You are on page 1of 27

BAB 3

PERJUANGAN MENCAPAI
KEMERDEKAAN
Pengenalan
 Perjuangan kemerdekaan berkembang di Tanah Melayu serta
Sabah dan Sarawak ekoran kebangkitan nasionalisme di kalangan
rakyat dalam pelbagai aspek keagamaan, sosial, ekonomi dan
politik.
 Semangat nasionalisme ditunjukkan melalui akhbar dan persatuan.
 Malayan Union diperkenalkan oleh British mendapat tentangan dari
orang Melayu dan diikuti oleh penubuhan Persekutuan Tanah
Melayu (PTM).
 Kemunculan parti politik seperti UMNO, MCA, MIC dan Parti
Perikatan sehinggalah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
 Selepas merdeka, wujud cadangan Pembentukan Malaysia, faktor
pembentukan dan tentangan oleh pelbagai pihak.
 Akhir sekali peristiwa Singapura keluar dari Malaysia pada Ogos
1965.
Faktor-faktor Kebangkitan Nasionalisme Di Tanah Melayu
Faktor Luaran
 Gerakan pemulihan Islam di Mesir
- gerakan dipelopori oleh Syeikh Muhammad Abduh. Perjuangan
berkonsepkan pemulihan Islam oleh gerakan reformis Islam.
- tokoh tempatan terpengaruh gerakan spt Syed Al-hadi dan Sheikh
Tahir Jalaluddin.
 Pengaruh gerakan Turki Muda
- gerakan yang dipimpin oleh Mustapha Kamal Attartuk di Turki
 Perang Russia-Jepun
- Pada tahun 1904-05 , Jepun berjaya mengalahkan Russia
dalam perang rusia-Jepun
 Pengaruh dari Indonesia
- kemuculan Syarikat Dagang Islam (Sarekat Islam) pengaruhi
nasionalisme Melayu spt Syed Sheikh al-Hadi dari kaum Muda.
- kemunculan Parti Nasional Indonesia (PNI) pimpinan Sukarno.
Faktor Dalaman
 Agama Islam
 Bahasa dan Kesusateraan
 Kewartawanan
 Sistem Pendidikan dan kebangkitan golongan Intelektual

Kebangkitan Semangat Nasionalisme Mengikut Kaum


Nasionalisme Melayu
 Tiga peringkat perkembangan nasionalisme Melayu :

1) Tahap keagamaan (1906-1926)


2) Tahap sosial dan ekonomi (1926-1938)
3) Tahap politik (mulai 1938)
Tiga Golongan Utama Nasionalisme Melayu

Berpendidikan Islam Berpendidikan Melayu

Berpendidikan Inggeris
a) Tahap Keagamaan
- dipengaruhi oleh Gerakan Reformis Islam dari Timur Tengah
(Mesir dan Turki).
- gerakan telah mempengaruhi pemimpin spt Sheikh Tahir
Jalaluddin dan Syed Sheikh Al-Hadi. Mereka gelar sebagi kaum
Muda. Terbitkan majalah seperti Al-Iman, Al-Ikwan dan Saudara.
Mereka kritik pentadbiran British, galakkan tubuh persatuan,
dasar liberal dalam pendidikan agama, kebebasan wanita dan
pemodenan.
- Kaum Muda mendapat tentangan dari kaum Tua yang terdiri
dari golongan elit Melayu tradisional dan ulama.
Tahap Sosio-ekonomi
 Golongan ini bersifat sekular dan tumpuan kepada kedudukan
sosio-ekonomi orang Melayu .
 Dipelopori oleh golongan berpendidikan Melayu dari Maktab
Perguruan Sultan Idris 1922 dan sebahagian golongan elit Melayu
berpendidikan Inggeris.
 Perjuangan melahirkan kesatuan2 spt Kesatuan Melayu Singapura
1926 untuk memastikan org Melayu tidak ketinggalan faedah
pemodenan dari kerajaan.
 Persaudaraan Sahabat Pena (PASPAM) 1934 untuk perjuang
pemulihan sosio-ekonomi org Melayu.
Tahap Politik
 Perjuangan berkonsepkan politik lahir di klangan Melayu ekoran
tekanan drpd bangsa lain dan isu pengagihan kuasa pada tahun
1920-an.
 Wujud persatuan-persatuan pada setiap negeri . Golongan radikal
telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1938
dgn memperjuangkan kemerdekaan T Melayu dan penyatuan dgn
Indonesia- (Indonesia Raya / Melayu Raya).
 KMM kurang mendapat sokongan kerana terlalu radikal dgn
penyatuan dengan Indonesia.
Tokoh Golongan Intelektual Melayu
1. Syed Syeikh Al-Hadi 2. Ahmad Boestaman

