You are on page 1of 17

BAB 6

PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

PERLEMBAGAAN
• Perlembagaan merupakan prinsip-prinsip asas yang
menentukan bagaimana sesuatu negeri/negara
itu diasaskan dan diperintah seperti yang
termaktub dalam undang-undang, adat atau
peraturan yang lazim dipakai.
• D. Robertson : “Perlembagaan mengandungi satu set
hak, kuasa dan prosedur yang mengawal hubungan
antara autoriti awam dalam sesebuah negara, dan
antara autoriti awam dengan rakyat”.
• Perlembagaan Bertulis

Tidak bertulis
– Perlembagaan Persekutuan Malaysia mengandungi
131 Perkara yang menyentuh pelbagai aspek
pemerintahan seperti kebebasan asasi, kuasa dan
kedudukan YDPA, keistimewaan Raja-raja Melayu dan
hak orang Melayu, soal bahasa Melayu , agama
Islam, kewarnegaraan, kehakiman dan sebagainya.
– Perlembagaan boleh dikatakan sebagai dokumen
yang mengandungi segala undang-undang dan
peraturan asas negara.
Sejarah Pembentukan Perlembagaan Malaysia
• Bermula sejak abad ke-19 oleh penjajah British semasa mereka
menguasai negeri2 Melayu Bersekutu.
• Pengenalan Malayan Union 1946 dan Persekutuan Tanah Melayu
1948 diperkenalkan oleh British untuk merangka ke arah
pembentukan perlembagaan Tanah Melayu.
• Selepas Pilihanraya 1955, Parti Perikatan menuntut agar pihak
penjajah British mengadakan satu Persidangan perlembagaan di
London. Dicadangkan agar ditubuhkan sebuah suruhanjaya iaitu
suruhanjaya Reid untuk menggubal satu perlembagaan untuk
Persekutuan Tanah Melayu sbg langkah pertama ke arah
kemerdekaan.
• Suruhanjaya Reid sbg asas kpd pembentukan
Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang dibentuk pada
31 Ogos 1957.
Tujuan Perlembagaan
a) Wujudkan satu bentuk pemerintahan yang adil
- tolak ansur antara kaum dalam beberapa perkara spt
keistimewaan org Melayu, bhs Melayu.
b) Mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah
- terdapat bbrp peruntukan khas tertentu untuk YDPA serta
sultan/raja/ Yang Dipertua Negeri
c) Mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat
- peruntukan bukan sahaja kepada pemerintah malah kpd rakyat
melalui kebebasan asasi (bhg 2, Perkara 5-13)
e) Menyelesaikan masalah atau konflik
- rujukan utama dalam penggubalan undang2 Persekutuan dan
negeri
f) Menjamin riwayat sesebuah negara
- berperanan menentukan hala tuju pentadbiran negara
g) Menjamin keamanan dan kestabilan negara
- kebebasan dan keistimewaan ada had untuk kekal kestabilan.
Ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan Malaysia
• Malaysia sebagai sebuah negara persekutuan
• Sebagai negara Raja berperlembagaan
• Sebagai negara demokrasi berparlimen
• Perlembagaan memperuntukan Islam sebagai agama
rasmi Persekutuan, tetapi menjamin kebebasan
beragama
• Pelembagaan memperuntukkan ketertinggian
perlembagaan dan kebebasan undang-undang
• Perlembagaan memperuntukkan pengasingan kuasa
ketiga-tiga badan kerajaan ialah Badan
Eksekutif,Kehakiman dan Perundangan.
• Perlembagaan memperuntukkan sebuah badan
kehakiman yang berasingan dan bebas.
Kandungan Perlembagaan Persekutuan

Bahagian Bab Perkara Kandungan

1 1 1-4 Negeri-negeri, Agama dan Undang-


undang
2 1 5 - 13 Kebebasan Asasi
3 1 14 - 22 Perolehan Kewarnegaraan

2 23 - 28A Penamatan Kewarnegaraan


3 29 - 31 Tambahan ttg Kewarnegaraan
4 1 32 - 37 Ketua Negara dan Majlis Raja-raja

2 38 Majlis Raja-raja
3 39 - 43C Pemerintah
Bahagian Bab Perkara Kandungan

4 44 - 65 Badan Perundangan Persekutuan

5 66 - 68 Acara Perundangan

5 6 69 Keupayaan terhadap Harta dan


Lain-lain
6 1 70 - 72 Negeri-negeri

1 73 - 79 Hbgn antara Kerajaan


Persekutuan
Dgn Kerajaan Negeri
2 80 - 81 Pembahagian Kuasa Pemerintah

3 82 Pembahagian Beban Kewangan


Bahagian Bab Perkara Kandungan

4 83 - 91 Tanah

5 92 Pembangunan Negara

6 93 - 95 Siasatan Persekutuan terhadap


Negeri
7 7 95A - 95E Majlis Negara bagi Kerajaan
Tempatan
1 96 - 112 Peruntukan- peruntukan Kewangan

