You are on page 1of 19

MPU 2233| PERADABAN ISLAM

TENAGA PENGAJAR: EN ZULJALALUDIN ABDUL RANI

PENDIDIKAN ANAK-ANAK MENURUT ISLAM

“A SUPER PARENTS
FOR
AN AMAZING KIDS”
OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Di akhir pembelajaran, para guru dapat:


1. Memahami peranan ibu bapa dalam membentuk peribadi unggul
anak-anak.
2. Mengenalpasti cara untuk memupuk potensi yang ada dalam setiap
batang tubuh kanak-kanak.
Topik ini merangkumi:
• Tips Menjadi Ibu Bapa yang Luar Biasa (super parents)

• Cara untuk Memupuk Potensi Anak-anak


Sabda Rasulullah S.A.W:

“Setiap anak dilahirkan atas fitrah (kesucian agama yang sesuai dengan naluri),
sehingga lancar lidahnya; maka kedua orang tuanyalah yang menjadikan dia
beragama Yahudi, Nasrani atau Majusi.”

(Riwayat Abu Ya’la, Thabarani dan Baihaqi)


Ibu Bapa Luar
Biasa ?
Disiplin
Beri Didikan
Masa
Al-Quran

TIPS
Berdoa untuk Selalu
Anak-anak Berkomunikasi
TIPS IBU BAPA LUAR BIASA
TIPS 1: BERI DIDIKAN AL-QURAN

• Apabila mempunyai anak, tanggungjawab ibu bapa menjadi lebih berat.


• Anak-anak perlu dikenalkan dengan ilmu tauhid dan akhlak.
• Menerapkan nilai-nilai agama tidaklah semudah memberi makan kepada anak-anak.
• Tanamkan dalam hati anak-anak rasa diawasi oleh Allah sama ada dalam keadaan terang-terangan atau
dalam keadaan sembunyi.
• Pada usia 4-6 tahun, ibu bapa boleh mengajar anak-anak menghafal surah-surah pendek dari Juz Amma.
• Usaha mengajar Al-Quran perlu diteruskan apabila anak mencecah umur 6-13 tahun dengan cara:
• Belajar mengaji
• Membaca dan mengenal huruf-huruf
• Menulis huruf dan potongan ayat
TIPS IBU BAPA LUAR BIASA
TIPS 2: DISIPLIN MASA

• Bimbing anak-anak supaya mereka pandai memanfaatkan masa.


• Contohnya:
• Mengatur masa untuk bermain, belajar, menonton televisyen, makan, masa untuk membaca Al-Quran
dan masa untuk tidur.
• Jadual hidup mereka perlu diatur oleh ibu bapa supaya mereka terbiasa sehingga dewasa.
• Jika anak-anak bermain di luar, tetapkan waktu mereka mesti pulang ke rumah. Misalnya pukul 6.30 petang
dan bersedia untuk rutin seterusnya.
TIPS IBU BAPA LUAR BIASA
TIPS 3: SELALU BERKOMUNIKASI

• Kemahiran berkomunikasi perlu ada pada setiap ibu bapa.


• Sentiasa berkomunikasi dengan anak-anak akan menyebabkan anak-anak banyak mendapat input berbentuk
pengetahuan dan pengajaran dalam hidup.
• Komunikasi amat perlu supaya anak-anak dapat dimotivasikan dari semasa ke semasa dan berkembang
secara positif.
• Kaedah berkomunikasi yang pelbagai perlu disesuaikan dengan situasi yang berlaku contohnya ketika
menegur, mengarahkan atau berkongsi idea.
• Berkomunikasi juga perlu supaya ibu bapa dapat mengesan masalah yang dihadapi oeh anak-anak,
seterusnya dapat mewujudkan jambatan emosi, saling mempercayai dan saling bertanggungjawab.
TIPS IBU BAPA LUAR BIASA
TIPS 4: BERDOA UNTUK ANAK-ANAK

• Ibu bapa hendaklah selalu mendoakan anak-anaknya.


