You are on page 1of 7

Faktor cacat selepas kelahiran

• Bagi peringkat postnatal atau pasca natal, bayi yang dilahirkan tanpa
sebarang kecacatan kurang upaya masih berkemungkinan mengalami
kecacatan yang disebabkan oleh
penyakit, keadaan persekitaran dan kemalangan.
Penyakit
• Penyakit tersebut adalah seperti penyakit Encephalitis
• Disebabkan oleh sejenis virus yang menyerang otak dan akan
menyebabkan kerencatan otak jika tidak dirawat.
• Virus ini dibawa oleh nyamuk dan haiwan yang dijangkiti rabies.
• Penyakit Meningitis pula disebabkan oleh virus dan bacteria yang
menyerang tisu otak dan tulang belakang.
• Tanda penyakit ini ialah demam, sakit kepala, sakit mata dan muntah.
Sekiranya penyakit ini tidak dirawat dengan segera, kerencatan akal
akan berlaku.
Persekitaran
• Persekitaran seperti kehidupan keluarga yang miskin akan menyebabkan
kekurangan kemudahan dan bahan untuk memperkembangkan fizikal dn
mental.
• Kebanyakan saintis berpendapat bahawa IQ seseorang boleh berubah
mengikut keadaan dan alam sekeliling. Pencemaran alam sekeliling juga
boleh menyebabkan kerencatan mental kepada kanak-kanak yang terdedah
dengan logam berat seperti plumbum dan merkuri melalui makanan atau
pernafasan.
• Mereka akan menghadapi pelbagai masalah pembelajaran, masalah emosi
dan sebahagiannya akan mengalami kerencatan akal. Contoh bagi
keracunan plumbum atau lead poisoning ialah seperti cat rumah,paip air
dan petrol.
Kemalangan
• Kecederaan Otak Traumatik (KOT)- (Masalah kognitif dan komunikasi)
-KOT adalah satu bentuk kecederaan otak yang disebabkan oleh
kerosakan otak secara tiba-tiba. Bergantung kepada sumber trauma,
KOT boleh menjadi kecederaan kepala sama ada kecederaan secara
terbuka atau tertutup.
Terdapat dua jenis kecederaan otak
traumatik.
• Kecederaan Kepala Terbuka : Ia juga dipanggil “kecederaan tertusuk”,
di mana kecederaan ini berlaku apabila sesuatu objek (contohnya,
peluru atau benda tajam) tertusuk ke dalam otak dan menyebabkan
kerosakan pada bahagian otak tertentu. Simptom yang ditunjukkan
adalah berbeza-beza bergantung kepada bahagian otak yang rosak.
• Kecederaan Kepala Tertutup: Kecederaan ini disebabkan oleh satu
hentakan kepada kepala (contohnya, apabila kepala terhentak pada
cermin kereta atau dashboard semasa kemalangan kereta). Akibatnya,
masalah seperti keretakan tengkorak kepala, pendarahan dan darah
beku dalam otak boleh berlaku.

You might also like