You are on page 1of 7

Tujuan

Video membuat
Langkah Corak &
Rekaan

Membuat
Corak &
Rekaan (Corak
Tak Terancang)

Definisi
Contoh –
contoh
Jenis – jenis corak tak
terancang RPH
susunan
Video
Penghasilan
Corak Tak
Terancang
(Titisan Lilin)
DEFINISI

Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau
secara bebas. Oleh itu corak terdiri daripada Corak Terancang dan
Corak Tidak Terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan
motif secara bebas atau Corak Tidak Terancang. Motif ialah sama ada
rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Ia terdiri
daripada motif flora, fauna, geometrikal dan organik.
Corak tradisi ialah corak yang mempunyai motifnya tersendiri dan
mempunyai nama-nama tertentu yang berunsur tradisi.

Terdapat dua cara untuk mendapatkan corak iaitu:


a) Corak Terancang
b) Corak Tidak Terancang

Corak terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan


teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang
mempunyai pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan garisan grid
dalam penghasilan corak.

Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif


tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup,
mengayak, menggolek dan sebagainya.
JENIS-JENIS SUSUNAN DALAM CORAK DAN REKAAN
Susunan Ulang Sekata
Motif yang diulang secara berurutan dalam baris dan lajur yang
sama bagi menghasilkan corak yang menarik. Susunan corak ini
selalunya menggunakan garisan grid sebagai panduan.

Susunan Berselang Seli


Motif yang disusun secara berselang seli di antara motif yang lain
atau di antara ruangan yang kosong. Penggunaan garisan grid
dapat membantu menghasilkan corak yang menarik dan teratur.

Susunan Batu Bata


Motif disusun secara berurutan pada baris atau lajur yang sama.
Motif seterusnya disusun di antara pertemuan dua motif yang
sebelumnya.

Susunan Bertimbal
Motif ini diwujudkan secara cerminan. Motif akan kelihatan dalam
posisi yang bertentangan.
Susunan Bertindih
Motif yang sama disusun secara bertindih atau bertindan antara
satu sama lain sehingga membentuk corak yang menarik.

Susunan Beralun
Motif yang dihasilkan kelihatan berombak dalam bentuk garisan
yang sekata atau tidak. Motif yang digunakan boleh terdiri daripada
motif yang sama atau berbeza.

Susunan Berpusat
Motif susunan berpusat berpunca daripada satu titik tengah yang
dikembangkan. Motif ini boleh dihasilkan dalam bentuk bulatan,
segi empat, hexagon, oktagon dan sebagainya.
a) Menyedari prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni, kadar
banding, penegasan, kepelbagaian, kesatuan, dan kontras
dalam penghasilan corakb)Meningkatkan daya kreativiti
dalam aktiviti membuat corak dan rekaan.
b) Memahami dan menyedari corak di alam sekitar.
c) Memahami konsep penyusunan motif dalam mencorak.
d) Menyedari adanya corak dalam peralatan kegunaan harian
e) Menyedari adanya perkaitan antara warna dan corak.
f) Memperkukuhkan cita rasa terhadap unsur-unsur seni dalam
rekaan yang baik.
g) Menyedari adanya corak tertentu pada sesuatu bahan.
h) Menyedari adanya pelbagai jalinan dalam membuat corak.
i) Menyedari adanya perkaitan antara warna dan rekaan corak.
j) Merujuk alam semulajadi sebagai sumber idea.Mengenal dan
membuat corak-corak tradisional yang mudah.
k) Mengenal, mengolah, mengubahsuai dan menggunakan
unsur-unsur corak kraf tradisional.
l) Mengenal dan membuat corak-corak yang mempunyai unsur
tradisional pada alat kegunaan harian.

You might also like