You are on page 1of 12

TOPIK 6: WACANA

TOPIK 7: RETORIK
DEFINISI WACANA
Wacana ialah unit bahasa yang melebihi batas
ayat (Lakoff, 1970: 151-271). Unit bahasa ini juga
mengandung satu penyatuan bahasa yang lengkap
kerana sesuatu wacana mungkin terdiri daripada
dua atau beberapa gabungan ayat, satu
perenggan, satu bab, sebuah buku atau satu siri
buku. Wacana turut menunjukkan perkembangan
berurutan dalam fikiran secara tersusun dengan
sempurna, selain menghasilkan satu pemikiran
yang utuh. Dalam tatabahasa, wacana terletak
dalam hierarki tertinggi yang hadir selepas tingkat
ayat.
JENIS-JENIS WACANA
• Wacana lisan dihasilkan secara lisan yang melibatkan
komunikasi langsung antara penutur dengan pendengar.
Dalam wacana lisan, ekspresi wajah, nada suara, gerak
badan dan sebagainya berfungsi untuk menyampaikan
sesuatu perkara kepada pendengar. Contohnya ialah
perbualan harian, temu ramah, ceramah, ucapan,
khutbah, siaran televisyen dan radio.
• Wacana tulisan pula ialah wacana yang disampaikan
secara bertulis yang melibatkan hubungan antara
penulis dengan pembaca. Komunikasi yang berlaku
ialah komunikasi satu arah atau tidak langsung. Penulis
tidak mendapat reaksi pembaca pada masa itu kerana
penulis tidak berdepan dengan pembaca. Contoh
wacana tulisan ialah rencana, akhbar, majalah, buku dan
novel.
DEFINISI RETORIK
Retorik ialah teknik penggunaan bahasa,
sama ada dalam bentuk lisan mahupun
tulisan yang mengandung aspek
tatabahasa yang betul,selain penggunaan
bahasa yang baik dalam penyampaian
idea. Menurut Kamus Dewan (1996:
1135), retorik ialah seni penggunaan
bahasa indah untuk menarik pemikiran
pendengar. Justeru, ragam bahasa yang
pelbagai diperlukan sebagai cara untuk
mempengaruhi pendengar atau pembaca.
JENIS-JENIS RETORIK
i. Pemerian
• Pemerian ialah teknik penggunaan bahasa yang berbentuk penjelasan atau
huraian tentang sesuatu idea. Retorik ini bertujuan menyampaikan fakta dan
maklumat yang lengkap kepada pembaca atau pendengar.
ii. Pemujukan
• Retorik jenis ini menggunakan bahasa pujukan untuk mempengaruhi pemikiran
dan keyakinan orang lain supaya mempercayai sesuatu perkara yang
diperkatakan.
iii. Penerangan
• Retorik jenis ini memberikan penerangan tentang sesuatu perkara dengan
terperinci daripada satu langkah kepada satu langkah yang lain.
iv. Penceritaan
• Retorik ini merupakan satu bentuk penyampaian melalui cerita, sama ada dalam
penulisan mahupun lisan.
v. Pendedahan
• Retorik ini mendedah dan menampakkan sesuatu atau menyingkap atau
memapar atau menunjukkan sesuatu perkara atau maklumat dengan jelas dan
terperinci. Tujuan retorik ini adalah untuk memindahkan idea atau maklumat
daripada seseorang kepada khalayak dengan berkesan.
vi. Penghujahan
• Retorik ini juga dikenali sebagai pemujukan rasional atau intelek. Retorik jenis
ini digunakan dalam sesuatu perbahasan, perdebatan, pembicaraan, forum dan
penulisan yang bersifat akademik.
PRINSIP-PRINSIP WACANA
Tujuan
• Setiap wacana yang hendak dihasilkan mesti mempunyai tujuan
kerana tujuanlah yang menentukan jenis wacana yang digunakan.
Tujuan adalah penting untuk memilih teknik penyampaian wacana,
sama ada secara naratif, deskriptif atau eksposisi atau
penghujahan. Tujuan juga menentukan bentuk wacana, sama ada
ucapan, ceramah, surat rasmi atau tidak rasmi dan sebagainya.
