You are on page 1of 21

TEKNIK MENULIS

KARANGAN
RANGKA PETAK
OLEH
HAJI MOHD.YUSOF ABU
BAKAR
SMK DATO’ SULAIMAN
SOALAN
Gambar di bawah menunjukkan persediaan-
persediaan murid untuk menghadapi
peperiksaan. Huraikan pendapat anda tentang
persediaan-persediaan yang boleh dilakukan
oleh murid untuk menghadapi peperiksaan.
Panjang huraian anda antara 200 -250
perkataan.
PERSEDIAAN MENGHADAPI
PEPERIKSAAN

Mengulang kaji pelajaran Memberi Tumpuan Semasa Belajar

Menghadiri Program Kecemerlangan


dan Motivasi
5W1H

WHAT?

WHERE? WHEN?

HOW?

WHY? WHO?
ISU /TEMA
POSITIF NEGATIF
SEMANGAT KEJIRANAN VANDALISME
AMALAN MEMBACA PENCEMARAN SUNGAI
SEKOLAH SELAMAT KES BULI
PERMAINAN TRADISONAL KEMALANGAN JALAN RAYA
KOPERASI SEKOLAH GEJALA NEGATIF
SEKOLAH CERIA KEJADIAN TANAH RUNTUH
HARI KEUSAHAWANAN KES KERACUNAN MAKAN
KERJAYA MASA DEPAN TANAH TERBIAR
TUGASAN
PUNCA-
PUNCA

USAHA-
USAHA TUGASAN KEBURUKAN

KEBAIKAN/
FAEDAH
PENDAHULUAN
5W1H BINAAN AYAT

Apa tema / isu ? Peperiksaan sangat penting kepada murid-murid di sekolah.

Mengapakah Hal ini kerana, dengan adanya peperiksaan murid-murid dan


sangat penting? guru dapat mengetahui pencapaian masing-masing .

Contoh peperiksaan ialah Penilaian Tingkatan Tiga (PT3), Sijil


Apakah contoh
Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM)
peperiksaan?
dan lain-lain.

Apakah isu / Namun begitu, murid-murid kurang membuat persediaan untuk


persoalannya? menghadapi peperiksaan.

Apakah Terdapat banyak persediaan yang boleh dilakukan oleh murid-


tugasannya? murid untuk menghadapi peperiksaan.
Pendahuluan
Peperiksaan sangat penting kepada murid-
murid di sekolah. Hal ini kerana dengan adanya
peperiksaan murid-murid dapat mengetahui
pencapaian masing-masing dalam pelajaran.
Contoh peperiksaan ialah Penilaian Tingkatan
Tiga (PT3), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil
Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan lain-lain
lagi. Namun begitu, murid-murid kurang
membuat persediaan untuk menghadapi
peperiksaan. Terdapat banyak persediaan yang
boleh dilakukan oleh murid-murid untuk
menghadapi peperiksaan yang akan datang.
Menghurai Isi 1
5W1H BINAAN AYAT

Apakah Persediaan pertama yang boleh dilakukan oleh murid untuk


persediaan yang menghadapi peperiksaan ialah mereka perlu mengulang kaji
pertama? pelajaran.

Mengapa perlu Hal ini kerana, dengan mengulang kaji pelajaran murid-murid
mengulang kaji? akan ingat apa-apa yang diajar oleh guru dalam bilik darjah.

Contoh mengulang kaji ialah membuat kerja rumah yang diberi


Apakah contoh
oleh guru, berbincang dengan rakan-rakan, membuat rujukan di
mengulang kaji?
perpustakaan dan sebagainya.

Apakah kesan Kesan mengulang kaji pelajaran murid-murid akan dapat


mengulang kaji? menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan tepat.

