You are on page 1of 31

BAB 5

JENTERA PENTADBIRAN
Pengenalan
 Jentera pentadbiran negara iaitu kabinet dan kementerian memainkan
peranan penting dalam pentadbiran negara.
 Kewujudan sistem kabinet, kementerian, badan-badan berkanun dan
suruhanjaya telah melicinkan lagi sistem pentadbiran negara.
Latarbelakang Sejarah Sistem Kabinet
 Pada tahun 1951, Sistem Ahli (Member System) telah diperkenalkan
di Tanah Melayu. Melalui sistem ini , seseorang ahli akan dilantik sama
seperti tugas seorang menteri.
 Beberapa buah jabatan kerajaan akan diletak dibawah kawalan
seorang ahli. Seseorang ahli yang dilantik bertanggungjawab secara
langsung kpd Pesuruhjaya Tinggi British. Sistem berakhir pada
pilihanraya tahun 1955.
 Parti perikatan memenangi 51 kerusi drpd 52 kerusi melalui P/raya
Umum 1955. Parti perikatan terdiri drpd UMNO. MCA dan MIC. Tunku
menjadi Ketua Menteri Tanah Melayu.
 Selepas kemerdekaan 31 Ogos 1957, Tunku Abd Rahman
dilantik Perdana Menteri Pertama.
 Jemaah Menteri mengadakan mesyuarat pertama di majlis
undangan Persekutuan KL pada 10 Sept 1957.
Sistem dan Kuasa Kabinet
 Sistem Kabinet merupakan suatu bentuk kerajaan dan
diasaskan oleh British. Kabinet sebagai badan penggubal
dasar negara yang tertinggi akan membincang dan
memutuskan sesuatu dasar atau perkara penting dalam
mesyuarat kabinet.
 Sesebuah kabinet akan dibubarkan sekiranya ia kurang
mendapat sokongan dan ahli-ahlinya meletak jawatan.
 Menurut Perkara 43 (1) , Perlembagaan Persekutuan
memperuntukan ahli-ahli jemaah Menteri dilantik oleh
YDPA untuk menasihati baginda dalam menjalankan
tugasnya. YDPA dikehendaki melantik seorang PM yang
menang dlm pilihanraya umum dan biasanya menjadi
Ketua Pemerintah untuk ketuai kabinet
 Kabinet merupakan badan tertinggi yang menjalankan kuasa Eksekutif
atas nma YDPA. Terdiri dari seorang PM, Tim PM dan Menteri2 yang
bertanggungjawab ke atas kementerian masing-masing.
 Seseorang PM secara tidak langsung berperanan sbg Ketua Jemaah
Menteri. Beliau mempunyai kuasa melantik sesiapa sahaja kpd YDPA
untuk menyertai kabinetnya.
 Perlembagaan Persekutuan melalui Perkara 43 (a) memperuntukan
kuasa untuk YDPA melantik menteri2 yang lain atas nasihat PM.
 Bagi melaksanakan tugas jemaah menteri , seorang Setiausaha
Parlimen dilantik oleh PM. Tugas Setiausaha Parlimen ialah membantu
menteri dan timbalan menteri.
 Bagi membantu PM menjalankan tugas menurut Perlembagaan
Persekutuan Perkara 43 (c) membenarkan PM lantik seorang
setiausaha politik.
 Kabinet biasanya mengadakan mesyuarat sekali dlm seminggu
(setiap rabu). Semua keputusan dlm mesyuarat kabinet dibuat melalui
rundingan secara kolektif.
Peranan PM
 PM bertindak sbg pengerusi dalam mesyuarat jemaah
menteri yg diadakan seminggu sekali iaitu setiap hari Rabu
 PM berperanan sbg Ketua Pentadbir Utama Negara.
 PM berperanan memperkenalkan dan menjalankan
sesuatu Dasar.
Contoh Dasar Penswastaan (Tun Mahathir)
Dasar Ekonomi Baru (Tun Abd Razak)
 Menjalinkan hubungan diperingkat antarabangsa
 Ketua Parti politik yang menang majoriti dlm pilihanraya.
Menteri
 Jumlah menteri dalam sesebuah kabinet tidak menentu
antara 18 hingga 23 orang menteri.
 Kebiasaanya, setiap kementerian mempunyai Menteri,
Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen.
Perdana Menteri Malaysia
1. Tunku Abd Rahman(selepas 31 Ogos 1957)