Jika tujuan wacana adalah untuk mendapatkan maklumat, ayat
yang digunakan ialah ayat tanya. Jika maklumat pula yang hendak
disampaikan, ayat penyata digunakan.
Tautan
• Tautan atau kohesi bermaksud keserasian hubungan antara unsur
linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesebuah
wacana. Keserasian ditinjau daripada hubungan antara sesuatu
perkataan, frasa atau ayat dengan sesuatu perkataan dalam wacana
tersebut. Tautan dapat mewujudkan kesinambungan antara
sebahagian teks dengan sebahagian teks yang lain sehingga
membentuk satu kesatuan.
Runtutan
• Runtutan atau koheran merupakan kesinambungan idea yang
terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadi satu teks yang
bermakna. Runtutan merupakan asas dalam pembinaan wacana
kerana tanpa makna, teks tidak dianggap sebagai wacana.
Penerimaan
• Sesuatu wacana perlu mempunyai pendengar atau pembaca yang
merupakan penerima sesuatu wacana. Tahap penerimaan seseorang
itu tinggi jika pendengar atau pembaca memahami sepenuhnya
wacana yang disampaikan. Sebaliknya tahap penerimaan adalah
rendah jika wacana tersebut tidak difahami oleh pendengar atau
pembaca.
Maklumat
• Setiap wacana perlu mempunyai maklumat, iaitu maklumat baharu dan
maklumat lama. Maklumat lama ialah maklumat yang telah dinyatakan
pada peringkat awal dan diulang dalam konteks berikutnya, manakala
maklumat baharu ialah maklumat yang baharu sahaja dinyatakan
dalam wacana tersebut.
Keadaan
• Sesuatu wacana perlulah sesuai dengan keadaan. Kesesuaian itu
menjadikan sesuatu wacana relevan dengan situasi ujaran. Pemilihan
kata, frasa dan susunan ayat yang tepat amat penting untuk
menjadikan sesuatu wacana itu sesuai dengan keadaan.
Interteks
• Interteks bermaksud sesuatu wacana bergantung kepada wacana yang
lain. Melalui interteks, sesuatu wacana lebih mudah difahami oleh
pembaca atau pendengar. Kefahaman seseorang terhadap sesuatu
wacana yang dibaca atau didengar akan membantu menghasilkan
wacana.
PRINSIP-PRINSIP RETORIK
i. Pemerian
• Dilakukan secara objektif, tepat dan jelas.
• Menghasilkan gambaran yang realistik.
• Bahasa yang digunakan adalah jelas dan tersusun.
• Lazimnya, mengandung tiga bahagian, iaitu pendahuluan,
huraian dan kesimpulan.
• Bersifat deskriptif dan informatif.
ii. Pemujukan
• Menggunakan bahasa yang manis, menarik dan mementingkan
kehalusan bahasa.
• Menggunakan aspek bahasa psikologi.
• Wujud pemujukan rasional (melibatkan penghujahan) dan tidak
rasional (melibatkan emosi).
iii. Penerangan
• Penggunaan gaya bahasa, intonasi dan nada menarik.
• Penggunaan bahasa formal dengan pemilihan diksi yang tepat
dan makna yang jelas dan bernas supaya pembaca atau
pendengar memahami maklumat yang disampaikan.
• Maklumat boleh disampaikan secara lisan ataupun tulisan.
iv.Penceritaan
• Mengandung pendahuluan, perkembangan dan
peleraian.
• Bersifat imaginatif.
• Wujud sedikit kebebasan tatabahasa kerana
bercirikan ekspresi.
v. Pendedahan
• Ada takrifan yang disertai contoh dan perbandingan.
• Penghuraian sesuatu topik adalah secara objektif.
• Menggunakan teknik pentakrifan dan pencerakinan.
vi.Penghujahan
• Memerlukan khalayak bersetuju dan yakin akan
pendapat yang dikemukakan.
• Pendapat dikemukakan dengan bukti konkrit dan
jelas.
• Teknik penyampaian adalah secara deduksi dan
induksi.
