Professional Documents
Culture Documents
TUGASAN KUMPULAN 3 :
REKA BENTUK KORELASIONAL
DEFINISI
2. MERAMALKAN KEMUNGKINAN
SYARAT : MAKLUMAT LENGKAP TENTANG HUBUNG KAIT ANTARA
PEMBOLEH UBAH.
PEMBOLEH UBAH UNTUK MEMBUAT RAMALAN : PB PERAMAL
PB UNTUK MERAMAL : PB KRITERIA
MENGGUNAKAN TABURAN SERAK UNTUK MERAMAL SKOR
PERBANDINGAN
Pernyataan
Masalah
Populasi &
Sampel
Instrumen
Mengumpul Data
Analisis &
Interpretasi Data
Penyataan Masalah
1) Penyelidik perlu mempunyai rasional yang kukuh dalam memilih
hubungan antara pemboleh ubah yang dipilih.
Antara 3 persoalan utama yang perlu diselidik dalam penyelidikan
korelasi:
i) Adakah wujud perhubungan antara pemboleh ubah A dan pemboleh
ubah B?
ii) Bagaimana pemboleh ubah D boleh meramal pemboleh ubah E?
iii) Apakah ramalan yang boleh dibuat berdasarkan setiap pemboleh
ubah itu?
Populasi & Sampel
1) Pengenalpastian populasi dan pemilihan sampel perlu
bersesuaian dan bermakna agar ia dapat mengumpul data
daripada setiap pemboleh ubah.
2) Pemilihan sampel harus dibuat secara teliti dan seboleh-
bolehnya dilakukan secara rawak.
3) Saiz sampel haruslah tidak kurang daripada 30 kerana jika
kurang, anggaran kolerasi akan menjadi tidak begitu tepat.
Instrumen
1) Instrumen yang digunakan harus berupaya menghasilkan
data kuantitatif dengan mengukur dua atau lebih pemboleh
ubah.
2) Instrumen yang sering digunakan dalam penyelidikan
korelasi ialah ujian, soal selidik, pemerhatian, rekod,
transkrip gred dan lain-lain.
Apabila kita menggunakan penyelidikan korelasi
untuk menerangkan sesuatu fenomena, instrumen
yang digunakan perlu menunjukkan bukti
kesahannya. Jika instrumen yang digunakan tidak
mengukur pemboleh ubah dengan tepat, maka
sebarang korelasi yag terhasil tidak dapat
digunakan sebagai petunjuk untuk korelasi.
Reka Bentuk & Prosedur
Pengumpulan data untuk dua atau lebih pemboleh
ubah daripada setiap individu yang membentuk
sampel diperlukan dan seterusnya pengiraan nilai
pekali korelasi dapat dibuat.
Jadual 1 menunjukkan reka bentuk penyelidikan ke
atas sekumpulan pelajar untuk melihat hubungan
antara peperiksaan pertengahan tahun (pemboleh
ubah A) dengan keputusan peperiksaan akhir tahun
(pemboleh ubah B)
Jadual 1
Reka Bentuk Penyelidikan Korelasi
Responden Pemerhatian 1 Pemerhatian 2
(Pemboleh Ubah A) (Pemboleh Ubah B)
A
B
C
D
E
F
Berdasarkan jadual, dua atau lebih skor pelajar dalam
sampel perlu didapatkan. Skor berpasangan seterusnya
akan dianalisis dengan teknik korelasi. Hasil yang
diperoleh merupakan pekali korelasi yang akan
digunakan untuk menilai darjah atau magnitude
perhubungan antara pemboleh ubah yang dikorelasi.
Kualiti penyelidikan korelasi bergantung kepada rasional
yang mendalam dan gagasan teori yang dapat
membantu dalam reka bentuk penyelidikan.
Analisis & Interpretasi Data
Apabila sesuatu pemboleh ubah dianalisis, pekali korelasi akan
terhasil. Nilai pekali korelasi antara 0.00 dan +1.00 atau -1.00.
Hubungan adalah kuat jika nilai pekali korelasi hampir dengan +1.00
atau -1.00.
Sebagai contoh, bagi hubungan positif, jika satu pemboleh ubah
menunjukkan skor yang tinggi, maka pemboleh ubah kedua juga akan
menunjukkan skor yang tinggi.
Bagi hubungan negatif, jika satu pemboleh ubah menunjukkan skor
yang tinggi, maka pemboleh ubah kedua menunjukkan skor yang
rendah.
Pekali yang hampir atau sama dengan 0.00 menunjukkan tiada
perhubungan antara 2 pemboleh ubah.
Jadual 2