You are on page 1of 23

PPPM dalam penghasilan guru

Pendidikan Moral

Ahli kumpulan:
Chiung Huei Yee
Kong Xi Wen
Tan Sze Joo
Wong Ying Ying
Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia
(2013-2025)
Anjakan 1: Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan
berkualiti bertaraf antarabangsa

• Menanda aras pembelajaran bahasa, Matematik dan Sains dengan


standard antarabangsa
• Melancarkan KSSM dan KSSR yang disemak semula pada 2017.
• Merombak peperiksaan kebangsaan dan pentaksiran berasaskan sekolah
(PBS) untuk meningkatkan secara berperingkat peratusan soalan yang
mentaksir kemahiran berfikir aras tinggi pada 2016
• Memperluas akses dan meningkatkan kualiti prasekolah dan menggalakkan
enrolmen sejagat menjelang 2020
• Meningkatkan pelaburan dalam sumber fizikal dan sumber pengajaran
untuk murid berkeperluan khusus
Anjakan 2: Memastikan setiap murid menguasai kemahiran dalam
Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari
bahasa tambahan

• Melaksanakan KSSR Bahasa Malaysia untuk Sekolah Jenis


Kebangsaan dengan sokongan pemulihan yang intensif bagi murid
yang memerlulan
• Memperluas program LINUS supaya meliputi literasi bahasa Inggeris
• Menjadikan mata pelajaran Bahasa Inggeris kertas wajib lulus
peringkat SPM dan memperluaskan peluang bagi pendedahan
terhadap bahasa Inggeris
• Menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan
menjelang 2025.
Anjakan 3: Melahirkan rakyat yang menghayati nilai

• Mengukuhkan Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral


dengan lebih tumpuan kepada perpaduan dan memupuk
persefahaman yang erat antara murid
• Membangunkan murid secara holisitk dengan mengukuhkan
keperluan penyertaan murid dalam 1 sukan, 1 kelab dan 1 badan
beruniform
• Mengukuhkan dan memperluaskan RIMUP mulai 2016 untuk
memudah cara interaksi antara jenis sekolah
Anjakan 4: mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion
pilihan
• Mengetatkan syarat kemasukan guru mulai 2013 supaya terdiri daripada
kalangan graduan 30% teratas
• Merombak IPG setanding dengan standard bertaraf dunia menjelang 2020
• Meningkatkan kualiti program Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) mulai
2013
• Melaksanakan laluan kerjaya guru dan berasaskan kompetensi dan prestasi
menjelang 2016
• Memperluas laluan guru untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran dan pakar
bidang khusus menjelang 2016
• Membudayakan kecemerlangan berasaskan teladan rakan setugas dan proses
pensijilan mulai 2025
Anjakan 5: memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di
setiap sekolah

