You are on page 1of 16

PROGRAM CELIK BAHASA

DISEDIAKAN OLEH :
1. EN. RAO RAMALOO
2. PUAN. ANJALA DEVI
3. PUAN.S. LETCHUMI
4. PUAN. SUBASHINI
BAHAGIAN A: PEMBINAAN AYAT
Terdapat beberapa cara yang memudahkan murid
membina ayat bagi kertas penulisan Bahasa Malaysia.
Kaedah :
1. SKOP : Penggunaan EMPAT Jari

Subjek / Kata kerja / Objek / Penjelasan (keterangan,


tempat, masa)

Contoh : Ramli menyiram pokok bunga di taman


sekolah.
Ramli mennyiram pokok bunga pada waktu
petang.
 2. SAmanta ke KTM
 SA ( Subjek / Apa) /Aktiviti /KTM (Keterangan /
Tempat / Masa)

 Contoh : Ah Chong menjolok buah cempedak


dengan menggunakan galah panjang.
 Ah Chong menjolok buah cempedak di
kebun datuknya.
 Ah Chong menjolok buah cempedak pada
waktu petang.
 3. WAP = Watak / Aktiviti / Penjelasan ( dengan apa / masa
/tempat)
Contoh : Shanti memadam papan hitam
menggunakan pemadam.
Shanti memadam papan hitam selepas
waktu rehat.
Shanti memadam papan hitam di kelasnya.
BAHAGIAN B : ULASAN
 RANGKA ULASAN 1:
PENDAHULUAN
AYAT PERTAMA
1. Berdasarkan ______________________________
2. ____________________________ menunjukkan
ISI
Penanda Wacana Su Kata Hubung Si
Antara, kata kerja, apa supaya mengapa /
bagaimana / nilai
adjektif
Seterusnya, agar
Selain itu, seperti
Akhir sekali, untuk

PENUTUP
Tuntasnya,
Kesimpulanya,
BAHAGIAN B: ULASAN

Rangka Ulasan 2:
Pendahuluan
Poster menunjukkan________________________________________
Penanda Wacana KP-K ISU KH /KS ISI

- haruslah ISU 1 untuk ISI 1


Selain itu, hendaklah ISU 2 untuk ISI 2
Seterusnya, perlulah ISU 3 untuk ISI 3
Di samping itu, wajiblah ISU 4 supaya ISI 4

Di samping itu,
Kesimpulanya, kita wajarlah ____________________________________________
BAHAGIAN C: KARANGAN

KAEDAH IsSam

IKC ICK

I = Isi
C = Contoh
K = Keterangn
FORMULA KAEDAH IsSam

P1 = 2A P2 = 3A P3 = 3A
16 pp 24pp 24pp

P4 = 3A P5 = 2A
24pp 16pp

JUMLAH : 104 PATAH PERKATAAN


 CONTOH KARANGAN : KEPENTINGAN MEMBACA

Pendahuluan

 Terdapat pelbagai jenis bahan bacaan di pasaran seperti


buku cerita, komik dan majalah. Membaca sangat penting
kepada kita sebagai seorang pelajar.
ISI - 1
Meningkatkan ilmu pengetahuan

 Antara faedah membaca ialah kita akan dapat


meningkatkan ilmu pengetahuan. Apabila membaca, kita
akan mendapat pelbagai jenis ilmu yang berguna kepada
kita. Contohnya, ilmu Sejarah, ilmu Sains dan Geografi.
ISI - 2
Mengetahui maklumat mutakhir

 Selain itu, dengan membaca juga, kita dapat mengetahui


maklumat mutakhir. Melalui membaca, kita akan
memperoleh berita terkini dari dalam dan luar negara.
Antaranya, berita tentang pendidikan, ekonomi dan
sukan.
ISI - 3
Mengisi masa lapang

 Di samping itu, faedah membaca akan dapat mengisi masa


lapang dengan baik. Dengan itu, kita dapat mengelakkan
diri daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah.
Contohnya, melepak dan bermain video.
ISI - 4
Memberikan keseronokan

 Membaca juga dapat memberikan keseronokan. Justeru,


bahan bacaan dapat memberikan kepuasan kepada kita.
Antaranya, buku erita, majalah dan surat khabar.
ISI - 4
Menambahkan kosa kata

 Membaca juga dapat menambahkan kosa kata.


Penambahan kosa kata dapat membantu dalam kehidupan
seharian. Contohnya, dalam penulisan, percakapan dan
pergaulan.
Kesimpulan

 Kesimpulanya, marilah sama-sama kita membaca. Banyak


faedah yang kita peroleh dengan membaca.
SEKIAN TERIMA
KASIH

You might also like