3. Ishak Hj Muhammad (Pak sako) 4. Mohd Eunos Abdullah


Nasionalisme Cina
 Perjuangan nasionalisme Cina bertumpu kpd pergolakan politik di
Negara China. Kesedaran bermula sejak Perang China-Jepun
1894-1895.
 Faktor-faktor kemunculan nasionalisme Cina Di T Melayu :

a) Gerakan Pembaharuan 100 hari 1898 di negara China.


b) Pengaruh parti Koumintang
c) Pengaruh Parti Komunis Malaya
d) Pengaruh Gerakan Revolusi China 1911
e) Pengaruh Perang China-Jepun

Nasionalisme India
 Sebelum Perang Dunia Kedua, perjuangan politik orang India di
Tanah Melayu lebih tertumpu kpd pergolakan politik di India. Hanya
selepas Perang beri tumpuan kpd poltik di Tanah Melayu.
 Pada peringkat wal tertumpu kpd pertubuhan bercorak sosial dan
kebajikan serta melindungi kepentingan orang India. Contoh
Persatuan India Taiping (1906). Kemudian tubuh CIAM (Central
Indian Association of Malaya) Okt 1936 bercorak politik.
 Antara faktor pencetus nasionalisme di kalnagan orang India kpd
perkembangan Gerakan Kebangsaan di India dipelopori oleh
Mahatma Gandhi. Beliau tubuhkan Parti Kongres dan peroleh
kemerdekaan pada tahun 1947 telah menyemarakkan semangat
nasionalisme di Tanah Melayu.
Perjuangan dan Idea-idea Semangat Kebangsaan Melalui Akhbar
atau Majalah
Akhbar/Mjlh Tahun Pengasas Fokus
Al-Iman 22 Jul 1906 Syed Syeikh Wadah idea kaum Muda ttg
Al-Hadi di pembaharuan dan bimbingan
Singapura org Melayu bangkit dari
kemunduran
Al-Ikhwan 16 Sep 1926 Syed Syeikh Majalah bercorak islah Islamiah
Al-Hadi di ttg isu kemunduran bangsa dan
Pulau Pinang kebebasan wanita dari kaum
Muda
Saudara 29 Sep 1928 Syed Syeikh Akhbar mingguan ttg persoalan
Al-Hadi di agama dan majukan diri orang
Pulau Pinang Melayu
Neracha 15 Feb 1911 Hj Abas Bercorak keagamaan dan berita
Mohd Taha di dari Timur Tengah- semangat
Singapura Pan-Islam
Majlis 17 Dis 1931 Abd rahim Kajai Perjuang semangat
di KL kebangsaan org Melayu
Warta Malaya 1 Jan 1930 Dato’Onn Jaafar Beri kesedaran kpd org
di Singapura Melayu dan kecam dasar2
Inggeris
Utusan Melayu Nov 1907- Abd Rahim Kajai Akhbar sbg lambang
1922 di Singapura perpaduan Melayudan
bela kepentingan org
Melayu.
Warta Sarawak - - Akhbar yang bangkitkan
semanagt kebangsaan di
kalangan msyrkt Melayu
Sarawak
Pengasuh 11 Julai Majlis Agama - Bertujuan menentang
1918 Islam dan Istiadat perjuangan kaum Muda.
Melayu Kelantan - Tentang hukum-hakam
dan panduan agama.
Gerakan Berorganisasi Menentang Penjajah
 Kaedah ini lebih bersistem kerana melalui persatuan yang
ditubuhkan. Contoh Kesatuan Melayu Singapura (KMS),
Persaudaraan Sahabat Pena(PASPAM).

