik. Tapi jumlah air dalam pasu tetap sama. Kemudian dia mula
memasukkan objek-objek lain dan turut kira berapa banyak jumlah dan berat air yang
terkeluar/tersesar dari pasu bila objek-objek itu dimasukkan. Archimedes mendapati
bahawa ada satu batu delima yang beratnya berganda-ganda dari kerikil itu timbul
sedangkan kerikil yang ringan itu tenggelam. Dia juga mendapati, jumlah air yang
disesarkan oleh seketul batu adalah lebih dari jumlah air yang disesarkan oleh
tembikai, walaupun berat kedua-dua objek itu sama.

- Prinsip Archimedes menyatakan bahawa daya tujah ke atas yang bertindak pada
suatu jasad yang tenggelam atau separa tenggelam adalah sama dengan berat
cecair yang disesarkan oleh jasad tersebut.
Tenggelam
 Sesuatu objek yang tenggelam di dalam air.

 Objek yang tenggelam mempunyai ciri-ciri seperti berat dan tidak kedap udara.

 Antara eksperimen yang boleh dijalankan ialah dengan menggunakan dua plastisin yang
sama berat dan dua bikar air yang sama isipadunya. Satu dibentuk bulat dan satu dibentuk
leper seperti sampan, kemudian kedua-dua plastisin dimasukkan ke dalam bikar
berasingan. Pemerhatian yang didapati, hanya plastisin yang bulat tenggelam dan plastisin
yang berbentuk sampan terapung di atas air walhal mempunyai berat yang sama.

 Mengikut konsep ketumpatan, jisim dan isipadu mempunyai kadar yang tidak sama iaitu
jika isipadu objek itu besar maka ketumpatan akan menjadi kecil atau rendah dan
membolehkan objek itu terapung dan sebaliknya.

You might also like