• Memperkukuh kriteria pemilihan dan proses perancangan


penggantian bagi pengetua / guru besar mulai 2013
• Melaksanakan Pakej Kerjaya Pengetua / Guru Besar yang baharu
secara berperingkat, dengan lebih sokongan dan
kebertanggungjawaban yang tinggi bagi meningkatkan keberhasilan
murid.
6. Mengupaya JPN, PPD dan sekolah untuk
menyediakan penyelesaian khusus berasaskan
keperluan
• Mempercepat penambahbaikan prestasi sekolah melalui program yang
sistematik dan dipimpin oleh PPD di semua negeri menjelang 2014.
• Memberi lebih kuasa melalui pengurusan berasaskan sekolah dan
autonomi kepada sekolah yang memenuhi kriteria prestasi minimum.
• Memastikan 100% sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas
menjelang 2015, bermula dengan Sabah dan Sarawak
• Memastikan semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan menerima
sokongan kewangan yang saksama.
7. Memanfaatkan ICT bagi meningkatkan kualiti
pembelajaran di Malaysia
• Menyediakan akses Internet dan persekitaran pembelajaran maya
melalui 1BestariNet bagi kesemua 10,000 sekolah.
• Menambahkan kandungan dalam talian untuk perkongsian amalan
terbaik bermula dengan perpustakaan video guru terbaik
menyampaikan pengajaran dalam SN, MT, BM, dan BI.
• Memaksimumkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan
pembelajaran kadar kendiri untuk memperluas akses kepada
pengajaran berkualiti tinggi tanpa mengira lokasi atau tahap
kemahiran murid
8. Mentranformasikan kebolehan dan keupayaan
penyampaian kementerian
• Mengupaya JPN dan PPD dengan memberi lebih hak membuat
keputusan tentang bajet dan personel mulai 2013, serta
meningkatkan kebertanggungjawaban bagi menambah baik
keberhasilan murid.
• Sekurang-kurangnya 2,500 personel daripada Kementerian dan
JPN ditempatkan di PPD untuk memberi lebih sokongan kepada
sekolah menjelang 2014
• Memperkukuh kebolehupayaan kepimpinan bagi 150-200 jawatan
kepimpinan utama mulai 2013
• Merangka fungsi dan struktur baharu Kementerian menjelang
2013, dan pelaksanaan mulai 2016
9. Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan
sektor swasta secara meluas
• Melengkapkan setiap ibu bapa bagi membantu pembelajaran
anak mereka melalui penglibatan ibu bapa dan akses dalam
talian kepada kemajuan anak di sekolah
• Mendapatkan maklum balas daripada setiap PIBG mengenai
pelaksanaan kurikulum setempat dan kualiti guru mulai 2016
• Menambah bilangan model Sekolah Amanah kepada 500
menjelang 2025 dengan melibatkan kumpulan alumni dan NGO
yang berpotensi sebagai penaja
10. Memaksimumkan keberhasilan murid bagi
setiap ringgit
• Mengaitkan setiap program kepada keberhasilan murid yang
jelas dan merasional program berimpak rendah pada setiap
tahun
• Memanfaatkan peluang kecekapan, dengan mengagihkan
peruntukan kepada bidang paling penting seperti peningkatan
kemahiran dan latihan guru
11. Meningkatkan ketelusan untuk
kebertanggungjawaban awam secara langsung