2. Tun Abd Razak ( dilantik 22 September 1970)


3. Tun Hussein Onn (dilantik 15 Januari 1976)

4. Tun Mahathir (dilantik pada 16 Julai 1981)

5. Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi (31 Okt 2003)


Badan Eksekutif
Peringkat Persekutuan
 Di Malaysia, kuasa eksekutif dijalankan oleh pentadbiran
peringkat
Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan
Tempatan.
 Tugas utama kabinet ialah menggubal dan menjalankan
dasar tertinggi negara. Ia diketuai oleh Perdana Menteri
dan diikuti oleh menteri-menteri lain.
 PM dilantik oleh YDPA dan menteri2 dilantik oleh YDPA
atas nasihat PM.
Peringkat Negeri
 Kuasa Eksekutif - Raja/Sultan/Yang Dipertua Negeri.
 Semua perlembagaan negeri mengandungi syarat seksyen
1(2) bertindak mengikut kuasa budi bicara berikut :
a) Melantik Menteri Besar
b) Tidak setuju permintaan bubarkan DUN
Badan Eksekutif –Peringkat Persekutuan

YANG DI PERTUAN AGONG

PERDANA MENTERI

MENTERI

KEMENTERIAN

JABATAN
Kuasa Eksekutif Peringkat Negeri

Raja/Sultan/
Yang Dipertua Negeri

Majlis Mesyuarat Kerajaan


Negeri

Dewan Undangan Negeri


Kementerian
Pengenalan
 Kementerian merupakan agensi tertinggi dalam jentera pentadbiran
Persekutuan Malaysia. Portfolio seorang PM pula akan dijalankan
oleh Jabatan Perdana Menteri
 Sesuatu kementerian yang besar dan mempunyai tugas penting
kebiasaannya seorang menteri akan dibantu oleh seorang timbalan
menteri . Perkara 43 (a) Perlembagaan Persekutuan
memperuntukan kuasa kpd YDPA untuk melantik timbalan menteri
atas nasihat PM.
 Terdapat 26 buah kementerian dan ia mengikut keperluan negara
sama ada ditambah atau dikurangkan. Misalnya Kementerian
Pelajaran terbahagi kpd dua secara berasingan iaitu:
a) Kementerian Pelajaran
b) Kementerian Pengajian Tinggi
 Ketua Setiausaha Negara (KSN) ialah ketua kpd
semua kakitangan dalam perkhidmatan awam di
Malaysia . Beliau merupakan penjawat jawatan
awam.
 Setiap kementerian akan diketuai oleh Ketua
Setiausaha . Beliau menjadi penasihat utama kpd
menteri.
 Timbalan Menteri dan setiausaha Parlimen dilantik
oleh YDPA atas nasihat PM drpd kalangan ahli
Dewan Rakyat atau Dewan Negara.
 Setiausaha Parlimen ditugaskan membantu
Menteri untuk menjawab pertanyaan lisan dalam
sidang Parlimen , menerangkan dasar-dasar
kementerian dan mengusulkan rang undang2 atas
nama menteri.
 Pada umumnya, terdapat dua jenis kementerian iaitu :
a) kementerian yg beroperasi diperingkat persekutuan
(kementerian Hal-ehwal Luar, Pertahanan dan
Kewangan
B) kementerian yg beroperasi diperingkat persekutuan
dan negeri
(kementerian Pelajaran, Kesihatan dan Kerja Raya)
 Contoh ahli utama dalam Kementerian
Kementerian Pelajaran
Menteri - Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein
Tim. Menteri - Datuk Noh Bin Omar
Setiausaha Parlimen - Puan P. Komala Devi
JENIS-JENIS KEMENTERIAN DI MALAYSIA
 Kementerian Jabatan Perdana Menteri
Pertahanan
Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Hal-Ehwal Dalam Negeri
Sains, Teknologi dan Inovasi
Belia dan Sukan
Kesihatan
Perumahan dan kerajaan Tempatan
Kesenian, Kebudayaan dan Warisan
Kewangan
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Penerangan
Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Pengangkutan
Sumber Manusia
Kementerian Pertanian dan Asas Tani
Perdagangan Dlm Negeri dan Hal-Ehwal
Pengguna
Kerja Raya
Tenaga, Air dan Komunikasi
Pembangunan Usahawan dan Koperasi
Pelajaran
Luar Negara
Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Sumber Asli dan Alam Sekitar
Wilayah Persekutuan
Pengajian Tinggi
Kementerian Jabatan Perdana Menteri
 Okjektif Jabatan Perdana Menteri
- merancang , merumus dan menyelaras segala dasar dan maklumat
negara untuk pelaksanaan dan pencapaian matlamat dasar-dasar
kerajaan
- menentukan hal pentadbiran, penyelarasan projek, pembangunan ,
istiadat dan protokol, agama Islam.
 Fungsi
- mengawas dan menyelaras semua polisi kerajaan serta
implementasinya.
