You are on page 1of 18

TAJUK 1:

FALSAFAH BAHASA MELAYU


DEFINISI FALSAFAH
 Berasal daripada bahasa Yunani ‘philosophia’
 ‘philo’ ertinya cinta
 ‘sophia’ ertinya hikmat

 Dari segi istilah:


 ‘’ingin mengerti dengan mendalam’’
 ‘’cinta kepada kebijaksanaan’’
DEFINISI FALSAFAH MENURUT TOKOH
 Menurut Al-Farabi:
 Falsafah adalah ‘’ilmu tentang alam untuk
menyelidiki hakikatnya yang sebenar’’.

 Al-Khindi:
 Falsafah adalah ‘’pengetahuan tentang realiti
segala sesuatu, sejauh jangkauan kemampuan
manusia’’.
 Heraclitus:
 Falsafah sebagai ilmu yang membahaskan
hakikat sesuatu.
FALSAFAH BAHASA
 Falsafah bahasa merupakan bidang yang
menyelidiki kesahihan dalam bahasa.
 Meneliti dan memeriksa secara falsafah
pengetahuan konsepsi yang wujud dalam fikiran
secara abstrak.
BIDANG KAJIAN FALSAFAH BAHASA

Semantik Epistimologi Etika


(Makna) (Pengetahuan) (Prinsip)

Budaya dan Estetika


Sosial (Kesenian)

Kosmologi Metafizik
Ontologi
(Alam Raya (Alam Ghaib
(Hakikat
Manusia) dan Nyata)
Kewujudan)
HAKIKAT BAHASA
 Raja Mukhtarudin (1980) berpendapat bahawa
bahasa sebagai suatu sistem lambang-lambang
pertuturan yang arbitrari yang digunakan oleh
ahli-ahli sesebuah masyarakat untuk bergotong-
royong.
 Asmah Haji Omar (1983) bahasa hanyalah bunyi
yang dihasilkan oleh alat-alat ujaran yang
terdapat dalam rongga tekak manusia.
 Harimurti Kridalaksana (1994), bahasa adalah
sistem lambang yang arbitrari yang
dipergunakan oleh suatu masyarakat untuk
bekerjasama, berinteraksi dan mengidentifikasi
diri.
 Ferdinand De Saussure (1993) bahasa ialah satu
sistem isyarat yang berupa gabungan makna
dengan bayangan bunyi yang bersifat psikologi.
BAHASA DAN PEMIKIRAN MELAYU
 Secara literal ‘’Bahasa” bermaksud: bunyi-bunyi
suara yang diguna oleh setiap kaum untuk
menyampaikan maksud-maksud mereka.
 Bahasa terdiri daripada perlambangan. Ini
merupakan hubungan antara tuturan dengan
rujukan.
CONTOH:

RUMAH
 Dalam aspek yang lain pula, perkataan seperti
‘lembu’ secara umumnya akan membuatkan kita
terbayang seekor lembu.
 Namun, dalam masyarakat Melayu khasnya,
perkataan ‘lembu’ juga membawa maksud
‘bodoh’.
 Sekiranya gambaran seekor lembu terbayang
apabila perkataan ‘lembu’ yang disebutkan,
fenomena ini dikenali sebagai kegunaan ekstensi
(luaran)
 Tetapi sekiranya ‘lembu’ itu menggambarkan
‘bodoh’ fenomena ini pula dikenali sebagai
kegunaan intensi (dalaman).
BAHASA DAN BUDAYA MELAYU
 Gugusan pulau-pulau Melayu atau Nusantara
mempunyai kira-kira 350 bahasa, namun bahasa
Melayu dijadikan bahasa perantaraan.
 Bahasa Melayu mampu bertahan dan bersaing
dengan bahasa penjajah kerana sifatnya yang
keterbukaan. Bahasa Melayu telah dapat
memperkayakan kosa kata dan mampu
menukarkan perkataan asing ke dalam bahasa
Melayu yang disesuaikan sedikit dari segi
fonologinya.
 Dalam usaha memantapkan lagi penggunaan
bahasa Melayu di serantau, satu majlis yang
dinamakan Majlis Bahasa Brunei, Indonesia dan
Malaysia (Mabbim) ditubuhkan.
 Fungsi Mabbim ialah bagi mencari persamaan
dan mengurangkan perbezaan dari aspek
sintaksis, morfologi dan fonologi di samping
meminimumkan perbezaan ejaan.
Sekian, terima
kasih

You might also like