You are on page 1of 3

 Kumpulan isi rumah berpendapatan 40%

terendah (B40) merujuk kepada isi rumah


yang berpendapatan purata bulanan di bawah
RM3,860.00. Kumpulan isi rumah B40 juga
merangkumi isi rumah miskin yang
berpendapatan bulanan kurang daripada
pendapatan garis kemiskinan (PGK). Nilai
PGK nasional adalah RM950.00 sebulan.
 Kos sara hidup tinggi
 Kesihatan Pemakanan
◦ Peratus memperlihatkan golongan B40 membelanjakan
hampir satu pertiga daripada pendapatan yang diperoleh
setiap bulan. Kenaikan kos sara hidup sudah pasti memberi
kesan kepada peningkatan perbelanjaan dan
mengakibatkan golongan ini tidak dapat memenuhi
keperluan lain.
 Peluang Pekerjaan
◦ Sebanyak 64.7 peratus isi rumah dalam kategori B40
bergantung kepada satu sumber pendapatan dan apabila
berlaku keadaan seperti kejutan ekonomi, maka golongan
ini akan mudah terjejas dan terkesan dengan insiden
berikut. golongan ini diibaratkan sebagai kais pagi makan
pagi, kais petang makan malam serta amalan tabungan
kurang diberi perhatian oleh golongan ini
 Pencapaian Pendidikan Dan Penguasaan Kemahiran Yang RendahTahap
pencapaian pendidikan yang rendah telah menjejaskan keupayaan isi rumah untuk
mendapatkan pekerjaan bergaji tinggi atau menceburi bidang perniagaan. B40
tidak mempunyai kemahiran bagi membolehkan mereka menjalankan aktiviti
ekonomi terpilih. Komuniti B40 boleh diberi latihan kemahiran berbentuk aktiviti
ekonomi kecil-kecilan yang tidak melibatkan teknologi tinggi yang canggih seperti
menternak ikan dan lebah. Kadar keciciran yang tinggi telah dikenal pasti sebagai
satu daripada punca terutamanyagolongan Orang Asli di Semenanjung Malaysia,
Bumiputera di Sabah dan Sarawak.Kurang berminat untuk ke sekolah, keadaan
rumah yang tidak kondusif, kurang sokongan dari ibu bapa dan kesedaran yang
rendah tentang kepentingan pendidikan dalam kalangan isi rumah B40.

 Bagi kawasan penduduk luar Bandar, faktor halangan geografi dan jarak
perjalanan yang jauh serta kos pengangkutan yagn tinggi menjadisebab untuk
tidak ke sekolah

 Kedua, komuniti B40 serba kekurangan dalam lima jenis aset penghidupan iaitu
modal insan, modal sosial, modal fizikal, modal sumber asli dan modal kewangan.
Program yang dijalankan haruslah dapat meningkatkan modal berkenaan.

You might also like