Kesatuan Melayu Singapura(KMS)


 Pada tahun 1926, golongan Melayu Singapura berpendidikan
Inggeris menubuhkan parti separa politik. Diasaskan oleh
Mohammad Eunos Abdullah.
 Antara perjuangan KMS :

a) baiki kedudukan sosio-ekonomi org Melayu dan memupuk


kesedaran politik.
b) perantara antara orang Melayu dgn Brirish. Pada tahun 1937,
cawangan KMS dibuka di Melaka dan Pulau Pinang.
Persaudaraan Sahabat Pena (PASPAM)
 PASPAM ditubuhkan oleh golongan berpendidikan Melayu tahun
1934. Bertujuan memperbaiki kedudukan sosioekonomi org Melayu.
Sebuah pertubuhan kesusasasteraan pro kaum Muda.
 Tokoh utama ialah Syed Alwi, S.M. Zainal dan Sheikh Abdullah Al-
Maghribi.
Persatuan Melayu Perak
 Ditubuhkan 18 Dis 1937 di Ipoh
 Keahlian seramai 104 orang. Pemimpin utama- Wan Mohd Nur bin
Wan Nasir.
 Tujuan utama persatuan :

- tinggikan taraf ekonomi dan pendidikan rakyat.


- pelihara kepentingan org Melayu dlm pentadbiran negara.
Persatuan Melayu Selangor (PMS)
 Ditubuhkan 5 Jun 1938. Pengasas dan pemimpin utama ialah
Tengku Ismail bin Tengku Mohd Yasin, Raja Bot bi Raja Yahya dan
Raja Yaacob bin Raja Alang.
 Bergerak secara terbuka sbg pertubuhan politik. Tujuan :

- desak kerajaan British supaya menambahkan bilangan pegawai


Melayu dlm perkhidmatan kerajaan
- desak kerajaan tambah peluang pelajaran utk pelajar Melayu
melanjutkan pelajaran
- cadang kpd kerajaan hentikan penghijrahan orang asing ke
Tanah Melayu.
Persatuan Melayu Pahang
 Ditubuhkan pada Mac 1938 di bawah pimpinan Tengku Muhammad
bin Sultan Ahmad.
 Bertujuan memperjuangkan kemajuan orang Melayu dan salur
masalah mereka kpd kerajaan British.
Persatuan Melayu Negeri Sembilan
 Ditubuhkan pada 9 September 1938. Pemimpin utama – Tengku
Mohamed Nasir. Bertujuan menjaga dan memajukan kepentingan
orang Melayu.
Persatuan Melayu Kelantan
 Ditubuhkan pada 20 April 1939, pemimpin utama- Nik Mohamamad
Saleh bin Umar. Keanggotaan kpd golongan atasan dan Inggeris
sahaja.
 Bertujuan untuk menyatukan anak-anak Melayu- tinggikan taraf
hidup mereka.
Kesatuan Melayu Muda (KMM)
 Ditubuhkan Ogos 1938 oleh golongan nasionalis radikal
berpendidikan Melayu. Pemimpin utama ialah Ibrahim bin Yaakob
dan Ishak Hj Mohammad, Ahmad Boestaman.
 Ahli dari Maktab Perguruan Sultan Idris, Sekolah Pertanian Serdang
dan Sekolah Teknikal K.Lumpur.
 Matlamat utama KMM :

a) perjuangkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu.


b) menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia (Indonesia Raya
atau Melayu Raya)
 Kelemahan KMM:
- idea KMM terlalu radikal dan tidak diterima oleh orang Melayu
(idea satukan Indonesia dgn Tanah Melayu)
- bersifat anti-birokrasidan tidak disokong oleh glgn feudal Melayu.
- masalah kewangan dan kekurangan kemahiran.
 Terbit akhbar spt Warta Malaya dan Majlis.
 Pemimpin KMM ditangkap oleh British kerana perjuangan radikal
dan dibebaskan oleh Jepun. KMM tetap diharamkan oleh British.
Pembentukan Malayan Union dan Reaksi Rakyat
Terhadapnya
Kesatuan Malaya (Malayan Union)
 Pada 10 Oktober 1945, Sir Harold MacMichael telah datang ke
Tanah Melayu untuk mengemukakan Kertas Putih menandakan
kesediaan Inggeris untuk melaksanakan Malayan Union
 Beliau menjadi wakil Inggeris untuk mendapatkan tandatangan
persetujuan sultan-sultan Melayu sebagai persetujuan untuk
menyerahkan kuasa politik mereka kepada pihak British

Matlamat Inggeris
1. Memelihara kepentingan Inggeris di Tanah Melayu
2. Membentuk pentadbiran yang sistematik dan seragam
3. Menjimatkan kos pentadbiran di Tanah Melayu
4. Menyediakan TM ke arah kemerdekaan sendiri
 Ciri-ciri Malayan Union (MU)
 Terdiri daripada semua negeri Melayu termasuk Melaka dan Pulau
Pinang (kecuali Singapura yang dikekalkan sebagai tanah jajahan
Inggeris) diletakkan di bawah satu pemerintahan pusat
 Kuasa pemerintahan mutlak adalah di tangan Gabenor British yang
dilantik dan berpusat di Kuala Lumpur
 Kuasa raja-raja Melayu dihapuskan kecuali dalam hal ehwal Islam.
Mereka hanya menjadi raja Kehormat dan anggota satu Majlis
penasihat yang dipengerusikan oleh Gabenor
 Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan tetapi tertakluk kepada
pengawalan kerajaan pusat
 Kerakyatan adalah berdasarkan prinsip jus soli iaitu:
- Mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan telah bermastautin di
TM selama 10 tahun daripada 15 tahun yang lalu sebelum 15
Februari 1942
- Mereka yang dilahirkan di TM selepas penubuhan Malayan Union
- Mereka yang menetap di TM atau Singapura selama 5 tahun
- Rakyat British boleh mendapat kerakyatan MU tanpa hilang
kerakyatan British
- Mereka yang mengangkat sumpah taat setia kepada MU
Tentangan terhadap Malayan Union
Punca penentangan Orang Melayu:
a) Penghapusan kuasa dan kedaulatan raja-raja Melayu
b) Pemberian kerakyatan yang mudah dan bebas kepada kaum
bukan Melayu
c) Hak keistimewaan orang Melayu dan peribumi akan terhapus
d) Sikap wakil Inggeris iaitu Sir Harold MacMichael yang mengugut
raja-raja Melayu untuk mendapatkan tandatangan
 Pada peringkat awal ornag Melayu menunjukkan rasa tidak
puashati melalui akhbar Majlis dan Utusan Melayu.
 Dato Onn Jaafar telah mengadakan Persidangan bersama 41
buah pertubuhan Melayu di Kelab Sultan Sulaiman di K.Lumpur
pada 1 - 4 Mac 1946. Pada 11 Mei 1946,Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah ditubuhkan secara
rasmi di Johor Bahru. Dato Onn Jaafar sbg Presiden.
 Walaupun mendapat tentangan, Malayan Union tetap dilancarkan
pada 1 April 1946 dan Sir Edward Gent sbg Gabenor pertama.
 Akhirnya MU dibubarkan kerana mendapat tentangan daripada
masyarakat tempatan khasnya org Melayu. MU digantikan dengan
Persekutuan Tanah Melayu (PTM) 1948.
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
 Tentangan yang hebat dari pelbagai pihak mendorong Inggeris
tubuhkan PTM. Pada 1 Februari 1948, British menubuhkan
Persekutuan Tanah Melayu.
 Ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