MAKNA DALAM WACANA
Makna dalam wacana dapat ditinjau daripada kepaduan makna
yang wujud dalam sesuatu hubungan makna. Antara bahagian
yang ada hubungan dalam sesebuah wacana ditunjukkan seperti
berikut:
– Hubungan sebab dan akibat, iaitu sebagai contoh, Ahmad tidak
bersungguh-sungguh berlatih. Dia gagal dalam setiap
pertandingan yang disertainya.
– Hubungan sebab dan tujuan, iaitu sebagai contoh, Siti sangat
rajin menelaah buku. Dia ingin berjaya dalam pelajaran.
– Hubungan sebab dan hasil, iaitu sebagai contoh, Salmah begitu
rajin belajar. Dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan akhir.
– Hubungan latar dan kesimpulan, iaitu sebagai contoh, Rosmah
menangis. Rupa-rupanya dia terlalu gembira kerana lulus
peperiksaan dengan cemerlang.
– Hubungan syarat dan hasil, iaitu sebagai contoh, Pelajar-pelajar
mestilah belajar bersungguh-sungguh. Kesungguhan akan
menghasilkan kejayaan.
– Hubungan perbandingan, iaitu sebagai contoh, Rumah Romzi
besar. Rumah Rosli lebih besar. Hubungan penjelasan, iaitu
sebagai contoh, Tsunami yang berlaku baru-baru ini sungguh
dahsyat. Bencana tersebut bukan sahaja telah mengorbankan
nyawa, tetapi banyak harta benda telah musnah.
MAKNA DALAM RETORIK
Pemerian
• Contoh:
• Harga asal buku itu ialah RM50.00. Harga selepas diskaun ialah
RM25.00.
• Paparan retorik pada ayat berkenaan adalah objektif dan jelas.
Pemujukan
• Contoh:
• Kami menawarkan diskaun paling hebat dan perkhidmatan mesra
pembeli. Silalah berkunjung ke kedai kami.
• Retorik tersebut menunjukkan kehalusan bahasa.
Penerangan
• Contoh:
• Salam bahagia kepada semua penumpang penerbangan AA4444.
Kami mengucapkan terima kasih kepada anda kerana memilih Syarikat
Penerbangan Cepat. Kami akan memaklumkan masa penerbangan
yang baharu sebentar lagi. Sesungguhnya, kami menghargai
kesabaran anda. Sekian untuk makluman dan terima kasih.
• Retorik tersebut yang menggunakan penerangan berasaskan nada
yang menarik dan berintonasi supaya dapat mengelak atau
mengurangkan kemarahan para penumpang kerana perubahan pada
jadual penerbangan.
Penceritaan
• Contoh:
• Aku melihat jam di dinding menunjukkan pukul 2.00 pagi. Tiba-tiba-
tiba sahaja aku ternampak bayangan yang menyeramkan.
• Retorik berkenaan menarik pembaca untuk mengikuti kisah
seterusnya.
Pendedahan
• Contoh:
• Mungkin rakan-rakan atau anggota keluarga anda tidak dapat
melakukan sesuatu pekerjaan tanpa membaca surat khabar terlebih
dahulu. Mengapakah berlaku hal sedemikian?
• Retorik berkenaan berdasarkan sesuatu bahan berita dalam akhbar
boleh merangsang pembacaan. Sebelum melakukan sebarang
pekerjaan, daripada pembacaan akhbar mungkin bermakna lega.
Penghujahan
• Contoh:
• Dalam pengajian peringkat universiti, perkiraan wang dan kos menjadi
keutamaan perlu. Antara perkara yang berlaku, kita tidak dapat lari
daripada pelaksanaan penswastaan bagi sesebuah universiti.
Walaupun begitu banyak wang perbelanjaan untuk tujuan tersebut,
negara masih beruntung jika anak-anak memperoleh pendidikan di
dalam negara, berbanding dengan langkah menghantar mereka ke
universiti-universiti di luar negara.
• Hujah daripada retorik tersebut menjurus kepada keutamaan supaya
ibu bapa memilih universiti di dalam negara untuk pengajian anak-
anak.

You might also like