You are on page 1of 11

Peranan pendidik dalam

pemupukan hubungan etnik


Pendahulan
• Malaysia terdiri daripada berbilang kaum:
Kaum Melayu, Cina, India dan rakyat perimbumi yang lain.

• Pendidik memainkan peranan penting dalam merealisasikan aspirasi


Negara bagi mewujudkan dan meningkatkan perpaduan kaum

• Pendidikan adalah tonggak utama dalam membina perpaduan kaum


dalam kalangan generasi muda.
1. Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar
utama
• Bahasa Malaysia adalah medium paling penting di Malaysia
• Penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara
satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan
rasa curiga
• Bahasa Malaysia digunakan di semua sekolah kebangsaan sebagai
mata pelajaran wajib
Sekolah Wawasan
• Menyediakan ruang dan peluan untuk murid-murid pelbagai kaum
berinteraksi
• Mereka berkongsi kantin, padang permainan, dewan dan kemudahan
lain
• Berpeluang untuk saling mengenali dan memahami antara satu sama
lain
• Dapat toleransi dan hormat terhadap budaya dan agama kaum lain
Pengajaran Dan Pendidikan Nilai Melalui Cerita Dan
Peristiwa
• Guru harus menjadi lebih komited dan kreatif dalam memupuk hubungan etnik antara
murid.
• Pengajaran dan pendidikan nilai perlu menimbulkankesedaran dan keinsafan melalui
cerita, peristiwa dan kejadian supaya dapat dijadikancontoh dan teladan.
• Pengajaran dan pendidikan nilai perlu mendidik generasi muda supaya mempertahankan
dan mengamalkan nilai-nilai yang baik dan menolak nilai-nilai yang buruk.
• Secara semula jadi, minda seorang kanak-kanak sangat mudah untuk dipengaruhi.
• Terutama dengan rancangan-rancangan yang ditayangkan di televisyen; tidak kira
jalancerita atau isi kandungannya, formatnya dan gerakannya.
• Maka apabila masa dihabiskandengan menonton televisyen, kanak-kanak akan terikut-
ikut dengan apa yang ditontonnya,dan tentulah media tersebut seolah- olah menjadi
guru kepada kanak-kanak tersebut
• (Perloff, 1997)
• Guru boleh mengambil pendekatan bercerita seperti rancangan televisyen tersebut untuk menyalurkan nilai-nilai murni
dan menggambarkan keharmoniandan kebaikan yang akan diperolehi apabila perpaduan antara kaum terjalin erat.
• Beberapa cerita kanak‐kanak telah dibentuk yang bukan sahaja merangkumi isi kandungan hiburan tetapi bertujuan
mengajar konsep nilai dan sifat-sifat yang positif.
• Guru juga boleh mencari inisiatif untuk mereka sebuah cerita yang akan menarik perhatian murid-murid
memahamiapakah kebaikan yang diperolehi daripada perpaduan kaum.
• Guru juga bolehmengaplikasikan teknik bercerita kepada teknik lakonan yang sememangnya lebih
memberipengalaman sebenar kepada murid apabila mereka mengamalkan nilai-nilai murni bagi mewujudkan
perpaduan kaum
• Selain daripada jalan cerita yang sesuai, guru juga harus bijak melibatkan semuakaum dalam setiap sesi lakonan.
• Pecahan suku kaum di Sabah sangat banyak.
• Tidakhairanlah jika sebuah kelas terdiri daripada murid daripada pelbagai jenis bangsa sepertikadazan, dusun, bajau,
suluk dan sebagainya.
• Ia lebih mudah untuk guru Pendidikan Moralmenyatukan semua bangsa tersebut menjadi sebuah lakonan dalam cerita
yang bolehmembangkitkan semangat perpaduan kaum. Sebagai contoh, lakonan rumah terbuka hariraya yang
dikunjungi oleh semua kaum.
• Bermula dari itulah mereka mula mengenal adat,budaya dan keseronokan apabila menyambut perayaan bersama-
sama tanpa mengirabangsa.
• Pengajaran dan pendidikan nilai melalui cerita dan peristiwa bukan sahajamenghiburkan, malahan menggalakkan
kanak --

• kanak untuk menggunakan daya pemikiran disamping memberikan kemahiran memproses masalah. Selain
menghiburkan, teknikbercerita juga mampu mendidik kanak ‐kanak tentang nilai‐nilai Islam, budaya dan sosial
Amalan Gotong Royong
• Aktiviti gotong-royong juga boleh membawa kepada wujudnya perpaduan
di kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita.
• Amalan gotong royong boleh dijadikan sebagai permulaan bagi semangat
perpaduan dalam kalangan warga sekolah.
• Guru dan murid bersama-sama membersihkan kawasan sekolah. Apatah
lagi jika ada ibu bapa yang datang membantu, maka ia akan memberi
pandangan positif kepada murid-murid betapa seronoknya apabila semua
warga bekerjasama kerana perpaduan kaum yang terjalin.
• Kanak-kanak akan belajar melalui apa yang mereka lihat dan dengar.
Seterusnya akan mempraktikkan amalan itu bersama-sama dengan rakan-
rakan mereka.
• Kebaikan seterusnya gotong-royong ialah dapat mewujudkan
persefahaman dan kemesraan di kalangan anggota masyarakat.
• Amalan gotong-royong juga akan mewujudkan suasana hormat-
menghormati.
• . Antara program yang sesuai ialah Sambutan Bulan Kemerdekaan dan
Program Rumah Terbuka Rakyat Malaysia.
• Amalan gotong-royong ini adalah selari dengan hasrat kerajaan untuk
mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Masyarakat yang bersatu
padu dan aman membolehkan negara kita menjadi sebuah negara maju.
• Jika guru tidak melibatkan ibu bapa dalam program yang hendak
dilaksanakan, guru boleh merancang aktiviti gotong-royong tersebut
bersama-sama murid untuk membersihkan kelas, pusat sumber, taman
sekolah dan sebagainya.
Penganjuran pertandingan
• Menganjurkan pertandingan baju kebangsaan bersama panitia-
panitia di sekolah.
• Malaysia mempunyai jenis-jenis kain dan pakaian tradisional yang
berbagai bentuk dan warna, dari tengkolok bulu burung dan baju kulit
kayu, hinggalah kain songket di Raja yang antik.
• Pada zaman dahulu, penduduk peribumi memakai pakaian yang
diperbuat daripada kulit kayu dan hiasan manik.
• Dengan ketibaan tamadun lama, kain tenunan dan batik Melayu
dipakai oleh orang kenamaan dan kerabat diraja.
• Dengan ketibaan pedagang asing, pakaian serta kain seperti sutera Cina,
pelikat dan jubah Arab diperkenalkan di negara ini. Kini, pakaian tradisional
seperti baju kebaya Melayu, sari India dan cheongsam Cina masih
digunakan dengan meluas.
• Pertandingan ini bukanlah bersifat pertandingan kalah menang semata-
mata tetapi perlu dilihat dari sudut kepelbagaian kaum di Malaysia.
• . Contohnya, Kamil yang berbangsa Melayu telah mengenakan pakaian
India. Manakala Kavitha pula mengenakan pakaian Cheongsam dan
sebagainya. Walaupun pada mulanya murid akan melihat itu sebagai
sesuatu yang janggal tetapi di sinilah peranan guru “kalau hendak melentur
buluh, biarlah dari rebungnya”

You might also like