8 2 112A - Sabah dan Sarawak


112E
9 1 113 - 120 Pilihanraya

10 1 121 - 131 A Kehakiman

11 1 132 - 148 Perkhidmatan Awam


Bahagian Bab Perkara Kandungan

1 149 - 151 Kuasa-kuasa Khas Menentang


Perbuatan Subversif dan kuasa-kuasa
Darurat
12 152 Bahasa Kebangsaan
1 153 Kedudukan Istimewa Orang Melayu

12A 1 154 - 160 Am dan Pelbagai


13 1 161 - Perlindungan Tambahan bagi Sabah
161A dan Sarawak
14 1 162 - 180 Peruntukan Sementara dan Peralihan
1 181 Perkecualian bagi Kedaulatan Raja-raja
15 1 182 Mahkamah Khas
15 1 183 Tiada tindakan boleh diambil ke atas
YDPA dan Raja-raja , kecuali dengan
keizinan Peguam Negara
• Perlembagaan Malaysia telah diisytiharkan pada Hari Malaysia (16
September 1963). Mengandungi 15 Bahagian dan 183
Perkara, 13 Jadual)
Bentuk Perlembagaan
• Perlembagaan terbahagi kepada dua jenis:
a) Perlembagaan bertulis
- bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun
dalam satu dokumen.
b) Perlembagaan tidak bertulis
- semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul
dalam satu surat atau dokumen.Cth Akta Parlimen dan
keputusan mahkamah.
Ketertinggian Perlembagaan
• Malaysia merupakan sebuah persekutuan yang
mempunyai sebuah perlembagaan bertulis.
• Menurut Tun Muhammed Suffian, Perlembagaan
Persekutuan Malaysia adalah yang tertinggi.
• Peruntukan Ketertinggian Perlembagaan:
a) Parlimen
b) Perlembagaan
c) Kedudukan YDPA
d) Kuasa Perundangan
e) Kebebasan asasi
SIAPAKAH YANG TERTINGGI DI MALAYSIA
• Ialah Yang di-Pertuan Agong, seorang raja berperlembagaan di
Malaysia.
• Baginda tertakluk kepada halangan Perlembagaan, dan dari segi
pentadbiran pula tindakan baginda mestilah di atas nasihat Jemaah
Menteri (Kabinet), sungguhpun semua tindakan rasmi kerajaan
dilakukan atas nama baginda.
• Kerajaan juga tidak tertinggi dalam banyak hal.
• Walaupun sungguh berkuasa, ia mesti patuh pada Perlembagaan;
– Dengan itu, jelas perlembagaan adalah yang tertinggi.
PINDAAN PERLEMBAGAAN
Mengapa ?
• Perlu sebab perubahan ekonomi, sosial, politik atas kehendak
sejajar dengan tujuan demokrasi.
Bagaimana cara membuat pindaan ?
• Perlembagaan Malaysia boleh dipinda dengan mudah kerana ia
boleh dipinda oleh Parlimen, dengan kuasanya sendiri.
• Perlembagaan Malaysia boleh dipinda menurut Perkara 159 dan
161E perlembagaan itu sendiri. Perlembagaan ini boleh dipinda
dengan Akta Parlimen
• Tiga cara perlembagaan ini boleh dipinda iaitu;
a) Sesetengah perkara boleh dipinda hanya dengan lebih
suara 2/3 dalam tiap-tiap Dewan Parlimen, dengan syarat
ianya diizinkan oleh Majlis Raja-Raja. Persetujuan Majlis Raja-
Raja adalah dikehendaki bagi apa-apa undang-undang yang
membuat pindaan kepada Perkara 10(4), 38, 63(4), 70, 71(1),
72(4), 152, 153 atau 181.
• Sesetengah perkara yang mempunyai
kepentingan khas bagi Sabah dan Sarawak boleh
dipinda dengan lebih suara 2/3 dalam tiap-tiap
Dewan Parlimen, jika ianya dipersetujui oleh
Yang Dipertua bagi mana-mana negeri, seperti
Perkara 161E(2); dan
• Sesetengah-sesetengah perkara boleh dipinda
dengan lebih suara 2/3 dalam tiap-tiap Dewan
Parlimen tanpa berkehendakkan persetujuan
sesiapa pun di luar Parlimen, seperti dalam Perkara
159(4).
Perkara-perkara Yang Dipinda
• Pemisahan Singapura
- pindaan dibuat 2/3 drpd Dewan Rakyat . 9 Ogos 1965
keluar dari Malaysia
• Berkenaan gender
- Artikel 8(2) berkaitan jantina- tiada sebarang
diskriminasi jantina
• Kekebalan Raja
- raja tidak boleh didakwa di mahkamah biasa.
Dihadapkan di mahkamah Khas Di raja.
- Akta perlembagaan (pindaan )1993 telah meminda
perihal kekebalan tersebut.
Unsur –Unsur Tradisi Dalam Perlembagaan Persekutuan

Pemerintahan Raja Kedudukan Istimewa


Raja mutlak ditukar kpd Orang Melayu
Perlembagaan Tanggungjawab YDPA

Unsur-Unsur
Tradisi

Bahasa Melayu
Agama Islam Bahasa kebangsaan
Sebagai agama rasmi Persekutuan

You might also like