a) 9 buah negeri dalam Persekutuan kecuali Singapura


b) Diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British dan dibantu oleh dua
Majlis Undangan Persekutuan dan Mesyuarat Kerajaan Psktuan.
Setiap majlis tersebut mempunyai ahli masing2.
c) Sultan diberi semula hak dan kuasa ke atas negeri masing2
dan mpunyai kuasa memerintah tetapi atas nasihat dua majlis
- Majlis Mesyt Kerajaan Negeri dan Undangan Negeri
d) Syarat kewarnegaraan diketatkan
e) Orang Melayu diberi hak keistimewaan
Parti Politik Utama di Tanah Melayu
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
 Ditubuhkan pada 11 Mei 1946 oleh Dato Onn Jaafar sbg presiden pertama.
 Matlamat : - penentangan terhadap Malayan Union dan
- satupadukan org Melayu dan pertahankan kedudukan
kedudukan istimewa org Melayu.
 1948, dijadikan parti politik . Perlembagaan UMNO diluluskan pada 29 Mei
1946.
 Dua badan- Perikatan Pemuda dan Kaum Ibu UMNO
Kongres India Malaya (MIC)
 Ditubuhkan pada 8 Ogos 1946. Presiden pertama Tun Sambanthan
 Tujuan penubuhan
a) memupuk dan pelihara kepentinga politik, ekon dan sosial
orang India di Tanah Melayu
b) perjuang kepentingan politik
c) wakil kaum India kpd British
 Tahun April 1955, masuk Parti Perikatan.
Persatuan Cina Malaysia (MCA)
 Ditubuhkan apada 27 Feb 1949. Idea oleh Leong Yew Koh.
Presiden pertama – Tan Cheng Lock
 Dua matlamat:

a) lindungi hak dan kepentingan org Cina


b) pelihara keharmonian kaum
 Tahun 1952, bergabung dengan UMNOmenjadi Parti Perikatan.

Parti Perikatan
 Pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur 1952, MCA dan
UMNO bekerjasama menjadi Parti Perikatan dan menang
pilihanraya tersebut.
 Formula tersebut sbg asas Perikatan di seluruh Tanah Melayu. MIC
menyertai Perikatan tahun 1955. Parti Perikatan memenangi 51
kerusi drpd 52 kerusi , 1 kerusi oleh PAS dalam Pilihanraya Umum
Persekutuan Tanah Melayu tahun 1955.
Rundingan Kemerdekaan
 Jan 1956, rombongan Tunku Abd Rahman ke London untuk
membuat rundingan menuntut kemerdekaan. Anggota terdiri dari 4
org Raja dan 4 orang wakil parti Perikatan.
 Hasil rundingan, 8 Feb 1956 Perjanjian London ditandatangani dgn
menetapkan kemerdekaan TM pada 31 Ogos 1957.
 Satu suruhanjaya Perlembagaan baru Tanah Melayu dinamakan
Suruhanjaya Reid. Diketuai oleh Lord Reid.
 Ciri Perlembagaan Tanah Melayu ;
a) YDPA sebgai ketua agama
b) Ketua kerajaan- PM
c) Parlimen dibentuk – Dewan Negara dan Rakyat
d) Syarat kewarnegaraan diketatkan
e) Bahasa Melayu sbg bhs Kebangsaan
f) Agama Islam – agama rasmi persekutuan tp kebebasan agama
dibenarkan.
 Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Tunku
Abd Rahman sbg Perdana Menteri pertama dan Yamtuan Besar N
Sembilan- Tuanku Abd Rahman (YDPA pertama)

MERDEKA !!!!!!
Tokoh Kemerdekaan Tanah Melayu
Tunku Abd Rahman Tun Sambanthan

Dato Onn Jaafar Tun Tan Cheng Lock

You might also like