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
 Objektif
- Mempertingkatkan sumbangan industri berasaskan komoditi kpd
Keluaran Negara Kasar (KDNK) dan tukaran wang asing.
- pusat kecemerlangan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D)
 Fungsi
- pembangunan sektor komoditi utama meliputi R&D spt
kelapa sawit, getah, koko, lada hitam, kayu-kayan
 Contoh agensi
- Lembaga Getah Malaysia
- Lembaga Koko Malaysia
Kementerian Belia dan Sukan
- khusus dalam pembangunan belia dan sukan
Peranan
- membentuk masyarakat yg aktif, sihat dan cergas
melalui aktiviti sukan
- mewujud dan membentuk belia Malaysia yang
mempunyai peribadi yang positif
 Agensi – MOM (Majlis Olimpik Malaysia)
Kementerian Kesihatan
 Objektif
- membnatu seseorang individu supaya dapat mencapai
dan mengekalkan satu taraf kesihatan
- menyediakan perkhimatan kesihatan asas
 Fungsi
- merancang , menggubal , melaksana dan menilai dasar
kesihatan negara sama ada dr segi promosi, pencegahan,
rawatan dan sbgnya
- mengadakan kemudahan perkhidmatan asas
Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan
 Objektif
- memupuk kebudayaan negara berteraskan Dasar
Kebudayaan Nasional
- memelihara bangunan2 bersejarah dan segala bentuk
warisan bangsa dan negara
 Agensi
- Jabatan Muzium dan Antikuiti
- Jabatan Arkib Negara
- FINAS
Kementerian Penerangan
 Objektif
memastikan sistem penyaluran maklumat kerajaan melalui media
elektroniik , komunikasi bersemuka dan perfileman bgi mewujudkan
masyarakat bermaklumat
 Tugas utama kementerian ini ialah menyalurkan maklumat kerajaan
kpd rakyat bagi mewujudkan masyarakat bermaklumat.
 Jabatan
penyiaran
penerangan
filem negara
Hal-ehwal khas
 Agensi seperti RTM (Radio dan Televisyen Malaysia)
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat
 Visi menjadi peneraju utama untuk mencapai
kesaksamaan gender, pembangunan keluarga dan
masyarakat penyayang.
 Bertanggungjawab untuk mengintegrasikan perspektif
wanita dan masyarakat ke arus pembangunan negara dan
memperkukuhkan institusi negara.
 Tugas utama untuk mewujudkan sebuah masyarakat
penyayang.
 Contoh agensi
LPPKN (Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga
Negara
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Objektif
 Mewujud dan melaksanakan perancangan yang setara utk
seluruh negara dengan memperkukuhkan dan
mempergiatkan sistem fizikal , sosial dan ekonomi di kwsn
bandar dan l/bandar.
 Membimbing pihak Berkuasa Tempatan sediakan
perkhidmatan bandaran bermutu tinggi
 Kemajuan perumahan yg sempurna
 Keselamatan nyawa dan harta benda
 Perkhidmatan pembentungan
 Pembangunan lanskap, taman dan rekreasi yg berkualiti
Antara fungsi:
 Merancang dan melaksanakan dasar dan program
kementerian
 Mewujudkan pihak berkuasa tempatan
 Memperkukuh dan melaksanakan sistem perancangan
fizikal, sosial , ekonomi dan alam sekitar bandar dan desa
melalui Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.
Antara Pihak Berkuasa Tempatan
 DBKL, MBSA dan MBPJ, MPK
Kementerian Pengangkutan
Antara objektif :
 Penyediaan rangkaian prasarana pengangkutan bersepadu (supply
driven)
 Sistem pengangkutan berteknologi tinggi, moden dan cekap
 Persekitaran industri pengangkutan berdaya saing
Antara fungsi :
 Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar pengangkutan bagi
rel, maritim, pelabuhan dan penerbangan awam
 Menyediakan perlesenan :
- lesen atau permit operasi pembekal servis dan pemegang konsesi
- lesen kenderaan persendirian atau perdagangan
- pendaftaran semua mod kenderaan
 Contoh agensi – JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan)
- LPKP (Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan
Kementerian Pertanian dan Asas Tani
 Tugas utama kementerian ialah memajukan sektor pertanian dan
memberikan sumbangan kepada pembangunan ekonomi negara
 Objektif sbg teraju transformasi dalam sektor pertanian secara
terancang , bersepadu dan menyeluruh ke arah pencapaian matlamat