Jelaslah bahawa, mengulang kaji pelajaran ialah persediaan


Penegasan? yang boleh dilakukan oleh murid untuk menghadapi
peperiksaan supaya dapat lulus dengan cemerlang.
Menghurai Isi 1
Persediaan pertama yang boleh dilakukan oleh murid
untuk menghadapi peperiksaan ialah mereka perlu
mengulang kaji pelajaran. Hal ini kerana, dengan
mengulang kaji pelajaran murid-murid akan ingat apa-apa
yang diajar oleh guru dalam bilik darjah. Contoh mengulang
kaji ialah membuat kerja rumah yang diberi oleh guru,
berbincang dengan rakan-rakan, membuat rujukan di
perpustakaan dan sebagainya. Kesan mengulang kaji
pelajaran ialah murid-murid akan dapat menjawab soalan-
soalan peperiksaan dengan tepat. Jelaslah bahawa,
mengulang kaji pelajaran ialah persediaan yang boleh
dilakukan oleh murid untuk menghadapi peperiksaan
supaya dapat lulus dengan cemerlang.
Menghurai Isi 2
5W1H BINAAN AYAT

Apakah Persediaan kedua yang boleh dilakukan oleh murid untuk


persediaan yang menghadapi peperiksaan ialah mereka perlu memberi tumpuan
kedua? semasa belajar dalam kelas

Mengapa perlu Hal ini kerana, dengan memberi tumpuan semasa belajar
memberi murid-murid akan mudah faham apa-apa yang diajar oleh guru.
tumpuan? Jika tidak faham kita dapat bertanya guru.

Apakah contoh
Contoh memberi tumpuan semasa belajar ialah murid-murid
memberi
tidak berbual-bual, mencatat nota dan tidak tidur dalam kelas.
tumpuan?

Kesan memberi tumpuan semasa belajar ialah murid-murid


Apakah kesan
akan dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan
tumpuan?
mudah
Jelaslah bahawa, memberi tumpuan semasa belajar ialah
Penegasan? persediaan yang boleh dilakukan oleh murid untuk menghadapi
peperiksaan supaya dapat keputusan dengan cemerlang.
Menghurai Isi 2
Persediaan kedua yang boleh dilakukan oleh murid
untuk menghadapi peperiksaan ialah mereka perlu
memberi tumpuan semasa belajar dalam kelas . Hal ini
kerana, dengan memberi tumpuan semasa belajar
murid-murid akan mudah faham apa-apa yang diajar
oleh guru. Jika tidak faham kita dapat bertanya guru.
Contoh memberi tumpuan semasa belajar ialah murid-
murid tidak berbual-bual, mencatat nota dan tidak
tidur dalam kelas. Kesan memberi tumpuan semasa
belajar ialah murid-murid akan dapat menjawab
soalan-soalan peperiksaan dengan mudah . Jelaslah
bahawa, memberi tumpuan semasa belajar ialah
persediaan yang boleh dilakukan oleh murid untuk
menghadapi peperiksaan supaya dapat keputusan
dengan cemerlang.
Menghurai Isi 3
5W1H BINAAN AYAT

Apakah Persediaan ketiga yang boleh dilakukan oleh murid untuk


persediaan yang menghadapi peperiksaan ialah mereka perlu menghadiri program
ketiga? kecemerlangan atau motivasi.

Mengapa perlu
Hal ini kerana, dengan menghadiri program tersebut murid-murid
menghadiri
mengetahui teknik menjawab soalan-soalan peperiksaan.
program tersebut?

