You are on page 1of 11

Pendemokrasian Tunisia dan

impak kepada negara Timur


Tengah
• Timur tengah mengalami proses pendemokrasian yang luar biasa
semenjak beberapa tahun yang lalu bermula dengan revolusi rakyat di
Tunisia pada 18 disember 2010 yang menggulingkan Zine Al Abidine
Ben Ali.
• Kebangkitan ini memberi tempias yang begitu besar kepada negara-
negara timur tengah. Buktinya apabila negara-negara yang anti
demokrasi seperti Mesir dan Libya mengalami proses
pendemokrasian yang luar biasa melalui kebangkitan rakyat
Tunisia
Rejim yang dipimpin Ben Ali dianggap sebagai autoritarian dan
tidak demokratik oleh pertubuhan-pertubuhan hak asasi
manusia antarabangsa yang bebas, seperti Amnesty
International, Freedom House dan Protection
International (Media Dakwah, 1994).
Kenapa tidak demokrasi ?

Contohnya, dari sudut kebebasan akhbar, Tunisia telah menduduki


tangga ke-143 daripada 173. Kemudiannya, dalam Indeks
Demokrasi sebuah majalah antarabangsa, The Economist pada tahun
2010, negara Tunisia dikelaskan sebagai rejim autoritarian yang
menduduki tangga ke-144 daripada 167 negara yang dikaji.
Selepas Pendemokrasian

selepas kejatuhan rejim terdahulu, telah berlakunya transformasi


politik yang luar biasa di Tunisia. Kerajaan baru yang dipilih telah
memfokuskan kepada proses reformasi perlembagaan dan
ekonomi di Tunisia.
Pasca demokrasi Tunisia

Peluang pekerjaan dicipta dengan rancak melalui pemerkasaan


industry yang berbentuk stuktural. Kadar rasuah dikurang sehingga
50%, menjadikan Tunisia mendapat tempat ke 77 dalam
Corruption perception index 2017. Gerakan Masyarakat
sivil juga terus diberi perhatian dan kebebasan bersuara
terutamanya berkenaan hak asasi manusia dan juga isu-isu
penindasan wanita.
Arab Spring
The definition of “Revolution” as an attempt , by a large number of
people, to change the government of a country especially by Violent
action..”
- Dr.San Salih Mustapha –
- (The Calamitious and Lamentable “Arab Spring ”).
Kebangkitan rakyat Tunisia disebut sebagai permulaan peristiwa besar
dinamakan “Arab spring.” Kebangkitan bermula di Tunisia, dan
diletakkan di bawah tajuk besar satu kebangkitan baharu dalam politik
dunia. Hakikatnya, Tunisia boleh dianggap permulaan satu gelombang
baharu kebangkitan di dunia Arab, tetapi sebelum di Tunisia,
kebangkitan telah berlaku di Yaman pada 2009, dalam pertembungan
pemberontak Houthi di utara dengan kerajaan, dan di Bahrain,
melibatkan warga yang majoritinya beraliran Islam Syiah.
Satu negara contoh, Mesir

Kekuasaan Mubarak di Mesir berakhir pada tahun


2011 melalui demonstrasi besar-besaran oleh
rakyat Mesir. Mubarak akhirnya mengalah dan
memilih untuk mengundur diri.
Dr. Muhammad Morsi merupakan Presiden pertama Mesir yang dipilih
rakyat dalam satu pilihan raya yang diakui adil dan bebas. Mesir di
bawah pemerintahan Mursi telah membatalkan Undang-undang
Darurat yang dibuat oleh Dewan Tertinggi Tentera, melalui doktrin
Presiden. Pembatalan undang-undang tersebut telah mengembalikan
kebebasan rakyat yang selama ini tersekat di bawah pemerintahan
Mubarak.
Kesimpulannya didalam perbincangan demokrasi dan masyarakat sivil
di dua buah negara Tunisia dan mesir ini nyata perjalanan menuju ke
arah pendemokrasian adalah berbeza. Revolusi telah terjadi di Tunisia
& memberikan harapan baru bagi terciptanya iklim kehidupan sosial,
budaya & politik yg lebih baik. Bourguiba & Ben Ali pada dasarnya
juga muncul sebagai produk revolusi, tetapi dalam perjalanannya
mereka terjebak dlm bentuk pemerintahan yang autoritarian.

You might also like