Dasar Pertanian Negara ke 3
 Antara fungsi kementerian ialah mengubal dan merancang dasar,
strategi dan program pembangunan pertanian dan melaksanakan
projek pembangunan Pertanian Bersepadu
 Jabatan seperti Pertanian, Perikanan dan Veterinar
 Agensi – LKIM (Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia )
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia
(MARDI)
Lembaga Padi Dan Beras Negara (LPN) / BERNAS
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
(KPDN&HEP)
 Tugas utama – menjaga kebajikan pengguna dan pada masa yg sama
memberi kesedaran kpd pengguna agar menjadi pengguna bijak
 Objektif – menggalakkan pembangunan perdagangan dalam negeri
dan meningkatkan keberkesanan perlindungan pengguna.
 Antara fungsi :
- menggubal dan mengkaji dasar dan strategi berkaitan
pembangunan perdagangan negeri dan perlindungan pengguna dan
kepenggunaan
- pemantuan harga barang, perlesenan.
- pelaksanaan peraturan timbang dan sukat
 Badan Berkanun – SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)
PHIM (Perbadanan Harta Intelek Malaysia)
Kementerian Kerja Raya
 Nama dulu Kementerian Kerja Raya, Pos dan Telekom.
 Objektif – membangun dan memajukan insfrastruktur ,
industri pembinaan dan poerkhidmatan profesional yg
berkualiti.
 Fungsi – memastikan dasar kerajaan dilaksanakan oleh
kementerian dan semua agensinya dan merancang dan
menyelaras projek insfrastruktur dan kemudahan awam
negara serta mengendali dan mengawal selia operasi dan
penyelenggaraan lebuhraya
 Jabatan – Jabatan Kerja Raya
 Badan berkanun – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM)
Kementerian Pelajaran
Objektif
- melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu-
padu
- Melahirkan insan yg beriman, berakhlak mulia, berilmu,
berketrampilan dan sejahtera
- Sediakan sumber tenaga manusia utk penuhi keperluan
negara
- Beri peluang pendidikan kpd semua warga Malaysia
Agensi :
- Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
- Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
 Bertanggungjawab menguruskan sumber asli negara
seperti tanah, marin, alam sekitar, perhilitan, galian dan
hutan.
 Tugas utama ialah menguruskan sumber asli negara ke
tahap yg maksimun.
 Agensi kementerian
– Jabatan Mineral dan Geosains
– Jabatan Alam Sekitar
– PERHILITAN (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan
Taman Negara)
– FRIM (Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia)
Badan-Badan Berkanun
 Badan –badan berkanun ialah agensi separuh kerajaan yang
ditubuhkan melalui undang-undang tertentu.
 Badan ini berperanan untuk melicinkan pentadbiran dan pelaksanaan
program pembangunan negara, terutama rancangan pembangunan
lima tahun kerajaan
 Badan-badan berkanun memiliki peruntukan kewangan tersendiri dan
kuasa autonomi tertentu tetapi bertanggungjawab kpd menteri yg
berkenaan.
 Terdapat 74 buah badan berkanun Persekutuan
 Antara contoh badan-badan berkanun :
- MARA (Majlis Amanah Rakyat)
- DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka)
- FELDA
- MARDI
- Lembaga Tabung Haji (LUTH)
- PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial)
Latihan
1. Namakan menteri berdasarkan kemterian di bawah :
a) Kementerian Penerangan
____________________________________________
b) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal
Pengguna
____________________________________________
c) Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
____________________________________________
d) Kementerian Luar Negara
____________________________________________
2. Kawalan terhadap penyakit berjangkit adalah terletak di bawah
kementerian _____________________ .
3. Perkara berkenaan pemantauan harga, lesen perniagaan dan
pengedaran barangan keperluan merujuk kepada Kementerian
________________________________________.
4. Namakan dua agensi di bawah Kem Sumber Asli dan Alam
Sekitar

You might also like