• Mendoakan supaya anak-anak sentiasa kekal dalam iman dan berakhlak baik.
• Berdoalah dalam apa jua situasi contonya sedang memasak supaya makanan yang dimasak dan dimakan
menjadi berkat untuk anak-anak.
• Doa kedua orang tua adalah penentu kecemerlangan hidup anak-anak.
• Rahsia kejayaan Dr Kamilin Jazilin, graduan terbaik PhD USIM: ..\Documents\Kisah Menakjubkan
Graduan PhD Terbaik!.mp4
CARA MEMUPUK POTENSI ANAK
• TANAM PANDANGAN YANG POSITIF:
• Jangan mengajar anak berbohong walau apa jua keadaan, sebaliknya
bimbing mereka melihat sesuatu dengan pemikiran positif.
• Misalnya, jika ada kereta memotong kereta dipandu kita di jalan raya,
jangan menzahirkan makian dan protes, sebaliknya kita memberitahu
anak-anak: “Mungkin orang itu berada dalam kecemasan. Kita doakan
mereka selamat”.
• MENYELESAIKAN KERJA SATU PERSATU:
• Asuh anak-anak melakukan sebarang kerja dengan teratur dan sistematik,
bukan dengan gopoh-gapah dan kelam-kabut.
• Ibu bapa memainkan peranan dalam mempamerkan budaya kerja yang
teratur dan sistematik kerana anak-anak banyak belajar dengan
memerhati tingkah laku orang di sekeliling.
• BEKERJA KERAS:
• Biasakan anak-anak hidup dalam keadaan yang tidak terlalu senang dan
keluar dari zon selesa.
• Untuk mencapai sesuatu matlamat, biarlah memakan masa yang panjang
dan memerlukan usaha yang banyak.
• Seorang ahli ekonomi berkata:
“Jika anda tidak mampu meramal dengan tepat, ramallah selalu.” Maksudnya, jangan
hanya sekali berusaha sudah berasa kecewa apabila gagal. Sebaliknya, terus berusaha
hingga mencapai kejayaan.
(Dipetik dariMajalah Solusi Edisi 45; Dato’ Hj Muhammad Zakaria)
• SABAR MENGHDAPI UJIAN:
• Segala kesukaran hidup seperti kelaparan dan kesakitan ada manfaatnya.
• Sabda Rasulullah:
“Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan baginya, maka dia diuji dengan
sesuatu musibah (kesusahan).” (Riwayat al-Bukhari)
• RAJIN MENCUBA PERKARA BARU:
• Orang bijak pandai berkata: “Diri kita bukan hasil daripada apa yang kita
fikirkan, tetapi apa yang kita lakukan.”
• Dengan mencuba sesuatu yang baru, anak-anak membangunkan potensi
dirinya.
• Oleh itu, ibu bapa tidak boleh bertindak sebagai penghalang untuk anak-
anak meneroka, malah berikan galakan dan bimbingan.
• SUKA BERKOMUNIKASI:
• Anak-anak yang mempunyai potensi diri yang kuat, berani menegur, akan
berani berkomunikasi dan berbincang dengan orang di sekeliling mereka.
• Keberanian dalam bercakap perlu ada pada diri kanak-kanak agar mereka
berupaya mempunyai keyakinan diri yang tinggi terutama apabila
berhadapan dengan orang ramai.
• MELATIH MENJADI KHALIFAH ALLAH:
• Sabda Rasulullah:
“Setiap seorang daripada kamu ialah ketua. Kamu bertanggungjawab
terhadap amanah kamu itu.” (Riwayat Abu Daud)
KESIMPULAN

• Potensi seorang anak sentiasa terpendam dalam jiwanya sehingga sampai


masa, usia dan peristiwa yang akan melonjakkan potensi itu untuk
diterjemahkan.

• Semua potensi perlu digilap dan diasah sentiasa.

• Ibu bapa memainkan peranan sebagai watak utama dalam pembentukan


keperibadian seorang anak.
RUJUKAN
Daniel, J.S. & Tina, P.B. (2011). The Whole-Brain Child. New York, United States: Delacorte Press (Dell Publishing)

Kathleen, S.B. (2017). The Developing Person through Life Span. New York, United States: Worth Publishers

Laula, L.S. & Charles H.E. (2011). Child Psychology & Development for Dummies. United Kingdom: John Wiley and Sons
Ltd.

Mary, S.K. (2006). Raising Your Spirited Child. New York, United States: William Marrow

Ross, W.G. (2016). Raising Human Beings. New York, United States: Simon & Schuster

Thomas, A. (2003). The Multiple Intelligences of Reading and Writing: Making the Words Come Alive. Alexandria: Association
for Supervisison & Curriculum Development
SEKIAN,
TERIMA
KASIH

You might also like