• Menerbitkan laporan tahunan awam tentang kemajuan sasaran


dan inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia mulai
2013
• Melaksanakan semakan komprehensif pada 2015, 2020 dan
2025
Peranan Guru Pendidikan
Moral dalam
Merealisasikan PPPM
(2013-2025)
Guru Pendidikan Moral Memperkembang Ilmu
Moral yang ada pada Pelajar
• Dari segi intelek, guru Pendidikan Moral dapat menyalurkan ilmu dan
nilai-nilai moral kepada pelajar.
• Dengan wujudnya intelek dalam diri pelajar, pelajar akan mempunyai
keupayaan mental untuk menaakul dalam situasi yang kabur demi
mengenal pasti perlakuan baik dan jahat, salah dan benar.
• Keupayaan mental yang disalurkan kepada pelajar melalui guru
Pendidikan Moral dapat menyelesaikan dilema moral sebaik mungkin
secara autonomi, rasional dan objektif.
Guru Pendidikan Moral dapat Memastikan
Pelajar Berkembang Ke Arah Positif
• Guru Pendidikan Moral akan sentiasa melakukan pentaksiran dalam
kelas.
• Dalam pada itu, Guru Pendidikan Moral akan melakukan Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) untuk mengenalpasti potensi pelajar secara
menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan
jasmani.
• Pentaksiran yang dijalankan guru dapat mengenalpasti masalah yang
ada pada pelajar dan membantu murid untuk menyelesaikannya.
Guru Pendidikan Moral dapat Mewujudkan
Iklim Moral dalam Kelas
• Guru Pendidikan Moral merupakan agen moral yang
bertanggungjawab untuk mewujudkan iklim moral kelas,
menggalakkan pengamalan nilai dan memperkembangkan gaya
penampilan seseorang pelajar.
• Menurut Abdullah Ahmad Badawi (2002), pelajar-pelajar kita perlu
didedahkan kepada nilai-nilai bersama seperti perasaan kasih sayang,
hormat-menghormati, saling membantu, berbudi bahasa, cintakan
keamanan, bencikan kekejaman dan fitnah supaya kita dapat
melahirkan manusia yang mulia dan bertanggungjawab dan bukan
melahirkan manusia yang tamak, angkuh dan lebih mementingkan
diri sendiri.
Guru Pendidikan Moral Memastikan Pelajar
Mematuhi Rukun Negara
• Guru Pendidikan Moral perlu sentiasa memberi kesedaran kepada murid-
murid untuk meningkatkan kekuatan jiwa mereka dengan mendekati diri
dengan Tuhan.
• Rakyat Malaysia yang patriotik dapat dilahirkan.
• Perlembagaan telah memberi jaminan terhadap hak asasi, kebebasan
rakyat dan keadilan sosial untuk semua kaum di Malaysia.
• Guru Pendidikan Moral boleh mendidik murid-murid untuk mematuhi
undang-undang dan peraturan di sekolah.
• Guru Pendidikan Moral perlu menjaga keterampilan diri sendiri supaya
menunjukkan ciri-ciri profesional yang terdapat pada seseorang guru.
Guru Pendidikan Moral Memupuk Perpaduan
dalam kalangan Pelajar
• Salah satu aspirasi sistem pendidikan Malaysia ialah sistem
pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai
kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian.
• Guru Pendidikan Moral memainkan peranan untuk berkongsi
pengalaman dan nilai kepada murid-murid supaya mereka
menghargai keistimewaan negara kita iaitu kepelbagaian dari segi
kaum, agama, kepercayaan, status ekonomi dan sebagainya.
Guru Pendidikan Moral Sebagai Teladan
Kepada Pelajar
• Menurut Keith (1979) melalui Mohd. Ismail Mustari (2007), “Guru
adalah agen sosialisasi yang berpengaruh. Sifat guru yang tidak adil,
pilih kasih, suka mendera pelajar akan menjadi ikutan kepada pelajar-
pelajarnya serta melahirkan sahsiah pelajar yang kurang baik.”
• Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru Pendidikan Moral
dilihat dalam masyarakat sebagai contoh terbaik atau role model yang
berpotensi untuk mengubah sikap dan sahsiah pelajar.
• Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2012) dalam laporan awal
PPPM, “Sebagai pemimpin di bilik darjah, guru menyediakan contoh
yang baik untuk pelajar mereka, dan sering menjadi suri teladan bagi
yang muda.”
Guru Pendidikan Moral Membangunkan
Masyarakat Demokratik yang Matang
• Guru Pendidikan Moral perlu menggunakan sistem demokratik
semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada
waktu Pendidikan Moral.
• Dalam konteks ini, guru perlu mendengar pandangan majoriti
bukannya pilih kasih atau tidak adil kepada sesuatu pihak. Dengan ini,
masyarakat yang demokratik dapat diwujudkan apabila anak-anak
murid ini membesar nanti.
Guru Pendidikan Moral Sebagai Penghubung
Antara Sekolah Dengan Ibu Bapa
• Yahya Don (2007) telah menjelaskan bahawa kebiasaanya, pelajar-
pelajar yang bermasalah daripada segi akhlak dan disiplin adalah
disebabkan oleh tiada kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa.
Dalam hal ini, adalah penting untuk guru Pendidikan Moral
mengadakan lawatan ke rumah pelajar dan cuba untuk menghulurkan
bantuan kepadanya.
• Guru boleh menjalin hubungan yang baik dengan ibu bapa supaya
dapat bekerjasama memastikan perkembangan murid yang seimbang
dari segi JERIS.
Guru Pendidikan Moral Mematuhi
Kod Etika Perguruan
• Guru Pendidikan Moral harus menjalankan tugasnya dengan penuh
semangat dan dedikasi.
• Perkara yang kecil seperti mematuhi masa dalam jadual waktu juga
perlu diambil berat oleh guru Pendidikan Moral supaya dapat menjadi
teladan kepada murid-murid sekolah dan juga guru-guru yang lain.
• Guru perlu menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu
bapa berhubung keadaan rumah tangga atau berkaitan dengan
murid-murid adalah sulit dan tidak boleh dibocorkan kepada pihak
yang ketiga.

You might also like