Apakah contoh
Contoh program kecemerlangan atau motivasi ialah Program
memberi
Kecemerlangan SPM yang diadakan di sekolah.
tumpuan?
Kesannya apabila murid-murid mengetahui teknik-teknik
Apakah kesan
menjawab soalan peperiksaan mereka dapat memberi jawapan
tumpuan?
yang tepat mengikut kehendak soalan.
Jelaslah bahawa, menghadiri program kecemerlangan atau
Penegasan? motivasi ialah persediaan yang boleh dilakukan oleh murid untuk
menghadapi peperiksaan supaya dapat keputusan dengan
cemerlang.
Menghurai Isi 3
Persediaan ketiga yang boleh dilakukan oleh murid
untuk menghadapi peperiksaan ialah mereka perlu
menghadiri program kecemerlangan atau motivasi. Hal
ini kerana, dengan menghadiri program tersebut
murid-murid mengetahui teknik menjawab soalan-
soalan peperiksaan. Contoh program kecemerlangan
atau motivasi ialah Program Kecemerlangan SPM yang
diadakan di sekolah. Kesannya apabila murid-murid
mengetahui teknik-teknik menjawab soalan
peperiksaan mereka dapat memberi jawapan yang
tepat mengikut kehendak soalan. Jelaslah bahawa,
menghadiri program kecemerlangan atau motivasi
ialah persediaan yang boleh dilakukan oleh murid
untuk menghadapi peperiksaan supaya dapat
keputusan dengan cemerlang.
PENUTUP
Buatkan rumusan ikut Kesimpulannya terdapat banyak persediaan yang boleh
tugasan dilakukan oleh murid bagi menghadapi peperiksaan.

Cadangan kepada Oleh hal yang demikian, semua murid perlulah bersiap
yang terbabit sedia lebih awal untuk menghadapi peperiksaan yang
bakal menjelang.

Harapan daripada Diharapkan dengan persiapan awal tersebut murid-murid


cadangan dapat menjawab soalan-soalan periksaan dengan mudah
dan tepat.

Harapan Negara Selain itu juga, diharapkan hasrat negara untuk mencapai
negara maju menjelang tahun 2020 akan tercapai.
Penutup
Kesimpulannya terdapat banyak persediaan
yang boleh dilakukan oleh murid bagi
menghadapi peperiksaan. Oleh hal yang
demikian, semua murid perlulah bersiap sedia
lebih awal untuk menghadapi peperiksaan yang
bakal menjelang. Diharapkan dengan persiapan
awal tersebut murid-murid dapat menjawab
soalan-soalan periksaan dengan mudah dan
tepat. Selain itu juga, diharapkan hasrat negara
untuk mencapai negara maju menjelang tahun
2020 akan tercapai.
BENGKEL PENULISAN KARANGAN
Kumpulan 1
Soalan 1
Cuti sekolah merupakan masa yang ditunggu-
tunggu oleh semua murid bagi melepaskan
tekanan pembelajaran di sekolah.
Huraikan aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan
oleh murid-murid bagi memanfaatkan masa
cuti sekolah dengan sebaik-baiknya.
BENGKEL PENULISAN KARANGAN
Kumpulan 2
Soalan 2
Amalan membaca dalam kalangan
masyarakat Malaysia pada hari ini sangat
rendah.
Huraikan usaha-usaha yang boleh dilakukan
oleh pelbagai pihak bagi memupuk amalan
membaca dalam kalangan masyarakat di
negara kita.
BENGKEL PENULISAN KARANGAN
Kumpulan 3
Soalan 3
Permainan tradisional seperti congkak, batu
seremban, gasing, wau semakin dilupakan
oleh generasi muda.
Huraikan usaha-usaha yang boleh dilakukan
untuk mempopularkan permainan tradisional
dalam kalangan generasi muda.
BENGKEL PENULISAN KARANGAN
Kumpulan 4
Soalan 4
Kes keracunan makanan kerap berlaku dalam
kalangan murid-murid di sekolah.
Jelaskan punca-punca berlakunya kejadian
tersebut.
BENGKEL PENULISAN KARANGAN
Kumpulan 5
Soalan 5
• Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) sangat
penting dalam membantu meningkatkan
kecemerlangan di sekolah.

• Jelaskan peranan yang wajar dimainkan oleh


Persatuan Ibu bapa dan Guru ( PIBG) untuk
mencapai hasrat ini.

You might also like