You are on page 1of 7

Acara 200 Meter

Acara 200 m
• Acara 200 meter adalah acara yang dilakukan dengan usaha yang
sepenuhnya tetapi dalam keadaan terkawal.
• Perbezaan yang paling ketara antar acara 100 dan 200 meter adalah
daya ketahanan kelajuan yang boleh didefinisikan sebagai keupayaan
mengekalkan kelajuan yang tinggi merentasi jarak yang lebih jauh
berbanding 100 meter.
• Untuk acara 200 meter, atlet perlu memperolehi teknik larian yang
betul pada bahagian selekoh kerana jarak berlari di atas selekoh lebih
kurang 100 meter.
• Permulaan untuk acara 200 meter adalah hampir sama dengan
permulaan 100 meter, kecuali blok permulaan yang harus diletakkan
pada sudut 90 darjah daripada garisan permulaan, bukan daripada
garisan lorongnya.

• Umumnya larian 200 meter mempunyai empat fasa yang digunakan


oleh setiap pelari. Empat fasa tersebut adalah seperti berikut:

1. Permulaan yang dilakukan di garisan permulaan yang disediakan


khas untuk acara ini. Pada permulaan ini, pelari yang berlari dilorong
paling luar akan kelihatan berada pada kedudukan paling hadapan ,
walaupun pada hakikkatnya jarak larian adalah sama.
2. Kemahiran berlari di selekoh seharusnya dikuasai oleh pelari 200
meter. Caranya adalah, atlet/pelari akan condong kesebelah selekoh
dan memusingkan sedikit tubuh badan untuk mendahulukan bahu kiri.
• Ini akan menolong seluruh badan atlet bergerak dalam gaya yang
lebih berkoordinasi. Sekiranya kemahiran ini tidak dikuasai, ianya akan
menyebabkan pelari lebih mudah tergelincir keluar.

3. Selepas melepasi selekoh pelari akan berlari dilorong lurus yang


jaraknya lebih kurang 100 meter. Ini bermakna perlari perlu
mengimbangi semula badannya supaya keseimbanagan tengah badan
dapata diperolehi semula.
• Dalam situasi ini, pelari menghadapi keadaan yang sukar, kerana gaya
larian terpaksa diubah suai.
• Pada saat ini perlu menggunakan kaedah larian 100 meter iaitu
berlari pada tahap kelajuan yang semaksimum mungkin.
• Walaubagaimanapun kebanyakan pelari mula memperlahankan
lariannya disebabkan tidak dapat mengekalkan kelajuan yang tinggi
sepanjang lariannya.

4. Lorong lurus 100 meter adalah bahagian yang memerlukan


kemantapan dan kekuatan mental yang tinggi. Sebaiknya pelari perlu
mengekalkan kelajuan lariannya supaya kepantasan tertinggi dapat
dicapai sehingga ke garisan penamat, dengan kata lain pelari
meningkatkan kadar pecutan untuk menuju ke garisan penamat.
• Manakala cara menamatkan larian 200 meter adalah sama dengan
100 meter, iaitu menghulurkan bahagian dada pelari ke hadapan
seboleh mungkin.
200M LELAKI

NAMA CATATAN TAHUN NEGARA


MASA(S)
Usain Bolt 19.19 20.08.2009 (Berlin) JAM

Michael Johnson 19.32 01.08.1996 (Atlanta) USA

Tyson Gay 19.58 30.05.2009 (New York USA


City)
200 PEREMPUAN
NAMA CATATAN MASA(S) TAHUN NEGARA

Florence Griffith 21.34 29.09.1988 USA


Joyner (Seoul)

Marion Jones 21.62 11.09.1998 USA


(Johannesburg)

Merlene Ottey 21.64 13.09.1991 JAM


(Bruxelles)

You might also like