You are on page 1of 16

DISKRIMINASI

AHLI KUMPULAN

• KRISHNAN RAU SANTHRAYAH

• MUHAMAD ABDUL RAHIM BIN MOHD


SUFIAN

• PHUVANAH RAVINTHARAN
APA ITU DISKRIMINASI ?
DISKRIMINASI
Diskriminasi merupakan satu amalan yang biasa dijumpai dalam masyarakat
dunia.Ia berpunca daripada kecenderungan manusia untuk membeza-bezakan
antara satu sama lain.

Diskriminasi boleh berlaku dalam pelbagai konteks antaranya ia boleh dilakukan


oleh orang perseorangan,institusi,firma malah oleh kerajaan.

Selain daripada itu diskriminasi merupakan layanan tidak adil kepada seseorang
atau kelompok berdasarkan prejudis(sangkaan buruk).

Melayan orang secara buruk selalunya disebabkan oleh perbezaan antara


kelas,bangsa,gender atau kategori lain bukannya berdasarkan siapa individu itu
tersebut.
VIDEO
BENTUK DISKRIMINASI
Terdapat lima bentuk diskriminasi iaitu;

Diskriminasi dengan sengaja.


Layanan tidak sama.
Kesan tidak sama.
Masa lalu
Tindak balas terhadap orang yang menentang diskriminasi.
1.DISKRIMINASI DENGAN SENGAJA

 Penglahiran secara terbuka atau secara terang-terangan oleh


perasaan benci,kekasaran atau ketidaksamaan layanan kepada
anggota kumpulan tertentu dengan tiada mengambil kira keupayaan
dan kemampuan anggota kumpulan itu melaksanakan sesuatu kerja.

contoh; sebuah iklan mencari pekerja baru yang hanya


menyenaraikan kerja untuk pekerja lelaki atau perempuan secara
berasingan.
2.LAYANAN TIDAK SAMA

Adalah satu bentuk diskriminasi yang mengunakan satu set


piawai,tatacara atau satu kemudahan yang berlainan dalam melayani
anggota kumpulan tertentu.

contohnya; ujian khas dikenakan kepada orang kulit hitam manakala


bagi orang kulit putih dikenakan ujian yang lain.
3.KESAN TIDAK SAMA

Melibatkan penggunaan piawai,tatacara atau kemudahan yang sama bagi setiap anggota
tertentu dalam kumpulan.

Contonnya :

Iklan pengambilan pekerja disiarkan dalam media(seperti akhbar)yang hanya menarik


perhatian anggota kumpulantertentu,sedangkan anggota kumpulan lain tidak mengetahui
iklan berkenaan kerana tidak berminat dengan media berkenan.
4.MASA LALU

Diskriminasi masa lalu pula melibatkan perlakuan berlandaskan diskriminasi


yang biasa dilakukan terhadap anggota kumpulan tertentu pada masa lalu.

contohnya :

anggota kumpulan tertentu yang pernah dinafikan sesuatunpekerjaan


kerana berpakaian menutup Aurat akan terus dinafikan peluang bekerja
dengan adanya syarat yang lebih ketat supaya mereka tidak akan bersaing
untuk mendapatkan pekerjaan tersebut.
5. TINDAK BALAS TERHADAP ORANG YANG MENENTANG
DISKRIMINASI.

Bentuk diskriminasi ini ditujukan kepada mana-mana anggota kumpulan


yang menentang amalan diskriminasi oleh sesebuah organisasi.antara
tindakan yang diambil ke atas mereka yang menentang diskriminasi ialah
memaksa,mengugut atau mengenakan sebarang tindakan lain.

contohnya :

Pekerja yang menentang diskriminasi akan dibuang, digantung ,ditukar


tempat kerja atau diturunkan pangkat.
JENIS-JENIS DISKRIMINASI
T ERDAPAT BEBERAPA JENIS DISKRIMINASI YANG KETARA BERLALU DI DUNIA KINI ANTARANYA IALAH;

1. Jantina
2. Politik
3. Agama
4. Bangsa & Warna kulit
5. Umur
6. Kesihatan
7. Darjat
FAKTOR-FAKTOR DISKRIMINASI
Sifat dendam
-secara amnya,sifat dendam ini wujud dalam diri setiap individu yang disebabkan oleh faktor
masa lalu…
Politik
-ahli-ahli politik biasanya mengunakan sebarang teknik untuk kepentingan sendiri dan secara
tidak langsung menimbulkan sikap diskriminasi antara masyarakat.
Ekonomi@kewangan
-faktor ini biasanya timbul antara golongan berada dan golongan bawahan.
Budaya
-disebabkan oleh sifat mempertahankan serta mengagung-agungkan budaya masing-masing.
Kepercayaan
-agama dan kepercayaan sesebuah masyarakat.
Sifat diri –ego serta pentingkan diri sendiri dan tidak rasional.
KESAN-KESAN

*Kesan-kesan diskriminasi biasanya terjadi apabila golongan yang


didiskriminasi bangkit untuk memperjuangkan hak mereka.
*Antara kesan-kesan diskriminasi yang mungkin akan terjadi ialah
seperti;
Peperangan
Perpecahan
Penindasan
Hilang hak asasi
Membantutkan ekonomi dan masa depan negara serta individu itu
diri sendiri.
CARA MENGATASI DISKRIMINASI
Peranan ibubapa

-keluarga seharusnya memberi galakan kepada anak-anak mereka,supaya tidak memilih


kawan.

-tidak menunjukan sikap diskriminasi dalam keluarga,kerana ini boleh membuat anak-anak
mereka mengikut sikap ibubapa tersebut dan boleh menjadi satu tabiat.

-selain itu,ibubapa seharusnya memberi pendedahan agama dan moral kepada anak-anak
kerana ini boleh melahirkan seorang individu yang berakhlak.

Individu dan masyarakat

-perlunya ada kesedaran dalam diri individu dan masyarakat iaitu tidak mengamalkan sifat
perkauman,keagamaan,memilih warna kulit,darjat,jantina,keadaan sebagainya.
Kerajaan

-kerajaan harus lebih menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada di


setiap negara.

Contohnya:Penguatkuasaan Akta hak asasi manusia untuk melindungi dan


membela hak-hak mereka yang tertindas supaya diberi layanan secara adil
kepada semua lapisan masyarakat.jika semua hak asasi manusia diberi secara
adil atau tidak berat sebelah sifat diskriminasi ini mungkin tidak akan berlaku.
KONKLUSI
Konklusinya adalah sikap diskriminasi tidak patut diamalkan dikalangan masyarakat pada zaman
moden.

Ini adalah kerana diskriminasi akan menyebabkan perbalahan antara kaum,prestasi negara akan
terjejas,hubungan antara negara juga akan tergugat dan banyak lagi.

Oleh itu masyarakat dunia perlu dipupuk agar menjalinkan hubungan baik,dan menghargai antara satu
sama lain serta mendekatkan diri kepada tuhan,untuk membentuk masyarakat penyayang
,bertanggungjawab dan baik hati agar dapat mengawal semua tingkah laku yang boleh mengugat
hubungan sesama manusia.

Selain itu kita juga perlu mengamalkan nilai hidup bersama secara aman iaitu hidup berbaik-baik
antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira
agama,bangsa dan budaya.

You might also like