You are on page 1of 9

Bab 15:Tetamu istimewa

Sinopsis

 Balai raya yang sebelum ini sepi dan seolah-olah mati,
kembali berseri. Petang tadi, Haiqal membantu kerja-kerja
memperkemaskan balai raya. Tidak terkecuali, See Hwa
yang sama-sama mengemas bahagian dalam balai raya itu
agar kelihatan cantik dan rapi. Penduduk kampung sibuk
bergotong-royong memasak nasi jagung, kurma daging
kambing dan daging lembu, ayam masak merah serta
dalca untuk hidangan para tetamu. Seminggu sebelum
acara persembahan dilangsungkan , Haiqal memaklumkan
kepada walidnya tentang zapin jincat dan meminta walid,
umi dan Nurul Aisyah mendoakannya agar dia dapat
mempersembahkan tarian itu dengan sebaik mungkin.
Berita yang amat mengejutkan apabila Lazim ditimpa
kemalangan jalan raya sewaktu pulang dari kerja dan dia
tidak dapat menari.
 Pak Cik Bakar kelihatan resah dan bimbang kerana sudah
tiada masa lagi untuk menukar dan berlatih dengan
pasangan baru dalam persembahan itu. Haiqal dan Lazim

sememangnya pasangan tarian yang serasi kerana masing-
masing dapat membaca gerak dan langkah. Haji Salim
mencadangkan See Hwa untuk menggantikan tempat
Lazim kerana dulu sewaktu masih budak-budak See Hwa
selalu berpasangan dengan Lazim. Haiqal diminta oleh
Haji Salim untuk memujuk See Hwa. Selepas solat maghrib
dia langsung ke rumah Tauke Ong. Haiqal berasa terkejut
apabila melihat pakaian yang digosok oleh See Hwa ialah
baju zapin. See Hwa berterus terang dengan Haiqal
bahawa pada malam ini dia dan Lazim ingin membuat
kejutan untuknya. Ini semuanya rancangan Pak Cik Bakar
dan Haji Salim tetapi telah berubah. Haiqal memujuk dan
berharap See Hwa menggantikan Lazim dan gadis itu
bersetuju. Pada malam itu, persembahan zapin D'Purnama
berjalan dengan baik dan lancar. Walid , umi , dan Nurul
Aisyah turut sama hadir bagi menyokongnya. Haiqal
berasa sangat terharu dengan kehadiran mereka.
Peristiwa penting

 Lazim ditimpa kemalangan jalan raya sewaktu
pulang dari kerja dan dia tidak dapat menari.
 Haji Salim mencadangkan See Hwa untuk
menggantikan tempat Lazim kerana dulu sewaktu
masih budak-budak See Hwa selalu berpasangan
dengan Lazim.
 See Hwa berterus terang dengan Haiqal bahawa
pada malam ini dia dan Lazim ingin membuat
kejutan untuknya.

 Haiqal memujuk dan berharap See Hwa
menggantikan Lazim dan gadis itu bersetuju.
 Pada malam itu, persembahan zapin D'Purnama
berjalan dengan baik dan lancar. Walid , umi , dan
Nurul Aisyah turut sama hadir bagi menyokongnya.
Nilai

 Nilai bekerjasama
Di bahagian belakang balai raya,penduduk kampung
sibuk bergotong-royong memasak makanan untuk
hidangan para tetamu pada malam itu.

• Nilai baik hati


See Hwa telah bersetuju bagi menggantikan tempat
Lazim untuk menari zapin bersama Haiqal.

 Nilai kasih sayang
Umi,Walid dan Nurul Asiyah telah datang ke balai
raya untuk menyokong persembahan Haiqal.
Pengajaran

 Kita mestilah cinta akan seni dan budaya bangsa agar
budaya tidak kian pupus dalam dunia
ini.Contohnya,Haiqal dan See Hwa sebagai generasi muda
telah mempelajari tarian zapin dan mempersembahkan
tarian zapin di balai raya Kampung Seri Purnama.

 Kita mestilah bekerjasama semasa menjayakan sesuatu


aktiviti supaya aktiviti boleh dijalankan dengan
lancar.Sebagai contoh, di bahagian belakang balai
raya,penduduk kampung sibuk bergotong-royong memasak
makanan untuk hidangan para tetamu pada malam itu.

 Kita mestilah membantu orang lain semasa mereka
memerlukan bantuan agar disenangi orang
ramai.Contohnya,See Hwa bersetuju untuk
menggantikan tempat Lazim untuk menari zapin
bersama Haiqal.

You might also like