Tulisan dan penyimpanan rekod Kesenian dan kesusasteraan Dalam masyarakat Mesir Purba, Kemunculan institusi dan golongan pekerja telah mewujudkan kelas sosial. Kelas sosial berasaskan jenis pekerjaan, kekayaan dan pengaruh. Pada peringkat tamadun awal, pemerintah,firaun, golongan agama dan golongan bangsawan berada pada kedudukan tertinggi dalam susunan masyarakat. Golongan saudagar dan artisan berada dalam kelas kedua. Dibawah mereka ialah golongan petani dan pekerja yang tidak berkemahiran. Golongan hamba berada pada kedudukan paling rendah. Hamba terdiri daripada dua kumpulan, iaitu hamba perang dan hamba yang dijual. Masyarakat tamadun awal mempercayai banyak tuhan. Antara tuhan yang disembah termasuklah tuhan bulan, matahari, ibu dan sungai. Terdapat institusi agama yang mengurus upacara keagamaan, seperti korban binatang atau mempersembahkan makanan kepada kuasa roh. Dalam hal ini, tempat ibadat yang besar dibina sebagai tanda menghormati tuhan. Di Mesir misalnya, penduduk mempercayai kehidupan selepas kematian. HALAMAN UTAMA