You are on page 1of 15

Artikel 5

Abstract hingga validity


Hasil Kajian
(Result of the research)
 Semasa menjalankan eksperimen, proses pembelajaran murid mengenai
perimeter dan luas berserta perhubungannya diperhatikan.
 Selain itu, peranan guru semasa mengendalikan kajian juga diberi perhatian.
 Hasil penemuan mendapati elemen perimeter dan luas berserta
perhubungannya perlu dikaji dengan lebih mendalam lagi supaya generalisasi
mengenai topik ini dapat dihasilkan.
Ujian pra (Pre Test)

 Ujian pra dijalankan bagi mengenal pasti tahap kefahaman murid mengenai
subjek yang dipelajari.
 Daripada keputusan ujian, kita boleh lihat sejauh manakan pengetahuan murid
mengenai topik perimeter dan luas.
 Terbukti, murid pada gred 3 tidak dapat memahami istilah perimeter dan luas
kerana ianya merupakan satu istilah yang baru bagi mereka.
 Keputusan ujian ini juga membantu kita untuk merancang teknik pengajaran
yang sesuai bagi membantu murid memahami konsep perimeter dan luas
berserta perhubungannya dengan baik.
Memperkenalkan istilah
perimeter
 Menggunakan teknik ‘fencing frame activity’ kerana murid telah mempelajari
istilah panjang pada gred 2.
 Menggunakan pengetahuan sedia ada mampu memberi penjanaan idea
terhadap pembelajaran dengan lebih.
 Murid mengira panjang di luar kawasan setiap bentuk.
 Murid dapat membuat generalisasi berkenaan perimeter bahawa perimeter
merupakan hasil tambah panjang di sesebuah luar kawasan.
Counting perimeter with non
standart hingga comparing the area
Membina bentuk dengan
bilangan ganjil batang mancis

- Meneroka idea menyusun bentuk daripada batang mancis.


- Membina bentuk segi empat sama dan segi empat tepat daripada bilangan
ganjil bagi batang mancis.
- Dalam aktiviti yang dilaksanakan, murid-murid mendapati adalah tidak mungkin
untuk membina bentuk segi empat sama dan segi empat tepat dengan bilangan
batang mancis yang ganjil.
Meneroka perimeter dan luas bagi bentuk segi
empat tepat dan segi empat sama.
– Penerokaan terhadap bentuk selain bentuk segi empat sama dan bentuk segi empat
tepat mambantu murid untuk membina kesedaran mengenai konsep perimeter dan
luas untuk sebarang bentuk.
– Sebagai pemulaan, bentuk parallelogram dan rombus boleh digunakan dan diukur
menggunakan batang ais krim dan kertas bergrid sebelum beralih ke bentuk tidak
sekata.
– Penggunaan tali untuk membina bentuk yang tidak sekata kurang membantu murid
untuk membuat perkaitan antara perimeter dan luas. Murid akan lebih fokus untuk
menentukan bentuk apa yang perlu dibina dan bagaimana untuk membentuknya
berbanding menyedari bahawa setiap tali yang digunakan adalah sama panjang
untuk membentuk bentuk dan luas yang berbeza.
PANDUAN PEMULIHAN
SEMULA
1. Memberi peluang kepada murid-murid untuk memberi pendapat
Guru bertanya kepada murid-murid, “Menurut kamu, apakah maksud perimeter?”, “Apakah
alat yang kamu guna untuk mengukur perimeter?”
2. Merangsang interaksi sosial
-Pair work
-Group work
-Class discussion
-mengutarakan soalan yang sesuai
Contohnya: “Kiki menyatakan bahawa kita boleh menggunakan
span untuk mengira perimeter. Bagaimana pula
dengan yang lain?”
3. Menghubungkaitkan aktiviti

Guru mengaitkan pengetahuan dalam aktiviti sekarang dengan aktiviti yang sebelumnya.
Contohnya, guru bertanya kepada murid-murid,”Apakah alat yang boleh digunakan untuk mengukur
panjang perimeter?”
Berdasarkan aktiviti yang sebelumnya,murid akan menjawab menggunakan span.
Kemudian, guru memberikan kesedaran kepada murid bahawa tidak semua alat pengukur boleh
mengukur semua bentuk.
Contohnya, guru akan menunjukkan satu bentuk bulat kepada murid. Hal ini akan merangsang
pemikiran murid untuk mengukur perimeter menggunakan alatan lain seperti tali dan riben.
5. Meminta penjelasan
– Merupakan satu cara guru untuk melihat keupayaan murid dalam mengekspresikan
idea sebagai indikator kepada tahap pemahaman mereka.
– Contohnya:
– Guru menunjukkan tiga jenis bentuk segi empat tepat (A,B, dan C) dan menyatakan
semakin kecil ruang, maka semakin murah harganya.
– Kemudian guru bertanya, “yang manakah yang paling murah?”
– Jika murid menjawab B(segi empat tepat yang paling besar)
– Guru bertanya, “mengapa murid memilih B?”
– Murid menjawab, “B adalah yang paling kecil”
– Kemudian, guru minta penjelasan daripada murid terhadap jawapannya.
4. Mengekstrak konsep Matematik
Pengalaman konkrit Konsep matematik
Adakah kamu fikir bahawa kawasan ini mempunyai kuantiti (keluasan)?
Aktiviti:
1. Murid menggunakan sticky notes untuk mengukur gambar kawasan yang
diberikan oleh guru.
2. Murid melekatkan sticky notes pada gambar tersebut.
3. Murid dapat gambaran idea mengenai konsep matematik untuk
mengukur keluasan padang.
Contoh aktiviti 1 yang
dijalankan semasa kajian
1. Guru memberi 10 batang mancis
2. Murid membina bentuk menggunakan mancis-mancis tersebut, dan murid
cenderung membina bentuk segi empat tepat dan segi empat sama.
3. Murid menggunakan strategi yang berbeza bagi mengukur kedua-dua bentuk
tersebut
4. Terdapat murid mengira keseluruhan batang mancis secara satu persatu
5. Terdapat pula murid mengira hanya satu sisi kemudian menambahkannya
dengan sisi yang bertentangan dengannya dan mendarabkannya dengan dua
Contoh aktiviti 2 yang
dijalankan semasa kajian
1. Murid membina bingkai gambar menggunakan batang aiskrim
2. Ini bantu murid untuk membuat tanggapan awal mengenai luas dan
perimeter
3. Bahagian dalam mewakili luas dan bahagian luar (batang aiskrim) adalah
perimeter
4. Murid menjelaskan secara ringkas maksud luas dan perimeter mengikut
pemahaman sendiri kerana dapat membantu mereka untuk mengingati
dengan lebih baik.
Kesimpulan
– Kesimpulannya, kajian yang dilakukan menunjukkan aktiviti yang dijalankan seperti
membuat bingkai gambar, mengukur gambar menggunakan kertas pelekat dan mencipta
bentuk menggunakan kayu mancis. Aktiviti ini juga dapat merungkai hubungan antara
perimeter dan luas.

– Selain itu, aktiviti ini dapat membina kefahaman murid tentang konsep perimeter dan luas
bahawa perimeter dan luas tidak berkait.

– Murid juga dapat mengetahui sebab kenapa mereka mendarab panjang dan lebar untuk
mengira luas bagi segi empat tepat atau segi empat sama.

You might also like